Assalam...
Thariq Ziyad dan Al-Fateh...
Semoga nama yang kuberikan bersempena dengan nama para pejuang Islam ini…
Maka semangat juang mereka dalam mempertahankan Islam dapat juga kamu (wahai putera-putera ummi) contohi…
Ingatlah pesanan ini…
Sewaktu ummimu ini mengambil keputusan untuk mendirikan Baitul Muslim ini…
Telah ummi putuskan untuk memilih…dari kalangan Muslimin yang memahami jalan-jalan da’wah…
Yang solatnya dijaga rapi…yang tegasnya dia dalam beragama…
Dan muslimin yang terpilih untuk seorang muslimat seperti ummi ini adalah Abimu…
Wahai putera2ku…
Sewaktu semenjak ummimu ini belum lagi mengenali Abimu…
Hati ini telah tekad…andai dikurniakan putera…maka putera-putera ini akan didik dengan ilmu Islam…dididik untuk menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam…
Putera-putera ini akan dipersiapkan menjadi ‘rijal’ dan ‘jundi’ NYA…
SeizinNya….
Maka..cita-cita ini bukanlah satu impian lagi tetapi tanggungjwab yang akan ummi dan abi akan pikul selagi hayat kami…
Doa yang akan sentiasa mengiringi putera-putera ummi supaya walau dalam keadaan apa pon…Allah akan sentiasa bersama kalian dan sentiasa diberikan petunjukNya…
Ummi memohon agar kalian terpilih untuk bersama-sama dalam golongan yang sedikit…dalam golongan yang sentiasa mengejar redhaNya….
Thariq Ziyad…
Sewaktu ummi mengandungkanmu…ujian datang bertimpa-timpa….
Abimu dibuang kerja…
Pinjaman PTPTN ummi ditahan untuk selama 3 semester hanya kerana tidak mahu berada di kolej…
Segala nikmat kesenangan yang sementara Allah tarik untuk sementara waktu…
Setelah kamu dilahirkan….ummi dan abi diuji sekali lagi…
Ujian kesakitan yang mendatangimu…
Sehingga ummi dan abi tersungkur seketika…
Sehingga kami menangis tak berair mata…
Mujur…kebergantungan kami pada DIA tidak pernah putus…
Ujian itu berlalu…namun peritnya masih lagi berbekas dijiwa…
Setiap kali menatap wajahmu…wahai anakku THARIQ ZIYAD…
Setiap kali itulah rasa syukur tidak mampu kuucapkan…
Engkau (THARIQ ZIYAD) anak yang cekal…
Diuji dengan kesakitan dan kesusahan…
Semoga engkau akan tetap cekal walaupun suatu hari nanti ummi tidak berada disampingmu…
Ingatlah pesan ummi…jadilah anak yang soleh…
Jadilah pemimpin yang baik buat adik-adikmu dan untuk orang-orang yang berada disekelilingmu…
Taati dan santuni setiap manusia yang engkau kenali walaupun kadangkala mereka akan menyakitimu…
Berpesan-pesanlah kamu dalam mengingati Allah dan RasulNya…
Berpeganglah kamu sekuat-kuatnya pada tali Allah…ingatkan saudara-saudaramu akan pesanan Allah dan RasulNya…
Masuklah ke dalam golongan yang sedikit (orang-orang yang berjuang di jalan Allah)
Telah ummi ceritakan kepadamu tentang Syurga dan Neraka…
Syurga itu bagi manusia yang sentiasa taat pada Allah dan Rasulnya…
Neraka pula bagi manusia yang ingkar dan terperangkap dengan kenikmatan dunia sehingga mereka lalai…
Wallahua’lam…
Sampaikanlah juga kepada Fateh dan adik-adikmu…Ingatlah…selama mana pun tempoh perpisahan di dunia ini…setiap manusia pasti akan kembali ke perkampungan Akhirat…Di sana kita pasti bertemu dan berkumpul semula.
6 Julai 2011
5.37 pm
UPM
semoga anak2 ko menjadi manusia yang beriman suatu hari nanti....=]akubaru jumpa blog ni..aku follow ye...
BalasPadamwokey..thanks...wawa :)
BalasPadam