Saya tidak mahu menjadi sesetengah ahli akademik yang membisu dlm melontarkan pandangan dalam apa jua isu yg berlaku. Saya merasakan bahawa salah satu cara untuk menyampaikan pandangan melalui laman-laman sosial dalam membicarakan persoalan-persoalan semasa adalah di antara saluran yang terbaik untuk berkomentar secara sihat dengan ahli masyarakat yang lain selain melalui pelbagai hasil penulisan samada mendapat satu ruangan di kolum-kolum akhbar atau blog-blog persendirian.
Tetapi berapa ramai ahli akadmik yang mendapat tempat untuk menyiarkan penulisan dan penemuan-penemuan kajian mereka di dada akhbar? Ia perkongsian yang sihat…cara perdebatan isu atau ilmu yang mampu meransang pemikiran setiap ahli masyarakat untuk menjadi lebih matang.
Jika para pensyarah atau ahli akademik hari ini sibuk dengan penulisan pelbagai jurnal dan penemuan-penemuan tersebut hanya disiarkan dalam jurnal-jurnal tertentu, berapa ramai ahli masyarakat di luar sana yang akan memperolehi manafaatnya bersama. Maka tidak hairanlah jika ada yg mengatakan bahawa ahli akademik syok sendiri dlm menghasilkan pelbagai makalah yang banyak menjawab pelbagai persoalan sosial manusia.
Makalah tersebut untuk siapa? Setiap tahun ada sahaja artikel-artikel penyelidikkan yang terhasil tetapi ilmunya tidak dapat dikongsi sehinggakan ada sebilangan masyarakat hari ini mempunyai minda yang tertutup dan mempunyai persepsi songsang. Ini membuktikan kita membiarkan persepsi yang berlawan dengan etika moral manusia di angkat tanpa sokongan ilmiah. Membiarkan orang lain berfikir tanpa ilmu dan berpegang pada amalan songsang. Kerana itulah kita banyak terkebelakang baik dari segi pemikiran, teknologi dan peradaban manusia.
Kerana itu sekali lagi saya suka untuk mengambil pandangan penulis ini:
...Salah satunya ialah institusi-institusi pengajian tinggi seperti Harvard University, Yale University, University of Oxford, University of Cambridge dan Massachussetts Institute of Technology telah mengekalkan dan memperkasakan kecemerlangan bidang-bidang sains sosial, dan ilmu kemanusiaan, termasuk falsafah.
Sedangkan universiti-universiti di Malaysia mengenepikan dan mengabaikan pengajian tersebut. Malah di antara kira-kira 60 buah universiti di Malaysia, kurang dari lima mempunyai Jabatan/Bahagian Sejarah; dan tiada ada Jabatan Falsafah. Jika begitu keadaannya, bagaimana dapat kita mengajar pelajar kita berfikir dan bersoal; bagaimana dapat ahli akademik kita melahirkan keaslian pemikiran dan idea?.
Sains sosial adalah ilmu kemasyarakatan. Persoalan-persoalan ilmu tentang kehidupan manusia, apa yang berlaku disekitar manusia, mengangkat permasalahan-permasalahan manusia untuk diberikan perhatian dan di analisis bersama hasilnya bukan sahaja oleh golongan akademik, malah golongan pemimpin dan sekalian ahli masyarakat umumnya.
Maka persoalan dan isu masyarakat di Malaysia hari ini seringkali mengangkat padangan dan persepsi yang salah. Awal-awal lagi pandangan yang berbeza dengan agenda kerajaan akan dicantas sehabis-habisnya. Masyarakat umum pula ada sebilangannya berfikir dengan akal yang cetek. Maka akhirnya isu yang remeh diperbesar-besarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan