PuteraKu

PuteraKu

Khamis, 31 Mac 2011

Fateh dan Ziyad 2011






Tak lama lagi akan bertambah sorang lagi dan hopefully yang kali ini adalah sekuntum bunga yang comel. Nanti abang Yad dan abang Fateh kena jaga adik Fatimah baik-baik tau...hihi...:)

Fateh Setahun 2 Bulan



Fateh yang manis dengan senyuman. P/s-Ramai orang kata muka Fateh ikut ummi. Betul ke?

Ziyad Setahun Lebih


I LOVE U ALWAYS MY DEAR...

Ziyad semasa umurnya setahun lebih. Masa nih, ummi sedang sarat mengandungkan Fateh.

Rabu, 30 Mac 2011

Lebih Ramai Pemandu Lelaki Terbabit Dalam Kemalangan Berbanding Wanita

Assalam

Sumber:http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/1996-lebih-ramai-pemandu-lelaki-terbabit-dalam-kemalangan-berbanding-wanita.html





Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.

Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.

Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.

Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006. "Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.

Ahmad Farhan berkata kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri."Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.

Beliau berkata dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya. Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa jantina.

- Kuala Lumpur, 30 Mac2011

Isnin, 28 Mac 2011

RUMAH TEMPAT MELATIH SEORANG INSAN

Assalam....

Mata rasanya belum mengantuk lg walaupun jam didinding sudah menunjukkan ke angka 12.16 pg. Badan sememangnya rasa letih. Entahlah sejak kebelakangan ini bila mata tidak dilelapkan tepat pada angka 11 atau kurang darinya, mata ini jd payah benar mahu lelap.

Jika ikut rentak mata, seusai solat maghrib tadi sudah mahu ummi letakkan kepala ke bantal. Tetapi rasa ummi, masih terlalu awal sangat.

Hiruk-pikuk suara Yad dan Fateh menyengkang biji mata ummi dari tidur yang awal. Tak pelah, bagus juga sebabnya solat Isyak pon belom settle lagi. Ummi tetap juga pertahankan jaga ummi dengan mengemas rumah dan membasuh baju yang bertimbun. Adat orang yang, tak ada maid.

Jika ada kemampuan pon kelak, ummi rasa nak ambik maid yang datangnya 3 kali seminggu. Maid yang hanya membantu untuk mengemas, membersihkan sesawang, mengemop dan mengelap cermin tingkap yang berhabuk sahaja.

Walau sesibuk mana pon dengan pekerjaan, ummi tetap berpegang, a mother still a mother and same to go as a wife. Ia bukan soal duit atau ganjaran, tetapi sebabnya kepuasan. Tidak gemar rasanya memberikan tugasan tersebut kepada orang yang bukan terdiri daripada ahli keluarga ini.

Urusan keluarga harus dilakukan secara kerjasama oleh isi rumah. Bukan mengharap seorang ibu atau isteri untuk menguruskannya semata. Suami tetap punya peranan, begitu juga dengan anak-anak walaupun anak lelaki dan walaupun kerja yang dilakukan adalah kecil sumbangannya.

Segala-galanya adalah kerana sebuah disiplin yang perlu dibentuk untuk membentuk seorang manusia. kerja perlu diagihkan mengikut keupayaan dan skill masing2. Jika Yad dan Fateh hanya mampu kemas barang permainan mereka, maka itulah yang perlu dilakukan.

Mereka perlu dibentuk dengan disiplin.

Huhu...memang ibu yang garang kan. Ummi memang tak suka untuk memanjakan anak2. Awal-awal lg Yad dan Fateh, jika mengamuk tak tentu pasal, rotan tetap akan singgah ke kaki mereka. (Tp bukan ummi la yang merotan sebab budak berdua nih memang tak takut jika ummi dia yang rotan. Semakin gelak lg ada la. Haha...)

Tapi banyak perkara yang ummi pelajari samada melalui pembacaan dan perkongsian pengalaman dengan ibu-ibu yang lain, ummi selalu memberikan sebab jika mahu merotan anak-anak ummi. Contohnya, jika Yad memukul adiknya, maka sememangnya dia akan kena rotan tetapi ummi akan bagitahu "Yad, tahu apa salah Yad?". Pastinya Yad akan tersedu-sedan menahan tangis melihat rotan ditangan dan cepat-cepat mengaku kesalahannya. "Oleh kerana Yad pukul adik, maka ummi rotan Yad kat kaki."

Setelah episod hukuman berjalan, barulah ummi akan pastikan Yad mencium dahi adiknya dan mesti sebut perkataan maaf, walaupon Fateh tak faham. Segala2nya kerana tidak mahu dendam bersarang dihati anak-anak ini. Bimbang juga jika ada rasa cemburu atau rasa berat sebelah.

Tetapi jujur ummi katakan bahawa, waima Fateh itu masih dikategorikan sebagai bayi (belum cukup 2 tahun) tetapi seandainya dia memukul abangnya, tetap juga ummi lakukan perkara yang sama hanya kerana mahu Yad faham bahawa sesiapa yang buat salah perlu dihukum. Tapi tak lah sehingga tahap merotan sebab tak sesuai. Biasanya akan dicubit sahaja atau dipukul kakinya sedikit untuk menampakkan bahawa ummi tidak berat sebelah.

Lebih kepada menjaga hati Yad supaya dia rasa dirinya juga dibela apabila diperlakukan dengan perbuatan dipukul.


Ilmu parenting ini masih banyak yang ummi pelajari. Ummi mahu ikat hati kedua2 putera ummi ini agar meletakkan kepercayaan mereka dan kasih sayang mereka pada kami kedua ibubapanya. Bukan pada orang lain. Mahu tujukkan contoh yang terbaik agar seandainya mereka perlu membuat keputusan yang besar, orang pertama yang akan mereka minta pandangan adalah ummi dan abi. Bukan kawan-kawan atau kekasih.

Semakin anak2 membesar dan banyak bergaul, mereka semakin jauh dengan ibu bapa. Ummi bimbang, tanpa pengawasan yang baik, anak-anak yang menjadi mad'u ibu bapa ini akan terlepas dan membuat keputusan yang sedikit terpesong dengan norma kehidupan hanya kerana mengikut kata hati.

WALAUPUN DIA SEORANG B TETAPI DIA JUGA SEORANG MANUSIA YG PUNYA HAK

Assalam...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kalendar dihadapan meja sudah menunjukkan akhir Mac 2011. Dua atau tiga hari lagi muncul pula bulan keempat di tahun 2011. Huh..cepat sungguh masa berlalu.

Tulisan kali ini ummi nak dedicate pada seorang insan yg sedikit sebanyak punya pertalian kekeluargaan dengan ummi.

Hujung minggu yang lepas, sempat ummi pergi menjengah ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban melawat seseorang. Seseorang yang sudah lebih 5 tahun jika tak silap ummi, tidak ummi tahu perkhabarannya. Sepanjang lima tahun itulah, ummi tidak melihat wajahnya di kampung.

Saat pertemuan di hospital...sungguh, sayu ummi melihat dia. Hampir tidak ummi kenal dirinya. Terlalu berubah akibat barah paru-paru yang dihidapinya. Muka kelihatan sembab begitu juga seluruh tubuhnya. Hendak duduk pon kelihatan payah, lebih2 lgi apabila gari ditangan yang melekat dikatil.

Sungguh, w/pon dia adalah seorang banduan, dia juga seorang manusia. Hanya kerana kesilapan yang pernah dilakukan, tidak bermakna dia perlu dilayan sebegitu rupa. Sudahlah sakit (boleh dikatakan sudah kritikal), tangan digari, belom cukup lagi dua orang polis yang menjaga. Hendak bangun pon payah, apatah lagi untuk lari. Mungkin inilah nasib seorang banduan.

Masa pertemuan terlalu singkat. 15 minit, namun sempat juga anak2 ummi salam pada tok cik mereka. Nak berbual panjang, polis dihadapan tak terlepas2 memandang kami (ummi, abi, yad, fatih n pakcik). Hingga tak sempat duduk pon, apatah lagi melepaskan lelah.

Jarak polis dengan kami cuma dua langkah sahaja. Tiada privasi. Cukup menyeksakan.

Inilah jalan kehidupan yang telah dipilih. Kesalahannya apa? Nak jentik seekor kucing pon tak sanggup. Hanya kerana benda haram dan tersilap langkah dalam memilih sebuah kehidupan, dia dilayan sebegitu rupa.

Allah...kejam sungguh hukuman manusia ini. Sedangkan hukumMu sendiri mereka malu untuk ditegakkan dimuka bumiMu ini.

Ya...w/pon dia seorang banduan, tetapi dia juga seorang manusia yang punya hati dan perasaan.

Semoga dihadapan Allah kelak, keadilan itu akan benar2 tertegak.

Wallahua'lam......

Khamis, 24 Mac 2011

RASA SYUKUR ITU HANYA UNTUK ALLAH

Assalam…

Hari ini ummi nak bawa topic Syukur. Sebagai manusia yang diberikan rezeki dan nikmat kehidupan yang tidak terhingga nikmatnya maka wajiblah kita memanjatkan rasa kesyukuran tersebut hanya kepada Allah s.w.t.

Apa yang ummi nak tulis ini bukanlah berupa tazkirah atau nota kuliah yang panjang lebar sebab ummi sendiri pon bukan seorang ustazah. Ummi cuma sekadar ingin melontarkan pandangan dan ilmu yang tidak seberapa cuma ini dan seandainya terdapat kesilapan, mohon diperbetulkan dan jangan sekali biarkan diri ini berada di dalam kegelapan.

Hari ini awal2 pagi ummi telah menerima massage melalui inbox facebook. Huh…ingatkan abi. Rupa2nya surat seorang peminat aka pengkritik yang rasanya tidak puas hati dengan komen ummi dalam M’siakini tentang isu nuclear. Di dalam topic nuclear ini sudah jelas rasanya pendirian ummi bahawa teknologi nuclear itu sememangnya baik dan mendatangkan manafaat yang besar, namun risiko yang harus ditanggung akibat kemusnahannya kelak juga besar. Ia berada dalam win-win situation.

Pandangan, hanyalah sekadar pandangan dan yang menguatkan lagi pandangan ini adalah pengalaman dari negara2 luar yang telah ditimpa kemusnahan nuclear ini. Adakah ummi paranoid? Tidak berasaskah kebimbangan ini dalam keadaan di M’sia ini segala macam ketidakadilan berlaku? Bagaimana ummi mahu meletakkan kepercayaan pembinaan loji nuclear ini kepada pemerintah M’sia yang kita sendiri persoalkan di dalam banyak perkara tentang Intergriti dan ketidaktelusan.Itulah yang menjadi isu sebenarnya. Isu tentang INTERGRITI manusia. Tidak jujur, mementingkan kepentingan diri dan bukan kemaslahatan umum. Bagaimana? Apa pandangan kalian?

Pembinaan loji nuclear penting untuk kita sebagai rakyat untuk ambil tahu. Kena tahu apa kepentingan kita atas pembinaannya kelak dan kemudaratan yang bakal kita terima serta risiko-risiko yang perlu dipertimbangankan. Ini bukan isu pihak-pihak tertentu sahaja. Ia hak dan isu setiap individu bagi mendapatkan persekitaran yang selamat.

Pengkritik

Jadi ummi buka FB sedara, pakcik atau tuan yang memberikan kritikan kepada ummi. Ummi tak kisah jika kritikan tersebut disertakan dengan hujah2 yang bernas w/pon terdapat perbezaan pandangan. Tetapi komennya hanya sedikit;

‘Kamu ini, nama shj lulusan UTM tapi tak berilmu’

Jadi ummi cuba ekses mahu melihat orangnya mcm mana. Sedikit info ttg beliau ummi perolehi seperti dibawah:

Mungkin orang tak percaya saya mula membantu ibu saya berniaga semenjak umur 6 tahun lagi. Menjual sambal dan lauk pauk di kem askar di sg besi, kuala lumpur. Kemudian ibu saya di santau orang hingga meninggal dunia semasa umur saya 7 tahun lebih. Selepas itu bapa saya terus mengambil pencen dan balik ke kampung. Perkara yang saya tidak boleh saya lupa hingga sekarang ialah ada seorang hamba allah telah beri saya duit RM 1.00 semasa saya sedang bersekolah dan baru2 ini saya telah berjumpa dengan orang tersebut. Alhamdullilah orang tersebut masih sihat walafiat. kerana dulu semasa bersekolah rendah saya tidak pernah memegang duit seringgit hanya dua puluh sen saja untuk bekalan ke sekolah dari Kuala Kedah ke KSAH di Alor Setar. Pukul 5 pagi keluar dari rumah dan naik sampan kemudian berjalan kaki lebihkurang 1 kilo lebih ke perhentian bas dan masa tu lah hamba allah tersebut telah menahan saya dan memberi saya duit RM 1.00 dan sudah hampir 40 tahun perkara ini berlaku. Dan satu lagi perkara yang sedih, abang saya telah berjaya ke Universiti dan kerana terlalu kesiankan bapa saya kerana kemiskinan maka saya tidak mahu lagi menyambung pelajaran walapun bapa saya telah menyuruh saya belajar lagi. Tapi saya engkar kerana keadaan hidup tidak mengizinkan.Rahsia ini yang selama ini hanya saya dan arwah bapa saya saja yang tahu. Jadi saya harap adik2 dan anak2 yg sudi baca perihal saya ini insaflah dan belajarlah bersungguh2 dan wajib menyokong kerajaan UMNO kerana telah banyak berjasa mengubah kehidupan kita semua.
________________________________________

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kritikkan pakcik, tuan atau sedara tersebut. Kedua, minta maaf sebab saya melihat l/blakang tuan/pakcik tanpa kebenaran (iyelah dh nama pon FB sesiapa boleh akses). Maka izinkan saya mempertahankan pendirian saya berkenaan dengan apa2 isu yang berkaitan dengan Malaysia negara yang amat saya cintai dan kasihi ini.

Saya, sebagaimana seorang muslim yang berpegang kepada Islam percaya dan yakin bahawa tiada yang lebih berhak ke atas segala penghargaan seorang hamba melainkan Tuan dan Tuhannya iaitu Allah s.w.t. Susah , senang, hidup dan mati serta segala kenikmatan yang saya perolehi di dunia ini ditentukan oleh Allah atas kapasiti usaha saya dan orang-orang yang berada disekeliling saya sepertimana yang telah diaturkan oleh Allah.

Wujudnya UMNO dimukabumi M’sia ini adalah di atas ketentuan dan ketetapanNya dan begitulah juga kemusnahan UMNO sendiri. Pelajaran TAUHID Darjah 1 Sekolah Agama (Versi Johor) mengajar murid2 tentang sifat2 Allah iaitu bersifat kekal (salah satunya daripada 20 sifat yg wajib diketahui). Maka saya mengimaninya bahawa tiada yang akan kekal di dunia ini selain daripada pemiliknya iaitu Allah. Diri saya, anak2, suami, ibu dan ayah, sekelian manusia waima UMNO sendiri PASTI akan hancur dan tidak akan kekal. Jika sudah sampai masa dan ketentuanNya tidak perlu PAS yg akan menjatuhkan UMNO tetapi ALLAH sendiri yang akan menjatuhkanNya dan sekelian pemimpinnya selagi mereka menjadi pendusta kepada agama Allah iaitu ISLAM.

Buat pengetahuan pakcik, selama saya meniti kehidupan ini, saya tidak pernah walau sesen pon menerima batuan pelajaran dari UMNO. Saya bersekolah, yuran sekolah ayah saya bayarkan. Masuk university dapat pinjaman PTPTN yang mana saya perlu bayar balik sebanyak 4% dan saya kira itu bukanlah bantuan tetapi kesempatan dipihak kerajaan untuk mengaut keuntungan. Saya bekerja, dapat gaji, atas usaha dan rezeki Allah. Saya tidak pernah terhutang budi dengan UMNO. Jadi saya tak perlu bersalah walau sekelumit pon jika suatu hari nanti UMNO jatuh. Apa yang kerajaan berikan selama ini, j/raya, bangunan sekolah dan segala mcm kemewahan material yang ada adalah atas izin Allah dan ianya bukan sumbangan atau kebajikkan TETAPI ia adalah T/JAWAB sebagai pemimpin yang diamanahkan maka adalah menjadi KEWAJIPAN bukan PERTOLONGAN @ KERJA2 AMAL PIHAK KRJN UMNO.

Saya ambil iktibar dari kehidupan ayah saya yang berjuang dengan UMNO. Jadi pak turut oleh UMNO. Ramai pemimpin2 UMNO yang mempermainkan ayah saya hanya kerana dia seorang kontraktor. Kerana perangai2 UMNO yang tidak amanah, kronisme, makan rasuah, pengkhianat anak bangsa, maka saya bencikan UMNO.

Buat pengetahuan pakcik, saya berpegang kepada Islam dan Ilmu yang Allah berikan ini. Saya mahu jadi pendidik dan orang yang jujur kepada Ilmu saya. Sepanjang saya belajar sehingga peringkat Master ini, semakin membuka mata dan hati saya melihat betapa jahatnya UMNO. Tiada satu naskah pengajian pon yang saya pelajari menghalalkan RASUAH, KRONISME, KETIDAKADILAN, PENINDASAN KE ATAS RAKYAT YANG LEMAH dan sebagainya yg kini saya dapati banyak tercalit pada pemimpin UMNO.

Pakcik, kata akhir dari saya, jika pakcik mahu berpegang teguh pada sesuatu perkara, sentiasalah mencari kebenarannya. Berpegang pada reality dan bukan kisah silam semata2. Bukan hanya mendengar dari khabar angin. Kerana sifat ingin tahu yang sentiasa ada dalam diri ini, sentiasa bersoal jawab dalam diri ini, maka saya selalu cuba untuk mencari kebenaran. Saya pon tidak suka berpegang kepada sesuatu membuta tuli. Jangan jadikan penghalang kepada kemiskinan dan kisah silam yang dahulu kepada pencarian sebuah ilmu dan jawapan kepada setiap persoalan kehidupan.

Sesungguhnya rasa syukur itu hanyalah kepada ALLAH. Alhamdulillah. 

Selasa, 8 Mac 2011

Istilah 'wang pembayar cukai'-Ustz Asri

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.
Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.

Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Maka di sini disebutkan beberapa perkara;

Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukai kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.

Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.

Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.

Bazir wang rakyat

Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.

Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Peminta sedekah

Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.

Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.

Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

BICARA BUAT SEORANG SULTAN

from:malaysiakini.com
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..


tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA,
160211

Tuanku, walaupun patik bernaung dibawah kesultanan Johor, namun kemunculan Tuanku dilautan derita rakyat amat diharapkan. Sepertimana harapan ini pernah diberikan kepada Sultan Mizan, namun patik tahu bahawa baginda Sultan belum mampu mengoyahkan kekuatan BN. Namun, kehadiran Tuanku memberikan sinar kembali. Mungkinkah Tuanku n Sultan Mizan dapat bersama-sama membawa perubahan yang diharapkan rakyat yang tertindas selama ini dan mengangkat kembali gahnya Islam di bumi Malaysia yg bertuah ini? Doa kami hamba rakyat sentiasa mengiringi pemerintahan Tuanku. InsyaAllah.

Isnin, 7 Mac 2011

Jom Baca - Bercinta Sampai ke Syurga

As-Salam...

Since sebelum-sebelum ini ummi ada postkan beberapa synopsis buku-buku yang ummi baca, ummi berpendapat baik kiranya di dalam blog ini terdapat entry khusus untuk bahan-bahan bacaan yang sempat ummi baca dan kiranya ia akan memberikan sedikit pengenalan kepada pembaca lain .

So untuk entry kali ini, ummi ingin mengesyorkan sebuah buku yang rasanya sudah tidak asing lagi kepada pembaca-pembaca diluar sana iaitu sambungan kepada ‘Aku Terima Nikahnya 2’ yang ditulis oleh ustaz Hasrizal Abd Jamil.

Sebenarnya ada baiknya jika para pembaca membeli buku kompilasi Aku Terima Nikahnya yang memuatkan dari siri 1 hingga siri 3. Tak rugi beli dan baca buku ini sebab memang banyak perkara yang disentuh dalam penulisan Ustz Hasrizal berkenaan dengan reality rumah tangga dan permasalahan sosial yang bermula dari peringkat individu dan isi rumah (keluarga).

Bagi ummi, resepi kebahagian rumah tangga itu tiada penamatnya. Jika kita mengatakan bahawa sudah 10 tahun berkahwin, rumahtangga yang dibina bahagia dan akan tetap bahagia sehingga akhir hanyat dan tak perlu rujuk buku sana, buku sini untuk menambahkan kebahagian. Tetapi itu semua silap. Rumahtangga sama seperti kehidupan yang aka nada pasang surutnya. Ada ketika kita akan rasa bahagia yang teramat sangat, ada ketika perasaan bosan kepada sikap pasangan datang menerjah dan ada ketikanya perasaan itu biasa2 sahaja.

Seperti turun naiknya iman manusia, pasti aka nada pasang surutnya. Itulah asam garam berumah tangga. Bagi ummi yang baru mencecah 4 tahun usia perkahwinan, kadang kala suka duka di awal perkahwinan perlu sentiasa diimbas supaya matlamat dan niat awal dalam perkahwinan sentiasa terpahat di dalam kepala.

Walaupun pada ketika hati ini mula memberontak, namun apabila kenangan lama disingkap kembali, terasa bahawa ujian-ujian yang ditempuhi bersama pasangan terlalu sentimental untuk diceritakan dan terlalu berharga. Mendengar kisah2 perjalanan rumah tangga orang lain membuatkan diri ini sentiasa berwaspada dengan hasutan syaitan dan emosi yang tidak menentu turun naiknya. Segalanya terpulang pada kita. Namun, apa yang penting…adalah doa kepadaNya agar bahtera rumahtangga yang dibina sentiasa mendapat redhaNya dan berkekalan hingga ke Syurga. Doa itu jangan putus…….





Buku pilihan – Bercinta sampai ke Syurga
Writer – Ustz Hasrizal Abd Jamil
Sinopsis:
‘Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku’ - (Hadith riwayat Al-Tirmizi)

Itulah harga sebuah rumahtangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar ‘Aku Terima Nikahnya’ adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.

Manusia melahirkan cinta.

Cinta melahirkan manusia.

Gerimis Sakinah membawa pasangan meredah lautan Mawaddah. Bertemankan Rahmah untuk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu dan pahit hempedu pada reality sebuah kehidupan, pasca ‘Aku Terima Nikahnya’.

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA………..

Bertakwalah kepada Allah, wahai suami
Yang tidak member seratus peratus!
Bertakwalah kepada Allah wahai isteri
Yang meminta seratus peratus itu!

Resepi Rumahtangga Bahagia– ada sedikit manisnya, ada sedikit masamnya, ada sedikit masinnya, ada sedikit tawarnya, ada sedikit kelatnya…….. semuanya dirasa dengan berbekalkan matlamat yang satu, iaitu demiNya.

Ziyad - 21 May 2008


Sudah besar....dua tahun lebih...


Sudah dua tahun...gambar diambil selepas balik dari PD


Baru nk pandai berdiri


Usia belum mencecah setahun

If I Had My Child to Raise Over Again

Taken from: Bercinta Sampai ke Syurga ~ Hasrizal Abd Jamil

By Diane Lemons

(From Chicken Soup for the Soul)

If I had my child to rise all over again: I’d build self-esteem first, and the house later. I’d finger-paint more and point the finger less. I would do less correcting and more connecting. I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes. I would care to know less and know to care more. I’d take more hikes and fly more kites. I’d stop playing serious and seriously play. I would run trough more fields and gaze at more stars.



…and for me, fortunately I still have a child to be raise.

Sabarlah Wahai Hati

From: www.iluvislam.com

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman;

"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..

Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]

Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari kita.Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.

Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"

Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat. [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya? Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah? Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya. Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita. Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah;

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.Allah berfirman lagi;

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah

"Innalillahiwainnailaihirajiun".

Iktibar Pilihan Raya Kampus

Oleh: Atika Atan

Pilihan raya kampus di beberapa buah universiti tempatan baru sahaja selesai. Namun, seperti kebiasaannya pasti akan timbul isu-isu ketidakpuasan hati beberapa pihak samada di pihak HEP universiti atau barisan calon daripada pro-M. Sepanjang berada di dalam kampus selama tiga generasi pemerintahan perdana menteri, sememangnya saya tidak pernah merasakan bahawa pilihan raya kampus dijalankan secara adil.

Sejak dari zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir yang kuku besi, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib Razak, saya masih melihat perkembangan tersebut dari sudut dan pandangan sebagai seorang pelajar dan apa yang saya lihat adalah suara mahasiswa semakin lemah sehingga dengan mudah diperkotak-katikkan. Setelah lebih sepuluh tahun sejak kebangkitan mahasiswa pada tahun 1997/98 yang mana DS Anwar Ibrahim ditangkap saya belum nampak pihak pemerintah mahu mendengar dan mengambil kira pandangan-pandangan mahasiswa.

Apa yang berlaku di Universiti Putra Malaysia adalah salah satu daripadanya. Sebelas kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan sahaja sudah menjadi kecoh hinggakan satu Malaya mendapat perkhabarannya. Apalah sangat yang mampu dilakukan oleh wakil-wakil pro-M ini untuk mengubah dasar dan perlembagaan universiti. Selagi mana universiti ditadbir oleh TNC dan NC yang sudah mengangkat sumpah taat setia kepada pihak kerajaan, mengapa perlu takut dan bimbang untuk memperakui kemenangan mereka sehingga akhirnya tercetuslah satu insiden yang akhirnya memalukan pihak pentadbiran universiti sendiri.

Seantero Malaya tahu di mana-mana kampus di Malaysia tidak ada lagi keadilan pemilihan kepimpinan kampus yang dilaung-laungkan. Sudah terang-terangan di mana-mana universiti awam di Malaysia pasti ada dua puak yang bertanding dalam pilihan raya tersebut iaitu Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Setiap tahun kumpulan-kumpulan tersebutlah yang bertanding dan tiada istilah calon yang bebas. Pilihanraya di kampus hanyalah wayang gambar yang kononya dicanangkan sebagai praktikal demokrasi.

Suburkan sistem demokrasi di universiti

Saya tidak nampak kejadian yang berlaku di UPM hingga mengakibatkan kerosakkan harta awam sebagai sesuatu tindakkan yang perlu disokong. Namun, saya juga tidak mahu mempertanggungjawabkan apa yang terjadi hanya ke atas mahasiswa yang terlibat semata-mata. Apa yang terjadi sebenarnya perlu diambil iktibar samada di pihak pendtadbiran universiti, wakil-wakil mahasiswa pro-M atau pro-A dan sekalian mahasiswa yang ada.

Pilihan raya kampus harus dilihat sebagai platform untuk membina proses kematangan dan kedewasaan mahasiswa dan pihak universiti seharusnya bukan menyekat proses tersebut tetapi tuntun mahasiswa ini untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Sistem demokrasi perlu disuburkan diperingkat kampus bagi membina pengalaman mahasiswa dan untuk menangani setiap halangan dalam mencapai demokrasi yang sebenar mahasiswa perlu bertindak dengan kematangan dan ilmu bukan menurut hati dan perasaan.

Saya percaya selagi mana pihak pentadbiran universiti bersikap tidak adil ke atas mahasiswa dan ke atas sistem demokrasi di kampus, selagi itulah pastinya setiap tahun sewaktu pemilihan berlangsung akan ada isu-isu yang berbangkit. Di dalam hal ini tiada siapa yang akan untung malah merugikan. Dengan menghalang perjalanan demokrasi, maka akan terus wujud mahasiswa yang bersikap lembab dan tidak matang. Di waktu itu jangan pula dipersalahkan graduan-graduan yang ada tidak bermutu, tidak mampu membuahkan hasil pemikiran yang kreatif dan kedepan dengan hujah-hujah yang bernas jika awal-awal lagi pandangan mahasiswa yang sedikit berbeza sudah dicantas.

Ahad, 6 Mac 2011

Tip Lulus Temu Duga

Kita mahu kerja di perusahaan bukan semata-mata bijak di akal tetapi juga di hati dan melalui tingkah laku. Justeru, bagi mereka yang bergraduasi dengan PNGK cukup-cukup makan, sila ikuti tip-tip ini untuk menonjol di mata penemu duga hinggakan dia akan berbisik kepada dirinya sendiri, "Pensyarah budak ni salah menilai agaknya."

Tip Pertama: Tujuan


Sebagai orang Islam, kita mesti tahu perkara pertama yang perlu ada sebelum kita buat sesuatu perkara, bukan? Ya, niat. Niat anda mencari kerja mesti betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati Allah yang setiap saat memerhatikan kita dari atas sana. Kerja itu ibadat. Jadi, pastikan kita bekerja kerana Allah. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti muncul dalam imaginasi kita gambaran kita memberi wang RM500 sebulan kepada mak ayah.

Tetapi kalau kerja untuk Allah, bagaimana?

Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling dan semuanya. Orang kata add value.
Kita bekerja untuk membolehkan diri kita menyahut saranan Allah untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara dan dunia.

Mana tahu nanti anda akan mengganti Ban Ki Moon selaku Setiausaha Agung PBB?
Allah suruh kita buat baik, memberi makan kepada orang miskin dan anak yatim, bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyampaikan ilmu. Ini semua kita tidak dapat dilakukan kalau tidak ada duit. Nak dapatkan duit kena kerja. Jadi, bekerjalah kita kerana Allah.

Tip Kedua: Persediaan

01.Berfikiran Positif

Sekiranya kita mengakui kita memang sejenis manusia bercas positif, maka di hari temu duga kita pasti akan positif tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa dan bagus padanya (good at it). Makan makanan yang anda suka. Nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan. Do not over confidence, just... smart.

02.Studi Menyeluruh
Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, kita sudah tahu sebanyak mungkin maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paing tidak, hal semasa dan asas perniagaannya, lingkungan produknya dan cawangannya. Kalau ke bilik temu duga Proton dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?" Dan kalau kita jawab, "Oh, really? I actually don't really know that." Itu memang menggali kubur sendiri. Juga studi lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk datang 30 minit lebih awal nanti.

03.Berlatih
Cakap depan cermin dan lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki. Gaya tangan, nada suara, atau leher. Manalah tahu nak speaking punya sampai tergeliat leher... hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon jadi si penemu duga.

04.Resume
Resume mesti ringkas dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian. Semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume kita dengan muka tak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan ceritanya. Bawa back up document. Kalau dalam resume kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.

05.Sekufu
Sekiranya mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK kita. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Mekanikal mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang. Cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama ada syarikat tersebut kena dengan cita rasa atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting ialah mencari pengalaman pertama berkerja. Selepas ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.

07.Pakaian
Bagi jawatan eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera palnner dan lain-lain: kemeja warna cerah, seluar gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail Carlo Ancelotti) dan kenakan tali leher; warna biar waras jangan pakai klip Doraemon pula. Bagi anda si gadis comel-comel, saya rasa saya tak perlu nak komen lebih, anda semua lebih expert bab pakaian, bukan? Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama. Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.


Tip Ketiga: Perkara Asas
Sahsiah diri. Perkara ini adalah 'kemasan diri' atau kekuatan EQ kita. Graduan dengan 3.50 pointer ke atas pun belum tentu pandai dalam bab ni. Jadi ini peluang sama rata untuk semua lapisan CGPA.

01.Tepati Masa
30 minit awal untuk rileks, hirup udara dalam perusahaan, dan berak dulu kalau perut bertindak mahu menjahanamkan sesi temu duga anda... hehe. Pokoknya, ambil masa untuk bersedia.

02.Jadi Diri Sendiri
Ya, betul kita dah buat studi, berlatih, dan self talk malam semalam bagai nak rak tapi jangan biarkan skrip-skrip itu semua membuatkan anda jadi seperti robot. Jangan asyik ulang benda dalam kepala takut lupa, just let it go. Kosongkan fikiran dan free. Biarkan skrip-skrip tadi berada di belakang kepala yang akan keluar secara spontan dan natural.

03.Jujur
Syarikat adalah pembeli, dan kita datang pada hari itu untuk menjual diri. Maka, kita dengan ikhlas perlu target bagi mencapai win-win situation. Syarikat mendapat pekerja yang baik, pekerja mendapat syarikat yang sesuai dengan diri. Jadi, kita kena jujur. Tak suka, cakap tak suka. Tak tahu, cakap tak tahu dalam bentuk terbaik. Kalau kita yes sir saja memanjang untuk pancing kerja, nanti dapat kerja yang tak kena jiwa, bos pening kepala malah kita juga turut merana.

04.Be Cool
Jangan gentar. Penemu duga itu adalah pak cik seseorang yang suka menyiram pokok bunga pada pagi hari minggu. Alah, macam pak cik kita juga. Jadi, jangan masuk ke dalam bilik temu duga dengan kepala lutut bergetaran dan perut berombak-ombak. Rileks dan anggap temu duga sebagai sesi berbual-bual.

05.Bahasa Badan
Anda tahu 70% komunikasi adalah pada bahasa badan? 10% pada intonasi suara dan hanya 20% pada bahasa. Sebab itulah walau pun tidak pandai bercakap, babun Afrika boleh hidup bermasyarakat hanya dengan terpekik-pekik kala singa tiba-tiba muncul. Justeru, perlu tahu bermain mata. Kalau ada tiga penemu duga, pandang mereka sama rata jangan sampai ada yang merajuk. Tangan tak boleh tetap pada satu kedudukan, mainkan ia ikut irama kata. Jangan biar lama atas meja, jangan biar lama bawah meja. Muka kita pula mesti penuh minat, penuh konsentrasi, penuh tenaga. Sekali anda menguap depan penemu duga, memang tidak ada harapanlah jawabnya.Begitu juga, anda perlu bijak membaca bahasa badan penemu duga dan kendalikan sebaiknya.

Tip keempat: Temu Duga

01.Butiran spesifik.
Soalan pembukaan paling popular adalah "Introduce yourself, please." Baik, jangan lupa untuk senyum dulu dan ucapkan terima kasih. Beri biodata ringkas, termasuk hobi. Ulas tentang kursus yang kita ambil serta kekuatan diri. Jangan meleret, just nice. Anda perlu ingat, ini bukan soalan suka-suka, sebenarnya ia satu soalan tidak langsung kepada soalan langsung iaitu, "Why should we hire you?"

02.Pandu Sesi Soal Jawab
Sebenarnya, kita boleh pancing tukang temu duga ke arah skop yang kita kuasai. Kadang-kadang penemu duga menyediakan soalan, kadang-kadang tidak. Justeru, soalannya akan berbuah daripada jawapan kita pada soalan sebelumnya. Semasa menjawab soalan, secara automatik kita sepatutnya dapat menjangka soalan yang bakal keluar dan kalau kita boleh pandu soalan-soalan itu ke ruang lingkup pengetahuan kita, itu adalah peluang keemasan! Jadi, cuba beri jawapan yang berpotensi memancing minat penemu duga untuk bertanya lagi berkenaan subjek kita itu. That's it!

03.Cara Berdalih
Kadang-kadang rantaian atau tembakan soalan akan sampai ke satu titik yang memerlukan kita cakap, "Sorry I don't know." Ish, takkan nak cakap tak tahu, jatuhlah saham kan? Memang ada penemu duga yang sengaja nak jatuhkan kita. Dia cornered kita dengan soalan tahap CEO, dia tanya, tanya dan tanya sampai kita terkencing. Kadang-kadang memang kita boleh nampak niat "jahat" dia ke situ. Tak adalah "jahat", lain penemu duga lain cara. Kita pula nak cakap tidak tahu, takut gagal temu duga. Lalu kita pun cuba untuk menipu. Sila jangan cuba untuk menipu penemu duga, kalau tidak tahu, kenalah tahu bahawa ada banyak cara untuk cakap tak tahu dengan cara berhemah.
Kita kena jual diri kita berdasarkan apa benda yang kita ada, dan kejujuran adalah satu benda bernilai yang paling penemu duga suka. Jujur, dan katakan "I am sorry sir I am afraid I do not know to explain on the subject. However I believe learning is my responsibility if I am hired." Jangan cuba tembak, jangan tipu. There is no right or wrong answer. Kadang-kadang penemu duga pun tak tahu, dia acah saja pun ada. Semuanya adalah perbincangan. Dan sebenarnya, penerangan kita itu yang akan pancing minat penemu duga. Dia boleh menghakimi kita bukan daripada segi betul atau salah jawapan kita itu, tetapi cara kita berbincang boleh mencerminkan apakah kita jenis yang sembang tanpa fakta, cuai, tiada keyakinan diri, atau tidak tahu buat kerja. Jadi, jawab berdasarkan apa yang kita tahu. Boleh jadi apa yang kita tahu itu salah dan kita cuma jujur beritahu bahawa memang sekadar itu yang kita tahu. Pastikan anda mengakui dengan penuh karisma dan profesionalisme, penemu duga akan suka untuk menjelaskannya kepada kita nanti. Dia pun mahu tunjuk action juga.

04.Gaji
Sesi interview adalah sesi jual beli. Jadi, jadilah bijak untuk pancing gaji. Biasanya setiap syarikat ada standard gaji permulaan untuk fresh graduates. Tidak usah risau. Bagi mereka yang sudah ada pengalaman, pasti tahu bagaimana nak kaw tim offer.

Akhir sekali, jangan putus asa, senantiasa bertawakal. Cuba sampai dapat, bila dah dapat cuba improve diri untuk mencari kerja yang betul-betul untuk jangka masa panjang.

Selasa, 1 Mac 2011

Perjalanan PendidikanKu….

Salam

Abah

Abah orangnya agak garang, degil dan sentiasa keras dengan kemahuannya. Apa yang dia mahu, itulah yang akan diusahakannya. Tidak kenal putus asa. Andai berperang dengan kata-kata, pasti dia sahaja mahu menang dan orang lain terpaksa mengalah.
Itulah abahku…dan sifat kedegilannya….menurun kepadaku. Namun mujurlah emak tidak begitu. Dan yang paling penting didikan agama yang diberikan dengan menyekolahkanku di Sekolah Agama Taman Cempaka, Johor Baharu walaupun hanya bersekolah di sebelah petang mengukuhkan pendirian agamaku sehingga ke hari ini.

Walaupun latarbelakang abah berpendidikan sekolah Inggeris, tetapi sejak awal-awal lagi, iaitu semasa aku di sekolah tadika, dia sudah masukkan aku ke sekolah ABIM di Taman Kobena. Sejak kecil aku diajar mengenal A,B,C, dan segala macam ilmu dunia. Tetapi di sekolahlah aku belajar mengaji. Mengenal huruf-huruf jawi dan belajar kenal Tuhan. Seingat aku, masa kecil, abah jarang solat dan mengaji. Tapi solat jumaat, dia tak pernah tinggal. Puasa pun penuh. Namun yang 5 waktu itu jarang-jarang kelihatan. Mungkin ada, tp Allah sahaja yang tahu.

Seingat aku, yang mula-mula ajar aku solat ialah Pak Lang dan Mak Lang. Masa tuh Pak Lang dan Mak Lang baru sahaja berkahwin. Pengantin baru. Pak Lang bekerja di PKENJ Johor. Oleh kerana masa tu belum dapat rumah, maka mereka duduk dirumahku. Sepanjang kat rumah, aku lihat, Pak Lang dan Mak Lang tak pernah tinggal untuk solat terutamanya Maghrib berjamaah.

Dicelah-celah daun pintu, aku selalu intai mereka solat sehingga suatu hari Mak Lang tegur, ‘Along nak solat? Meh, sini mak lang ajarkan.’ Sejak itu, mak lang yang akan ajar aku solat, ambil wuduk dan mengaji. Tapi sekejap je. Selepas beberapa bulan, Mak Lang dan Pak Lang berpindah ke Taman Cempaka yang jauhnya menyeberang highway Pasir Gudang.

Dari situlah aku mula berminat dengan Islam, dan nak belajar agama. Bukan mahu sombong dan meninggi diri, tapi minat dan kecenderunganku sehingga ke hari ini adalah dibidang agama. Namun tiada siapa diwaktu itu yang mahu memimpinku. Sepanjang bersekolah, disekolah agama dari darjah 1 hingga sekolah khas, hanya sekali aku gagal iaitu semasa peperiksaan pertengahan tahun darjah 4 kalau tidak silap. Segala2nya akibat daripada perasaan bongkak dan over confident (berlagak macam BAGUSSSSS….PADAN MUKA DGN AKU) serta sikap yang paling buruk iaitu melawan cakap emak. Huhu…nauzubillah. Emak suruh ulangkaji, tapi sebab angkuh selalu x pernah miss dapat nombor 1-3 dan tak pernah tak lulus sekolah agama, akhirnya Allah nak bagi aku sedar diri sikit, maka aku terus tak lulus. Huhu…terlalu kecewa sampai menangis 3 hari 3 malam. Sebab rasa kecewa itulah aku minta ampun dan maaf kat mak dan berjanji tak akan ingkar perintah dia lagi.

Bab belajar mmg x melawan, tp bab kena suruh kemas, masak dan pergi kedai, selalu melawan. Selalu kena rotan dgn mak. Huhu…sampai mak cakap, aku anak dara pemalas, nanti x ada orang nak masuk meminang. Huhu...nasib baik ada juga yang sudi..erkkk)

Naluri dan Jiwaku kepada Ilmu Agama

Berbalik kepadda cerita yang sebenar, maka sebenarnya naluri dan minat kea rah ilmu agama itu telah mula berkembang dalam jiwa ini. Dua kali aku pernah terima tawaran ke sekolah aliran agama iaitu semasa mahu memasuki alam sekolah menengah, dengan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR , 4A dan selepas PMR 8A. Dan kebetulan aku juga cemerlang di sekolah agama peringkat darjah khas dengan mendapat tempat ke-2 daripada keseluruhan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan darjah khas sekolah agama Johor Baharu. Dapat pangkat 1 beb..huhu..(mula la nak riak lagi). Rasanya daripada 7 orang adik beradik yang dilahirkan oleh seorang ibu dan berbapakan seorang abah, Cuma ada 2 orang yang benar2 cemerlang dalam bidang agama, iaitu aku, dan adikku Nur Zulaiha Binti Atan.

