Salam
Abah
Abah orangnya agak garang, degil dan sentiasa keras dengan kemahuannya. Apa yang dia mahu, itulah yang akan diusahakannya. Tidak kenal putus asa. Andai berperang dengan kata-kata, pasti dia sahaja mahu menang dan orang lain terpaksa mengalah.
Itulah abahku…dan sifat kedegilannya….menurun kepadaku. Namun mujurlah emak tidak begitu. Dan yang paling penting didikan agama yang diberikan dengan menyekolahkanku di Sekolah Agama Taman Cempaka, Johor Baharu walaupun hanya bersekolah di sebelah petang mengukuhkan pendirian agamaku sehingga ke hari ini.
Walaupun latarbelakang abah berpendidikan sekolah Inggeris, tetapi sejak awal-awal lagi, iaitu semasa aku di sekolah tadika, dia sudah masukkan aku ke sekolah ABIM di Taman Kobena. Sejak kecil aku diajar mengenal A,B,C, dan segala macam ilmu dunia. Tetapi di sekolahlah aku belajar mengaji. Mengenal huruf-huruf jawi dan belajar kenal Tuhan. Seingat aku, masa kecil, abah jarang solat dan mengaji. Tapi solat jumaat, dia tak pernah tinggal. Puasa pun penuh. Namun yang 5 waktu itu jarang-jarang kelihatan. Mungkin ada, tp Allah sahaja yang tahu.
Seingat aku, yang mula-mula ajar aku solat ialah Pak Lang dan Mak Lang. Masa tuh Pak Lang dan Mak Lang baru sahaja berkahwin. Pengantin baru. Pak Lang bekerja di PKENJ Johor. Oleh kerana masa tu belum dapat rumah, maka mereka duduk dirumahku. Sepanjang kat rumah, aku lihat, Pak Lang dan Mak Lang tak pernah tinggal untuk solat terutamanya Maghrib berjamaah.
Dicelah-celah daun pintu, aku selalu intai mereka solat sehingga suatu hari Mak Lang tegur, ‘Along nak solat? Meh, sini mak lang ajarkan.’ Sejak itu, mak lang yang akan ajar aku solat, ambil wuduk dan mengaji. Tapi sekejap je. Selepas beberapa bulan, Mak Lang dan Pak Lang berpindah ke Taman Cempaka yang jauhnya menyeberang highway Pasir Gudang.
Dari situlah aku mula berminat dengan Islam, dan nak belajar agama. Bukan mahu sombong dan meninggi diri, tapi minat dan kecenderunganku sehingga ke hari ini adalah dibidang agama. Namun tiada siapa diwaktu itu yang mahu memimpinku. Sepanjang bersekolah, disekolah agama dari darjah 1 hingga sekolah khas, hanya sekali aku gagal iaitu semasa peperiksaan pertengahan tahun darjah 4 kalau tidak silap. Segala2nya akibat daripada perasaan bongkak dan over confident (berlagak macam BAGUSSSSS….PADAN MUKA DGN AKU) serta sikap yang paling buruk iaitu melawan cakap emak. Huhu…nauzubillah. Emak suruh ulangkaji, tapi sebab angkuh selalu x pernah miss dapat nombor 1-3 dan tak pernah tak lulus sekolah agama, akhirnya Allah nak bagi aku sedar diri sikit, maka aku terus tak lulus. Huhu…terlalu kecewa sampai menangis 3 hari 3 malam. Sebab rasa kecewa itulah aku minta ampun dan maaf kat mak dan berjanji tak akan ingkar perintah dia lagi.
Bab belajar mmg x melawan, tp bab kena suruh kemas, masak dan pergi kedai, selalu melawan. Selalu kena rotan dgn mak. Huhu…sampai mak cakap, aku anak dara pemalas, nanti x ada orang nak masuk meminang. Huhu...nasib baik ada juga yang sudi..erkkk)
Naluri dan Jiwaku kepada Ilmu Agama
Berbalik kepadda cerita yang sebenar, maka sebenarnya naluri dan minat kea rah ilmu agama itu telah mula berkembang dalam jiwa ini. Dua kali aku pernah terima tawaran ke sekolah aliran agama iaitu semasa mahu memasuki alam sekolah menengah, dengan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR , 4A dan selepas PMR 8A. Dan kebetulan aku juga cemerlang di sekolah agama peringkat darjah khas dengan mendapat tempat ke-2 daripada keseluruhan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan darjah khas sekolah agama Johor Baharu. Dapat pangkat 1 beb..huhu..(mula la nak riak lagi). Rasanya daripada 7 orang adik beradik yang dilahirkan oleh seorang ibu dan berbapakan seorang abah, Cuma ada 2 orang yang benar2 cemerlang dalam bidang agama, iaitu aku, dan adikku Nur Zulaiha Binti Atan.
Dalam masa yang sama, setelah mendapat keputusan PMR yang mana hanya ada 3 orang sahaja mendapat keputusan seperti itu kat sekolah aku (Sekolah Menengah Perumahan Tampoi @ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rahmat), cikgu telah memanggil kami dan menyatakan bahawa terdapat tawaran ke sekolah berasrama penuh untuk aku dan sorang lagi budak, tp aku x hingat siapa dan sorang lagi tuh budak Cina, ohhh my best friend, tp x dapat la tawaran. Huhu…very2 confius sbbnya aku tak pernah plak mohon nak masuk ke SBP. Dan sememangnya…sepertimana yang telah menjadi cita-cita abah masa tuh, maka berangkatlah aku ke SBP tanpa sedikit pun dia bertanya, adakah aku mahu mengambil bidang sains kejuruteraan. (Aku x minat sebenarnya)
Maka masuklah aku ketingkatan empat di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang dan dalam masa yang sama surat tawaran untuk ke sekolah Ma’ahad JB tiba. Emak dan abah cuma bagitahu aku tentang tawaran tersebut setelah sebulan tarikh kemasukkannya berlalu. Huhu….lagi satu dapat jugak aku tawaran ke Teknik JB. Minta dan ambik ujian kemasukkan ke MRSM, tapi tak dapat. Haha…byk sungguh tawaran masa tu. Tapi sebab tak mahu hampakan abah dan ketika itu orang cakap sapa dapat masuk SBP kira terror la, so aku pon teruskan walaupun jiwa aku memberontak. Aku tertekan sebenarnya sebab ambik bidang yang aku tak berapa minat. Nak kata belajar sains tulen, biologi tak ambil. Sains kejuruteraan yang paling aku tak suka adalah bab nak melukis sebab memang aku tak ada talent. Serious…
Aku minat menghafal dan membaca. Minat untuk bidang teknikal memang tak ada. Lukisan pon macam hampeh. Sebab tuh LK dapat 5 je untuk SPM. Hmmm…ntahlah mungkin sebabnya Allah dah tentukan perjalanan hidupku begini. Lepas SPM yang hanya dapat agregat 16, tercampaklah aku ke UTMKL dengan mengambil Diploma Kej. Elektrik Perhubungan. Hmmmm….aku cuba juga pupuk minat kea rah bidang engineering, tapi rasanya aku belajar tu hanya kerana nak dapatkan Diploma tu. Bila interview kerja, orang tanya, apa yang awak tahu tentang Elektrikal Communication…huhu…ntahlah. Aku pon tak tahu apa yang aku belajar. Hmmm…;(
Masa berlalu….walaupon apa yang aku cita-citakan tak tergapai dek kerana kurang pendedahan dan tak tahu ke mana arah yang sebenarnya untu aku tuju sebab tak ada yang sudi nak guide masa tu. Iyelah, anak sulong, emak dan abah pon tak ambik tahu sangat tentang apa yang aku minat cuma sbnrnya emak agak terkilan juga bilamana abah putuskan untuk aku terima SBP sedangkan ms tuh emak pernah cakap kat aku,
“Along jadi cikgu je lah. Jadi ustazah sebab mak tengok along ada potensi kea rah tuh” Kata mak penuh mengharap.
Tapi abah dah putuskan segala-galanya. Aku pon confius tak tahu nak memilih mana satu. Aku ikut sahaja keputusan abah tanpa banyak membantah. Bagi aku, cinta dan minat itu boleh dipupuk, tp sbnrnya aku banyak menipu diri sendiri.
Alhamdulillah…walaupon bidang sains sosial bukan minat yang sebenarnya tetapi aku rasa minat kea rah itu masih boleh dipupuk berbanding minat dalam bidang kejuruteraan yang lebih bersifat teknikal dan kering kepada pembentukkan pemikiran yang berfalsafah. Sehingga kini, itulah perjalanan pendidikan yang aku tempuhi….ambil degree dan kini sedang mengikuti pengajian Master.
PASti ada hikmah…
Walaupon apa yang aku inginkan tidak tercapai, tapi aku percaya apa yang Allah telah tetapkan di sepanjang kehidupanku ada hikmah disebaliknya. Manakan tidaknya, kerana di bumi UTMKL aku banyak belajar mengenal siapa PenciptaKu, belajar erti perjuangan Islam dan perjuangan sebuah kehidupan.
Pengalaman yang tak mungkin aku akan dapat seandainya aku berada ditempat lain. Berjuang bersama-sama sahabat-sahabat yang telah ditakdirkan bersama dan kini mereka menjadi antara orang-orang yang hebat. Apa yang penting sebenarnya adalah pengalaman yang aku kutip itu pastinya tidak akan sama dengan apa yang dilalui oleh orang lain. Dan apabila ada orang bercerita tentang perjuangan Islam, Alhamdulillah aku dapat menjadi orang yang faham dan kefahaman itu semakin untuh. Kemanisan itu yang aku cari sebenarnya.
Berjalan, Berlari, dan kadang-kala terjatuh….itulah asam garam dalam kehidupan.
P/s: lepas nih Ziyad dan Fatih kena masuk bidang agama. Paling asas. Sebab pengajian agama menjawab segala permasalahan manusia………….
Wallahua’lam……..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan