Assalam...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kalendar dihadapan meja sudah menunjukkan akhir Mac 2011. Dua atau tiga hari lagi muncul pula bulan keempat di tahun 2011. Huh..cepat sungguh masa berlalu.
Tulisan kali ini ummi nak dedicate pada seorang insan yg sedikit sebanyak punya pertalian kekeluargaan dengan ummi.
Hujung minggu yang lepas, sempat ummi pergi menjengah ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban melawat seseorang. Seseorang yang sudah lebih 5 tahun jika tak silap ummi, tidak ummi tahu perkhabarannya. Sepanjang lima tahun itulah, ummi tidak melihat wajahnya di kampung.
Saat pertemuan di hospital...sungguh, sayu ummi melihat dia. Hampir tidak ummi kenal dirinya. Terlalu berubah akibat barah paru-paru yang dihidapinya. Muka kelihatan sembab begitu juga seluruh tubuhnya. Hendak duduk pon kelihatan payah, lebih2 lgi apabila gari ditangan yang melekat dikatil.
Sungguh, w/pon dia adalah seorang banduan, dia juga seorang manusia. Hanya kerana kesilapan yang pernah dilakukan, tidak bermakna dia perlu dilayan sebegitu rupa. Sudahlah sakit (boleh dikatakan sudah kritikal), tangan digari, belom cukup lagi dua orang polis yang menjaga. Hendak bangun pon payah, apatah lagi untuk lari. Mungkin inilah nasib seorang banduan.
Masa pertemuan terlalu singkat. 15 minit, namun sempat juga anak2 ummi salam pada tok cik mereka. Nak berbual panjang, polis dihadapan tak terlepas2 memandang kami (ummi, abi, yad, fatih n pakcik). Hingga tak sempat duduk pon, apatah lagi melepaskan lelah.
Jarak polis dengan kami cuma dua langkah sahaja. Tiada privasi. Cukup menyeksakan.
Inilah jalan kehidupan yang telah dipilih. Kesalahannya apa? Nak jentik seekor kucing pon tak sanggup. Hanya kerana benda haram dan tersilap langkah dalam memilih sebuah kehidupan, dia dilayan sebegitu rupa.
Allah...kejam sungguh hukuman manusia ini. Sedangkan hukumMu sendiri mereka malu untuk ditegakkan dimuka bumiMu ini.
Ya...w/pon dia seorang banduan, tetapi dia juga seorang manusia yang punya hati dan perasaan.
Semoga dihadapan Allah kelak, keadilan itu akan benar2 tertegak.
Wallahua'lam......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan