Assalam
Innalillahiwainnailaihirajiuun.....
Itu sahaja yang mampu ummi lafazkan setakat ini. Rasanya baru 2 minggu lepas ummi masukkan entry tentang sesi ziarah ummi, abi, yad dan fateh ke Hospital Tunku Jaafar Seremban.
Kini..beliau telah pulang menemui Penciptanya dan Pencipta sekalian manusia. Hari yang akan kita semua manusia bakal lalui suatu hari nanti. Cepat atau lambat kedatangan mati itu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Semoga bersama-sama lah kita semua, bg yang sudi menyedekahkan Al-Fatihah buat dirinya.
Niat dihati, memang nak menziarah, tetapi atas halangan2 tertentu, ummi cuma mampu berdoa dari jauh. Apakan daya.
Dengan keadaan diri yang sedang mabuk dan faktor kesihatan yang tak mengizinkan serta kengkangan kewangan yang terbatas, ummi harap ia bukanlah satu alasan yg sengaja diciptakan. Namun jika ada hati-hati yang terluka dengan keputusan itu, ummi sememangnya tidak mampu untuk memujuknya. Memang, pasti akan ada yg berkecil hati.
Mengapa tak datang?
Mengapa tak nak ziarah walau sekejap?
Bukan jauh pun, Serdang ke Seremban, 1/2 jam je.
Hmm...Allah...(detik dalam hati ini)
Bergeraknya seorang isteri, ke mana dan ke mana, atas keizinan seorang suami.
Bukan abi menegah, tetapi atas sebab musabab yang dinyatakan di atas tadi maka, adil untuk ummi hanya menurut perintah abi.
Sekarang ni, bukan setakat pakcik yang ini sahaja meninggal mengejut, semalam abah ummi call, pak andak juga sedang berada di ICU HSA Johor Bahru.
Ready sahaja lah...cuma untuk balik, apa yang ummi katakan dan ucapkan buat masa ini, InsyaAllah. Jika ada keizinanNya, sampailah kami, jika tidak, doa yang semenangnya menjadi harapan si mati untuk menjadi talian hayat mereka di kubur kelak. Sepertimana beberapa hadith yang telah diriwayatkan:
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:
1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang berguna dan di amalkan
3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.
Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat 7 macam pahala yang akan diterima oleh seseoang itu selepas dia mati.
Tujuh perkara tersebut ialah:
1) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.
3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya,
4) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibu bapanya itu. Jika anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.
Kerana itu, pada entry yang lepas ummi ada mengatakan bahawa betapa beruntungnya menjadi seorang pendidik. Jika dia menjadi guru matematik atau bahasa Melayu sekalipun, dia tetap punya ruang dan peluang sebagai seorang penda'wah. Memberikan kata2 nasihat, mengingatkan pelajar2 tentang kebesaran Allah dan memberikan peringatan2 supaya tidak menghampiri perlakuan-perlakuan yang mendatangkan dosa kerana ia bukan sahaja kerja2 ustaz dan ustazah. Bukankah ia amanah bagi tiap2 khalifahNya iaitu semua manusia tidak kira lelaki dan perempuan.
Seorang guru dan pensyarah hanya sibuk tentang pencapaian akademik anak2 muridnya hingga lupa ingin berpesan, "wahai anak2 muridku, jangan sesekali tinggal solat."
"Jangan sesekali membuat maksiat dan melakukan perkara2 yang dimurkai Allah"
"Sepandai2 kamu di dunia ini, jika kamu salah gunakan ilmu tersebut dan berbuat maksiat dan melawan Allah, ilmu itu hanya akan menjadi liabiliti buat kamu di akhirat kelak"
Itulah sisi yang ummi nampak dan sisi inilah yang sering diabaikan oleh mana2 guru atau pensyarah yang seringkali sibuk mementingkan KPI masing2 hingga lupa amanah sebenarnya adalah amanah Allah.
Kerana itu jugalah kita lihat para graduan hari ini kurang kualiti dari sisi sahsiahnya. Anak murid lawan guru dan yang paling mengharukan anak-anak lawan ibu bapa.
Kemudian kita bertanya dan mencari2 kesilapan orang lain. Ibu bapa salahkan guru dan guru salahkan ibu bapa, sedangkan kedua2nya punya peranan yang sama.
Rasanya tidak mahu ummi memanjangkan coretan ini. Cukuplah sekadar kematian orang lain pada hari ini mengingatkan kita sebagai seorang hambaNya yang juga akan menempuhi laluan yang sama dengan mereka. Cuma cepat atau lambat kematian itu tiba, hanya Allah sahaja yang tahu. Wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan