PuteraKu

PuteraKu

Khamis, 22 Julai 2010

DIMANAKAH RASIONALISASI PENSTRUKTURAN SUBSIDI

Salam........

Just want to share.

Pengumuman kerajaan ke atas kenaikan lima jenis barangan utama pengguna pada minggu lepas sememangnya tidak dapat diduga oleh pengguna. Jika sebelum ini, kenaikan harga minyak dibuat berdasarkan kepada kenaikan harga minyak dunia yang meningkat, namun kali ini alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan ke atas kenaikan barangan tersebut amatlah dangkal lebih-lebih lagi apabila pengumuman kenaikan barangan tersebut yang dibuat secara senyap-senyap seolah-olah memperlihatkan bahawa pihak kerajaan takut kepada kemarahan rakyat yang sudah semakin meluap-luap sejak kebelakangan ini. Malaysiakini melalui laman sesawangnya melaporkan bahawa pihak kerajaan meminta agar berita kenaikan harga lima barangan tersebut tidak disiarkan sehingga tempoh waktu yang ditetapkan iaitu pada jam 8 malam agar berita tersebut tidak kecoh. Malah lebih buruk lagi apabila para wartawan diminta agar tidak menulis artikel berkenaan kenaikan tersebut sebagai kenaikan harga barangan tetapi sebagai penstrukturan subsidi pada tajuk berita. Malah sehingga kini, akhbar-akhbar dan media arus perdana ditegah daripada memperbincangan topic ini untuk diperbahaskan. Astro Awani melalui rancangannya Sudut Pandang yang selalunya mengetengahkan tajuk-tajuk perbincangan yang hangat seolah-olah disekat untuk mengetengahkan isu ini. Tindak tanduk tersebut sebenarnya mendatangkan pelbagai persoalan di minda pembaca dan pengguna amnya. Adakah benar, kerajaan Malaysia sudah hampir bankrap sehingga tindakan pengurangan subsidi terhadap bahan asas tersebut perlu dibuat? Dimanakah rasionalnya penstrukturan subsidi bagi mengawal pengunaan kelima-lima barangan tersebut dan adakah ia akan berjaya?
Dari sudut pandangan ekonomi, kenaikan harga sesuatu barangan akan menyebabkan penurunan ke atas permintaannya namun, dari sudut penggunaan adakah ia berjaya direalisasikan? Pihak kerajaan hanya memandang bahawa apabila harga gula dinaikkan, maka ia sekaligus dapat mengurangkan permintaan dan penggunaannya diperingkat isi rumah. Namun bagaimana pula penggunaan gula dapat dikurangkan dalam pembuatan makanan siap atau separa siap yang kebanyakkannya dihasilkan oleh industri makanan. Kita harus sedar bahawa kenaikkan harga barangan yang diperkatan sekarang adalah kenaikan harga bagi barangan asas rakyat Malaysia. Rakyat masih lagi tidak mempunyai barangan alternatif bagi mengantikan barangan tersebut dan suka atau tidak, kenaikkan harga barangan asas ini akan memberikan kesan kepada sosio ekonomi penduduk di Malaysia. Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram mungkin akan berjaya pada peringkat isi rumah kerana harga gula yang mahal akan dapat mengurangkan pembelian gula di kalangan isi rumah dan secara tidak langsung ia membantu kepada pengawalan ke atas pengambilan gula di dalam makanan mereka. Namun begitu, persoalan yang sarat di minda adalah bagaimana pula pengguna hendak mengawal kandungan gula yang digunakan oleh peniaga-peniaga restoran, gerai-gerai tepi jalan atau yang lebih tepat lagi pengunaan gula di peringkat pengusaha makanan. Adakah kenaikan harga gula ini akan membantu pihak peniaga mengurangkan penggunaan gula di dalam masakan mereka? Secara jujurnya, kenaikan gula tidak akan dapat membantu pengusaha makanan memupuk kesedaran dikalangan pengguna malah akan menyebabkan bebanan kos ke atas peniaga-peniaga terutamanya peniaga kecil atau IKS. Kesannya untuk jangka masa akan datang perniagaan mereka mungkin akan lingkup kerana tidak mampu menanggung bebanan kos lebih-lebih lagi apabila terpaksa berhadapan dengan persaingan.
Nasib peniaga-peniaga industry kecil dan sederhana atau IKS di negara kita mungkin akan terjejas akibat penstrukturan ini dan amat menyedihkan kerana kebanyakkan IKS dimiliki oleh pengusaha-pengusaha Bumiputra. Di manakah janji kerajaan untuk mendahulukan rakyat, sekiranya keputusan penstrukturan ini hanya memberikan keutamaan kepada pengusaha-pengusaha besar yang mempunyai kepentingan kepada kerajaan. Oleh itu, penstrukturan subsidi jelas dilihat hanya memberikan keuntungan kepada pihak peniaga dan menindas pengguna terutamanya dikalangan isi rumah yang berpendapatan kecil dan sederhana. Alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan menaikan harga gula juga dilihat sebagai satu langkah yang berat sebelah dan tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Seandainya alasan pihak kerajaan terhadap penstrukturan ini adalah untuk membenteras aktiviti penyeludupan , adakah ia berjaya sedangkan harga barangan komoditi tersebut masih lagi jauh lebih murah berbanding dengan negara-negara jiran lain. Penstrukturan subsidi bagi gula dan bahan api di pasaran tidak akan mampu mengurangkan aktiviti penyeludupan kerana harga gula dan bahan api (petrol dan diesel) di Malaysia masih lagi yang terendah berbanding dengan negara-negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Ia juga tidak akan mampu menghalang rakyat dari negara jiran seperti Thailand dan Singapura untuk datang ke Malaysia mengisi minyak di tangki kereta mereka. Aktiviti penyeludupan akan tetap berlaku tanpa penguatkuasaan yang tegas dari aspek undang-undang, malah aktiviti membenteras penyeludupan juga dilihat hanya mengikut musim-musim tertentu. Penguatkuasaan di Malaysia dipandang terlalu lemah oleh penyeludup-penyeludup ini disebabkan oleh gejala rasuah yang masih lagi berleluasa dan belum berjaya di tangani secara keseluruhannya. Untuk membenteras penyeludupan ini, kita mungkin hanya akan bermimpi di siang hari seandainya penguatkuasaan di Malaysia masih lagi lemah.
Langkah yang di ambil oleh kerajaan dengan penarikkan semula subsidi juga dilihat berat sebelah. Fakta mengenai subsidi menerangkan bahawa subsidi merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan tertentu mampu dibeli oleh rakyat yang memerlukan bantuan. Sekiranya pihak kerajaan mengatakan bahawa dengan pemberian subsidi ini, maka golongan kaya juga akan mendapat manafaat yang sama, tetapi dengan penarikkan subsidi ini juga boleh membebankan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka adakah adil, keputusan ini dibuat sedangkan di dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika ini, peningkatan inflasi dan peningkatan tahap hidup masyarakat hari ini yang memerlukan banyak sokongan dan bantuan terutamanya terhadap golongan yang berpendapatan kecil adakah mereka juga tidak layak untuk dibantu? Seandainya kita berfikiran secara timbang rasa, apabila keadaan ekonomi jatuh, tidak akan ada seorang pun yang tidak merasainya atau menerima kesannya kerana semua manusia perlu mengguna dan merupakan pengguna akhir. Namun, kesan yang dialami oleh setiap pengguna adalah berbeza-beza kerana keupayaan ekonomi setiap pengguna itu berbeza dan tindakan menarik balik subsidi ketika ini adalah kurang tepat dan seolah-olah tidak prihatin dengan nasib rakyat yang sememangnya sudah ditimpa kesusahan. Ketidakseimbangan dalam social masyarakat terutamanya perolehan pendapatan per kapita isi rumah di antara kawasan bandar dan luar bandar semakin ketara dan dengan kenaikan harga barang akibat daripada penstrukturan subsidi hanya akan memberikan kesan negatif untuk jangka panjang. Penstrukturan ini umpama bom berangkai yang hanya akan memburukkan lagi keadaan ekonomi isi rumah dan rakyat khususnya. Pengagihan kekayaan negara yang tidak adil dan hanya mementingkan kronisme menjadi punya mengapa barangan tertentu atau