Salam...
Bak kata pepatah orang-orang Melayu lama:
'Melentur buluh, biarlah dari rebungnya'
Nak mendidik anak-anak dengan sifat-sifat murni perlulah dari awal lagi. Biar sifat-sifat murni terutamanya pegangan agama yang kukuh itu menjadi benteng kepada faktor-faktor luaran yang boleh mempengaruhi mereka.
Pada pandangan ummi di antara sebab menngapa dan kenapa generasi hari ini amat rapuh dengan persekitaran sosial yang ada sekarang adalah pembentukkan jati diri yang tidak mampu diterapkan sejak kecil oleh ibu bapa.
Iyalah, w/pon ibu atau bapa mereka orang-orang yang hebat, mereka lupa tanggungjawab yang paling asas itu datangnya dari ibu bapa sendiri. Tanggungjawab ibu bapa itu bukan setakat memenuhi segala keperluan material si anak, tetapi lebih daripada itu. Sebagai role model dan sahabat yang paling hampir untuk anak-anak meletakkan kepercayaan mereka.
Apabila disebut tentang role model dan sahabat, tentunya ia mengaitkan tentang pembinaan kepercayaan dan hubungan yang kukuh. Jika hubungan itu renggang, maka mana kan bisa kepercayaan itu dapat dibina.
Sebab itu, kita sering lihat anak-anak lebih selesa menceritakan masalah mereka kepada rakan sebaya atau orang lain berbanding ibu bapa mereka. Oleh kerana bimbang itu yang akan berlaku kepada Ziyad dan Fatih, maka ummi sentiasa mencari peluang untuk membina hubungan akrab dengan mereka.
Dalam 7 hari seminggu, umi cuma ada peluang bersama Ziyad dan Fatih untuk 2 hari secara fully iaitu dari pagi sampai ke malam. 5 hari yang lainnya itu, sudah terlalu sibuk menguruskan itu dan ini hinggakan kadang kala tidak sempat untuk bermesra dengan anak-anak kecil ini.
Kadang-kadang umi rasa kasihan, namun apa kan daya, bekerja bagi seorang suri rumah seperti umi sudah menjadi tuntutan kehidupan. Mahu atau tidak, suka atau tidak, terpaksa juga kaki ini melangkah ke upm. Sebab itu, masa yang terluang 2 hari, umi gunakan semaksima yang mungkin untuk membina hubungan ini. Membina kepercayaan anak-anak ini supaya mereka boleh sandarkan kasih sayang dan harapan mereka.
Sebab itu juga umi selalu berpesan kepada abi, seandainya kita sudah berjanji dengan mereka untuk ke mana2 atau membelikan sesuatu, cubalah sedaya upaya untuk mengotakannya. Jangan sesekali dihampakan harapan mereka.
Sambil itu, umi kenalkan mereka kepada pencipta manusia iaitu Allah.
'Ziyad tahu tak siapa yang buat awan?' Sambil tangan umi menunjukkan ke atas langit.
'Siapa...?' Tanya Ziyad sambil memandang awan yang berkepul dan bergulung di dada langit yang membiru.
'Allah...macam tu juga dengan pokok, burung-burung, kucing, umi, abi, yad dan adik. Semua Allah yang buat dan ciptakan. Rumah, kereta, motor dan segala isi dunia nih Allah yang ciptakan.' Kata umi pada yad bersungguh-sungguh supaya keyakinan kepada Allah itu dibina terlebih dahulu.
'Sebab tu, kalu yad nak apa-apa, kena minta kat Allah, yad nak apa? Tanya umi.
'Hmmm...yad..yad...nak pegi Giant, nak beli kasut Ben10. Boleh mi? Wajah polos itu bertanya.
'Oh...kalu macam tuh, yad kena solat, minta ngan Allah dulu, kalau Allah izinkan, maka Allah akan berikan keizinan itu melalui umi.'Umi jawab memberikan sedikit harapan.
Seusai azan Maghrib dilaungkan, ziyad ikut abinya ke surau. Umi awal-awal lagi pesan kat yad,
'Nanti masa solat, ingat doa kat Allah supaya abi bawa yad ke Giant dan dapat belikan ziyad kasut Ben10'. Pesan ummi.
Dan malam itu, selepas Maghrib, kami ke Giant dan tertunailah permintaan Ziyad.
'Haa..dah dapat kasut ni kena ucap apa kat Allah?' tanya umi pada yad.
'Alhamdulillah...' Jawab yad n ummi serentak.
'Lagi...'tanya umi lagi.
'Terima kasih umi, terima kasih abi.' Sambil yad mencium umi dan abi.
InsyaAllah...dengan izinMu Tuhanku...janji yang aku pernah lafazakan dilubuk hatiku yang paling dalam, akan cuba kutunaikan.
Dua amanah kecil yang paling berharga ini, akan aku didik sedaya mungkin supaya menjadi pejuangMu, ulama'Mu. InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan