PuteraKu

PuteraKu

Jumaat, 22 April 2011

Kunci KEJAYAAN adalah CEKAL

Assalam....

Alhamdulillah nampaknya segala kerja-kerja yang berkaitan dengan penulisan artikel, senarai markah amali pelajar dan laporan akhir penyelidikan RUGS yang bertajuk 'Financial Managment Among Credit Counseling Participants' dah siap sepenuhnya. Cuma tinggal urusan nak tutup akaun RUGS terpaksa menunggu pegawai luluskan pembellian printer yang telah ditempah 2 hari lepas.

Bulan 4 ni agak sibuk juga. Beberapa kerja luar dengan ambik upah key-in dan analisis data walaupon sedikit, namun target ummi sebenarnya mahu mengasah skill dalam data analisis menggunakan perisian SPSS.

Semua settle dan baru td isi borang GS-11 untuk report perkembangan perjalanan penyelidikkan untuk program master.

Bayangkanlah last week, seminggu sahaja Dr Husniyah berikan ummi tugasan untuk siapakan penulisan artikel yang bertajuk 'Toleransi Pengurusan Risiko Kewangan dalam Kalangan Pekerja Sektor Awam' dan dalam seminggu itu juga dengan usaha dan kerjasama Dr, kami berjaya hantar artikel tersebut untuk penerbitan jurnal artikel di Jurnal Pengguna KPDN KK edisi Julai ini.

Tersandar juga ummi dibuatnya. Dengan kelam kabut semak amali pelajar yang bertimbun-timbun, siap stay back untuk satu malam dan duduk bermeditasi di perpustakaan yang mana ummi dah jarang pergi sejak memulakan pengajian master.

Inilah namanya jika kerja tak di'push' maka memang tak berjalan. Padahal jurnal artikel telah lama tersadai sedikit-demi sedikit perubahan dibuat dan ditambah. Sampai bulan 3, bila dapat tahu ummi mengandung, segala kerja yang melibatkan artikel jurnal tersebut terhenti seketika. Sebab malas kot. hihi...

Tapi bila Dr panggil dan minta bahagian pengenalan sampai bab methodology diubah keseluruhannya dan hanya diberikan masa 3 hari dengan data yang telah dianalisis diminta untuk dimasukkan ke dalam jadual tersekat2 ummi dibuatnya.

Manakan tidaknya, dalam masa 3 hari keseluruhan artikel perlu diubah tajuk dan hampir 80% isi kandungannya harus diubah. Dalam hati masa itu hanya Allah shj yang tahu. Longlai juga ummi dibuatnya. Namun, demi sebuah kepercayaan yang telah Dr berikan, ummi sahut juga.

Masa tu memang ummi dan Dr sendiri pon blurr...sebab objektif sahaja sudah lari dari apa yang sepatuutnya dirancang. Artikel mesti ditumpukan pada bahagian toleransi kewangan dan pengurusan kewangan, bukan kesejahteraan kewangan pengguna.

Malam pertama selepas mendapat tugasan itu, ummi tekad mahu stay up sampai pagi. Hmm...tp apakan daya, keadaan sememangnya tidak mengizinkan. Fateh meragam tidak menentu. Memang ummi akui, sejak ummi mengandung ini perangai Fateh amat2 berlainan. Manja yang teramat hingga nak ke tandas pon terpaksa berdukung. Itulah dugaannya. Tapi dugaan itu yang menjadikan ummi kuat sehingga hari ini.

Dan teringat ummi dengan kata-kata Ustz Hasrizal sepertimana yang abi sampaikan...kata kunci untuk sebuah kejayaan itu adalah cekal... dalam usaha untuk mendapatkan Master ummi perlu cekal dengan setiap dugaan yang ada. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan