from:malaysiakini.com
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)
pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..
inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat
raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah
Dr MAZA,
160211
Tuanku, walaupun patik bernaung dibawah kesultanan Johor, namun kemunculan Tuanku dilautan derita rakyat amat diharapkan. Sepertimana harapan ini pernah diberikan kepada Sultan Mizan, namun patik tahu bahawa baginda Sultan belum mampu mengoyahkan kekuatan BN. Namun, kehadiran Tuanku memberikan sinar kembali. Mungkinkah Tuanku n Sultan Mizan dapat bersama-sama membawa perubahan yang diharapkan rakyat yang tertindas selama ini dan mengangkat kembali gahnya Islam di bumi Malaysia yg bertuah ini? Doa kami hamba rakyat sentiasa mengiringi pemerintahan Tuanku. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan