PuteraKu

PuteraKu

Isnin, 7 Mac 2011

Jom Baca - Bercinta Sampai ke Syurga

As-Salam...

Since sebelum-sebelum ini ummi ada postkan beberapa synopsis buku-buku yang ummi baca, ummi berpendapat baik kiranya di dalam blog ini terdapat entry khusus untuk bahan-bahan bacaan yang sempat ummi baca dan kiranya ia akan memberikan sedikit pengenalan kepada pembaca lain .

So untuk entry kali ini, ummi ingin mengesyorkan sebuah buku yang rasanya sudah tidak asing lagi kepada pembaca-pembaca diluar sana iaitu sambungan kepada ‘Aku Terima Nikahnya 2’ yang ditulis oleh ustaz Hasrizal Abd Jamil.

Sebenarnya ada baiknya jika para pembaca membeli buku kompilasi Aku Terima Nikahnya yang memuatkan dari siri 1 hingga siri 3. Tak rugi beli dan baca buku ini sebab memang banyak perkara yang disentuh dalam penulisan Ustz Hasrizal berkenaan dengan reality rumah tangga dan permasalahan sosial yang bermula dari peringkat individu dan isi rumah (keluarga).

Bagi ummi, resepi kebahagian rumah tangga itu tiada penamatnya. Jika kita mengatakan bahawa sudah 10 tahun berkahwin, rumahtangga yang dibina bahagia dan akan tetap bahagia sehingga akhir hanyat dan tak perlu rujuk buku sana, buku sini untuk menambahkan kebahagian. Tetapi itu semua silap. Rumahtangga sama seperti kehidupan yang aka nada pasang surutnya. Ada ketika kita akan rasa bahagia yang teramat sangat, ada ketika perasaan bosan kepada sikap pasangan datang menerjah dan ada ketikanya perasaan itu biasa2 sahaja.

Seperti turun naiknya iman manusia, pasti aka nada pasang surutnya. Itulah asam garam berumah tangga. Bagi ummi yang baru mencecah 4 tahun usia perkahwinan, kadang kala suka duka di awal perkahwinan perlu sentiasa diimbas supaya matlamat dan niat awal dalam perkahwinan sentiasa terpahat di dalam kepala.

Walaupun pada ketika hati ini mula memberontak, namun apabila kenangan lama disingkap kembali, terasa bahawa ujian-ujian yang ditempuhi bersama pasangan terlalu sentimental untuk diceritakan dan terlalu berharga. Mendengar kisah2 perjalanan rumah tangga orang lain membuatkan diri ini sentiasa berwaspada dengan hasutan syaitan dan emosi yang tidak menentu turun naiknya. Segalanya terpulang pada kita. Namun, apa yang penting…adalah doa kepadaNya agar bahtera rumahtangga yang dibina sentiasa mendapat redhaNya dan berkekalan hingga ke Syurga. Doa itu jangan putus…….





Buku pilihan – Bercinta sampai ke Syurga
Writer – Ustz Hasrizal Abd Jamil
Sinopsis:
‘Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku’ - (Hadith riwayat Al-Tirmizi)

Itulah harga sebuah rumahtangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar ‘Aku Terima Nikahnya’ adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.

Manusia melahirkan cinta.

Cinta melahirkan manusia.

Gerimis Sakinah membawa pasangan meredah lautan Mawaddah. Bertemankan Rahmah untuk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu dan pahit hempedu pada reality sebuah kehidupan, pasca ‘Aku Terima Nikahnya’.

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA………..

Bertakwalah kepada Allah, wahai suami
Yang tidak member seratus peratus!
Bertakwalah kepada Allah wahai isteri
Yang meminta seratus peratus itu!

Resepi Rumahtangga Bahagia– ada sedikit manisnya, ada sedikit masamnya, ada sedikit masinnya, ada sedikit tawarnya, ada sedikit kelatnya…….. semuanya dirasa dengan berbekalkan matlamat yang satu, iaitu demiNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan