PuteraKu

PuteraKu

Ahad, 26 September 2010

Wanita yang mengandung.........

Salam...

Penat sungguh pegi beraya. Best memang best sbb dpt jenjalan. Alhamdulillah, Allah beri kemudahan pada kenderaan umi yang walaupon dh buruk tapi masih lg sihat dapat memberikan khidmatnya membawa kami sekeluarga berjalan2. Hujung minggu yang lepas dapat la lepak2 kat rumah pok su kejap kt Puncak Alam. Jauhhhhhhhhhhhh....macam nak pi Kuala Selangor. Tapi seronok la sebab bukan slalu dpt jalan jauh. Tgk pemandangan yang Allah cipta. Indah2 belaka.

Yad dan Fateh pon seronok. Seronok lg sebab dapat banyak duit raya. Alhamdulillah, dapat juga menziarah sahabat2 lama dr UTMKL kat rumah Sal. Kira2 ala2 reunion jgk la.
memasing anak dah besor2 dan mula nk menambah ke no 2 dan seterusnya. Produktif gitu.

Selesai ke rumah Sal, bertandang pula ke rumah angah. Adikku yang ke-2. Alhamdulillah mak buyung sihat. Sementara nk menunggu adikku yang ke-3 sampai,
hujan lebat, selebat2 alam. Segar sikit udara yang agak panas sejak kebelakangan ni.
Hmmmm....sbnrnya tujuan ummi tulis tajuk wanita yang mengandung ni sbb cerita yang nk
umi sampaikan sememangnya berkenaan dengan kita sebagai wanita yang pernah, akan dan sedang mengalami proses mengandung atau melahirkan anak.

Bila nk bersalin ni, umpamanya kita nk menuju ke medan peperangan. Tak tentu lg balik dengan selamat, atau kita akan syahid dalam pertarungan. Tapi umi agak terkilan dgn ibu2 yang dh tahu nyawanya dihujung tanduk tapi masih lagi x nak solat n tutup aurat. Umi sedih bila salah seorg adik umi yang sedang preagnant pon buat2 tak tahu je lps azan berkumandang. iyelah, mungkin nk solat lewat cikit kot, tp jam dh menunjukkan pada pukul 5 lebih sedangankan perjalanan yang nk ditempuh akan ambil masa lebih sejam. Pasti tak akan sempat mengejar Asar yang akan pergi. Masa terus berlalu. Baik si isteri mahupun suami x ada tanda2 nk bangun n tunaikan solat Asar. Dh ditegur n dipelawa pon nampaknya punggung tuh masih berat nk tinggalkan tempat duduk. Rasa sedih.

Umi sedih...hmmm......buat adik2 dan para pembaca budiman terutamanya bakal bapa atau para ibu, kita renung2kan. kita nk mendidik generasi akan datang. kita selalu mengeluh, anak2 sekarang tak dengar cakap atau generasi sekarang dh teruk. tapi renungkanlah, teruknya mereka, buruknya mereka kerana kita tak bersiap sedia menyediakan diri sendiri menjadi pendidik dan contoh yang terbaik kepada generasi dan anak2 kita. kita sendiri lupa nk berubah n jadi baik. kita sendiri tidak mahu kembali kepada fitrah sebagai seorang manusia. kita sendiri x mahu berdoa kepada Allah minta diberikan anak2 yang baik. kita terlalu alpa. bila ujian datang, barulah kita nk bersujud menangis dan bertanya pada Allah, kenapa ujian ini diberikan kepadaku sedangkan masa Allah bagi kita peluang, kita lalai.

sepatutnya bila ujian datang, kita berdoa, Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang tabah menghadapi ujianMu ini. Tentukanlah yang terbaik buatku sesungguhnya hidup dan matiku, adalah ditanganMu. Kita sayang mcm mana pon anak2 dan org2 yang kita cintai, tapi kita tak punya kuasa untuk tentukan hidup n mati mereka. Kita sendiri berjalan di atas takdirNya. Sebab tu umi setiap kali solat n nk kuar rumah, nk bagi anak2 pada babysitter dia, umi berdoa dan bertawakkal pada Allah.

Umi doa agar jd orang yang kuat dengan takdirnya walau apa pon yang berlaku kerana hidup ini terlalu rapuh untuk berpaut..............

Jumaat, 24 September 2010

Si Manja

Salam....

Manja betul Fateh sejak kebelakangan ini. Terlalu manja. Nak hantar ke rumah Mak Nab pon macam nak berpisah lama. Tapi memang lama pon. Lebih 8 jam sehari bertarung di jalan raya dan terperap di UPM memerah otak mencari idea untuk menyiapkan proposal master.

Rutin harian yang sememangnya menyesakkan kepala. Tapi kerana sayang jugalah maka ummi terpaksa juga tinggalkan yad dan fateh dalam jagaan Mak Nab. Bukan ummi tak kesian bila Fateh meraung-raung nak ikut ummi, tapi tuntutan kehidupan ini memaksa sayang. Kelak nanti bila engkau dewasa, pasti engkau faham maksud ummi. Kadang kala ummi lelah juga dengan tuntutan ini namun umi akur, kita hanyalah manusia yang diberikan masa oleh Allah hidup di dunia ini dan untuk memenuhi tanggungjawab dan masa yang diberikan, maka inilah amanah yang perlu dipikul.

Jangan nangis ye sayang. Umi sayang yad dan fateh. Yad nyawa ummi, fateh buah hati ummi. Kedua-duanya sama penting. Kedua-duanya juga ummi sayang. Kedua-duanya juga amanah ummi dari Allah.

Kemaafan dari seorang hamba

Hari ini aku lewat lg menemuiMu
Walaupun panggilanMu telah lama berlalu
Namun Engkau setia menantiku
Walaupun aku hanya seorang hamba
Maafkan aku kerana kelewatan ini
Mendahulukan dunia lebih dari mencari redhaMu
Walaupun telah berkali-kali aku menyesali kelewatan ini
Namun sering juga aku leka
Hingga kadang kala pesona dunia melalaikanku
Menyebabkan aku lupa janji ku padaMu
Walhal pertemuan kita tidak lama
Lima kali sehari Engkau menanti
Sedangkan penantianMu untukku adalah untuk memberi
Mendengar rintihanku dan mengkabulkan doaku
Namun aku tetap lupa dan alpa
Maafkan aku…
Maafkan aku…
Aku hanyalah manusia yang sering lupa dan leka
Walaupun aku tahu, pertemuan ini sebagai bekalanku
Untuk pertemuan abadi kita
Untuk kesenanganku di sana
Namun aku tetap lupa dan leka
Kerana aku hanya seorang hamba yang tidak berdaya…………………

Selasa, 21 September 2010

Terima kasih mama Alanna............

Salam...

Hari ni, seperti biasa umi pasti akan bertandang menjenguk catatan terbaru di blog Alanna.Sorry, sebab kesibukkan. After kelas Economic Consumption, Prof Laily umi kemas meja sikit, beri ruang pada laptop kesayangan ni nk ambil tempatnya seperti biasa. Sambil2 cari info tentang assignment untuk next week presentation, hati umi ni dh meruntun untuk mereahatkan mata melihat catatan mummy Alanna yang pasti menyentuh perasaan ummi. Sambil mata memandang, jari jemari ni dok scroll ke bawah. Oppsss...mcm surat umi buat mummy Alanna yang umi postkan tempohari la. hmmmm iyelah tu. Dan disetiap perenggan surat pastinya ada ulasan dari mummy.

Sorry mummy if my writting hurt u so much. umi x berniat nk stopkan semangat mummy untuk terus bertinta tentang Bidadari Alanna.Mummy teruskanlah menulis seandainya ianya menjadi terapi dalam mengubat rindu mummy buat Alanna.

Betol cakap mummy, bukan umi yang kehilangan Alanna, tapi mummy, dady dan nadmie. Bukan umi juga yang merasa peritnya rasa rindu itu.
Tapi yang umi tahu, kehilangan Alanna telah memberikan seribu pengertian buat ummi.
2 hari lepas, umi ulang baca lagi part pemergian Alanna. Saat2 si kecil ini bertarung dengan sakaratul maut. Umi x henti2 menangis. Kenapa mummy?
Umi menangis bukan hanya sebab umi terlalu kasihan dan kasih kan Alanna.
Bukan sahaja umi bersedih dengan kehilangan yang mummy sekeluarga lalui, tapi yang lebih penting dari itu adalah penngertian mengenai MATI.

Mummy...jika anak sekecil itu yang tak punya dosa pon bertarung dengan saat sakarat dari Allah, bagaimana nanti kita yang telah menempuh hidup ini berpuluh tahun dan bergelumang dengan dosa dan noda. Umi diam sejenak. Umi fikir2 dan ingat2 balik dosa2 umi dulu. Banyak betol sampai tak cukup jari nk kira. Umi tanya abi, 'bi...macam mana perasaannya bila nk menempuh sakarat dr Allah?' Adakah perasaan tuh sama macam waktu kita nk ambik exam? Berdebar2...tak keruan. Atau perasaan tuh sama mcm umi nk lahirkan yad dan fateh. seram sejuk, takut dan bimbang.....

Umi sendiri x tahu nk gambarkan perasaan umi ketika ini. Yg umi harap n berdoa, agar umi, yad, fateh, abi dan orng2 mukmin berakhir dengan kesudahan yang baik. Sempat bertaubat dan membuat persediaan ke alam barzakh.

Mummy Alanna....maafkan umi ye andainya kata2 umi menyinggung perasaan mummy.
Kita mmg x pernah bertemu tapi umi yakin dan pasti mummy adalah insan2 istimewa yang Allah pilih untuk menerima ujianNya.
Betul cakap mummy, kalu umi berada di tempat mummy belom tentu ummi dapat mengharunginya.
Teruskanlah menulis andai ianya mampu menjadi terapi terbaik buat mummy.
Tp....dalam kita mencari, ada ubat yang paling mujarab buat hati ini iaitu Kalamullah.

“Ketahuilah, bahawa berkemenangan itu beserta dengan kesabaran, pelepasan itu beserta kesulitan dan di samping kesusahan itu ada kesenangan”.

Ahad, 19 September 2010

Madu itu manis

Salam

Hehe...tengah mencari-cari idea nk mulakan assignment. Tapi mood masih lg ditahap yang tidak memberangsangkan. Sebabnya mencari maklumat tak berjumpa. dok belek2 website, terus masuk facebook. Last2 topik yang tersangkut bab madu. Bukan madu lebah.Madu kawen lebih dari satu. Dh jadi trend umat sekarang terutamanya perempuan memang alergic bebenor dengan bab madu ni. Kalu bley, dengar pon tak hingin. Tapi aku tak ler pulak rasa macam tuh. Kalu kat rumah tu, suami selalu dok citer pasal perempuan lain dan slalu jugak cakap nk menambah cawangan. Aku tak lah anggap ianya sebagai satu ugutan atau rasa terancam sebab berkahwen lebih dari 1 tu kan dibolehkan dalam Islam.

Mula2 dulu suami aku pelik jugak kenapa aku ni x cemburu pon bila dia bercerita tentang perempuan lain. Cerita tentang ex2 awek dia pon aku buat muka selamba. Ntahlah stakat nih aku mmg tak ada rasa ape2. Kalu suami aku cakap dia nk kawen sbb aku nih x lawa berbanding perempuan yang dia kenal tu, mungkin betol kot. Aku mmg pon comot. Aku x kesah selagi nafkah dan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam, dia ikut. Dia lelaki n berpoligami itu adalah haknya. Ramai kengkawan yg tanya, aku nih dah giler ker atau dh tak sayangkan suami aku lagi ker? Sayang? hmmmm....sayang.
Kalu tak sayang, takder la anak sampai 2. Cinta? cinta la, kalau tak, membujang la aku sampai tua.

Bg aku poligami itu adalah syariat Allah. Dh termaktub dalam Al-Quran dan ianya adalah HAK seorg suami selagi mana dia menunaikan tgjwbnya dan mempunyai kemampuan untuk berkahwen lg. Aku kawen dulu pon sbb nk tunaikan tgjwb aku sebagai seorang manusia. Nk sempurnakan keimanan ni. Nk lahirkan pejuang2 Allah di penghujuang akhir zaman. Jadi cinta aku pada suami aku kerana Allah. Selagi Allah benarkan, selagi itu aku akan patuh tak kiralah betapa hancur pon perasaan aku nih. Ikut rasa binasa. Takut binasa kerana ikutkan hati, maka baik aku ikut apa yang Allah dh tetapkan. Mungkin bagi kita, ianya rasa sakit bila lihat org yang disayangi bersama orang lain, tapi aku lebih rela sakit dr berdosa menidakkan HAK ALLAH.

Lgpon pada pandangan aku, poligami dapat menyelesaikan banyak isu-isu sosial yang melanda sekarang nih. Toksah la pentingkan diri sangat sebab kalu mati pon kita soranng2 bukan boleh berdua pon. sayang macam mana sekalipon kita kat suami,kita mati, dia tetap kawen lain. Bagi aku, dari kawen lain lepas aku mati dan aku x dapat apa, baik dia kawen masa aku hidup ni, sekurang2nya kalu aku jd orang yang banyak bersabar, maka aku akan dapat PAYONG EMAS.

Aku ni banyak buat dosa. Panas kt dunia pon aku x tertahan, ni kan pula panas di padang MASYAR. Sekurang2nya dapatlah aku berteduh dibawah payong itu. Entahlah. tunggu n lihat sahaja ujian Allah seterusnya. Nk ckp lebih2 pon tak berani takut makan diri sendiri. Tp stakat ni InsyaAllah berhubung dengan Poligami nih aku amatlah berlapang hati. Aku kena jd independent untuk anak2.

Khamis, 16 September 2010

Dunia ini hanya sementara

Salam.....

Pejam celik, pejam celik, dah nak sampai ke penghujung cuti Aidilfitri. Tapi ummi bukan cuti sangat pon. Raya pon biasa2 je. Balik raya niat nak gembirakan hati datuk dan nenek Yad dan Fateh serta berziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai yang dah lama tak jumpa.Kalu tak raya, belom tentu lagi nak jumpa.

Almaklumlah, duduk jauh sangat kat KL nk balik JB pon setahun sekali mengalahkan orang yang duduk Oslo sanggup balik beraya ke M'sia (hehe Amy Masita n Family).Balik ke KL pagi Isnin pukul 3 pagi. Dari Rengit ke KL makan masa 3 jam lebih gak. sampai pon dh subuh. Dalam perjalanan balik tu, lalu tepi kubur. Kebetulan bulan Syawal ni nampak cantik dan berseri-seri. Terang walaupon bulan sabit. Bintang bergemerlapan di dada langit yang hitam pekat. Kalau orang lain mesti takut dan seram macam yang diceritakan dalam cerita hantu MOMOK @ TV3 tuh... Tapi bila lalu kawasan perkuburan pagi tuh, umi tak rasa apa2 pon. Malah rasa syahdu. Dari jauh nampak putih sebab pantulan cahaya nesan dari cahaya bulan. Sunyi dan sepi. Terdetik dalam hati umi, kenapa kita takut nak lalu kawasan kubur?

Dulu masa kecik2 nak tengok pon tak sanggup. Lagi la di malam hari n awal pagi macam tuh. Takut tetiba je nampak lembaga putih. Hehe...tu la dah diperbodohkan. Nak takut apernyer, itukan rumah persinggahan kita juga sebelum dihisab. Bukan nk bangga atau cakap besar, tapi itulah kenyataannya. Orang yang hidup, takut sangat bercerita soal mati. Tengok kain kapan pon takut, apatah lagi bila tengok kawasan kubur. Sebab tuh ramai manusia sekarang yang dah tak takut nak buat dosa malah mendabik dada bila buat dosa.

Manusia berlumba-lumba mengejar dunia hingga ada yang tersungkur ke lembah maksiat. Manusia lupa, yang dikejar itu hanya sementara Akhiratlah tempat abadi. Hidup ini banyak mengajar ummi. Bila baca catatan mama Alanna, ummi rasa sedih.Sedih andainya mama Alanna tidak dapat menterjemahkan ujian ini sebagai satu signal buat mereka. Bagi umi, Alanna tidak pergi, tapi dia kembali dan menantikan keluarganya di alam yang kekal abadi. Tapi bila lihat wajah2 terbaru mama Alanna sekeluarga, Alhamdulillah, umi rasa mama Alanna seorang yang cekal dan dia berjaya lalui dugaan ini dengan tabah. Malah bila lihat perubahan pada diri mama Alanna di pagi Syawal yang lepas, ummi tahu, kehadiran Alanna memberikan pengertian yang lebih mendalam tentang erti kasih sayang buat mereka sekeluarga. Bukan mama Alanna sekelurga je tau. Umi, abi, Yad dan Fateh juga turut merasa lebih insaf dan lebih appriciate kasih sayang antara kami.

Sebelum ni, umi sendiri insan yang terlalu lemah, slalu je marah2 yad dan fateh bila mereka terlalu nakal dan lasak. tapi sekarang, umi lebih menghargai moment itu. umi rasa nak tergelak kalu dok gaduh ngan Yad n Fateh. gaduh2 manja. rasa macam tak puas nak peluk2 fateh dan yad sebab kita tak tahu, bila kita akan merasai saat2 bahagia seperti itu lagi. hidup ini terlalu rapuh hingga tidak mampu untuk dijadikan tempat berpaut. Oleh itu, umi berpaut hanya pada Allah dan selalu berdoa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Begitu juga ngan family Alanna.

Selagi ada hayat, umi akan usahakan yang terbaik untuk putera2 umi. Umi akan didik mereka untuk jadi pemimpin yang baik atau mungkin tentera yang baik atau jika tidak keduanya, sekurang2nya anak2 umi dapat menjadi hamba dan umat Rasullullah yang terbaik untuk agamaNya. Jika bukan pon dibarisan hadapan dalam perjuangan Islam, sekurang2nya anak-anak umi dapat menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan Islam.

Hidup ini hanya yang sementara. Yang kekal abadi hanyalah Dia. Kita, manusia hanya mampu merancang, namun Dia penentu segalanya. Dia lebih sayangkan hamba2Nya tetapi kita selalu lupa dan alpa. Kita manusia selalu lari jauh dari menghampiriNya sedangakan Dia tetap disinggahsanaNya menanti kehadiran hamba2Nya. Kita, manusia selalu mendabik dada dengan kemegahan dunia, selalu anggap kematian itu satu takdir yang dasyat sedangankan kemegahan dunia itu hanya akan melalaikan kita dan semakin jauhlah kita denganNya dan mati itu adalah kembalinya kita ke sisiNya...

Umi pon tak tahu...berapa lama lagi akan hidup diduniaNya. Berapa lama lagi pinjaman masa dan nafas yang akan diberikanNya. Umi cuma berharap, andai waktu itu adalah singkat untuk umi di dunia ini, umi mahu diberikan waktu untuk bertaubat. Umi mahu melangsaikan segala hutang piutang yang tertunggak termasuklah amanah mendidik Yad dan Fateh. Umi mahu hidup umi ini tidak sia-sia dan umi bersyukur kerana dalam perjalanan hidup ini, sudah beberapa kali umi cuba lari jauh dariNya, namun Dia tetap menarik kembali diri umi ke sisiNya. Bila rasa nk buat jahat, tinggal solat, buka aurat, setiap kali itu ada sahaja peristiwa yang menegahnya dan kembalilah umi meratap dalam sujud.....

Rabu, 15 September 2010

Ziyad dan Fateh

Salam......

Semalam umi, abi, Yad dan Fateh pi Giant Kinrara. Beli basikal baru untuk Yad.
Yad suka sangat-sangat. Beli basikal pon guna duit raya yang Yad dapat.
Boleh tahan juga. Ada la dalam seratus ringgit jugak.
Banyak tu. Tapi lg banyak collection last year. Untuk Yad sorang je la.
Sebab masa tuh Fateh masih dalam perut.

Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat sebab kehidupan kami bertambah baik.
Bila bertambah bilangan ahli rumah (Fateh) makin bertambah-tambah rezeki
yang Allah bagi. Macam-macam dan yang paling penting, rezeki kesihatan.

Fateh pon dh pandai berjalan. 10.10.2010 genaplah dia setahun.
Kebetulan kena masa umi nk konvokesyen degree kat UPM.
Alhamdulillah, umi bersyukur sangat-sangat sebab Allah permudahkan
perjalanan pengajian umi kat UPM. No Extend. Grad pon dgn 2nd class upper.
Kira power gak la sbb boleh habis tepat pd masanya w/pon masa tuh pelbagai
ujian dari Allah dan kelahiran Yad n Fateh diwaktu Final Exam.

Merasa la jugak berpantang waktu exam. Cuma yad lahir tepat2 dh habis paper
n kebetulan terus cuti semester. Dan ketika itulah kami diuji oleh Allah
dimana Yad dimasukkan ke NICU Serdang selama 2 minggu.
Alhamdulillah setiap ujian itu umi dan abi lalui dengan rasa keinsafan dan
sabar. Tak ada orang yang tahu kesusahan kami. Lebih2 lagi masa bersalinkan Yad,
abi diberhentikan kerja n terpaksa jd despatch sementara dapat pekerjaan yang
lebih baik. Dengan gaji yang tak sampai 1000, nasib baiklah ada duit PTPTN.
Tu la yang tampung duit bersalin dan perbelanjaan lain.

Kami juga pernah diuji dan dihadapanNya umi mengadu. Yang umi minta
cuma dikuatkan dan ditabahkan hati dengan ujian tersebut. umi harap
mama Alanna banyak2 sabar.

Allah nk dengar rintihan hati hambaNya
Allah suka melihat hambaNya menangis n meminta dariNYa
Mintalah dari Allah...
Sesungguhnya DIA tak akan hampakan harapan kita.
DIA lebih tahu apa yang kita tidak tahu..............

Mummy Alanna

Huhu.....

Tak dapat nak elak untuk berkunjung ke blog Mummy Alanna
Dok kt kampung pon asyik teringat. Tgk muka Fateh mesti teringat kat arwah Alanna.
Fateh dan Alanna sebaya cuma tua Alanna 2 bulan.
Alanna lahir bulan 8 Fateh plak bulan 10
10.10.2010 genaplah Fateh setahun. Memang umi dan Fateh tak pernah kenal Alanna dan keluarganya. Facebook ni jd penghubung maya kami. Tak pernah berbual pon.
Cuma selalu menjadi pengunjung setia ke blog Alanna. Kalu boleh nk dikatakan tiap-tiap hari mesti tgk. Iyelah mana tahu mummy Alanna ada update catatan baru.

Mummy Alanna nk tahu, catatan mummy memang meruntun hati umi. Kalu mummy nk tahu,
catatan mummy telah berjaya menjadikan hati para ibu menangis bila melihat gambar-gambar Alanna.Umi tahu, mummy sedih sangat....rindu sangat....kat Alanna.
Umi juga paham betapa sakitnya hati mummy terkenangkan Alanna.
Umi juga tahu, catatan demi catatan yang dibuat bukan untuk meraih simpati.
Hanya sekadar curahan sekeping hati yang terlalu merindui.
Mummy....umi bukan nk marah mummy dari mengingati Alanna atau menegah mummy dari
terus mencoret kisah Bidadari kecil itu, tapi umi cuma nak melahirkan rasa bimbang
dan takut mummy akan rasa jauh dari Dia.
Umi bimbang luahan demi luahan akan menjadi terbawa-bawa.
Mummy.......ingatlah, Allah itu maha adil.
Dia pilih Alanna sebagai bidadari syurga.
Kita yang hidup inilah perlu bersiap sedia. Alanna dh menempah tempatnya disisi Allah. Kita belum tahu lg mummy. Mummy nk jumpa Alanna tak?
Kalu nak, mummy kena kuatkan semangat.

Mummy...,
Rasullullah juga manusia yang diuji. w/pon dia kekasih Allah,
tapi Rasulullah juga tak terlepas dari rasa sakitnya kehilangan anak2nya.
Mummy.....ada lagi insan2 yang diuji dengan hebat namun tetap sabar.
Tak perlu diceritakan segala isi hati ini kerna nanti tiada rahsia lagi.
Rahsia itu antara kita dan Allah yang tahu.
Ada hadiah yang ingin Allah beri selepas ujian ini.
Sabar ye..........

Yang pasti, umi slalu berdoa agar orang-orang yang diuji seperti mummy akan
mendapat darjat yang terbaik disisiNya.

Isnin, 6 September 2010

Salam Lebaran Buat Semua........

Salam...

Hari ni pukul 3 petang, umi, yad, fatih dan abi akan bertolak pulang ke Johor.
Nk sambut raya dengan datuk n nenek fateh n yad.
hehe...seronok la dua2 budak kecik nih.
duduk kt ofis pon dh mls nk buat kerja
dok bukak blog mumy Alanna Qish.
Sedih.....tapi itu ketentuan Ilahi.
apa yg ditentukan olehNya buat hamba2Nya, itulah yg terbaik.
kita mungkin akan merasa sedih n pilu atas kehilangan orang yang kita sayangi,
tapi Allah lebih menyayangi hamba2Nya.

umi x dpt byangkan jika ujian itu menimpa diri umi.
bagi seorang ibu, kekuatan hidupanya adalah anak-anaknya.
ibu mana yg sanggup melihat anaknya menderita kesakitan.
umi ingat lg ms yad dulu kena tahan NICU Serdang selama 2 minggu
akibat jangkitan kuman pada peparunya
dan masa lahir tubuhnya hitam kebiruan akibat kuran kurang oksigen.
yad terus dibawa ke NICU untuk rawatan lanjut
ms tu umi mcm hilang akal sebentar
dh la baru lepas bersalin. toleh kanan dan kiri semua katil dihuni oleh ibu2
bersama anak mereka masing2.
jauh disudut hati umi terdetik, mana anak aku........
kebetulan abi naik bawa barang2 umi (kain, tuala n etc)
umi tanya abi, mana anak kita,
abi cakap yad kat NICU. duduk dalam kotak kaca.
badannya berselirat dengan wayar.
Ya Allah, anak aku.......
tapi dr kata, insyaAllah semuanya selamat
ms yad lahir tu, Dr dh detect lbh awal, yad tertelan air ketuban
sbb tuh muka n badan dia biru lebam
Dr tahan untuk pastikan paru2 yad tak dijangkiti kuman
umi lega kejap....


esok pagi ummi dh bley kuar hospital
balik sehari je,ht umi tak tenang
plan nk balik johor terus tak jadi
umi buat keputusan nk duduk NICU serdang
tempat untuk ibu disediakan.
x per la, abi pi la kerja, biar umi jg yad.
w/pon umi rs badan umi ni terlalu lemah dn x berdaya, tapi umi kuatkan juga demi yad.
lepas kemas baju, umi ke tempat yad. dia duduk dalam bekas kaca mcm tempat Alana.

kurus n kecil betol tubuhnya. x berbaju. belbagai wayar melilit badannya.
yg umi pasti ada 2 tiub dalam mulutnya. satu yg kecik untuk susu.
satu la yg besar sehingga ke kerongkong.
umi x dpt tahan air mata. x mampu nk pandang.

umi dh fikirkan diri umi yg x terurus ni. umi dh x peduli. yg umi fikir yad.
nk solat pon x bley, yg umi dpt buat berdoa dalam ht. berdoa agar Allah selamatkan
anak umi...Muhammad Thariq Ziyad.
Alhamdulillah dh 2 tahun berlalu saat2 kepayahan tersebut. Ziyad sekarang sihat n makin cergas serta cerdas. Yad dh pandai cakap n mulutnya membebel je.
tp tak per la, yad tetap penghibur hati umi n abi.
yad tak ada sunyi.
skang nih dh dapat sorang lg adik. yang ini umi namakan Fateh.
Alhamdulillah Fateh seorg baby yg sihat. umi sayang dua2 anak umi.
bila umi baca catatan mummy Alanna...umi tahu perasaan dia.
w/pon yad x sakit teruk macam Alanna, tp kami diberikan ujian lain olehNya.
perjalanan hidup kami ada chapter nya yang tersendiri
begitu juga dgn family Alanna...
dugaan itu akan menjadikan kita kuat untuk menempuh dugaan lain.
janganlah bersedih. Serahkan hati ini kepada pemilik yang Kekal Abadi.
dan yang pasti...setiap manusia itu PASTI AKAN KEMBALI KEPADA-NYA......