pengagihan ekonomi dilihat berat sebelah dan dimonopoli oleh orang-orang tertentu. Kerajaan seharusnya mengambil tindakkan yang lebih bijak dan bersimpati dengan nasib rakyat. Cadangan beberapa NGO pengguna untuk membuka lesen terbuka penjualan gula bagi mengelakkan monopoli hanya dipandang sepi. Selain itu, ura-ura untuk menggunakan Mykad ketika membeli minyak petrol bersubsidi bagi menggelakkan pengguna luar membeli pada harga subsidi juga akhirnya hanya satu cadangan yang sudah semakin senyap untuk diperkatakan lagi. Malah, pentrukturan ini juga tidak disertai dengan mekanisma lain untuk membantu golongan yang menerima kesan yang paling banyak di atas penstrukturan tersebut.
Kitaran ekonomi ini seperti bulatan yang saling berkait di antara satu sama lain. Hubungan di antara peniaga dan pengguna umpama aur dan tebing yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Seandainya pengguna ditekan, adakah pihak peniaga juga akan dapat merasai nikmat keuntungan dan pihak kerajaan mampu memacu kembali ekonomi Malaysia untuk berada dalam keadaan asal? Jurang yang melebar di antara golongan kaya dan miskin hanya akan memberikan kesan masalah social yang lebih buruk dan ketenangan yang dirasai hari ini mungkin akan bergolak suatu hari nanti. Apa yang sering dipersoalkan oleh rakyat jelata adalah, mengapa kerajaan mampu untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi menampung projek-projek pembangunan dan memberikan suntikan modal kepada syarikat-syarikat besar yang mempunyai kepentingan, namun kebajikan rakyat digadaikan untuk tujuan tersebut. Malah, sejak mutakhir ini, jurang di antara si miskin dan si kaya semakin melebar dan yang ditindas semakin tertindas sudah semakin dirasai oleh rakyat.
Sememangnya tidaklah dinafikan bahawa semua barangan komoditi tersebut akan kehabisan suatu hari nanti. Malah kebanyakkan pengguna hari ini sedar bahawa barangan komoditi ini merupakan barangan yang tidak boleh diperbaharui semula. Mahu atau tidak, lambat atau cepat kenaikkan harga ke atas barangan seperti minyak dan gas pastinya tidak akan dapat dielakkan. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk pihak kerajaan membuat penarikkan ke atas subsidi bahan tersebut dalam keadaan pengguna belum bersedia dan mempunyai alternatif lain. Rakyat masih lagi bergelut dengan kepayahan ekonomi berikutan dengan kejatuhan ekonomi pada tahun 2008. Pihak kerajaan berulang-kali memohon agar rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka, namun adakah pihak kerjaan juga mengamalkan prinsip yang sama. Adakah penjimatan sebanyak RM750 juta ini berjaya mengurangkan defisit negara sekiranya perbelanjaan kerajaan bagi tujuan-tujuan lain masih lagi tidak dikawal. Pihak kerajaan mencanang projek jutaan ringgit yang hanya memberikan keuntungan kepada kroni-kroni mereka sedangkan rakyat sudah semakin tidak hirau akan semua itu. Apa yang difikirkan oleh rakyat hanyalah untuk bagaimana hendak meneruskan kelangsungan hidup mereka dalam keadaan kemelut ekonomi yang tidak menentu kini.
Kesimpulannya, sebagai pengguna kita juga harus ingat, penggunaan yang tidak dikawal hanya akan merugikan diri sendiri dan anak bangsa. Tiada apa yang akan kekal di dunia ini, waima segala benda termasuklah hasil minyak. Kita mungkin akan berhadapan dengan kehabisan sumber asli ini suatu hari nanti dan sebagai pengguna kita haruslah menggunakan segala kurniaan Allah dengan secara berhemah dan tidak membazir. Penggunaan yang berlebihan juga akan memudaratkan kesihatan seperti gula. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk menindas orang lain terutamanya golongan yang susah. Di manakah janji pihak kerajaan untuk mendahulukan rakyat dalam setiap agihan ekonomi sekiranya rakyat pula yang terpaksa menanggung bebannya

Isnin, 19 Julai 2010

bisnesku





promosi koyok kaki penyedut toksin!!! dapatkan segera... 1 pack/10pcs hanya RM16.00 termasuk pos.. 10pack/100pcs hanya RM150 termasuk pos, 5 pack/50pcs hanya RM75 termasuk pos.. dapatkan segera...
hubungi 019-2596127

Ahad, 18 Julai 2010

KISAH THARIQ ZIYAD

Salam

Selamat pagi kepada semua pembaca yg sudi singgah ke laman blog ummi ni (walaupun sbnrnya belum ada pengunjung lg kot ke blog ni. haaa) Sebenarnya untuk hr ni, mmg banyak benda ummi nk tulis terutamanya berkenaan dengan topik2 hangat pengguna. Baru last week rakyat M'sia di gemparkan dengan berita kenaikan 5 serangkai barangan yg amat penting dalam kehidupan isi rumah di M'sia. Tp topik tu belum lg nk ummi sentuh. kena buat study dulu baru blh buat mcm artikel supaya info yg nk dimasukkan dlm blog ni tak menyeleweng drpd fakta sebenar. bila kita berpegang pada adab ilmu, mk ummi nk pastikan bahawa mklmt itu adalah benar dn bukan semata2 m'ngikut naluri n perasaan amarah.

ok la, back to our story. hr ni nk ummi nak kisahkan tentang perjalanan hidup seorg PEJUANG ISLAM yang mungkin kita jarang2 m'dgr ceritanya. w/pon kisahnya mgkn pada pembaca tidaklah sehebat kisah para pejuang yang lain sprt shbt rasullullah, Sultan Muhammad AlFatih dan lain2, tp bg ummi, selepas membaca kisahnya dulu sblm ummi melahirkan anak pertama, ummi terus jatuh hati dan meletakkan nama anak sulung ummi sempena nama beliau kerana semangat perjuangannya yang berkobar2 dalam menegakkan syiar Islam. W/pon beliau sebelum memeluk Islam adalah seorang hamba, tapi keimanan beliau dan keyakinannya amat luar biasa.

ok, tp buang masa, let's we begin our story........

SIAPAKAH THARIQ BIN ZIYAD?

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan slps zaman Khilafah Ar-Rasyidin.


BERMULANYA PENAKLUKAN KE ATAS ANDALUSIA

Ini bertepatan dengan mendung hitam yang melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah Eropah yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja Roderick. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroni-nya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian danYahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai oleh Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke atas pantai selatan Sepanyol.

Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.

PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA

Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, yaitu dari arah laut.

Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kpd Gibratar.

Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.

Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,

”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.

Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :

“Tatkala Thariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), Perajurit-perajurit mengatakan bahawa, tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Thariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.”

http://bp1.blogger.com/_QHp4_8CCg8g/SFhc6SWiW7I/AAAAAAAAACY/7TOsAHNz4xw/s400/map+Gibraltar.jpg

Bulatan merah merupkan tempat bukit karang Thariq berucap.

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.

Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik. Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berhasil menaklukkan Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.


Khamis, 15 Julai 2010

Tajuk lagu: SUNNAH BERJUANG


Berjuang menempuh susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah derita hidup samudera duka
Seorang mujahid menunggu Syahid

Di buang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh Syahid
Namun cinta tetap mara menuju cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang tegang silih berganti
Itulah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meruah tenaga

BERJUANG MEMANG PAHIT
KERANA SYURGA ITU MANIS
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit PEDIH yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Membela ISLAM demi kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah SYAHID atau MENANG

Umi tujukan lagu ni buat diri ummi, suami, anak2 dan para pejuaang HAMAS Palestin serta rakan2 yang bersama2 berjuang untuk ISLAM.

Bagaikan sudah jatuh, ditimpa tangga.

Salam...

Erkk...alhamdulillah. Segala puji-pujian bagi Allah di atas segala rahmat dan limpahan kasih sayangNya. Haha..pagi2 ni sebelum memulakan misi untuk mencatitkan sesuatu di dalam blog, kena la memuji Allah. Ni bukan sebab nk bodek Allah, tp apa salahnyer kan kita bodek Allah. Dia maha pemurah apa. Kita bodek dgn solat Dhuha 2 rakaat dan puji2an di dalam hati, dapat pahala, rezeki pon masuk, ditambah keberkatan lagi. Oleh kerana tajuk catatan kali ni adalah sebuah perumpamaan, maka topik yg nk umi catatkan pon mungkin banyak sikit la. topik yg menguji minda kita untuk berfikir. umi suka nk citer tentang isu2 sosial n ekonomi serta agama dengan para pembaca. iyelah, umi sendiri sedang dlm proses belajar dlm bidang pengajian tersebut, jd umi nk share sedikit info.

semlm jika ada yg slalu m'ikuti perkembangan semasa, Krjn M'sia yg diterajui oleh parti dulu dan kini selamanya BN telah berjaya menaikan harga bagi 4 jenis barangan iaitu petrol, diesel, gula n gas. menurut laporan malaysiakini melalui websitenya http://www.malaysiakini.com di antara penyebab pengurangan subsidi bg bahan2 tersebut sepertimana yang dilaporkan adalah'.....kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara'.
huh...sungguh tak dapat nk di terima alasan berikut. krjn msih nk berselindung lg yg M'sia ni dh hampir nak bankrap, but the head leaders keep on denying it. ingat rakyat ni bodoh sgt ker. yg jd mangsa, rakyat yang berpendapatan rendah n sederhana. dlm erti kata lain, org yang gj kecik ni terpaksa ikat perut untuk memastikan kelangsungan hidup. lbh2 lg yg duduk kt bandar2 besar mcm KL. umi cuma berharap, mana2 negeri yg diterajui oleh krjn PR ni keep on their promise untuk bantu ringankan bebanan rakyat, contohnya mcm kt Selangor. bila dh isu2 nasional ni terjadi, mk pimpinan PR kena la bantu apa yng patut untuk buat apa2 program bantu golongan2 yang miskin dan berpendpatan sederhana. Umi bukan apa, w/pon ekonomi keluarga umi masih ok, tp kami tetap terasa sbb umi masih study lg n punya 2 anak. umi kena buat kerja2 sambilan semata2 nk meneruskan kelangsungan hidup. Alhamdullillah, rezeki itu ada di mana2 selagi kita berusaha n memohon kepadaNya. lepas ni apa lg la yang naik. GAJI pekerja tak naik2. yg banyak untung BOS2 BESAR n PEMIMPIN2 PLASTIK. itulah salah satu petunjuk AKHIR ZAMAN. Allah dh bgtahu, salah satu tandanya hampir kepada akhir zaman adalah apabila yang miskin dan yang kaya semakin besar jurangnya dan si KAYA pula tak ada ht perut untuk bantu si MISKIN ni. bukan shj x nak bantu, mlh dicercanya org miskin ni dgn m'gatakan si MISKIN ni PEMALAS. antara kata2 org kaya yang umi slalu dok dengar adalah '....DULU AKU PON SUSAH, TAPI AKU BERUSAHA DAN AKHIRNYA JD KAYA, KO USAHALAH SENDIRI, JGN JD PEMALAS.'

huhuh...bg umi, ni kata2 org yang x ada agama n tak bertamadun. sedarlah diri tu sikit, susah atau senang, itu ujian Allah. Tp dh jadi tanggungjawab si KAYA untuk tolong orang MISKIN. bg zakat. ni dh la ZAKAT tak nak bagi, boleh dikatanya si MISKIN ni PEMALAS. mmg macam HAMPEH. umi doakan org2 KAYA yg mcm ni, Allah bagi mereka sedikit pengajaran bior SEDAR cikit dan umi mohon padaNYA sekiranya umi sudah berada ditahap KESENANGAN, umi tak LUPA pada org2 MISKIN. ni ayat umi, janji umi pada diri. tp umi tak tahu bila Allah uji dgn kesenangan, umi ingat tak lg janji2 umi. Takut. takut kesenangan dn kekayaan akan makan diri sendiri mcm citer si QARUN. tp lg umi takut kalu umi ditimpa kesusahan, umi akan kufur n makin jauh pada ALLAH. umi cuma harap Allah uji umi sesuai dengan iman umi yg senipis kulit bawang ni.

skrg ni, umi tgh usahakan untuk dapatkan zakat untuk sorang pakcik kat area rumah umi. Umi betol2 minta maaf pada dia sebab kerana kecuaian umi, suami n seorang sahabat di LZS, borang permohonan zakatnya hilang ntah ke mana. dh hampir 5 bulan berlalu. umi masih tak sempat lg nk ke rumahnya minta salinan borang tersebut. rasa bersalah dlm ht ni, mcm nk pikul batu besar. InsyaAllah umi akan usahakan sebelum Ramadhan menjelma supaya masa SYAWAL nanti dapatlah pakcik tu sekeluarga merasai nikmat hari raya yang lebih bermakna. Semoga Allah permudahkan dan berikan keizinan masa untuk umi uruskan.

lagi satu citer tentang rasa susahnya orang susah ni, bilamana pg td umi terserempak dengan kejadian perlanggaran. umi tak pasti la mcm mana sebuah motor boleh tumbang ditengah2 jalan raya sehingga bersepah makanan yang dibawanya dlm bakul motor bertaburan di atas jalan. SEDIH. kesian pakcik tu. Allah.... rasanya ms nk menulis kisah ni, mcm nk menitik air mata. dh la jatuh motor, kbtln ada polis trafik kt situ lalu. nk tolong jauh sekali, dia pi SAMAN lg org tu adalah. mmg org tu salah sebab membelok pada laluan bg jalan sehala, tp ada la rasa belas kasihan ckit. umi tak tahu apa perasaan org2 yg dh senang dn KAYA bila mereka nampak orang2 susah. tak terdetik ker rasa simpati dalam hati mereka. kalau umi pi pasar mlm di sri serdang, slalunya mesti akan ada org yng minta sedekah. minggu lps umi jumpa seorg perempuan bawa anaknya. mmg mereka tu di bawah sendikit, n kalu kita bagi pon sindikit tu yg dapat duit, tp at least, kita sedekah sebab Allahkan. jika kita selalu bg alasan untuk buat benda2 baik, maka ht kita akan jd mati n tak akan ada rasa simpati lg. bersedekah untuk dptkan redha Allah, itu niat kita, sama ada org itu tipu atau tidak, selagi tidak berlaku didepan mata, maka kita tak boleh sangka buruk. ini pendapat n pandangan umi. KEWAJIPAN kita untuk TOLONG orang susah dan KEWAJIPAN org susah untuk BERUSAHA.

akhirnya umi dapat simpulkan, selagi kita tidak beramal dengan ajaran ISLAM, tidak ambil ISLAM sebagai THE WAY OF LIFE and THE WAY OF THINGKING, maka selagi itulah kehidupan manusia itu tidak akan bahagia dan aman. semoga dengan catitan ini para pembaca akan dapat bermuhasabah sejenak akan asal usul kita dan kedudukan kita di sisiNYA.

Khamis, 8 Julai 2010

Bila hukum Allah tidak dilaksanakan

Salam...

Sudah agak lama umi tak mengikuti perkembangan berita2 nasional dalam negara semenjak memulakan tugas. Sibuk bukan kepalang. mana nak uruskan keluarga, kerja n kerja sambilan sebagai guru tuisyen. tiap2 malam pasti ada sahaja kerja2 yang perlu disiapkan. sampaikan fateh yg baru berumur 9 bulan mula naik bosan terpaksa menunggu umi m'habiskan kerja-kerja sebelum masuk menidurkannya. segala2nya umi buat untuk meneruskan kelangsungan hidup ni. sebagai seorg ibu dn pelajar, pembahagian masa adalah amat penting. sebab tu, prinsip hidup umi, takkan sekali-kali berkompromi untuk m'gadaikan masa rehat bersama keluarga untuk perkara lain termasuklah membawa kerja2 pejabat di rumah. masa kerja kita kerja. perah otak sehabis mgkn. tp ms rehat n untuk anak2 kalau blh, telephone pon umi nk tutup.

ok, berbalik pada topik. topik pasal keadilan dan pelaksanaan hukum Islam. bila umi fikirkan tentang suasana sosial di Malaysia, umi naik seram. mana taknyer jenayah berlaku sana sini tak kira tempat dan yg jd mangsa adalah org awam. rasanya mcm dh jd negara Palastine pulak. Kalau kt sana tentera zionis melakukan kekejaman, tp kt M'sia, polis yg kita hrpkan untuk jg keamanan pulak yg zalim. umpama harapkan pagar, pagar makan padi. dh lah kes rasuah yg m'libatkan polis sana sini berlaku, skrg ni polis senang2 nk acu pistol kt org awam plk. huhu...melampau. bila umi fikirkan, rasa mls nk duduk M'sia lg. tu la tp tak ada peluang nk merantau mcm org lain. best betoi dpt pi merantau mcm kwn2 umi yg lain. ada yg duduk kt oslo, n stockhlm . bila la umi dpt pi. huhu... kalau umi ada peluang, nk je pi sekrg. tp duit takder la. takkan nk pi naik perahu atau rakit kot. hahaaa.. untung member2 yg dh ada kt sana. dh berpeluang ke sana, takpyh la nk tukar2 ke sini. sampai masa korg akan balik jgk. ikan dilaut, asam di darat, lambat laun ketemu juga.

segala jenayah sosial yg terjd semuanya sebab manusia mula lupa diri, lupa daratan n lupa yg diri mereka tu adalah khalifah Allah. woiii...Allah bukan sjer2 nk cipta manusia tu untuk buat sesuka ht kt dunia ni tau. DUNIA ini BUKAN ENGKAU YG PUNYA!!!!DUNIA INI ALLAH YG PUNYA TAU!!!. dh sedap2 bersuka ria, sampai mengandung anak haram, ada jgk manusia yg durjana buang anak dlm tong sampah la, dalam longkang la. lps tu anak dh lahir elok2 manusia yg BODOH pulak culik n potong tgnn kaki, suruh melacur sbb nk cepat kaya. untung atas angin. tak nak usaha sendiri. patutnya org2 mcm ni kita pancung jer sampai mati. tapi ni semua nk salahkan saper? ni semua salah org2 yg diAMANAHKAN untuk jd PEMIMPIN mcm hampeh. ni lah BENCANA bila hukum Allah ditolak. Konon nk jd org pandai sgt. cipta mcm2 peraturan baru, undang2 baru, last2 mkn diri balik.hee...geram betoi umi.

huhu...penat plak melampiaskan geram dlm blog ni. umi rasa cukup la hr ni. mgkn ni slh satu sebab knp umi marah hr ni. tp ada lg satu hal yg umi rs hangin satu badan bila ada manusia BERLAGAK dlm ofis ni. Kalau muka cantik takper la. Dh la muka buruk, perangai pon buruk. Sombong. Senyum pon idak. Kita bermanis2 muka pon mkin disakitkan hati ni lg aderlah. segaja nk meyindir. mcm bagus sgt. kalu setakat jd budak MASTER dh nk berlagak, campak je MASTER tu dlm LONGKANG. setakat budak hingusan dh nk berlagak ngan aku plak. huhu..hilang thiqah kt diri sendiri. ni la org meLAYU. baru pandai sikit nk berlagak. ni yg umi tak suka kalu nk kerja government atau duduk satu opis, semua meLAYU. dengki m'dengki no 1. 1 M'sia la katakan. bila Islam tak dipegang, bangsa tu akan terus LAYU. bangsa akan jd kuat kalu pegang Islam dengan kuat. huh...penat. oklah. biarlah Allah yg m'blsnya. kena ingat, hidup ini umpama roda. kejap kita di atas, kejap kita dibawah. bila dh kt atas tu, jgn jd sombong n angkuh. beringat2 la...

chow chin chow.

Mangsa tembakan di Johor tuntut keadilan


Joseph Sipalan
Jul 8, 10
5:59pm


"Dia baru berusia 18 tahun, kalau dia hidup dan berkhidmat kepada kerajaan, sudah pasti dapat memberi kebaikan kepada negara. Tapi polis bertindak sewenang-wenangnya. Saya nak tanya polis laksanakan undang-undang ke tidak?"

Demikian rintihan Azri Arin (kiri berbaju batik), abang kepada mangsa yang didakwa ditembak mati oleh polis, Mohd Afham, 18, pada 20 Oktober tahun lalu.

Ketika kejadian Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dan dikejar oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.

Remaja itu mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di jantung.

Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, berkata tiga peronda bermotosikalnya cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.

Hari ini, 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor menggesa kerajaan supaya bertanggungjawab terhadap kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini.

Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain kes Mohd Afham, kes tembakan rambang yang melibatkan kematian dua pemuda India juga di Johor dikemukakan.

Dalam kejadian pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin Mahamenathan, M Jagathesan dan Siva didakwa diserang oleh polis di Taman Johor.

Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva melarikan diri.

Lim yang menerima petisyen itu, mempersoal keengganan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta maaf secara rasmi kepada keluarga mangsa, termasuk kes yang terbaru melibatkan remaja berusia 14 tahun, Aminulrashid Omar di Shah Alam.

"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini," katanya.

Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik," katanya lagi.

Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Afham, Sapiah Md Elah yang turut hadir hari ini tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anaknya dan mendesak siasatan bagi membersihkan nama anaknya yang tercemar kerana dituduh terlibat dengan jenayah.

"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.

Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya.

"Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia keluar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil.

Turut bersama pada sidang media ini adalah ahli parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S Arutchelvan.

Copy from:http://www.malaysiakini.com/news

Selasa, 6 Julai 2010

Celik IT

Salam...

Alhamdulillah, akhirnya Abi tolong jgk umi buatkan blog yang baru walaupun dh berkali-kali didesak. Kdg2 kelakar sebab umi pernah grad engineering masa buat diploma dulu, tapi tak berapa mahir dlm bab komputer ni. bukan tak mahir, tak minat terutamanya kalau nak cipta blog, masuk FB atau tgk email. Pelik, tp itulah kenyataan. Tak brp minat kt IT. Celik IT, tapi pejam balik kalu dh boring. Umi pon bingung bila tgk budak2 sekarang yang tak bley hidup kalu tak beli h/phone yg canggih2 atau tak serve internet w/pon sehari. Bg umi, stakat microsoft words, SPSS dan UBS tu, bley kata minat n pandai jgk nk pakai. Tp bila masuk bab nk cipta blog, mmg kantoi.

Nasib baiklah masa untuk belajar benda2 ni masih ada. Kalu dh sibuk kerja, rasanya tak sempat kot. Buat blog ni pon sbb angan2 nk jd usahawanita cyber. sambil buat kerja2 research n admin untuk geran penyelidikan lecturer, bley la tambah pendapatan. nk bukak kedai tak mampu. cita-cita nk bukak company tu memang ada, tp tak tahu minat nk jual apa. tp yg penting umi nk jual kemahiran umi dalam menasihatkan org ramai terutamanya orang Melayu tentang kepentingan pelaburan di hr tua dan perancangan kewangan dan pengurusan kewangan yang baik. w/pon ms dip. dulu umi ambil course engineering, ms bac. umi tukar, ambik course penasihatan kewangan. fuhhh!!! jauh terbabas. tp siapa kata bekas technician tak pandai nasihatkan kewangan. semua org kerja sebab nk duit. bila dh dapat duit, nk banyakkan lg duit, so depa mesti join byk pelaburan. tp amat menyedihkan bila buat pelaburan pada investment yang kena tipu.

org mmg nampak stok exchange, atau beli bon tu hanya untuk orang kaya je. Ehhh bukan. salah tu. Kalau pandai, ada caranya. Kalau dulu nk beli shm kt Bursa M'sia mmg kena duit beribu sebab 1 lot ada seribu unit, tp skrg dh ada mcm 2 n siap ada Islamic Stock Exchange lg tau. Haaa. nk tahu lebih lanjut kena rajin cr n umi suggestkan kita tgk pandangan atau pendapat Ustaz Zaharuddin.

Huhuhh...knp la tetiba masuk bab investment ni. Umi sebnrnya nk buat catatan salam perkenalan je. tunggulah lg dua atau tiga minggu ni, umi akan masukkan produk2 yang umi akan jual. Kena ingat 9/10 rezeki tu dtgnya dr perniagaan dan berniaga adalah sunnah rasullullah. so jgn pdg jd usahawan ni kerja cikai. Rasullullah tu peniaga berjaya tau. lgpon kita jd lebih yakin dgn hasil atau sumber pendapatan tu. kita jual benda baik, mk berkatlah rezeki dan sumber rezeki itu akan jd darah daging kita.

Chow chin chow...

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum...
Salam perkenalan....