Ketegangan demi ketengan semakin terasa . Kurang dari 5 hari lagi akan tiba tarikh keramat 9 Julai 2011. Siapa yang tidak tahu…rasanya keseluruhan rakyat yang mengikuti perkembangan politik Malaysia terutamanya mereka yang berpendirian PEMBANGKANG sememangnya ternanti-nanti saat ketibaan tarikh keramat tersebut.
Ada juga dikalangan rakan taulan yg sudah siap-siap tulis di wall masing2 tentang pendirian mereka berkenaan BERSIH 2.0. Ada yang menyokong…ada juga yang membangkang dan tidak kurang juga yang berada ditengah-tengah (tidak sokong…mahupun tidak membangkang)
Terpulang kepada pendirian masing-masing….
HAKIKAT SEBENAR DEMOSTRASI dan DEMOKRASI
Demo BERSIH bukanlah demo kali pertama yang telah dibuat. Sebelum ini pon memang telah di adakan demo BERSIH 1.0. Walaupun pada siri pertama tersebut saya tidak dapat hadir sama…namun kehadiran suami dalam demo tersebut mewakili hasrat yang sama dalam diri saya.
Berdemostrasi bukan perkara asing buat saya. Semasa di zaman kampus dahulu, bebarapa siri demostrasi juga saya ada terlibat sama. Saya bukan mahu berbangga…tidak sama sekali. Berdemo bukan suatu perkara yang suka-suka dibuat atau dibuat secara semberono.
Orang awam, sememangnya tidak faham dan kurang faham tentang tujuan berdemotrasi dan prosedur yang perlu dilakukan. Di sini saya ingin menegaskan DEMOSTRASI merupakan jalan TERAKHIR bagi sebuah rundingan yang tidak mendapat kata sepakat atau dengan kata lain PIHAK BERKUASA MALAYSIA tetap berdegil dengan tuntutan yang dikemukan.
Dalam demo itu kami cuma berarak menunjukkan PROTES sepertimana lazimnya perarakkan MERDEKA atau perhimpunan konsert-konsert MAKSIAT yang seringkali diadakan. Cuma yg berbeza, demo yang diadakan untuk menunjukkan BANTAHAN kepada pihak PEMERINTAH.
Ia akan tetap BERJALAN DENGAN AMAN sekiranya TIDAK DIGANGGU GUGAT oleh pihak polis.
Sepanjang pengalaman saya…demo yang bertujuan untuk menunjukkan bantahan kepada PEMERINTAH sentiasa mendapat PROVOKASI daripada pihak2 yang tidak bertanggungjawab terutamanya FRU dan Pihak POLIS.
Secara logiknya bagaimana ada sesetengah pihak mengatakan bahawa demostarsi itu membawa kepada KEMUSNAHAN sedangankan peserta demo tidak membawa apa-apa alat yang boleh mencederakan. Ini perarakkan rakyat yang berkesedaran tentang KEZALIMAN PEMERINTAH….
Hanya PEMERINTAH YANG ZALIM dan TIDAK ADIL sahaja akan benar-benar TAKUT demostrasi sebegini. Pendirian saya kukuh. Selagi mana demo yang ingin dilaksanakan merupakan demo yang berhasrat untuk menegakkan ke ADILAN bagi seluruh rakyat…bukan atas kepentingan individu (seperti kes Anuar Ibrahim), berpandukan kepada penetapan prosedur iaitu menggunakan semua SALURAN yang telah DIPERUNTUKKAN, menghantar bantahan terlebih dahulu kpd pihak yang berkenaan…DEMOSTRASI adalah jalan terakhir bagi sebuah KEBISUAN DEMOKRASI….
DEMOKRASI bisu tidak dapat mengangkat HAK RAKYAT yang tertindas…
Hanya mereka yang pernah ditindas akan bangkit…..mereka yang tidak diberikan HAK KEADILAN yang dilaung-laungkan pasti akan bertindak untuk mempertahankan HAK mereka. Maka seandainya ada dikalangan pembaca yang tidak bersetuju dengan pandang ini mahupun masih enak dengan keadaan yang anda miliki sekarang…maka bertindaklah untuk menjadi orang yang ADIL dalam persepsi anda.
PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan