PuteraKu

PuteraKu

Isnin, 28 Mac 2011

RUMAH TEMPAT MELATIH SEORANG INSAN

Assalam....

Mata rasanya belum mengantuk lg walaupun jam didinding sudah menunjukkan ke angka 12.16 pg. Badan sememangnya rasa letih. Entahlah sejak kebelakangan ini bila mata tidak dilelapkan tepat pada angka 11 atau kurang darinya, mata ini jd payah benar mahu lelap.

Jika ikut rentak mata, seusai solat maghrib tadi sudah mahu ummi letakkan kepala ke bantal. Tetapi rasa ummi, masih terlalu awal sangat.

Hiruk-pikuk suara Yad dan Fateh menyengkang biji mata ummi dari tidur yang awal. Tak pelah, bagus juga sebabnya solat Isyak pon belom settle lagi. Ummi tetap juga pertahankan jaga ummi dengan mengemas rumah dan membasuh baju yang bertimbun. Adat orang yang, tak ada maid.

Jika ada kemampuan pon kelak, ummi rasa nak ambik maid yang datangnya 3 kali seminggu. Maid yang hanya membantu untuk mengemas, membersihkan sesawang, mengemop dan mengelap cermin tingkap yang berhabuk sahaja.

Walau sesibuk mana pon dengan pekerjaan, ummi tetap berpegang, a mother still a mother and same to go as a wife. Ia bukan soal duit atau ganjaran, tetapi sebabnya kepuasan. Tidak gemar rasanya memberikan tugasan tersebut kepada orang yang bukan terdiri daripada ahli keluarga ini.

Urusan keluarga harus dilakukan secara kerjasama oleh isi rumah. Bukan mengharap seorang ibu atau isteri untuk menguruskannya semata. Suami tetap punya peranan, begitu juga dengan anak-anak walaupun anak lelaki dan walaupun kerja yang dilakukan adalah kecil sumbangannya.

Segala-galanya adalah kerana sebuah disiplin yang perlu dibentuk untuk membentuk seorang manusia. kerja perlu diagihkan mengikut keupayaan dan skill masing2. Jika Yad dan Fateh hanya mampu kemas barang permainan mereka, maka itulah yang perlu dilakukan.

Mereka perlu dibentuk dengan disiplin.

Huhu...memang ibu yang garang kan. Ummi memang tak suka untuk memanjakan anak2. Awal-awal lg Yad dan Fateh, jika mengamuk tak tentu pasal, rotan tetap akan singgah ke kaki mereka. (Tp bukan ummi la yang merotan sebab budak berdua nih memang tak takut jika ummi dia yang rotan. Semakin gelak lg ada la. Haha...)

Tapi banyak perkara yang ummi pelajari samada melalui pembacaan dan perkongsian pengalaman dengan ibu-ibu yang lain, ummi selalu memberikan sebab jika mahu merotan anak-anak ummi. Contohnya, jika Yad memukul adiknya, maka sememangnya dia akan kena rotan tetapi ummi akan bagitahu "Yad, tahu apa salah Yad?". Pastinya Yad akan tersedu-sedan menahan tangis melihat rotan ditangan dan cepat-cepat mengaku kesalahannya. "Oleh kerana Yad pukul adik, maka ummi rotan Yad kat kaki."

Setelah episod hukuman berjalan, barulah ummi akan pastikan Yad mencium dahi adiknya dan mesti sebut perkataan maaf, walaupon Fateh tak faham. Segala2nya kerana tidak mahu dendam bersarang dihati anak-anak ini. Bimbang juga jika ada rasa cemburu atau rasa berat sebelah.

Tetapi jujur ummi katakan bahawa, waima Fateh itu masih dikategorikan sebagai bayi (belum cukup 2 tahun) tetapi seandainya dia memukul abangnya, tetap juga ummi lakukan perkara yang sama hanya kerana mahu Yad faham bahawa sesiapa yang buat salah perlu dihukum. Tapi tak lah sehingga tahap merotan sebab tak sesuai. Biasanya akan dicubit sahaja atau dipukul kakinya sedikit untuk menampakkan bahawa ummi tidak berat sebelah.

Lebih kepada menjaga hati Yad supaya dia rasa dirinya juga dibela apabila diperlakukan dengan perbuatan dipukul.


Ilmu parenting ini masih banyak yang ummi pelajari. Ummi mahu ikat hati kedua2 putera ummi ini agar meletakkan kepercayaan mereka dan kasih sayang mereka pada kami kedua ibubapanya. Bukan pada orang lain. Mahu tujukkan contoh yang terbaik agar seandainya mereka perlu membuat keputusan yang besar, orang pertama yang akan mereka minta pandangan adalah ummi dan abi. Bukan kawan-kawan atau kekasih.

Semakin anak2 membesar dan banyak bergaul, mereka semakin jauh dengan ibu bapa. Ummi bimbang, tanpa pengawasan yang baik, anak-anak yang menjadi mad'u ibu bapa ini akan terlepas dan membuat keputusan yang sedikit terpesong dengan norma kehidupan hanya kerana mengikut kata hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan