Assalam..
Ummi baru mendapat perkhabaran seorang sahabat sekolah yang diserang stroke minggu lepas bbrp jam sebelum majlis akad nikahnya.
Umurnya seusia ummi.
Dalam hati tatkala mendengar perkhabaran tersebut tak henti2 ummi bertasbih dan bertahmid pdNya.
Maha Besar Allah...Allahuakhbar...
Apabila membaca kisahnya yg dikhabarkan oleh teman-teman sekolah yang lain..teringat ummi akan kisah abah yang juga diserang stroke 6 bulan sebelum majlis akad nikah ummi.
Ketika segala persiapan sedangan dilakukan...abah diserang stroke semasa sedang solat Isya' di masjid.
Ia benar-benar menguji...tetapi sudah tentu sahabat ini (Hartini Salimin) lebih hebat ujiannya. Semoga Allah tabahkan hatinya untuk berhadapan dengan ujian tersebut.
Ummi amat tertarik dengan kata-kata Ustaz Asri dalam tulisan beliau atas pemergian Dr Lo Lo' Hj Ghazali semalam. Kata-kata yang cukup bermakna dan terkesan di hati ummi lebih-lebih lagi apabila mendengar perkhabaran musibah yang diterima oleh sahabat ummi.
Ustz Asri menulis,
Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.
Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.
Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya
Umur ummi kini sudah mencecah 29 tahun...bila dihitung-hitung.. diselak2 kembali lembaran kehidupan yang lepas..terdetik di hati ini...lama sudah aku berjalan di atas bumiNya...
29 tahun yang penuh dengan segala macam cabaran dan dugaan. Suka duka kehidupan yang datangnya silih berganti.
Alhamdulillah..jatuh bangunnya ummi di dunia ini...ummi tidak pernah lg kesunyian dan terlepas daripada peringatanNya. Ummi bersyukur terlalu bersyukur kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat jemaah yang sentiasa mengingatkan bahawa dunia ini hanyalah sementara...
Kadangkala ummi selalu teringat detik-detik semasa duduk di rumah jemaah di Keramat. Kawasan kami dekat dengan rumah Dr Lo Lo' tp tidaklah ummi mengenali beliau secara dekat. Lagipon kami semua sedang belajar lg. Ramai juga senior2 yang selepas habis belajar, mereka terus bergerak secara sukarela dengan jemaah. Sudah tentu ada di antara mereka yang mengenali beliau secara dekat.
Teringat kata-kata seorang senior ketika sedang melalui lorong-lorong menuju stesen LRT Jelatek.."Di kawasan inilah rumah Dr Lo Lo' " ummi pula hanya menganggukkan kepala. Ummi sendiri tidak pernah mengenali beliau. Hanya setelah beliau menjadi Ahli Perlimen Titiwangsa barulah ummi tahu dan kenal beliau. Itu pun daripada suami yang bekerja dengan Harakah.
Perginya seorang pejuang...
Apabila malam 17 Julai itu suami memberitahu, Dr Lo Lo' tenat. Ummi agak terkejut. Selama ini tidak pula dengar perkhabaran bahawa beliau sakit.
Ummi yang sebenarnya tidak beberapa ambil berat dengan keadaan sekeliling. Nasib baiklah punya suami yang selalu alert dan prihatin.
Dan pada malam itu juga..perkhabaran tentang pemergian Almarhumah tertera di ruangan Facebook suami.
Innalillah hiwainnailaihirajiun..
Pulanglah seorang lagi pejuang ke pangkuan Pencipta yang Maha Besar.
Dan semalam..suami bersama rombongan staff Harakah juga turut berangkat untuk pengebumian dan solat jenazah Almarhumah..
Dan pagi ini...Ustz Asri pula menulis khusus buat Almarhumah..
Kata-kata yg indah..kata-kata yang ummi perlu abadikan dalam blog ini sebagai tatapan dan renungan buat kita semua...
Terdetik di hati ummi. Umur ummi kini sudah melangkaui 29 tahun Masihi. Ummi tidak pasti dari mana datangnnya naluri ini...suara ini berbisik " Masa ummi semakin suntuk..."
Suntuk untuk persedian amal yang sedikit. Suntuk untuk melakukan sesuatu untuk perjuangan Islam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan