Assalam...
Apabila yang tertindas itu semakin ramai...apabila PEMERINTAH gagal menjadi pemimpin yang ADIL...maka akan bangkitlah rakyat yang tertindas ini...Jangan disalahkan rakyat ini kerana bangkit...Kebebasan itu milik sekelian insan dan tiap2 manusia....
sumber: http://kebunketereh.com/?p=3181
Awal tahun baru 2011 dikejutkan dengan revolusi atau kebangkitan rakyat Tunisia menentang rejim zalim yang telah menekan dan menindas mereka semenjak berakhirnya penguasaan Othmaniah di negara tersebut pada tahun 1881.
Peristiwa yang digelar sebagai Revolusi Jasmin atau Melor itu mencapai kemuncaknya pada tanggal 14 Januari 2011, pada hari Jumaat merupakan detik paling bersejarah bukan sahaja buat seluruh rakyat Tunisia, bahkan seluruh umat Islam.
Kebangkitan rakyat Tunisia menentang pemerintah yang korup, zalim dan anti Islam.
Setelah Tunisia dijajah oleh Peranchis sehinggalah ianya dikuasai oleh rejim sekular pimpinan Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun, rakyat Tunisia tidak pernah dapat mengecap nikmat kebebasan dan nikmat beragama.
Ada sahaja undang-undang dan peraturan “karut” yang dikuatkuasakan, yang mana tujuannya hanyalah untuk melindungi rejim yang berkuasa.
Pada hari Jumaat 14 Januari 2010 tercatatlah detik manis dinantikan oleh rakyat Tunisia sejak sekian lama apabila rejim kuku besi terakhir pimpinan Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali LARI meninggalkan negara dan seluruh kekuasaannya.
Revolusi Jasmin mula menjadi sebutan dan impian buat seluruh warga Arab. Namun buat seluruh penguasa rantau Arab…yang lebih kurang sama sahaja perangainya dengan rejim yang digulingkan… ianya kini menjadi igauan dan mimpi ngeri yang amat menakutkan.
Revolusi Jasmin
Kisahnya bermula dengan seorang pemuda bernama Mohamad Bouazizi. Pemuda yang menjadi pencetus kebangkitan rakyat Tunisia ini merupakan seorang graduan lepasan sebuah universiti tempatan. Namun bagaikan lumrah kehidupan di sini, pekerjaan amat sukar diperolehi walaupun bagi seorang yang memiliki ijazah. Kadar pengangguran cukup tinggi iaitu sekitar 40 peratus.
Revolusi Jasmin atau Melor
Bagi kebanyakan warga Tunisia, berhijrah keluar negara khususnya ke seberang Laut Mediterranean, iaitu ke negara Eropah adalah satu kemestian jika inginkan kehidupan yang lebih baik. Di sana di samping peluang pekerjaannya yang banyak, ia jug dapat membebaskan diri mereka dari belenggu kezaliman rejim yang berkuasa di tanah air mereka.
Wira rakyat Tunisia Muhamad Bouazizi
Namun bagi Bouazizi, berhijrah keluar negara bukan impiannya. Beliau tidak ingin menyerah kalah begitu sahaja. Justeru, bagi membaiki kehidupan dirinya serta keluarga, tanpa rasa malu dan takut beliau telah menyorong gerainya di pinggir jalan bagi menjual apa sahaja barang, itulah sahaja yang mampu dilakukannya.
Niat suci Bouazizi untuk mendapat sesuap roti menghadapi jalan sukar. Rejim Ben Ali yang zalim telah merampas gerainya dengan alasan tidak mempunyai kebenaran berniaga.
Bukan sahaja gerainya dirampas, malah Bouazizi telah dimalukan di hadapan khalayak.
Beliau yang begitu kecewa dengan tindakan rejim korup itu telah nekad, membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan di kota kelahirannya Sidi Bousaid, sebuah kota cantik nan menawan yang digemari oleh para pelancong asing dengan kotanya yang berbukit dan elok di tepi Laut Mediternean.
Api yang membakar Bouazizi kemudiannya telah membakar hangus rejim Ben Ali
Aksi nekad Bouazizi itu dilakukan setelah selesai solat Jumaat, 17 Desember 2010 itu telah membakar semangat rakyat Tunisia, lantas demonstrasi besar-besaran meletus di kota Sidi Bousaid.
Bara dalam sekam yang selama ini terpendam di hati warga Tunisia selama ini meledak membakar. Lautan manusia yang berdemostrasi merebak ke seluruh kota-kota besar Tunisia seperti ibu kota Tunis, Sfak, Cartagho, Qairawan dan lain-lain.
Seluruh lapisan masyarakat turun bermonstrasi. Bukan sahaja para penganggur…yang sememangnya sangat ramai…malah turut disertai para intelek, profesional, politikus, dan berbagai elemen masyarakat.
Negara menjadi lumpuh. Kekerasan dan keganasan tidak dapat lagi dibendung. Pejabat-pejabat kerajaan dan swasta serta gedung-gedung membeli belah telah dijarah dan ditawan. Tentera dan polis mula bertindak balas. Akibatnya puluhan nyawa melayang. Manakala ribuan yang lain telah tercedera.
Peristiwa kemarahan yang bermula dengan sebatang mancis yang membakar Bouazizi kini mula merebak dan membakar seluruh Tunisia sehinggakan rejim yang terkenal zalim dan korup pimpinan Presiden Ben Ali tiada lagi pilihan lain kecuali lari menyelamatkan diri dan keluarganya…pada mulanya ke Peranchis, namun setelah pemintaannya ditolak, pelarian politik tersebut menuju ke Arab Saudi…sungguh memalukan!
Akhirnya, kemenangan berpihak kepada RAKYAT Tunisia. Rejim korup lagi zalim tersungkur jatuh menyembah bumi, negara dalam keadaan darurat. Bagi mengisi kekosongan kuasa Perdana Menteri telah memangku jawatani Presiden. Namun tindakan tersebut mendapat kritikan para pakar perundangan dan bahkan bertentangan dengan perlembagaan negara itu sendiri.
Bagaikan empangan yang pecah, seluruh rakyat Tunisia bangkit.
Perdana Menteri Mohamad Gannouchi yang merupakan sekutu Presiden yang digulingkan, menyerahkan jawatan kepada Speaker Parlimen Tunisia Fuad Almabzieg pada 15 Januari 2011 sebagai pemangku Presiden. Seterusnya parti pembangkang telah dijemput bagi menyertai kerajaan sementara. Pilihanraya umum yang adil dan bebas juga dijanjikanknya dalam tempoh enam bulan.
Sudah terlewat...Ben Ali melawat Bouazizi yang sedang nazak
Dalam catatan terakhirnya di facebook, Bouaziz, dengan nada yang sangat memilukan menulis,
“Musafir (pergi) wahai ibuku. Maafkan aku. Tiada gunanya. Semuanya hilang di jalan apa yang kumiliki (dirampas polis). Maafkan aku wahai ibu, jika aku tidak menuruti ucapanmu. Makilah zaman (waktu atau situasi). Jangan maki aku. Pergi tidak kembali lagi”.
Allah lebih menyayangi Bouazizi. Ahirnya beliau yang melecur teruk akibat terbakar pergi buat selama-lamanya. Besar sungguh pengorbanannya.
Tindakannya itu bagaikan lilin yang membakar diri…berkorban…buat menerangi insan-insan yang lain. Ia menjadi obor yang kemudiannya menerangi kegelapan bukan sahaja Tunisia bahkan seluruh rantau Arab.
Sebuah revolusi telah tercipta…tumbangnya rejim yang zalim. Semangat revolusi tersebut pastinya akan terus merebak…justeru amaran buat penguasa yang korup dan zalim lagi menindas.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan para syuhada dan solihin. Selamat jalan Pahlawan Revolusi Jasmin, Tunisia.
Kebimbangan Negara Arab Lain
Kebangkitan rakyat Tunisia yang dicetuskan oleh Bouazizi sehingga menggulingkan rejim Ben Ali telah menimbulkan kebimbangan yang bukan sedikit kepada jiran-jirannya dan seluruh rantau Arab.
Ini jelas digambarkan melalui ucapan Setiausaha Agung Liga Arab, Amir Moussa, yang mengingatkan para pemimpin negara Arab bahawa mereka juga berisiko menghadapi kebangkitan rakyat yang sama seperti yang berlaku di Tunisia.
Beliau mengatakan bahawa kemarahan rakyat di Timur Tengah sudah mencapai ke puncaknya.
“Hati dan jiwa Arab sudah hancur oleh kemiskinan, pengangguran dan resesi,”
Demikian katanya dalam ucaptamanya semasa membuka Konferensi Peringkat Tertinggi Liga Arab di Sharm El-Sheikh, Mesir, pada hari Rabu 19 Januari 2011.
Seterusnya beliau mengingatkan bahawa;
“Revolusi Tunisia tidak jauh dari kita,”
Dalam ucapannya yang dipetik oleh BBC, Amir Moussa menyeru kepada para peserta persidangan berkenaan, agar reformasi politik dan ekonomi berjalan seiring.
Perubahan politik di Tunisia yang berlaku ekoran kebangkitan rakyat sudah pastinya telah mencetuskan harapan kepada seluruh warga Arab untuk melihat hal yang sama berlaku di negara mereka.
Situasi sosio-politik dan ekonomi yang hampir sama seperti Tunisia di kebanyakan negara Arab pastinya akan mengobarkan semangat mereka untuk melakukan perkara yang serupa sepertimana yang telah dilakukan oleh saudara mereka di sana.
Paling utama, selepas Tunisia, antara negara lain yang mempunyai potensi ke arah kebangkitan rakyat ialah jirannya iaitu Algeria dan Mesir. Protes secara besar-besaran bukanlah perkara asing di sana. Namun kerajaan tidak menunjukkan minat untuk berubah…bahkan mereka dihalang dengan kekerasan.
Walaupun disekat dengan pelbagai cara, manakala pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat ditangkap, potensi untuk meletusnya protes baru dan seterusnya revolusi bagi menolak rejim lama pasti ada…kesan daripada semangat Bouazizi.
Pengajaran: Jelas...tidak perlu orang sehebat Anwar Ibarahim, Nik Aziz, atau Lim Kit Siang untuk menjadi pencetus Revolusi. Jika tekanan hidup, dizalimi dan ditindas itu telah melebihi segala2nya... hidup dan mati sudah tiada ertinya......tindakan nekad inilah yg akan menyebabkan jatuhnya sebuah kezaliman...
MAHA HEBAT ALLAH...YG MENGGERAKKAN HATI TIAP-TIAP MANUSIA. SEGALA YG BERLAKU ADALAH PERCATURAN ALLAH YG MAHA BERKUASA...:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan