PuteraKu

PuteraKu

Ahad, 16 Oktober 2011

SIBUK DGN WRITTING DAN TARIKH DUE

Assalam...

Lama sudah jari jemari ini tidak mencoret sebarang dua patah kata di dalam blog ini. Huhu... kesibukan mengawal aktiviti yg semakin kesuntukkan masa...

Sekarang ni sesi semester pengajian sudah pon bermula. Sudah masuk minggu yang ke-6 pon. Dan dalam beberapa minggu lagi (kurang 2 minggu) ummi akan addmitted to ward untuk deliver anak ke-3 plak (InsyaAllah...itu dlm perkiraan seorang manusia).

Writting Master pon masih sangkut pada bab 2. Haiiii tak habis2.. dr sebelom raya mencanang nk siapkan sampai Chapter 3 before due.. la ni kata tak habis2 lg menulis?

hahaha.. itulah MALAS punya pasal. Kelam kelibut dgn assignment Statistik n mengajar kelas amali lg... mmg tidak sempat. Balik rumah.. otak sudah tidak mahu bekerja sebab anggota badan len plak yg bekerja.. mengemas, membasuh... jaga anak.. mana la sempat nk bukak laptop..

Tapi itu semua.. ALASAN.. sebab bila kat kampus pon, waktu2 yg kosong byk dihabiskan dgn berFB.. dr pagi sampai lerrrr ke petang..

Boleh kira detik jam yg diluangkan utk menulis n membaca serta membuat assignment. Haiyooo... pls la.. need some suntikan SEMANGAT untuk habiskan apa yg telah diMULAKAN.

I HAVE TO END THIS JOURNEYYYYYYYYYY... PLS.. 2013 IS FOR MY PhD PULAK.. mmg sengaja cr penyakit kan???????

Isnin, 18 Julai 2011

Kehidupan...

Assalam..

Ummi baru mendapat perkhabaran seorang sahabat sekolah yang diserang stroke minggu lepas bbrp jam sebelum majlis akad nikahnya.

Umurnya seusia ummi.

Dalam hati tatkala mendengar perkhabaran tersebut tak henti2 ummi bertasbih dan bertahmid pdNya.

Maha Besar Allah...Allahuakhbar...

Apabila membaca kisahnya yg dikhabarkan oleh teman-teman sekolah yang lain..teringat ummi akan kisah abah yang juga diserang stroke 6 bulan sebelum majlis akad nikah ummi.

Ketika segala persiapan sedangan dilakukan...abah diserang stroke semasa sedang solat Isya' di masjid.

Ia benar-benar menguji...tetapi sudah tentu sahabat ini (Hartini Salimin) lebih hebat ujiannya. Semoga Allah tabahkan hatinya untuk berhadapan dengan ujian tersebut.

Ummi amat tertarik dengan kata-kata Ustaz Asri dalam tulisan beliau atas pemergian Dr Lo Lo' Hj Ghazali semalam. Kata-kata yang cukup bermakna dan terkesan di hati ummi lebih-lebih lagi apabila mendengar perkhabaran musibah yang diterima oleh sahabat ummi.

Ustz Asri menulis,

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya




Umur ummi kini sudah mencecah 29 tahun...bila dihitung-hitung.. diselak2 kembali lembaran kehidupan yang lepas..terdetik di hati ini...lama sudah aku berjalan di atas bumiNya...

29 tahun yang penuh dengan segala macam cabaran dan dugaan. Suka duka kehidupan yang datangnya silih berganti.

Alhamdulillah..jatuh bangunnya ummi di dunia ini...ummi tidak pernah lg kesunyian dan terlepas daripada peringatanNya. Ummi bersyukur terlalu bersyukur kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat jemaah yang sentiasa mengingatkan bahawa dunia ini hanyalah sementara...

Kadangkala ummi selalu teringat detik-detik semasa duduk di rumah jemaah di Keramat. Kawasan kami dekat dengan rumah Dr Lo Lo' tp tidaklah ummi mengenali beliau secara dekat. Lagipon kami semua sedang belajar lg. Ramai juga senior2 yang selepas habis belajar, mereka terus bergerak secara sukarela dengan jemaah. Sudah tentu ada di antara mereka yang mengenali beliau secara dekat.

Teringat kata-kata seorang senior ketika sedang melalui lorong-lorong menuju stesen LRT Jelatek.."Di kawasan inilah rumah Dr Lo Lo' " ummi pula hanya menganggukkan kepala. Ummi sendiri tidak pernah mengenali beliau. Hanya setelah beliau menjadi Ahli Perlimen Titiwangsa barulah ummi tahu dan kenal beliau. Itu pun daripada suami yang bekerja dengan Harakah.

Perginya seorang pejuang...

Apabila malam 17 Julai itu suami memberitahu, Dr Lo Lo' tenat. Ummi agak terkejut. Selama ini tidak pula dengar perkhabaran bahawa beliau sakit.

Ummi yang sebenarnya tidak beberapa ambil berat dengan keadaan sekeliling. Nasib baiklah punya suami yang selalu alert dan prihatin.

Dan pada malam itu juga..perkhabaran tentang pemergian Almarhumah tertera di ruangan Facebook suami.

Innalillah hiwainnailaihirajiun..

Pulanglah seorang lagi pejuang ke pangkuan Pencipta yang Maha Besar.

Dan semalam..suami bersama rombongan staff Harakah juga turut berangkat untuk pengebumian dan solat jenazah Almarhumah..

Dan pagi ini...Ustz Asri pula menulis khusus buat Almarhumah..

Kata-kata yg indah..kata-kata yang ummi perlu abadikan dalam blog ini sebagai tatapan dan renungan buat kita semua...

Terdetik di hati ummi. Umur ummi kini sudah melangkaui 29 tahun Masihi. Ummi tidak pasti dari mana datangnnya naluri ini...suara ini berbisik " Masa ummi semakin suntuk..."

Suntuk untuk persedian amal yang sedikit. Suntuk untuk melakukan sesuatu untuk perjuangan Islam...

Tribute to Almarhumah YB Dr. Lo’lo Ghazali




Seperti ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

Peludah Warna - A. Samad Said



Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Isnin, 11 Julai 2011

BERSIH 2.0

Assalam...

BERSIH 2.0 baru shj melabuhkan tirai perhimpunannya pd petang SABTU 9 Julai 2011. Alhamdulillah, sungguh pun tidak dapat turun bersama suami tercinta atas sebab keadaan yang tidak mengizinkan...tetapi hati ini turut merasai perjuangannya bersama suami yang hadir...

Kepada peserta demo yang hadir seramai lebih drpd 100 ribu dan ada sebahagian yang tak dapat masuk ke KL akibat sudah di sumbat terlebih dahulu dalam TRAK POLIS pada malam sebelum 9 JULAI 2011, saya ucapakan TAHNIAH...

Buat Allahyarham En Baharuddin Ahmad... jual beli beliau dengan Allah telah diterima.. sewaktu saya mendengar perkhabaran ini dari suami...tidak tertahan-tahan airmata ini mengalir..dalam hati ini berkata...adai aku yang dapat Syahid itu, alangkah indahnya...bagaikan camar putih..aku terbang menghadap DIA dengan perasaan yang terlalu gembira sehingga kekayaan, pujian dan hinaan serta cacian seluruh manusia di dunia ini tidak akan aku hiraukan...

Allah telah memilih beliau...dan semoga rohnya dicucuri Rahmat...buat ahli keluarganya...bergembiralah kamu kerana janji Allah telah sampai dan kematiannya itu dimedan JIHAD melawan KEZALIMAN...

Orang-orang umno be end...tahu ke mereka nilai perjuangan ini? mereka fahamkah apa yang dimaksudkan dengan Jihad? mereka sendiri takutkan mati dan terlalu mencintai dunia ini...JIHAD pada pdgn mata manusia...ia tiada HARGA...tp buat pejuang2 Islam..itulah yang kami kejarkan..yang kami rindui..yang kami idam-idamkan melebihi segala kemewahan dunia ini...

Kerana...sewaktu di mahsyar Allah...sewaktu di padang Akhirat...sewaktu melalui titian sirat... tiada apa yang dapat membantu kita melainkan segala amal ibadah dan ketakwaan kepada Allah..Kesetiaan kepada Allah dan RasulNya...Keyakinan pada janji-janjiNya...

Suamiku pon tak akan dapat aku tolong dan menolongku..anak-anakku jua..ayah dan ibu bapaku..kawan-kawanku..adik-beradik ku..saudara-maraku..Perdana Menteriku...menteri-menteriku...semuanya tak dapat menolong aku di hadapan Allah kelak...

Aku...engkau dan mereka akan dihadapkan seorang demi seorang dihadapanNya..

Lidah ini akan terkunci dan yang menjawab dan menjadi saksi adalah seluruh anggota yang dahulunya di dunia diam membisu terhadap kejahatan, kealpaan, kelalaian, kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan.

Mahu aku bertanya kepada setiap pembaca yang singgah di blog ini...adakah kamu sudah pasti dengan amalan yg kamu kerjakan di dunia ini cukup untuk memperolehi Syurga Allah?

Yakinkah kamu nanti di Akhirat bahawa kamu akan berjaya melalui titian siratNya?

Yakinkah kamu di Akhirat kelak, kamu akan ditempatkan bersama para nabi, sahabat, orang-orang mukmin dan para syuhada?

Jika kamu yakin..baguslah...cuma saya ingin mengigatkan di sini, harga sebuah Syurga Allah bukanlah semurah yang disangka...lihat sahaja jalan perjuangan Rasul dan para sahabat...adakah mereka dengan mudah membawa syiar Islam itu?

REALITI DEMO BERSIH

Laporan media arus perdana mengatakan hanya 5 hingga ke 6 ribu shj yang hadir, tetapi melihat sendiri tontonan video yang diambil oleh beberapa peserta demo dan wartawan saya percaya jumlah itu hanyalah satu bentuk penipuan dr pihak pemerintah untuk terus memadamkan semangat yang berkobar-kobar di dalam hati rakyat jelata yang semakin sedar akan kekejaman yang dilakukan.

Sedangkan sumber Al-Jazerra..CNN..pula menyatakan peserta yang hadir dalam DEMO BERSIH 2.0 mencecah lebih daripada 100 RIBU orang..jumlah itu terdiri daripada mereka yang dapat meloloskan diri...yang dikunci di surau KL Sentral? Yang dihalang dari memasuki Kuala Lumpur? Yang ditangkap sehari sebelum BERSIH 2.0 pd 9 July dan dibawa ke PULAPOL? Jumlah itu pula bagaimana?

Hari Isnin..seharian suntuk saya mengupload dan share gambar serta vidoe serta membuat beberapa ulasan dan kenyataan di wall berkenaan dengan BERSIH 2.0

Ramai yang respon terutamanya kaum kerabat dan sahabat handai dan majoritinya agak menentang BERSIH 2.0 ini. Boleh dikatakan kawan2 saya dan sepupu sepapat yang berasal dr JOHOR DARUL TA'ZIM ini 'pencinta keamanan' sehingga mereka terlupa bahawa perasaan aman dan tenang itu adalah FITRAH kejadian manusia.

Bila saya menyokong BERSIH 2.0, saya sudah dilabelkan sebagai orang yang menyokong keganasan. Dan yang lebih sedih..ada yang beranggapan mereka yang menyokong BERSIH 2.0 itu sebagai penyokong kepada gerakan Hindu dan AMBIGA.

Mungkin adakalanya kenyataan-kenyataan saya yang berbaur emosi menentang pihak kerajaan, namun apa yang ingin saya nyatakan adalah bahawa saya ini adalah manusia yang lahirnya di Malaysia...membesar di Malaysia..duduk di Malaysia...berkahwin dengan seorang jejaka dari M'sia...punya anak dan kini tinggal dan belajar di M'sia.

Tetapi malang sekali..bila kritikan, bila menyokong BERSIH hanya kerana mahu melihat sebuah kerajaan yang lebih TELUS dan berintergriti, sy dilabelkan sebagai PENGKHIANAT BANGSA...

Iya...sayalah yang dinamakan sebagai manusia tidak tahu diuntung dan bersyukur, dilahirkan dan menetap di bumi berTUAH MALAYSIA. Malah semua peserta demo yang hadir dianggap sebagai orang yang mencetuskan HURU-HARA KEAMANAN di MALAYSIA ini.

Berapa lama pemerintah yg zalim itu mampu bertahan? cukupkah dengan hanya berdoa kepada Allah kemudian cukup untuk kita pastikan diri kita tidak tertindas?

Berikan saya bukti sebuah kerajaan yang KEKAL di dunia ini? Kita manusia yg tidak mengambil iktibar dari sejarah dan sirah...w/pon telah berkali-kali Allah ingatkan...manusia tetap lupa..tetap dengan kejahatan dan keTamakkan mereka..

Saya yakin dengan janjiNya...sy yakin dengan risalah yang dibawa oleh RasulNya...

Saya Yakin...KEZALIMAN be end akan hancur jua...insyaAllah..

Rabu, 6 Julai 2011

Revolusi Jasmin, kebangkitan Islam di Tunisia ?

Assalam...

Apabila yang tertindas itu semakin ramai...apabila PEMERINTAH gagal menjadi pemimpin yang ADIL...maka akan bangkitlah rakyat yang tertindas ini...Jangan disalahkan rakyat ini kerana bangkit...Kebebasan itu milik sekelian insan dan tiap2 manusia....

sumber: http://kebunketereh.com/?p=3181

Awal tahun baru 2011 dikejutkan dengan revolusi atau kebangkitan rakyat Tunisia menentang rejim zalim yang telah menekan dan menindas mereka semenjak berakhirnya penguasaan Othmaniah di negara tersebut pada tahun 1881.

Peristiwa yang digelar sebagai Revolusi Jasmin atau Melor itu mencapai kemuncaknya pada tanggal 14 Januari 2011, pada hari Jumaat merupakan detik paling bersejarah bukan sahaja buat seluruh rakyat Tunisia, bahkan seluruh umat Islam.

Kebangkitan rakyat Tunisia menentang pemerintah yang korup, zalim dan anti Islam.

Setelah Tunisia dijajah oleh Peranchis sehinggalah ianya dikuasai oleh rejim sekular pimpinan Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun, rakyat Tunisia tidak pernah dapat mengecap nikmat kebebasan dan nikmat beragama.

Ada sahaja undang-undang dan peraturan “karut” yang dikuatkuasakan, yang mana tujuannya hanyalah untuk melindungi rejim yang berkuasa.

Pada hari Jumaat 14 Januari 2010 tercatatlah detik manis dinantikan oleh rakyat Tunisia sejak sekian lama apabila rejim kuku besi terakhir pimpinan Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali LARI meninggalkan negara dan seluruh kekuasaannya.

Revolusi Jasmin mula menjadi sebutan dan impian buat seluruh warga Arab. Namun buat seluruh penguasa rantau Arab…yang lebih kurang sama sahaja perangainya dengan rejim yang digulingkan… ianya kini menjadi igauan dan mimpi ngeri yang amat menakutkan.

Revolusi Jasmin


Kisahnya bermula dengan seorang pemuda bernama Mohamad Bouazizi. Pemuda yang menjadi pencetus kebangkitan rakyat Tunisia ini merupakan seorang graduan lepasan sebuah universiti tempatan. Namun bagaikan lumrah kehidupan di sini, pekerjaan amat sukar diperolehi walaupun bagi seorang yang memiliki ijazah. Kadar pengangguran cukup tinggi iaitu sekitar 40 peratus.

Revolusi Jasmin atau Melor


Bagi kebanyakan warga Tunisia, berhijrah keluar negara khususnya ke seberang Laut Mediterranean, iaitu ke negara Eropah adalah satu kemestian jika inginkan kehidupan yang lebih baik. Di sana di samping peluang pekerjaannya yang banyak, ia jug dapat membebaskan diri mereka dari belenggu kezaliman rejim yang berkuasa di tanah air mereka.

Wira rakyat Tunisia Muhamad Bouazizi


Namun bagi Bouazizi, berhijrah keluar negara bukan impiannya. Beliau tidak ingin menyerah kalah begitu sahaja. Justeru, bagi membaiki kehidupan dirinya serta keluarga, tanpa rasa malu dan takut beliau telah menyorong gerainya di pinggir jalan bagi menjual apa sahaja barang, itulah sahaja yang mampu dilakukannya.

Niat suci Bouazizi untuk mendapat sesuap roti menghadapi jalan sukar. Rejim Ben Ali yang zalim telah merampas gerainya dengan alasan tidak mempunyai kebenaran berniaga.

Bukan sahaja gerainya dirampas, malah Bouazizi telah dimalukan di hadapan khalayak.

Beliau yang begitu kecewa dengan tindakan rejim korup itu telah nekad, membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan di kota kelahirannya Sidi Bousaid, sebuah kota cantik nan menawan yang digemari oleh para pelancong asing dengan kotanya yang berbukit dan elok di tepi Laut Mediternean.

Api yang membakar Bouazizi kemudiannya telah membakar hangus rejim Ben Ali

Aksi nekad Bouazizi itu dilakukan setelah selesai solat Jumaat, 17 Desember 2010 itu telah membakar semangat rakyat Tunisia, lantas demonstrasi besar-besaran meletus di kota Sidi Bousaid.

Bara dalam sekam yang selama ini terpendam di hati warga Tunisia selama ini meledak membakar. Lautan manusia yang berdemostrasi merebak ke seluruh kota-kota besar Tunisia seperti ibu kota Tunis, Sfak, Cartagho, Qairawan dan lain-lain.

Seluruh lapisan masyarakat turun bermonstrasi. Bukan sahaja para penganggur…yang sememangnya sangat ramai…malah turut disertai para intelek, profesional, politikus, dan berbagai elemen masyarakat.

Negara menjadi lumpuh. Kekerasan dan keganasan tidak dapat lagi dibendung. Pejabat-pejabat kerajaan dan swasta serta gedung-gedung membeli belah telah dijarah dan ditawan. Tentera dan polis mula bertindak balas. Akibatnya puluhan nyawa melayang. Manakala ribuan yang lain telah tercedera.

Peristiwa kemarahan yang bermula dengan sebatang mancis yang membakar Bouazizi kini mula merebak dan membakar seluruh Tunisia sehinggakan rejim yang terkenal zalim dan korup pimpinan Presiden Ben Ali tiada lagi pilihan lain kecuali lari menyelamatkan diri dan keluarganya…pada mulanya ke Peranchis, namun setelah pemintaannya ditolak, pelarian politik tersebut menuju ke Arab Saudi…sungguh memalukan!

Akhirnya, kemenangan berpihak kepada RAKYAT Tunisia. Rejim korup lagi zalim tersungkur jatuh menyembah bumi, negara dalam keadaan darurat. Bagi mengisi kekosongan kuasa Perdana Menteri telah memangku jawatani Presiden. Namun tindakan tersebut mendapat kritikan para pakar perundangan dan bahkan bertentangan dengan perlembagaan negara itu sendiri.

Bagaikan empangan yang pecah, seluruh rakyat Tunisia bangkit.

Perdana Menteri Mohamad Gannouchi yang merupakan sekutu Presiden yang digulingkan, menyerahkan jawatan kepada Speaker Parlimen Tunisia Fuad Almabzieg pada 15 Januari 2011 sebagai pemangku Presiden. Seterusnya parti pembangkang telah dijemput bagi menyertai kerajaan sementara. Pilihanraya umum yang adil dan bebas juga dijanjikanknya dalam tempoh enam bulan.

Sudah terlewat...Ben Ali melawat Bouazizi yang sedang nazak

Dalam catatan terakhirnya di facebook, Bouaziz, dengan nada yang sangat memilukan menulis,

“Musafir (pergi) wahai ibuku. Maafkan aku. Tiada gunanya. Semuanya hilang di jalan apa yang kumiliki (dirampas polis). Maafkan aku wahai ibu, jika aku tidak menuruti ucapanmu. Makilah zaman (waktu atau situasi). Jangan maki aku. Pergi tidak kembali lagi”.

Allah lebih menyayangi Bouazizi. Ahirnya beliau yang melecur teruk akibat terbakar pergi buat selama-lamanya. Besar sungguh pengorbanannya.

Tindakannya itu bagaikan lilin yang membakar diri…berkorban…buat menerangi insan-insan yang lain. Ia menjadi obor yang kemudiannya menerangi kegelapan bukan sahaja Tunisia bahkan seluruh rantau Arab.

Sebuah revolusi telah tercipta…tumbangnya rejim yang zalim. Semangat revolusi tersebut pastinya akan terus merebak…justeru amaran buat penguasa yang korup dan zalim lagi menindas.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan para syuhada dan solihin. Selamat jalan Pahlawan Revolusi Jasmin, Tunisia.

Kebimbangan Negara Arab Lain


Kebangkitan rakyat Tunisia yang dicetuskan oleh Bouazizi sehingga menggulingkan rejim Ben Ali telah menimbulkan kebimbangan yang bukan sedikit kepada jiran-jirannya dan seluruh rantau Arab.

Ini jelas digambarkan melalui ucapan Setiausaha Agung Liga Arab, Amir Moussa, yang mengingatkan para pemimpin negara Arab bahawa mereka juga berisiko menghadapi kebangkitan rakyat yang sama seperti yang berlaku di Tunisia.

Beliau mengatakan bahawa kemarahan rakyat di Timur Tengah sudah mencapai ke puncaknya.

“Hati dan jiwa Arab sudah hancur oleh kemiskinan, pengangguran dan resesi,”

Demikian katanya dalam ucaptamanya semasa membuka Konferensi Peringkat Tertinggi Liga Arab di Sharm El-Sheikh, Mesir, pada hari Rabu 19 Januari 2011.

Seterusnya beliau mengingatkan bahawa;

“Revolusi Tunisia tidak jauh dari kita,”

Dalam ucapannya yang dipetik oleh BBC, Amir Moussa menyeru kepada para peserta persidangan berkenaan, agar reformasi politik dan ekonomi berjalan seiring.

Perubahan politik di Tunisia yang berlaku ekoran kebangkitan rakyat sudah pastinya telah mencetuskan harapan kepada seluruh warga Arab untuk melihat hal yang sama berlaku di negara mereka.

Situasi sosio-politik dan ekonomi yang hampir sama seperti Tunisia di kebanyakan negara Arab pastinya akan mengobarkan semangat mereka untuk melakukan perkara yang serupa sepertimana yang telah dilakukan oleh saudara mereka di sana.

Paling utama, selepas Tunisia, antara negara lain yang mempunyai potensi ke arah kebangkitan rakyat ialah jirannya iaitu Algeria dan Mesir. Protes secara besar-besaran bukanlah perkara asing di sana. Namun kerajaan tidak menunjukkan minat untuk berubah…bahkan mereka dihalang dengan kekerasan.

Walaupun disekat dengan pelbagai cara, manakala pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat ditangkap, potensi untuk meletusnya protes baru dan seterusnya revolusi bagi menolak rejim lama pasti ada…kesan daripada semangat Bouazizi.

Pengajaran: Jelas...tidak perlu orang sehebat Anwar Ibarahim, Nik Aziz, atau Lim Kit Siang untuk menjadi pencetus Revolusi. Jika tekanan hidup, dizalimi dan ditindas itu telah melebihi segala2nya... hidup dan mati sudah tiada ertinya......tindakan nekad inilah yg akan menyebabkan jatuhnya sebuah kezaliman...

MAHA HEBAT ALLAH...YG MENGGERAKKAN HATI TIAP-TIAP MANUSIA. SEGALA YG BERLAKU ADALAH PERCATURAN ALLAH YG MAHA BERKUASA...:)

PESANAN UNTUK MOHD THARIQ ZIYAD & MOHD AL-FATEH…

Assalam...

Thariq Ziyad dan Al-Fateh...

Semoga nama yang kuberikan bersempena dengan nama para pejuang Islam ini…

Maka semangat juang mereka dalam mempertahankan Islam dapat juga kamu (wahai putera-putera ummi) contohi…

Ingatlah pesanan ini…

Sewaktu ummimu ini mengambil keputusan untuk mendirikan Baitul Muslim ini…

Telah ummi putuskan untuk memilih…dari kalangan Muslimin yang memahami jalan-jalan da’wah…

Yang solatnya dijaga rapi…yang tegasnya dia dalam beragama…

Dan muslimin yang terpilih untuk seorang muslimat seperti ummi ini adalah Abimu…

Wahai putera2ku…

Sewaktu semenjak ummimu ini belum lagi mengenali Abimu…
Hati ini telah tekad…andai dikurniakan putera…maka putera-putera ini akan didik dengan ilmu Islam…dididik untuk menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam…

Putera-putera ini akan dipersiapkan menjadi ‘rijal’ dan ‘jundi’ NYA…

SeizinNya….

Maka..cita-cita ini bukanlah satu impian lagi tetapi tanggungjwab yang akan ummi dan abi akan pikul selagi hayat kami…

Doa yang akan sentiasa mengiringi putera-putera ummi supaya walau dalam keadaan apa pon…Allah akan sentiasa bersama kalian dan sentiasa diberikan petunjukNya…

Ummi memohon agar kalian terpilih untuk bersama-sama dalam golongan yang sedikit…dalam golongan yang sentiasa mengejar redhaNya….

Thariq Ziyad…

Sewaktu ummi mengandungkanmu…ujian datang bertimpa-timpa….

Abimu dibuang kerja…

Pinjaman PTPTN ummi ditahan untuk selama 3 semester hanya kerana tidak mahu berada di kolej…

Segala nikmat kesenangan yang sementara Allah tarik untuk sementara waktu…

Setelah kamu dilahirkan….ummi dan abi diuji sekali lagi…

Ujian kesakitan yang mendatangimu…

Sehingga ummi dan abi tersungkur seketika…

Sehingga kami menangis tak berair mata…

Mujur…kebergantungan kami pada DIA tidak pernah putus…

Ujian itu berlalu…namun peritnya masih lagi berbekas dijiwa…

Setiap kali menatap wajahmu…wahai anakku THARIQ ZIYAD…

Setiap kali itulah rasa syukur tidak mampu kuucapkan…

Engkau (THARIQ ZIYAD) anak yang cekal…

Diuji dengan kesakitan dan kesusahan…

Semoga engkau akan tetap cekal walaupun suatu hari nanti ummi tidak berada disampingmu…

Ingatlah pesan ummi…jadilah anak yang soleh…

Jadilah pemimpin yang baik buat adik-adikmu dan untuk orang-orang yang berada disekelilingmu…

Taati dan santuni setiap manusia yang engkau kenali walaupun kadangkala mereka akan menyakitimu…

Berpesan-pesanlah kamu dalam mengingati Allah dan RasulNya…

Berpeganglah kamu sekuat-kuatnya pada tali Allah…ingatkan saudara-saudaramu akan pesanan Allah dan RasulNya…

Masuklah ke dalam golongan yang sedikit (orang-orang yang berjuang di jalan Allah)

Telah ummi ceritakan kepadamu tentang Syurga dan Neraka…

Syurga itu bagi manusia yang sentiasa taat pada Allah dan Rasulnya…
Neraka pula bagi manusia yang ingkar dan terperangkap dengan kenikmatan dunia sehingga mereka lalai…


Wallahua’lam…

Sampaikanlah juga kepada Fateh dan adik-adikmu…Ingatlah…selama mana pun tempoh perpisahan di dunia ini…setiap manusia pasti akan kembali ke perkampungan Akhirat…Di sana kita pasti bertemu dan berkumpul semula.


6 Julai 2011
5.37 pm
UPM

Islam Kembali Dagang

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)

Keterangan:

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri.

Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan

Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan

Ertinya:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

(H.R. Bukhari Muslimi)

Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman

Assalam.....

Semoga ia bermanafaat buat yang mengerti...

Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman
Ertinya:

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

1. Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
2. Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
3. Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
4. Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

diambil daripada: http://40hadith.blogspot.com/2007/12/takwa-dan-perpaduan-asas-keselamatan-di.html

Isnin, 4 Julai 2011

UNGGUN BERSIH

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Amat sayang jika karya yg sebegini hebat tidak saya abadikan di dalam blog ini...

PENDIRIAN SAYA TERHADAP BERSIH 2.0

Ketegangan demi ketengan semakin terasa . Kurang dari 5 hari lagi akan tiba tarikh keramat 9 Julai 2011. Siapa yang tidak tahu…rasanya keseluruhan rakyat yang mengikuti perkembangan politik Malaysia terutamanya mereka yang berpendirian PEMBANGKANG sememangnya ternanti-nanti saat ketibaan tarikh keramat tersebut.

Ada juga dikalangan rakan taulan yg sudah siap-siap tulis di wall masing2 tentang pendirian mereka berkenaan BERSIH 2.0. Ada yang menyokong…ada juga yang membangkang dan tidak kurang juga yang berada ditengah-tengah (tidak sokong…mahupun tidak membangkang)

Terpulang kepada pendirian masing-masing….

HAKIKAT SEBENAR DEMOSTRASI dan DEMOKRASI

Demo BERSIH bukanlah demo kali pertama yang telah dibuat. Sebelum ini pon memang telah di adakan demo BERSIH 1.0. Walaupun pada siri pertama tersebut saya tidak dapat hadir sama…namun kehadiran suami dalam demo tersebut mewakili hasrat yang sama dalam diri saya.

Berdemostrasi bukan perkara asing buat saya. Semasa di zaman kampus dahulu, bebarapa siri demostrasi juga saya ada terlibat sama. Saya bukan mahu berbangga…tidak sama sekali. Berdemo bukan suatu perkara yang suka-suka dibuat atau dibuat secara semberono.

Orang awam, sememangnya tidak faham dan kurang faham tentang tujuan berdemotrasi dan prosedur yang perlu dilakukan. Di sini saya ingin menegaskan DEMOSTRASI merupakan jalan TERAKHIR bagi sebuah rundingan yang tidak mendapat kata sepakat atau dengan kata lain PIHAK BERKUASA MALAYSIA tetap berdegil dengan tuntutan yang dikemukan.
Dalam demo itu kami cuma berarak menunjukkan PROTES sepertimana lazimnya perarakkan MERDEKA atau perhimpunan konsert-konsert MAKSIAT yang seringkali diadakan. Cuma yg berbeza, demo yang diadakan untuk menunjukkan BANTAHAN kepada pihak PEMERINTAH.

Ia akan tetap BERJALAN DENGAN AMAN sekiranya TIDAK DIGANGGU GUGAT oleh pihak polis.

Sepanjang pengalaman saya…demo yang bertujuan untuk menunjukkan bantahan kepada PEMERINTAH sentiasa mendapat PROVOKASI daripada pihak2 yang tidak bertanggungjawab terutamanya FRU dan Pihak POLIS.

Secara logiknya bagaimana ada sesetengah pihak mengatakan bahawa demostarsi itu membawa kepada KEMUSNAHAN sedangankan peserta demo tidak membawa apa-apa alat yang boleh mencederakan. Ini perarakkan rakyat yang berkesedaran tentang KEZALIMAN PEMERINTAH….

Hanya PEMERINTAH YANG ZALIM dan TIDAK ADIL sahaja akan benar-benar TAKUT demostrasi sebegini. Pendirian saya kukuh. Selagi mana demo yang ingin dilaksanakan merupakan demo yang berhasrat untuk menegakkan ke ADILAN bagi seluruh rakyat…bukan atas kepentingan individu (seperti kes Anuar Ibrahim), berpandukan kepada penetapan prosedur iaitu menggunakan semua SALURAN yang telah DIPERUNTUKKAN, menghantar bantahan terlebih dahulu kpd pihak yang berkenaan…DEMOSTRASI adalah jalan terakhir bagi sebuah KEBISUAN DEMOKRASI….

DEMOKRASI bisu tidak dapat mengangkat HAK RAKYAT yang tertindas…

Hanya mereka yang pernah ditindas akan bangkit…..mereka yang tidak diberikan HAK KEADILAN yang dilaung-laungkan pasti akan bertindak untuk mempertahankan HAK mereka. Maka seandainya ada dikalangan pembaca yang tidak bersetuju dengan pandang ini mahupun masih enak dengan keadaan yang anda miliki sekarang…maka bertindaklah untuk menjadi orang yang ADIL dalam persepsi anda.

PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Isnin, 6 Jun 2011

Hari Keluarga di Morib Gold Coast

Assalam...

Sekali lagi sepatutnya entry ini sudah di postkan pd last week. Baru balik dr Gold Coast, kiranya sedang PANASS la.. tp biasalah since dh nk menghampiri date untuk audit ISO Fakulti, maka sibuk la tengok fail2 penyelidikkan dulu..

Kerja mesti mau settle dulu...ekeke..

Anyway ummi nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada AJK BAKKAH dan staff2 HARAKAH yang mmg happening bersama-sama memeriahkan sambutan HARI KELUARGA BAKKAH..

Best..next year buatlah kat Gold Coast Australia pula ekkk...haha..(berangan)

Information untuk para pembaca yg budiman...HARAKAH x ada duit sgt pon..tp ini semua atas inisiatif staff2 HARAKAH (En Hubby sy, one of them) yg buat potongan gj tiap2 bulan utk isi tabung BAKKAH nih...kalu tak, tak merasalah nk pi jalan2...n tak lupa juga kepada para sponsor...


Kat PD last year takut air...dh nk masuk 2 tahun..tahu2 je la..dh besor


Jumpa air...tak hengat nk naik...


Main masak2. Dh janji ngan Yad, kalu x main pasir kat dpn rumah...diizinkan main pasir tepi pantai neh...


Sebelum ke Hotel...


pemandangan yang indah. SubahanAllah...

Sekitar Sambutan Ulangtahun ke-3 Ziyad...

Assalam...

Sebetulnya entry ini patut sudah ada pada 21 May yang lepas. Tetapi apakan daya ummi tugasan yang bertimbun-timbun membuatkan ummi tak punya kesempatan langsung untuk mencoret sesuatu pada tarikh tersebut.

Namun..hujung minggu itu kami tetap raikan dgn rs syukur n gembira. Manakan tidaknya...anak ini pernah suatu ketika dulu terlantar di NICU...

Sewaktu kelahirannya...sewaktu perkhabaran ttg sakitnya...umi seperti tidak terdaya seketika...5 hari pertama di wad...ummi tak berkesempatan membelainya kerana dia diulit dgn tiub di kaki, tangan n mulutnya...

Namun, alhamdulillah..Allah masih mengizinkan ummi n abi terus bersama-sama dengan amanah kecil ini dan kini Ziyad semakin sihat...

2 tahun berulang alik ke Hospital Serdang utk rawatan susulan....kini dia benar2 sihat. Alhamdulillah....:)


BUFFDAY BOY...



Our humble family - sambutan di PKNS Bangi


Kek yang diminta oleh Buffday Boy


Buffday Boy yg sudah ke angka 3. Ummi n Abi doakan, semoga Thariq Ziyad menjadi anak yg soleh, hamba Allah yg taat perintahNya, ulama n pejuang Islam yg Istiqamah dalam perjuangan Islam...

Ahad, 22 Mei 2011

Erti sebuah perkahwinan 2

Assalam...

Di kesempatan ini...ummi nk ucapan ribuan TERIMA KASIH kepada:

1)Jiey - Blog Kerna Kasih Kita
2)Ayu - Blog Doa Buat Alanna
3)Ustazah Noraslina Jusin - Blog UmmuHusna99
4)Ustaz Hasrizal Abd Jamil - Blog SaifulIslam
5)Dr Muna (zaujah Ustz Hasrizal) - Blog UmmuSaif

Kerana byk input yang kamu semua BERIkan untuk dijadikan panduan dalam ummi terus memahami Erti Sebuah Kehidupan yang penuh bersulam dengan Kasih dan Sayang...

Segala cerita...kisah suka dan duka...menjadikan ummi lebih menghargai apa yang telah dipinjamkan oleh Allah.

Cerita-cerita kehidupan yang tidak ada dlm silibus pengajaran dan journal-journal ILMIAH tapi ia amat berharga dalam mengharungi SISA-SISA hidup yang tidak tentu di mana hujungnya...:)

Rabu, 11 Mei 2011

Erti sebuah perkahwinan 1

Assalam...

Hari ini setelah membaca artikel 'Kahwin SSS, Cerai SSS'...ummi jd mengeletar tubuh ini. Air mata bertakung. Ntah kenapa, secara tiba-tiba terdetik di dalam hati "Apa masalah dalam masyarakat kita?"

"Di mana silapnya?"

"Kenapa perkahwinan yg dibina atas suka sama suka itu pon boleh runtuh?"

Rata-rata anak muda hari ini menyulam cinta terlebih dahulu sebelum berkahwin. Pastinya jika dikatakan tentang mengenali pasangan...sudah ada dalam poket baju masing-masing. Lain la macam ummi dan abi dulu. Bertemu pon atas kenalan sahabat. Berjumpa pula sebulan sekali, itu pon di rumah keluarga dan segalanya tentang persiapan perkahwinan. Pokoknya untuk bertentang mata, berbicara dari hati ke hati hanya kami lalui setelah selesai ijab n kabul. Setelah segalanya tidak boleh berpatah balik. Jika tiba-tiba timbul rasa benci pon, benci itu WAJIB ditukar kepada SAYANG. NO TURNING BACK.

Memang ummi akui untuk memahami seorang lelaki ini bukan mudah. Lebih2 lagi peristiwa kelam dalam keluarga ummi...pengalaman emak dan abah yang hampir berkecai rumahtangga mereka ditengah jalan meninggalkan parut yang amat dalam. Hingga ummi sendiri pernah suatu ketika dulu terlalu membenci seorang manusia bernama LELAKI.

Huhu...tak sangka kan..brutal dulu ummi ni. Hampir2 shj nak tukar identiti...x mo dah jd perempuan sebab perempuan lemah, prasangka ummi dulu. Malah keadaan hidup ditengah-tengah bandar JB, pergaulan yang sememangnya tiada batasnya hampir-hampir sahaja membentuk ummi ke arah jalan yang salah. Ummi dulu suka bergaul dengan budak-budak 'penkid' atau perempuan nk jd lelaki. Haha...lucunya bila terkenang balik.

Tapi sebab ummi ni sebenarnya penakut yang amat sangat dulu. Bukan takut kat abah atau emak pon, tapi percaya sangat-sangat dekat apa yang ustaz dan ustazah kat Sekolah Agama citer. Memang kena percaya pon kan.

Kecemerlangan akademik kat sekolah menyebabkan ummi ni setakat boleh layan je la budak-budak (penkid) tu...tapi nk join sama memang jauh sikit la. Niat tu ada, tp tak pernah terlaksana. Orang kata setakat gitu-gitu je..

Tapi syukur...amat2 syukur...sebab apa yg terjadi dalam keluarga, antara emak dan abah...menjadikan ummi seorang yang bersemangat untuk maju dalam pelajaran. Sebabnya...nak membela nasib emak. Tak mo bg mak nangis2 lg. Nak senangkan emak. Belajar rajin-rajin, bersungguh-sungguh nak buat emak bahagia.

Sebab tu la baik sekolah agama kat Taman Cempaka atau sekolah kebangsaan, boleh try tengok rekod kedatangan. Terbaikkkk...x pernah nak ponteng. Hingga menjadi anak murid kesayangan guru besar. Sampai kat SMSJ je jd kuat melawan. Stress kot.:P

Macam entry2 yang lepas. Sememangnya naluri ini kuat ke arah bidang agama. Kira dari kecil pon orang dah panggil Ustazah. Tapi sebab abah nak umi masuk engineering, maka jdlah ummi seperti yang ada kini. Dari engineering, melencong ke sains sosial.

Walaupon cemerlang kat sekolah agama, dapat tawaran ke Maahad pon terpaksa dilepaskan sebab sekolah sains dah memanggil2. Segalanya kerana harapan seorang ayah. Ummi bukan hebat sangat pon dalam bidang sains ni. Minat pon bukan ada sangat. Ummi minat agama...bidang agama..tapi abah x pandang sebab kata abah tak ada market value. cukuplah setakat sampai darjah khas, pandai solat dan pandai mengaji.

Abah dan wawasan Mahathir...

BACK TO STORY

Keinginan dan dorongan yang kuat serta lorong-lorong yang Allah tetapkan untuk ummi sepanjang perjalanan 29 tahun kehidupan ini, walau ummi cuba lari dari karakter seorang ustazah, seorang yang minat ilmu agama Islam, ummi tetap tidak mampu. Naluri ummi kuat disitu. Ummi tidak mampu untuk lari pergi dari DIA. Biarlah ummi cuba hidup dengan kehidupan yang penuh hiburan, pergi ke majlis tari menari..ummi tak jumpa ketenangan. Sungguh...

Jahatnya aku ini...biarlah Allah sahaja yang tahu.

Ummi boleh duduk disebelah pelacur..boleh duduk bersama penagih dadah...boleh duduk ditengah2 orang yang sukakan maksiat..tapi ummi tak akan bertahan lama. Hati ini berserabut...hati jd menangis pilu...akhirnya dirumahNya ummi menangis dan meratap...

Jauhnya Tuhan aku berjalan.....

Aku hampir tersungkur di saat aku mencari diriMu...

Mencari cuba mencari bahagia...

Akhirnya aku terjelepuk kembali menemuiMu..

Hati yang dahulunya rapuh pada institusi perkahwinan. Hati yang dulunya keras pada seorang lelaki..kini Allah buka seluas2nya untuk ummi melihat CINTA.

Alhamdulillah, perkahwinan yang hadir kini tak pernah dirancang...tak pernah terlintas dahulu. Datangnya macam isyarat mimpi. Ummi percaya CINTA yang berlandaskan syariat. Bila dah datang seru...apalagi urusannya memang mudah. Dalam masa setahun perkenalan akhirnya sahlah bergelar isteri.

Tapi..ujian tetap ada. Dalam tempoh bertunang itulah abah diserang stroke. 6 bulan sebelum majlis pernikahan. Dengan adik-adik yang masih belajar...ummi seorang pula yang bekerja, ummi sendiri terasa bagaikan mimpi segalanya ummi tempuh dengan seizinNya.

Dari proses tempah mak andam, pelamin (hasrat orang tua, layan je la), khemah, baju dan segala macam persiapan, ummi dan emak yang aturkan. Segala2nya. Nasib baik masa tuh kat tempat kerja pon memang tengah sibuk untuk perpindahan ke kilang baru di PTP. memang banyak kerja, tapi jalan je la labu...hati ni mcm dh tak ada perasaan.

Menangis jgn cakap, mata memang naik bengkak je. Nasib baik tunangku (EN suami) walaupun jauh nun kat KL selalu tanya khabar, bg kata2 semangat (sebab tak dapat nak tolong) dan cuma tolong cetak kad je.

Itu anatara kisah ms perkenalan n proses nk kawen. Bukan sikit ujiannya...sabor je la.

PESANAN EMAK..

So masa dah nak dekat2 hari nikah, macam2 mak bagi pesanan. Tapi emak memang selalu pon bagi nasihat terutama sekali bila anak daranya ni sememangnya orang yang degil dan keras hati.

Lebih-lebih lagi peristiwa ms kecil tangok emak dengan abah bertengkar, hampir bercerai, emak lari dari rumah, abah main kayu 3 dan macam2 lglah...jdkan diri ummi FOBIA pada institusi perkahwinan ni.

Kemudian ditambah lagi dengan mcm2 orang yang ummi pernah jumpa dengan masalah rumahtangga yang berbeza-beza dijadikan bahan cerita dan ada juga yang menjadikan ummi tempat meluahkan perasaan, hingga ummi terdetik dahulu " Betul ke ni, aku nak menikah?"

Kalau jadi macam emak, bagaimana?

Bergaduh..dan akhirnya bercerai-berai?

Di tambah lagi di kalangan saudara-mara ada juga yang mengalami masalah rumahtangga. Anak hidup tak menentu, ditinggalkan gantung tak bertali. Anak dijual kepada orang lain. Huhu...ngeri kan? Kasihan sungguh nasib seorang isteri...

Bukan sekali dua...ummi rasa masalah perkahwinan, isteri ditinggalkan pergi gara-gara perempuan lain...dah naik tepu di ruang pendengaran.

Kerana ini semualah, suatu ketika dulu ummi membenci kaum Lelaki..


Ummi melihat keruntuhan rumahtangga itu berlaku dikiri n kanan ummi...pasti akan ada shj yg dtg bertemu n meluah rasa hingga kadangkala ummi terfikir adakah ini ujian atau terselit rahmah di dalamnya. Isu ini bukan asing dr pendengaran telinga ini......byk lg isu2 lain dgn masalah poligaminya...mslh sosialnya...hingga kdgkala ummi merasakan diri ini kaunselor x bertauliyah. W/pon tiada nasihat dpt diberikan, ttp telinga ini tetap sudi dipinjamkan hingga kadangkala lepas solat jd terkedu n termenung pjg. Mujur pernah mengambil kurusu psikologi dan kaunseling, kira2nya ada juga tauliyah disitu.

Teringat kata2 emak " Jika emak punya pelajaran tinggi...tidaklah emak terus setia dengan abah kamu. Pasti emak dh lama tinggalkan dia." Itu antara kata2 emak 20 tahun dulu sewaktu sy kecil n masih bersekolah, sewaktu rumahtangga emak juga dilanda ribut taufan yg membadai... Tapi ummi ttp +ve dan apabila semakin kenal erti hidup n tujuan hidup ini, mk ummi lebih rela memberi drpd menerima. Mcm motto ustz Hasrizal "Erti hidup pd memberi". Berilah sebanyak mungkin pd insan2 yg kita syg w/pon dilukai berapa byk kali pon. Yg penting paksi n matlamat hidup yg ummi sdg tuju n semakin fahami adalah hanya kerana DIA....

Emak selalu cakap...

"Rumahtangga ini ibarat satu perjudian hidup. Untung batu tenggelam...untung sabut timbul..." Benarkah?

Selasa, 10 Mei 2011

Saya mahu jujur pada ilmu...

Saya tidak mahu menjadi sesetengah ahli akademik yang membisu dlm melontarkan pandangan dalam apa jua isu yg berlaku. Saya merasakan bahawa salah satu cara untuk menyampaikan pandangan melalui laman-laman sosial dalam membicarakan persoalan-persoalan semasa adalah di antara saluran yang terbaik untuk berkomentar secara sihat dengan ahli masyarakat yang lain selain melalui pelbagai hasil penulisan samada mendapat satu ruangan di kolum-kolum akhbar atau blog-blog persendirian.

Tetapi berapa ramai ahli akadmik yang mendapat tempat untuk menyiarkan penulisan dan penemuan-penemuan kajian mereka di dada akhbar? Ia perkongsian yang sihat…cara perdebatan isu atau ilmu yang mampu meransang pemikiran setiap ahli masyarakat untuk menjadi lebih matang.

Jika para pensyarah atau ahli akademik hari ini sibuk dengan penulisan pelbagai jurnal dan penemuan-penemuan tersebut hanya disiarkan dalam jurnal-jurnal tertentu, berapa ramai ahli masyarakat di luar sana yang akan memperolehi manafaatnya bersama. Maka tidak hairanlah jika ada yg mengatakan bahawa ahli akademik syok sendiri dlm menghasilkan pelbagai makalah yang banyak menjawab pelbagai persoalan sosial manusia.

Makalah tersebut untuk siapa? Setiap tahun ada sahaja artikel-artikel penyelidikkan yang terhasil tetapi ilmunya tidak dapat dikongsi sehinggakan ada sebilangan masyarakat hari ini mempunyai minda yang tertutup dan mempunyai persepsi songsang. Ini membuktikan kita membiarkan persepsi yang berlawan dengan etika moral manusia di angkat tanpa sokongan ilmiah. Membiarkan orang lain berfikir tanpa ilmu dan berpegang pada amalan songsang. Kerana itulah kita banyak terkebelakang baik dari segi pemikiran, teknologi dan peradaban manusia.

Kerana itu sekali lagi saya suka untuk mengambil pandangan penulis ini:

...Salah satunya ialah institusi-institusi pengajian tinggi seperti Harvard University, Yale University, University of Oxford, University of Cambridge dan Massachussetts Institute of Technology telah mengekalkan dan memperkasakan kecemerlangan bidang-bidang sains sosial, dan ilmu kemanusiaan, termasuk falsafah.

Sedangkan universiti-universiti di Malaysia mengenepikan dan mengabaikan pengajian tersebut. Malah di antara kira-kira 60 buah universiti di Malaysia, kurang dari lima mempunyai Jabatan/Bahagian Sejarah; dan tiada ada Jabatan Falsafah. Jika begitu keadaannya, bagaimana dapat kita mengajar pelajar kita berfikir dan bersoal; bagaimana dapat ahli akademik kita melahirkan keaslian pemikiran dan idea?.

Sains sosial adalah ilmu kemasyarakatan. Persoalan-persoalan ilmu tentang kehidupan manusia, apa yang berlaku disekitar manusia, mengangkat permasalahan-permasalahan manusia untuk diberikan perhatian dan di analisis bersama hasilnya bukan sahaja oleh golongan akademik, malah golongan pemimpin dan sekalian ahli masyarakat umumnya.

Maka persoalan dan isu masyarakat di Malaysia hari ini seringkali mengangkat padangan dan persepsi yang salah. Awal-awal lagi pandangan yang berbeza dengan agenda kerajaan akan dicantas sehabis-habisnya. Masyarakat umum pula ada sebilangannya berfikir dengan akal yang cetek. Maka akhirnya isu yang remeh diperbesar-besarkan.

Khamis, 28 April 2011

Zaman Umat Nabi Muhammad

Original post: mencarikasihnya.blogspot.com

Jangkamasa dalam sejarah ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan; dan apabila Nabi terakhir diutuskan maka ini bermakna sejarah sudah sampai ke peringkat terakhir.

Fasa inilah yang begitu penting bagi makhluk yang bernama Iblis.

Ini kerana Iblis sudah berjanji sejak awal penciptaan manusia lagi bahawa dia akan membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan muka bumi dan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain.

Menurut hadis Nabi, zaman umat Nabi Muhammad saw dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian (Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya kerajaan menggigit ( Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Setelah itu kerajaan menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian (Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah)

Kemudian Nabi diam; "

(Hadis Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah)

Mengikut Rasulullah saw; fasa pertama adalah pada zaman Nabi masih hidup, zaman ini telahpun berlalu, kemudian zaman pemerintahan yang mengikut cara pemerintahan kenabian, kita dapati umat Islam diperintah oleh 4 khulafaa ar Rasyidin, inipun telah berlalu, kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang 'menggigit' yakni yang menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Ummayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyah yang berkuasa menggunakan sistem monarki, zaman inipun telah berlalu.

Kemudian datang pula satu zaman dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Inilah fasa atau zaman yang sekarang ini. Kemudian setelah berlaku fasa ke empat akan datang pula fasa ke lima. Dalam fasa ke lima, dunia akan diperintah sebagaimana cara Nabi mengikut syari'at Islam. setelah selesai menceritakan hal itu tiba-tiba Rasulullah saw diam dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.

Rasulullah saw telah mengingatkan bahawa hidup dalam fasa ke empat akan kedatangan satu fitnah yakni fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke lima, fasa ini kekuasaan telah berada di tangan orang-orang yang beriman. Dajjal tidak akan muncul selepas fasa ke lima kerana masa sejarah ketamadunan manusia telahpun tamat.

Pada fasa ke empat itulah IBLIS akan mengumpulkan dan menyesatkan seberapa ramai (seramai mungkin) manusia untuk mengikutnya ke neraka dan dalam fasa ke 4 inilah kita berada sekarang ini.

Sebelum turunya nabi 'Isa akan turun Imam Mahadi yang akan membawa kita ke fasa ke 5 seterusnya mengakhiri ketamadunan manusia dan berusaha mengalahkan Iblis pada peringkat akhir zaman manusia.

Jumaat, 22 April 2011

Kunci KEJAYAAN adalah CEKAL

Assalam....

Alhamdulillah nampaknya segala kerja-kerja yang berkaitan dengan penulisan artikel, senarai markah amali pelajar dan laporan akhir penyelidikan RUGS yang bertajuk 'Financial Managment Among Credit Counseling Participants' dah siap sepenuhnya. Cuma tinggal urusan nak tutup akaun RUGS terpaksa menunggu pegawai luluskan pembellian printer yang telah ditempah 2 hari lepas.

Bulan 4 ni agak sibuk juga. Beberapa kerja luar dengan ambik upah key-in dan analisis data walaupon sedikit, namun target ummi sebenarnya mahu mengasah skill dalam data analisis menggunakan perisian SPSS.

Semua settle dan baru td isi borang GS-11 untuk report perkembangan perjalanan penyelidikkan untuk program master.

Bayangkanlah last week, seminggu sahaja Dr Husniyah berikan ummi tugasan untuk siapakan penulisan artikel yang bertajuk 'Toleransi Pengurusan Risiko Kewangan dalam Kalangan Pekerja Sektor Awam' dan dalam seminggu itu juga dengan usaha dan kerjasama Dr, kami berjaya hantar artikel tersebut untuk penerbitan jurnal artikel di Jurnal Pengguna KPDN KK edisi Julai ini.

Tersandar juga ummi dibuatnya. Dengan kelam kabut semak amali pelajar yang bertimbun-timbun, siap stay back untuk satu malam dan duduk bermeditasi di perpustakaan yang mana ummi dah jarang pergi sejak memulakan pengajian master.

Inilah namanya jika kerja tak di'push' maka memang tak berjalan. Padahal jurnal artikel telah lama tersadai sedikit-demi sedikit perubahan dibuat dan ditambah. Sampai bulan 3, bila dapat tahu ummi mengandung, segala kerja yang melibatkan artikel jurnal tersebut terhenti seketika. Sebab malas kot. hihi...

Tapi bila Dr panggil dan minta bahagian pengenalan sampai bab methodology diubah keseluruhannya dan hanya diberikan masa 3 hari dengan data yang telah dianalisis diminta untuk dimasukkan ke dalam jadual tersekat2 ummi dibuatnya.

Manakan tidaknya, dalam masa 3 hari keseluruhan artikel perlu diubah tajuk dan hampir 80% isi kandungannya harus diubah. Dalam hati masa itu hanya Allah shj yang tahu. Longlai juga ummi dibuatnya. Namun, demi sebuah kepercayaan yang telah Dr berikan, ummi sahut juga.

Masa tu memang ummi dan Dr sendiri pon blurr...sebab objektif sahaja sudah lari dari apa yang sepatuutnya dirancang. Artikel mesti ditumpukan pada bahagian toleransi kewangan dan pengurusan kewangan, bukan kesejahteraan kewangan pengguna.

Malam pertama selepas mendapat tugasan itu, ummi tekad mahu stay up sampai pagi. Hmm...tp apakan daya, keadaan sememangnya tidak mengizinkan. Fateh meragam tidak menentu. Memang ummi akui, sejak ummi mengandung ini perangai Fateh amat2 berlainan. Manja yang teramat hingga nak ke tandas pon terpaksa berdukung. Itulah dugaannya. Tapi dugaan itu yang menjadikan ummi kuat sehingga hari ini.

Dan teringat ummi dengan kata-kata Ustz Hasrizal sepertimana yang abi sampaikan...kata kunci untuk sebuah kejayaan itu adalah cekal... dalam usaha untuk mendapatkan Master ummi perlu cekal dengan setiap dugaan yang ada. InsyaAllah.

Selasa, 19 April 2011

Ziyad buat perangai...

Assalam....

Huhu...umur baru 2 tahun 10 bulan. Lagi dua bulan akan cecahlah dia ke angka 3. Tapi perangai mengalahkan budak-budak seusia dia. Berani...terlalu berani. Tak takut orang. Apa yang Yad takut? Yad cuma takut pada belon dan En lipas.

Nak mendidik kanak-kanak seperti Yad tentang adab di surau bukan mudah. Lebih2 lagi kawasan perumahan kami yang tak jejak tanah dan jarang ke bawah, asyik duduk dalam rumah je, menyebabkan Ziyad kalau jumpa kawan-kawan sebayanya memang sesuatu yang luar biasa dan tak hingat dunia kalau mereka bermain.

Kesian juga kan. Sememangnya tak patut ummi dan abi kurung je Yad dan Fateh kat dalam rumah. Tak merasa suasana kat luar. Tak merasai nikmat kanak-kanak yang kami rasa dulu. Main kat tepi parit @ longkang, main pasir yang kadang2 ada tahi kucing, berenang kat tali air, berbaring di rumput yang menghijau, main hujan, berbasikal hingga penat, masuk kebun keluar kebun dan yang paling best, panjat pokok jambu atau buah2an masa musim buah kat kampung. Itulah yang tak ada kat bandar ni. Hutan bandar. Nak jambu kena beli kat pasar atau supermarket.

Memang kat bandar ni semua ada. Cakap nak makan apa, pendek kata, semuanya ada, mudah dan cepat dengan syarat ada pitih..(duit daa...) no money, no beli, no makan...

Tapi apa yang mereka tak rasa adalah suasana kanak-kanak itu. Waktu nilah mereka nak lasak. Anak lelakilah katakan. Sebab itu, impian ummi, kalu ada rezeki nak sangat beli rumah yang punya taman yang luas sikit. Ala-ala corner lot gitu. Mahal tuh..tapi ada satu rumah yang jadi impian ummi kat area Puchong nih. Rumahnya kira lot banglo la. Lot je banglo, tp rumahnya teres setingkat. cuma ruang lamannya yang besar dan rumah tuh x bercantum dengan jiran sebelah menyebelah. Agak mahal juga reganya sbb nilai tanah. 300k kot. Hmmm...bila la agaknya nk beli. Berangan je la yang mampu.

Ummi nak beli rumah tuh cuma sebab lamannya yg luas je. Kalau dapat...huhu.....
keliling rumah ummi nak tanam pokok buah2an. Pokok jambu, pokok pelam, pokok buah mata kucing, pokok betik,pokok cempedak di luar pagar dan yang paling wajib kena tanam adalah pokok pisang. Sebab...abi dan Yad memang suka sangat pisang.

Best kan...(berangan je la..)

Semalam mungkin adalah kemuncak selepas beberapa hari tak dapat keluar rumah. Iyelah ummi tak berapa sihat nak ajak keluar. Selalunya rajin juga kami berjalan, tapi sebab letih sangat, hujung minggu pon hanya keluar makan2 je pada hari Ahad lepas. Letih yg disebabkan berbadan dua. Nak jalan pon malas. Sebabnya asal nk jalan, nak muntah. Biasanya angin muntah tu datang sebelah pagi dan paling kuat lepas masuk maghrib.

Memang kebiasaannya sejak akhir-akhir ini, ummi tak akan buat kerja2 rumah bila balik dari UPM. Pening, mual dan segal2 badan. Nak lelapkan mata, mata x mahu pulak tido. Akhirnya baring melepek je la..di temani minyak angin sampai pukul 12 malam. Itu pun kalu mata nak lelap, maka terlelap lah ia. Kalu tak, terkebil2 memandang gelap dan pekatnya ruang bilik tidur yang tak berlampu sambil ditemani ziyad dan fateh. Nampaknya sindrom tidak boleh tido sudah datang kembali macam masa ngandungkan Yad dan Fateh dulu. huhu....

Berbalik kepada cerita semalam...

Kebetulan lepas Maghrib ada kuliah Ust Hasrizal. Kebiasaannya bila ada kuliah lepas Maghrib nih, abi mmg akan stay sampai masuk Isyak. Since Ziyad memang sekarang sudah mula dilatih untuk ke surau, maka dia memang akan follow abinya sama. Tapi kebiasaannya lepas Maghrib, abi akan balik sekejap hantar Yad sebab dia memang suka main masa sesi kuliah tersebut.

Dah nama pon surau, budak2 kecik pon memang la ramai. Kengkawan sebaya Ziyad la terutamannya. So, semalam macam biasalah, dia akan berlari dan bermain tapi dalam surau je. Tak akan sesekali dia bermain di kawasan luar sebab memang abi akan pantau.

Cerita abi, tengah khusuk dengar kuliah, tetiba dia dah tak dengar suara pekikkan Ziyad. Senyap je...begitu juga dengan suara budak2 lain. Dalam hati abi berkocak jugak.

"Mana Ziyad nih..." detik hati abi.
Hati mula rasa tak sedap. Abi bingkas bangun dari tempat duduknya.
Dicari sekeliling surau. Nasib baik jumpa dengan Abg Lan, jiran rumah kami tengah pegang selipar Ziyad dan tangannya.

"Engkau nak pergi mana ni, bawak selipar?" tanya jiran kami pada Ziyad dengan nada agak tinggi sebab nak takutkan dia.

Ziyad cuba melepaskan diri, tapi tak berjaya. Masa tuh dia dah kat pintu luar surau yang mengarah kepada bas-bas sekolah yang di parking di tanah lapang bersebelahan surau.

Tengah-tengah bergelut nak melepaskan diri, tetiba Ziyad nampak muka abi sebelah jiran kami. Abi dah mula menyinga. Apalagi, belom sempat dicubit pon, tengok sahaja muka abi yang garang, meraung Ziyad minta ampun.

Jarak rumah kami dengan surau adalah dalam 500 meter selang 4 buah blok. Dari jauh pon kalu dilihat dari tingkap rumah, ummi dah boleh nampak susuk tubuh abi mendokong Ziyad, apatah lagi suara tangisannya yang agak kuat malam tadi, terkejut ummi terus terkeluar dari mulut "Ziyad nangis"...

Agak2 dalam 5 minit, abi dan Yad sampai rumah dengan Yad menangis minta ampun. Sepanjang perjalanan pulang itu, tak henti-henti peha dan lengan Ziyad kena cubit. Sampai je rumah, rotan yang memang sudah siap sedia tergantung di dinding sebelah pintu, terus sahaja abi capai dan kena pada kaki. Boleh tahan juga la kena sampai tak cukup lantai Ziyad berlari ke arah ummi minta perlindungan.

Nak back up lebih2...umi tahu, Yad salah. Maka ummi tak mahu halang abi dari pukul n merotan dia. Ummi cuma cakap, cukuplah...itu sahaja. Dalam hati bila dengar abi dok citer tentang kisah tu, nak tergelak pon ada. Tapi yang kuar airmata sebab sedih tengok Ziyad kena pukul oleh abinya.

Hmmm..nak tergelak sebab teringat kisah ummi kecil2 dulu kena ikat kat pokok kelapa belakang rumah yang penuh dengan kerengga sebab lari dari sekolah. Hahaii...ikut peragai ummi..sejibik...:P

Sabtu, 9 April 2011

Dia telah pergi bertemu Penciptanya...

Assalam


Innalillahiwainnailaihirajiuun.....

Itu sahaja yang mampu ummi lafazkan setakat ini. Rasanya baru 2 minggu lepas ummi masukkan entry tentang sesi ziarah ummi, abi, yad dan fateh ke Hospital Tunku Jaafar Seremban.

Kini..beliau telah pulang menemui Penciptanya dan Pencipta sekalian manusia. Hari yang akan kita semua manusia bakal lalui suatu hari nanti. Cepat atau lambat kedatangan mati itu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Semoga bersama-sama lah kita semua, bg yang sudi menyedekahkan Al-Fatihah buat dirinya.

Niat dihati, memang nak menziarah, tetapi atas halangan2 tertentu, ummi cuma mampu berdoa dari jauh. Apakan daya.

Dengan keadaan diri yang sedang mabuk dan faktor kesihatan yang tak mengizinkan serta kengkangan kewangan yang terbatas, ummi harap ia bukanlah satu alasan yg sengaja diciptakan. Namun jika ada hati-hati yang terluka dengan keputusan itu, ummi sememangnya tidak mampu untuk memujuknya. Memang, pasti akan ada yg berkecil hati.

Mengapa tak datang?
Mengapa tak nak ziarah walau sekejap?
Bukan jauh pun, Serdang ke Seremban, 1/2 jam je.

Hmm...Allah...(detik dalam hati ini)
Bergeraknya seorang isteri, ke mana dan ke mana, atas keizinan seorang suami.
Bukan abi menegah, tetapi atas sebab musabab yang dinyatakan di atas tadi maka, adil untuk ummi hanya menurut perintah abi.

Sekarang ni, bukan setakat pakcik yang ini sahaja meninggal mengejut, semalam abah ummi call, pak andak juga sedang berada di ICU HSA Johor Bahru.

Ready sahaja lah...cuma untuk balik, apa yang ummi katakan dan ucapkan buat masa ini, InsyaAllah. Jika ada keizinanNya, sampailah kami, jika tidak, doa yang semenangnya menjadi harapan si mati untuk menjadi talian hayat mereka di kubur kelak. Sepertimana beberapa hadith yang telah diriwayatkan:

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:


1) Sedekah jariah

2) Ilmu yang berguna dan di amalkan

3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.




Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat 7 macam pahala yang akan diterima oleh seseoang itu selepas dia mati.


Tujuh perkara tersebut ialah:


1) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.


2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.


3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya,


4) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.


5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.


6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.


7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibu bapanya itu. Jika anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.

Kerana itu, pada entry yang lepas ummi ada mengatakan bahawa betapa beruntungnya menjadi seorang pendidik. Jika dia menjadi guru matematik atau bahasa Melayu sekalipun, dia tetap punya ruang dan peluang sebagai seorang penda'wah. Memberikan kata2 nasihat, mengingatkan pelajar2 tentang kebesaran Allah dan memberikan peringatan2 supaya tidak menghampiri perlakuan-perlakuan yang mendatangkan dosa kerana ia bukan sahaja kerja2 ustaz dan ustazah. Bukankah ia amanah bagi tiap2 khalifahNya iaitu semua manusia tidak kira lelaki dan perempuan.

Seorang guru dan pensyarah hanya sibuk tentang pencapaian akademik anak2 muridnya hingga lupa ingin berpesan, "wahai anak2 muridku, jangan sesekali tinggal solat."

"Jangan sesekali membuat maksiat dan melakukan perkara2 yang dimurkai Allah"

"Sepandai2 kamu di dunia ini, jika kamu salah gunakan ilmu tersebut dan berbuat maksiat dan melawan Allah, ilmu itu hanya akan menjadi liabiliti buat kamu di akhirat kelak"

Itulah sisi yang ummi nampak dan sisi inilah yang sering diabaikan oleh mana2 guru atau pensyarah yang seringkali sibuk mementingkan KPI masing2 hingga lupa amanah sebenarnya adalah amanah Allah.

Kerana itu jugalah kita lihat para graduan hari ini kurang kualiti dari sisi sahsiahnya. Anak murid lawan guru dan yang paling mengharukan anak-anak lawan ibu bapa.

Kemudian kita bertanya dan mencari2 kesilapan orang lain. Ibu bapa salahkan guru dan guru salahkan ibu bapa, sedangkan kedua2nya punya peranan yang sama.

Rasanya tidak mahu ummi memanjangkan coretan ini. Cukuplah sekadar kematian orang lain pada hari ini mengingatkan kita sebagai seorang hambaNya yang juga akan menempuhi laluan yang sama dengan mereka. Cuma cepat atau lambat kematian itu tiba, hanya Allah sahaja yang tahu. Wallahua'lam...

Ahad, 3 April 2011

Untungnya menjadi seorang pendidik.

Assalam...

Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah. Hmm...tak tahu bagaimana rasanya ummi mahu meluahkan rasa hati ini pada coretan kali ini. Tulisan ini bukan mahu menghentam sesiapa, tetapi sekadar peringatan buat diri ini seandainya sudah berjaya bergelar pendidik suatu hari nanti, ummi tidak lupa pada tujuan n matlamat sebenar yang telah lama dipendamkan.

Ummi jadi terkesima apabila isu tandas dan bilik solat menjadi isu panas di jabatan tempat ummi belajar kini. Dalam hati ini merungut 'Aih...tak habis-habis lagi ke isu ni?'

Sudah agak lama isu ini dibangkitkan. Sejak tahun lepas. Sejak seorng pensyarah yg dulunya ummi kagumi berpindah tempat ke blok C jabatan. Bagi ummi ia bukanlah suatu isu yang berat. Bagi yang gagah untuk berwuduk di blok A dan kemudian bersolat di blok C, ummi rs bukanlah ia menjadi isu.

'Apa salahnya, kamu kan muda lagi, pergi sahaja tandas diblok A utk berwuduk, akak nih w/pon tengah mengandung, masih gagah lagi. Untuk solat tidak ada kompromi. Jangan manja sangat.' Ummi cuba untuk mendorong pelajar tersebut.

'Tapi, kami tetap tak puas hati, sebab tandas tu bukan dia punya sorang. Kenapa nak berkunci-kunci pula. Lgpon kami bukan nak buang air pon, nak tumpang ambil wuduk je. Dah depan mata dan yang paling hampir, kan ini semua untuk kemudahan?' protes seorang pelajar tidak puas hati.

'Nantilah adik2, akak usahakan untuk dapatkan satu ruang dari ketua jabatan apabila tadika kat bawah ni berpindah. Untuk sementara waktu ni, bersusah payah sikit lah. Lgpon dia lecturer kita, hormati dia.' Ummi sekadar mampu untuk menenangkan mereka.

Buka satu atau dua aduan, beradu-aduan ummi dengar. Macam dh jadi kaunter aduan. Itulah kepelikkan Fakulti kami yang tercinta. Semua fakulti ada tempat solat dan kebanyakkannya berkongsi dengan student. Staff @ student apa bezanya mereka disisi Allah. Tetap juga perlu bersolat dan kan lebih baik solat bersama (berjamaah). Yang peliknya, pelajar lelaki tidak langsung menghadapi situasi berkenaan.

Iyelah, dh nama pon wanita, perempuan dan muslimat. Aurat kena jaga. Iye tak? Memang ummi akui, dari blok A ditingkat 3 untuk berwuduk dan ke blok C di tingkat 2 untuk bersolat adalah sesuatu yang amat menyusahkan lebih-lebih lagi jika kemudahan tersebuut (tandas) sudah pon ada 3 tapak dari bilik solat. Tetapi oleh kerana seseorang telah menguncinya dan menjadikan ia hak milik persendirian, maka tidak semua boleh ekses kepadanya.

Jika ada yang tiba-tiba terkentut ketika solat, terpaksalah berpatah balik ke Blok A tingkat 3 untuk berwuduk. Hmmmm...memang rasa susah dan itulah alasan yang sentiasa diberikan untuk pelajar-pelajar ini skip solat Zohor atau melengah2kan waktu zohor terutamanya jika kelas pack dari pagi sampai petang.

Tidakkah akhirnya keputusan dan keegoaan pensyarah ini akhirnya akan menerima dosa akibat daripada peninggalan solat pelajar-pelajar tersebut? Inilah yang ummi selalu fikirkan, apa gunanya ada ilmu setinggi langit jika pandangan mata kabur melihat tgjwb sebagai sorang pendidik dan khalifah itu dalam diri mereka.

Sedangkan pendidik terutamanya guru dan para pensyarah merupakan orang-orang yang paling hampir dengan mad'u mereka. Mampu menggunakan seluruh kuasa yang ada untuk membentuk pelajar-pelajar yang taat pada perintahNya.

Ummi selalu berkata pada student2 (adik2) di dalam kelas amali yang ummi kendalikan.

'Saya tak kisah berapa tebal pon report amali yang kamu nak hantar. Kamu nak full mark atau A dalam kelas amali ini pon saya boleh berikan. Tetapi bukan ini tujuan saya mengajar, maka tingkah laku kamu, cara berpakaian dan bagaimana kamu respon dalam bilik kuliah akan menjadi penilaian utama saya'. Tegas ummi kepada student2 ini.

Malah, bacaan demi bacaan menerusi blog Ustz Hasrizal menjadi pendorong dan semangat saya untuk melihat persepsi kehidupan ini dengan arah dan tujuan yang satu, iaitu semata-mata redha Allah.

Abi selalu cakap kat ummi:

"Tgjwb ummi, belajar dan mengajar bukan untuk dapatkan duit atau gaji yang dijanjikan. Tetapi tgjwb ummi belajar dan mengajar adalah untuk da'wah. Jadi, jgn bimbang tentang soal rezeki. Teruskan belajar sampai PhD utk persiapan sebagai seorang penda'wah."

Hmmm...insyaAllah, semoga Allah lorongkan ke arah itu. Amin.

Jumaat, 1 April 2011

Jelek dengan cara berbahasa pensyarah

source: http://www.malaysiakini.com/letters/158407

Oleh: Zahirudin Zabidi

Antara kerjaya yang paling penting dan mulia dalam dunia semenjak dari zaman dahulu sehingga sekarang adalah pendidik. Tidak kira mereka itu adalah seorang guru sekolah rendah atau menengah, ustaz mahupun ustazah sehinggalah kepada pensyarah di universiti.

Dan dalam urutan ini pula tentunya pensyarah menduduki carta tertinggi dan penting dalam sebuah sistem pendidikan.

Mereka bukan sahaja perlu mengajar anak-anak muda lepasan sekolah menengah namun perlu juga menyelia pelajar-pelajar semasa yang kemudian menyambung pengajian sama ada secara pengajian luar kampus mahupun sepenuh masa. Apatah selepas long live learning juga semakin diterima dan menjadi budaya dalam masyarakat kita.

Dalam masa yang sama kedudukan sosial pensyarah juga begitu dipandang tinggi kerana kerjayanya yang disifatkan sebagai berada di menara gading. Di universitilah terkumpulnya para intelektual, cendikiawan, sarjana pelbagai disiplin yang menjadi aset terpenting negara.

Dalam masa yang sama universiti dan para pensyarah juga bertanggungjawab mengeluarkan pelajar-pelajar yang setaraf malah lebih hebat daripada mereka.

Malangnya, saya secara peribadi sangat kecewa dengan sikap segelintir pensyarah yang sangat tidak beradab dan profesional dalam penggunaan bahasa khususnya bahasa Melayu yang sudah termaktub sebagai Bahasa Kebangsaan dalam penyampaian mereka di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Terbaru, satu rakaman yang boleh ditonton di Youtube menyaksikan seorang Naib Canselor sebuah universiti tertua dan terkemuka dalam negara yang sedang memberikan ceramah kepada pelajar-pelajarnya dengan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris yang bercampur-baur dan tunggang-langgang sifatnya.

Ini suatu perkara yang amat memalukan!

Saya yakin, bukan beliau seorang malah ramai lagi pensyarah termasuk guru sekolah di luar sana yang suka dan selesa menggunakan 'bahasa rojak' yang entah dari mana asal usulnya itu.

Apakah mereka tidak sedar cara mereka berbahasa itu mencerminkan serta mewakili institusi yang sedang mereka uruskan? Apa pula persepsi orang yang mendengarnya?

Kita mengharapkan semua pensyarah yang bertaraf dan berpangkat apapun sedar akan hal ini. Bahasa itu jiwa bangsa, lambang jatidiri nusa. Nah, jika pendidik tahap tertinggi seperti mana mereka juga tidak cerdik menggunakan bahasa, jangan pula diharap anak didik mereka sebaliknya kelak.

Teringat satu cerita daripada kawan saya, apabila dia bertanya kepada seorang Jerman. “Kenapa saudara tidak ke Malaysia sebaliknya ke Indonesia bagi belajar bahasa Melayu?”

Jawabnya, “Orang Melayu Malaysia sendiri tidak pernah hormat dan megasihi bahasa mereka, bagaimana mereka mahu mengajar saya supaya mencintai bahasa mereka?”

Saya menasihati diri saya sendiri, “Jika kamu mahu berhasa Melayu, berbahasa Melayulah dengan betul. Jika kamu mahu berbahasa Inggeris, berbahasalah Inggeris dengan betul. Jika kamu mahu berbahasa Kelantan, berbahasa Kelantanlah dengan betul!”

Khamis, 31 Mac 2011

Fateh dan Ziyad 2011






Tak lama lagi akan bertambah sorang lagi dan hopefully yang kali ini adalah sekuntum bunga yang comel. Nanti abang Yad dan abang Fateh kena jaga adik Fatimah baik-baik tau...hihi...:)

Fateh Setahun 2 Bulan



Fateh yang manis dengan senyuman. P/s-Ramai orang kata muka Fateh ikut ummi. Betul ke?

Ziyad Setahun Lebih


I LOVE U ALWAYS MY DEAR...

Ziyad semasa umurnya setahun lebih. Masa nih, ummi sedang sarat mengandungkan Fateh.

Rabu, 30 Mac 2011

Lebih Ramai Pemandu Lelaki Terbabit Dalam Kemalangan Berbanding Wanita

Assalam

Sumber:http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/1996-lebih-ramai-pemandu-lelaki-terbabit-dalam-kemalangan-berbanding-wanita.html





Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.

Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.

Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.

Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006. "Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.

Ahmad Farhan berkata kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri."Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.

Beliau berkata dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya. Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa jantina.

- Kuala Lumpur, 30 Mac2011

Isnin, 28 Mac 2011

RUMAH TEMPAT MELATIH SEORANG INSAN

Assalam....

Mata rasanya belum mengantuk lg walaupun jam didinding sudah menunjukkan ke angka 12.16 pg. Badan sememangnya rasa letih. Entahlah sejak kebelakangan ini bila mata tidak dilelapkan tepat pada angka 11 atau kurang darinya, mata ini jd payah benar mahu lelap.

Jika ikut rentak mata, seusai solat maghrib tadi sudah mahu ummi letakkan kepala ke bantal. Tetapi rasa ummi, masih terlalu awal sangat.

Hiruk-pikuk suara Yad dan Fateh menyengkang biji mata ummi dari tidur yang awal. Tak pelah, bagus juga sebabnya solat Isyak pon belom settle lagi. Ummi tetap juga pertahankan jaga ummi dengan mengemas rumah dan membasuh baju yang bertimbun. Adat orang yang, tak ada maid.

Jika ada kemampuan pon kelak, ummi rasa nak ambik maid yang datangnya 3 kali seminggu. Maid yang hanya membantu untuk mengemas, membersihkan sesawang, mengemop dan mengelap cermin tingkap yang berhabuk sahaja.

Walau sesibuk mana pon dengan pekerjaan, ummi tetap berpegang, a mother still a mother and same to go as a wife. Ia bukan soal duit atau ganjaran, tetapi sebabnya kepuasan. Tidak gemar rasanya memberikan tugasan tersebut kepada orang yang bukan terdiri daripada ahli keluarga ini.

Urusan keluarga harus dilakukan secara kerjasama oleh isi rumah. Bukan mengharap seorang ibu atau isteri untuk menguruskannya semata. Suami tetap punya peranan, begitu juga dengan anak-anak walaupun anak lelaki dan walaupun kerja yang dilakukan adalah kecil sumbangannya.

Segala-galanya adalah kerana sebuah disiplin yang perlu dibentuk untuk membentuk seorang manusia. kerja perlu diagihkan mengikut keupayaan dan skill masing2. Jika Yad dan Fateh hanya mampu kemas barang permainan mereka, maka itulah yang perlu dilakukan.

Mereka perlu dibentuk dengan disiplin.

Huhu...memang ibu yang garang kan. Ummi memang tak suka untuk memanjakan anak2. Awal-awal lg Yad dan Fateh, jika mengamuk tak tentu pasal, rotan tetap akan singgah ke kaki mereka. (Tp bukan ummi la yang merotan sebab budak berdua nih memang tak takut jika ummi dia yang rotan. Semakin gelak lg ada la. Haha...)

Tapi banyak perkara yang ummi pelajari samada melalui pembacaan dan perkongsian pengalaman dengan ibu-ibu yang lain, ummi selalu memberikan sebab jika mahu merotan anak-anak ummi. Contohnya, jika Yad memukul adiknya, maka sememangnya dia akan kena rotan tetapi ummi akan bagitahu "Yad, tahu apa salah Yad?". Pastinya Yad akan tersedu-sedan menahan tangis melihat rotan ditangan dan cepat-cepat mengaku kesalahannya. "Oleh kerana Yad pukul adik, maka ummi rotan Yad kat kaki."

Setelah episod hukuman berjalan, barulah ummi akan pastikan Yad mencium dahi adiknya dan mesti sebut perkataan maaf, walaupon Fateh tak faham. Segala2nya kerana tidak mahu dendam bersarang dihati anak-anak ini. Bimbang juga jika ada rasa cemburu atau rasa berat sebelah.

Tetapi jujur ummi katakan bahawa, waima Fateh itu masih dikategorikan sebagai bayi (belum cukup 2 tahun) tetapi seandainya dia memukul abangnya, tetap juga ummi lakukan perkara yang sama hanya kerana mahu Yad faham bahawa sesiapa yang buat salah perlu dihukum. Tapi tak lah sehingga tahap merotan sebab tak sesuai. Biasanya akan dicubit sahaja atau dipukul kakinya sedikit untuk menampakkan bahawa ummi tidak berat sebelah.

Lebih kepada menjaga hati Yad supaya dia rasa dirinya juga dibela apabila diperlakukan dengan perbuatan dipukul.


Ilmu parenting ini masih banyak yang ummi pelajari. Ummi mahu ikat hati kedua2 putera ummi ini agar meletakkan kepercayaan mereka dan kasih sayang mereka pada kami kedua ibubapanya. Bukan pada orang lain. Mahu tujukkan contoh yang terbaik agar seandainya mereka perlu membuat keputusan yang besar, orang pertama yang akan mereka minta pandangan adalah ummi dan abi. Bukan kawan-kawan atau kekasih.

Semakin anak2 membesar dan banyak bergaul, mereka semakin jauh dengan ibu bapa. Ummi bimbang, tanpa pengawasan yang baik, anak-anak yang menjadi mad'u ibu bapa ini akan terlepas dan membuat keputusan yang sedikit terpesong dengan norma kehidupan hanya kerana mengikut kata hati.

WALAUPUN DIA SEORANG B TETAPI DIA JUGA SEORANG MANUSIA YG PUNYA HAK

Assalam...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kalendar dihadapan meja sudah menunjukkan akhir Mac 2011. Dua atau tiga hari lagi muncul pula bulan keempat di tahun 2011. Huh..cepat sungguh masa berlalu.

Tulisan kali ini ummi nak dedicate pada seorang insan yg sedikit sebanyak punya pertalian kekeluargaan dengan ummi.

Hujung minggu yang lepas, sempat ummi pergi menjengah ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban melawat seseorang. Seseorang yang sudah lebih 5 tahun jika tak silap ummi, tidak ummi tahu perkhabarannya. Sepanjang lima tahun itulah, ummi tidak melihat wajahnya di kampung.

Saat pertemuan di hospital...sungguh, sayu ummi melihat dia. Hampir tidak ummi kenal dirinya. Terlalu berubah akibat barah paru-paru yang dihidapinya. Muka kelihatan sembab begitu juga seluruh tubuhnya. Hendak duduk pon kelihatan payah, lebih2 lgi apabila gari ditangan yang melekat dikatil.

Sungguh, w/pon dia adalah seorang banduan, dia juga seorang manusia. Hanya kerana kesilapan yang pernah dilakukan, tidak bermakna dia perlu dilayan sebegitu rupa. Sudahlah sakit (boleh dikatakan sudah kritikal), tangan digari, belom cukup lagi dua orang polis yang menjaga. Hendak bangun pon payah, apatah lagi untuk lari. Mungkin inilah nasib seorang banduan.

Masa pertemuan terlalu singkat. 15 minit, namun sempat juga anak2 ummi salam pada tok cik mereka. Nak berbual panjang, polis dihadapan tak terlepas2 memandang kami (ummi, abi, yad, fatih n pakcik). Hingga tak sempat duduk pon, apatah lagi melepaskan lelah.

Jarak polis dengan kami cuma dua langkah sahaja. Tiada privasi. Cukup menyeksakan.

Inilah jalan kehidupan yang telah dipilih. Kesalahannya apa? Nak jentik seekor kucing pon tak sanggup. Hanya kerana benda haram dan tersilap langkah dalam memilih sebuah kehidupan, dia dilayan sebegitu rupa.

Allah...kejam sungguh hukuman manusia ini. Sedangkan hukumMu sendiri mereka malu untuk ditegakkan dimuka bumiMu ini.

Ya...w/pon dia seorang banduan, tetapi dia juga seorang manusia yang punya hati dan perasaan.

Semoga dihadapan Allah kelak, keadilan itu akan benar2 tertegak.

Wallahua'lam......

Khamis, 24 Mac 2011

RASA SYUKUR ITU HANYA UNTUK ALLAH

Assalam…

Hari ini ummi nak bawa topic Syukur. Sebagai manusia yang diberikan rezeki dan nikmat kehidupan yang tidak terhingga nikmatnya maka wajiblah kita memanjatkan rasa kesyukuran tersebut hanya kepada Allah s.w.t.

Apa yang ummi nak tulis ini bukanlah berupa tazkirah atau nota kuliah yang panjang lebar sebab ummi sendiri pon bukan seorang ustazah. Ummi cuma sekadar ingin melontarkan pandangan dan ilmu yang tidak seberapa cuma ini dan seandainya terdapat kesilapan, mohon diperbetulkan dan jangan sekali biarkan diri ini berada di dalam kegelapan.

Hari ini awal2 pagi ummi telah menerima massage melalui inbox facebook. Huh…ingatkan abi. Rupa2nya surat seorang peminat aka pengkritik yang rasanya tidak puas hati dengan komen ummi dalam M’siakini tentang isu nuclear. Di dalam topic nuclear ini sudah jelas rasanya pendirian ummi bahawa teknologi nuclear itu sememangnya baik dan mendatangkan manafaat yang besar, namun risiko yang harus ditanggung akibat kemusnahannya kelak juga besar. Ia berada dalam win-win situation.

Pandangan, hanyalah sekadar pandangan dan yang menguatkan lagi pandangan ini adalah pengalaman dari negara2 luar yang telah ditimpa kemusnahan nuclear ini. Adakah ummi paranoid? Tidak berasaskah kebimbangan ini dalam keadaan di M’sia ini segala macam ketidakadilan berlaku? Bagaimana ummi mahu meletakkan kepercayaan pembinaan loji nuclear ini kepada pemerintah M’sia yang kita sendiri persoalkan di dalam banyak perkara tentang Intergriti dan ketidaktelusan.Itulah yang menjadi isu sebenarnya. Isu tentang INTERGRITI manusia. Tidak jujur, mementingkan kepentingan diri dan bukan kemaslahatan umum. Bagaimana? Apa pandangan kalian?

Pembinaan loji nuclear penting untuk kita sebagai rakyat untuk ambil tahu. Kena tahu apa kepentingan kita atas pembinaannya kelak dan kemudaratan yang bakal kita terima serta risiko-risiko yang perlu dipertimbangankan. Ini bukan isu pihak-pihak tertentu sahaja. Ia hak dan isu setiap individu bagi mendapatkan persekitaran yang selamat.

Pengkritik

Jadi ummi buka FB sedara, pakcik atau tuan yang memberikan kritikan kepada ummi. Ummi tak kisah jika kritikan tersebut disertakan dengan hujah2 yang bernas w/pon terdapat perbezaan pandangan. Tetapi komennya hanya sedikit;

‘Kamu ini, nama shj lulusan UTM tapi tak berilmu’

Jadi ummi cuba ekses mahu melihat orangnya mcm mana. Sedikit info ttg beliau ummi perolehi seperti dibawah:

Mungkin orang tak percaya saya mula membantu ibu saya berniaga semenjak umur 6 tahun lagi. Menjual sambal dan lauk pauk di kem askar di sg besi, kuala lumpur. Kemudian ibu saya di santau orang hingga meninggal dunia semasa umur saya 7 tahun lebih. Selepas itu bapa saya terus mengambil pencen dan balik ke kampung. Perkara yang saya tidak boleh saya lupa hingga sekarang ialah ada seorang hamba allah telah beri saya duit RM 1.00 semasa saya sedang bersekolah dan baru2 ini saya telah berjumpa dengan orang tersebut. Alhamdullilah orang tersebut masih sihat walafiat. kerana dulu semasa bersekolah rendah saya tidak pernah memegang duit seringgit hanya dua puluh sen saja untuk bekalan ke sekolah dari Kuala Kedah ke KSAH di Alor Setar. Pukul 5 pagi keluar dari rumah dan naik sampan kemudian berjalan kaki lebihkurang 1 kilo lebih ke perhentian bas dan masa tu lah hamba allah tersebut telah menahan saya dan memberi saya duit RM 1.00 dan sudah hampir 40 tahun perkara ini berlaku. Dan satu lagi perkara yang sedih, abang saya telah berjaya ke Universiti dan kerana terlalu kesiankan bapa saya kerana kemiskinan maka saya tidak mahu lagi menyambung pelajaran walapun bapa saya telah menyuruh saya belajar lagi. Tapi saya engkar kerana keadaan hidup tidak mengizinkan.Rahsia ini yang selama ini hanya saya dan arwah bapa saya saja yang tahu. Jadi saya harap adik2 dan anak2 yg sudi baca perihal saya ini insaflah dan belajarlah bersungguh2 dan wajib menyokong kerajaan UMNO kerana telah banyak berjasa mengubah kehidupan kita semua.
________________________________________

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kritikkan pakcik, tuan atau sedara tersebut. Kedua, minta maaf sebab saya melihat l/blakang tuan/pakcik tanpa kebenaran (iyelah dh nama pon FB sesiapa boleh akses). Maka izinkan saya mempertahankan pendirian saya berkenaan dengan apa2 isu yang berkaitan dengan Malaysia negara yang amat saya cintai dan kasihi ini.

Saya, sebagaimana seorang muslim yang berpegang kepada Islam percaya dan yakin bahawa tiada yang lebih berhak ke atas segala penghargaan seorang hamba melainkan Tuan dan Tuhannya iaitu Allah s.w.t. Susah , senang, hidup dan mati serta segala kenikmatan yang saya perolehi di dunia ini ditentukan oleh Allah atas kapasiti usaha saya dan orang-orang yang berada disekeliling saya sepertimana yang telah diaturkan oleh Allah.

Wujudnya UMNO dimukabumi M’sia ini adalah di atas ketentuan dan ketetapanNya dan begitulah juga kemusnahan UMNO sendiri. Pelajaran TAUHID Darjah 1 Sekolah Agama (Versi Johor) mengajar murid2 tentang sifat2 Allah iaitu bersifat kekal (salah satunya daripada 20 sifat yg wajib diketahui). Maka saya mengimaninya bahawa tiada yang akan kekal di dunia ini selain daripada pemiliknya iaitu Allah. Diri saya, anak2, suami, ibu dan ayah, sekelian manusia waima UMNO sendiri PASTI akan hancur dan tidak akan kekal. Jika sudah sampai masa dan ketentuanNya tidak perlu PAS yg akan menjatuhkan UMNO tetapi ALLAH sendiri yang akan menjatuhkanNya dan sekelian pemimpinnya selagi mereka menjadi pendusta kepada agama Allah iaitu ISLAM.

Buat pengetahuan pakcik, selama saya meniti kehidupan ini, saya tidak pernah walau sesen pon menerima batuan pelajaran dari UMNO. Saya bersekolah, yuran sekolah ayah saya bayarkan. Masuk university dapat pinjaman PTPTN yang mana saya perlu bayar balik sebanyak 4% dan saya kira itu bukanlah bantuan tetapi kesempatan dipihak kerajaan untuk mengaut keuntungan. Saya bekerja, dapat gaji, atas usaha dan rezeki Allah. Saya tidak pernah terhutang budi dengan UMNO. Jadi saya tak perlu bersalah walau sekelumit pon jika suatu hari nanti UMNO jatuh. Apa yang kerajaan berikan selama ini, j/raya, bangunan sekolah dan segala mcm kemewahan material yang ada adalah atas izin Allah dan ianya bukan sumbangan atau kebajikkan TETAPI ia adalah T/JAWAB sebagai pemimpin yang diamanahkan maka adalah menjadi KEWAJIPAN bukan PERTOLONGAN @ KERJA2 AMAL PIHAK KRJN UMNO.

Saya ambil iktibar dari kehidupan ayah saya yang berjuang dengan UMNO. Jadi pak turut oleh UMNO. Ramai pemimpin2 UMNO yang mempermainkan ayah saya hanya kerana dia seorang kontraktor. Kerana perangai2 UMNO yang tidak amanah, kronisme, makan rasuah, pengkhianat anak bangsa, maka saya bencikan UMNO.

Buat pengetahuan pakcik, saya berpegang kepada Islam dan Ilmu yang Allah berikan ini. Saya mahu jadi pendidik dan orang yang jujur kepada Ilmu saya. Sepanjang saya belajar sehingga peringkat Master ini, semakin membuka mata dan hati saya melihat betapa jahatnya UMNO. Tiada satu naskah pengajian pon yang saya pelajari menghalalkan RASUAH, KRONISME, KETIDAKADILAN, PENINDASAN KE ATAS RAKYAT YANG LEMAH dan sebagainya yg kini saya dapati banyak tercalit pada pemimpin UMNO.

Pakcik, kata akhir dari saya, jika pakcik mahu berpegang teguh pada sesuatu perkara, sentiasalah mencari kebenarannya. Berpegang pada reality dan bukan kisah silam semata2. Bukan hanya mendengar dari khabar angin. Kerana sifat ingin tahu yang sentiasa ada dalam diri ini, sentiasa bersoal jawab dalam diri ini, maka saya selalu cuba untuk mencari kebenaran. Saya pon tidak suka berpegang kepada sesuatu membuta tuli. Jangan jadikan penghalang kepada kemiskinan dan kisah silam yang dahulu kepada pencarian sebuah ilmu dan jawapan kepada setiap persoalan kehidupan.

Sesungguhnya rasa syukur itu hanyalah kepada ALLAH. Alhamdulillah. 