source: http://www.malaysiakini.com/letters/158407
Oleh: Zahirudin Zabidi
Antara kerjaya yang paling penting dan mulia dalam dunia semenjak dari zaman dahulu sehingga sekarang adalah pendidik. Tidak kira mereka itu adalah seorang guru sekolah rendah atau menengah, ustaz mahupun ustazah sehinggalah kepada pensyarah di universiti.
Dan dalam urutan ini pula tentunya pensyarah menduduki carta tertinggi dan penting dalam sebuah sistem pendidikan.
Mereka bukan sahaja perlu mengajar anak-anak muda lepasan sekolah menengah namun perlu juga menyelia pelajar-pelajar semasa yang kemudian menyambung pengajian sama ada secara pengajian luar kampus mahupun sepenuh masa. Apatah selepas long live learning juga semakin diterima dan menjadi budaya dalam masyarakat kita.
Dalam masa yang sama kedudukan sosial pensyarah juga begitu dipandang tinggi kerana kerjayanya yang disifatkan sebagai berada di menara gading. Di universitilah terkumpulnya para intelektual, cendikiawan, sarjana pelbagai disiplin yang menjadi aset terpenting negara.
Dalam masa yang sama universiti dan para pensyarah juga bertanggungjawab mengeluarkan pelajar-pelajar yang setaraf malah lebih hebat daripada mereka.
Malangnya, saya secara peribadi sangat kecewa dengan sikap segelintir pensyarah yang sangat tidak beradab dan profesional dalam penggunaan bahasa khususnya bahasa Melayu yang sudah termaktub sebagai Bahasa Kebangsaan dalam penyampaian mereka di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Terbaru, satu rakaman yang boleh ditonton di Youtube menyaksikan seorang Naib Canselor sebuah universiti tertua dan terkemuka dalam negara yang sedang memberikan ceramah kepada pelajar-pelajarnya dengan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris yang bercampur-baur dan tunggang-langgang sifatnya.
Ini suatu perkara yang amat memalukan!
Saya yakin, bukan beliau seorang malah ramai lagi pensyarah termasuk guru sekolah di luar sana yang suka dan selesa menggunakan 'bahasa rojak' yang entah dari mana asal usulnya itu.
Apakah mereka tidak sedar cara mereka berbahasa itu mencerminkan serta mewakili institusi yang sedang mereka uruskan? Apa pula persepsi orang yang mendengarnya?
Kita mengharapkan semua pensyarah yang bertaraf dan berpangkat apapun sedar akan hal ini. Bahasa itu jiwa bangsa, lambang jatidiri nusa. Nah, jika pendidik tahap tertinggi seperti mana mereka juga tidak cerdik menggunakan bahasa, jangan pula diharap anak didik mereka sebaliknya kelak.
Teringat satu cerita daripada kawan saya, apabila dia bertanya kepada seorang Jerman. “Kenapa saudara tidak ke Malaysia sebaliknya ke Indonesia bagi belajar bahasa Melayu?”
Jawabnya, “Orang Melayu Malaysia sendiri tidak pernah hormat dan megasihi bahasa mereka, bagaimana mereka mahu mengajar saya supaya mencintai bahasa mereka?”
Saya menasihati diri saya sendiri, “Jika kamu mahu berhasa Melayu, berbahasa Melayulah dengan betul. Jika kamu mahu berbahasa Inggeris, berbahasalah Inggeris dengan betul. Jika kamu mahu berbahasa Kelantan, berbahasa Kelantanlah dengan betul!”
Gold Strike-Grade 23 Titanium - Tin-Titanium
BalasPadamGold Strike-Grade infiniti pro rainbow titanium flat iron 23 titanium flash mica Titanium - Tin-Titanium Iron-Titanium Gold Strike-Grade 23 Titanium - titanium alloy Tin-Titanium Iron-Titanium Iron-Titanium Iron-Titanium $11.95 citizen titanium dive watch · thaitanium In stock