Dalam masa yang sama, setelah mendapat keputusan PMR yang mana hanya ada 3 orang sahaja mendapat keputusan seperti itu kat sekolah aku (Sekolah Menengah Perumahan Tampoi @ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rahmat), cikgu telah memanggil kami dan menyatakan bahawa terdapat tawaran ke sekolah berasrama penuh untuk aku dan sorang lagi budak, tp aku x hingat siapa dan sorang lagi tuh budak Cina, ohhh my best friend, tp x dapat la tawaran. Huhu…very2 confius sbbnya aku tak pernah plak mohon nak masuk ke SBP. Dan sememangnya…sepertimana yang telah menjadi cita-cita abah masa tuh, maka berangkatlah aku ke SBP tanpa sedikit pun dia bertanya, adakah aku mahu mengambil bidang sains kejuruteraan. (Aku x minat sebenarnya)

Maka masuklah aku ketingkatan empat di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang dan dalam masa yang sama surat tawaran untuk ke sekolah Ma’ahad JB tiba. Emak dan abah cuma bagitahu aku tentang tawaran tersebut setelah sebulan tarikh kemasukkannya berlalu. Huhu….lagi satu dapat jugak aku tawaran ke Teknik JB. Minta dan ambik ujian kemasukkan ke MRSM, tapi tak dapat. Haha…byk sungguh tawaran masa tu.  Tapi sebab tak mahu hampakan abah dan ketika itu orang cakap sapa dapat masuk SBP kira terror la, so aku pon teruskan walaupun jiwa aku memberontak. Aku tertekan sebenarnya sebab ambik bidang yang aku tak berapa minat. Nak kata belajar sains tulen, biologi tak ambil. Sains kejuruteraan yang paling aku tak suka adalah bab nak melukis sebab memang aku tak ada talent. Serious…

Aku minat menghafal dan membaca. Minat untuk bidang teknikal memang tak ada. Lukisan pon macam hampeh. Sebab tuh LK dapat 5 je untuk SPM. Hmmm…ntahlah mungkin sebabnya Allah dah tentukan perjalanan hidupku begini. Lepas SPM yang hanya dapat agregat 16, tercampaklah aku ke UTMKL dengan mengambil Diploma Kej. Elektrik Perhubungan. Hmmmm….aku cuba juga pupuk minat kea rah bidang engineering, tapi rasanya aku belajar tu hanya kerana nak dapatkan Diploma tu. Bila interview kerja, orang tanya, apa yang awak tahu tentang Elektrikal Communication…huhu…ntahlah. Aku pon tak tahu apa yang aku belajar. Hmmm…;(

Masa berlalu….walaupon apa yang aku cita-citakan tak tergapai dek kerana kurang pendedahan dan tak tahu ke mana arah yang sebenarnya untu aku tuju sebab tak ada yang sudi nak guide masa tu. Iyelah, anak sulong, emak dan abah pon tak ambik tahu sangat tentang apa yang aku minat cuma sbnrnya emak agak terkilan juga bilamana abah putuskan untuk aku terima SBP sedangkan ms tuh emak pernah cakap kat aku,
“Along jadi cikgu je lah. Jadi ustazah sebab mak tengok along ada potensi kea rah tuh” Kata mak penuh mengharap.

Tapi abah dah putuskan segala-galanya. Aku pon confius tak tahu nak memilih mana satu. Aku ikut sahaja keputusan abah tanpa banyak membantah. Bagi aku, cinta dan minat itu boleh dipupuk, tp sbnrnya aku banyak menipu diri sendiri.
Alhamdulillah…walaupon bidang sains sosial bukan minat yang sebenarnya tetapi aku rasa minat kea rah itu masih boleh dipupuk berbanding minat dalam bidang kejuruteraan yang lebih bersifat teknikal dan kering kepada pembentukkan pemikiran yang berfalsafah. Sehingga kini, itulah perjalanan pendidikan yang aku tempuhi….ambil degree dan kini sedang mengikuti pengajian Master.

PASti ada hikmah…


Walaupon apa yang aku inginkan tidak tercapai, tapi aku percaya apa yang Allah telah tetapkan di sepanjang kehidupanku ada hikmah disebaliknya. Manakan tidaknya, kerana di bumi UTMKL aku banyak belajar mengenal siapa PenciptaKu, belajar erti perjuangan Islam dan perjuangan sebuah kehidupan.

Pengalaman yang tak mungkin aku akan dapat seandainya aku berada ditempat lain. Berjuang bersama-sama sahabat-sahabat yang telah ditakdirkan bersama dan kini mereka menjadi antara orang-orang yang hebat. Apa yang penting sebenarnya adalah pengalaman yang aku kutip itu pastinya tidak akan sama dengan apa yang dilalui oleh orang lain. Dan apabila ada orang bercerita tentang perjuangan Islam, Alhamdulillah aku dapat menjadi orang yang faham dan kefahaman itu semakin untuh. Kemanisan itu yang aku cari sebenarnya.

Berjalan, Berlari, dan kadang-kala terjatuh….itulah asam garam dalam kehidupan.

P/s: lepas nih Ziyad dan Fatih kena masuk bidang agama. Paling asas. Sebab pengajian agama menjawab segala permasalahan manusia………….

Wallahua’lam……..

Didik Ziyad n Fatih Kenal TUHAN

Salam...

Bak kata pepatah orang-orang Melayu lama:

'Melentur buluh, biarlah dari rebungnya'

Nak mendidik anak-anak dengan sifat-sifat murni perlulah dari awal lagi. Biar sifat-sifat murni terutamanya pegangan agama yang kukuh itu menjadi benteng kepada faktor-faktor luaran yang boleh mempengaruhi mereka.

Pada pandangan ummi di antara sebab menngapa dan kenapa generasi hari ini amat rapuh dengan persekitaran sosial yang ada sekarang adalah pembentukkan jati diri yang tidak mampu diterapkan sejak kecil oleh ibu bapa.

Iyalah, w/pon ibu atau bapa mereka orang-orang yang hebat, mereka lupa tanggungjawab yang paling asas itu datangnya dari ibu bapa sendiri. Tanggungjawab ibu bapa itu bukan setakat memenuhi segala keperluan material si anak, tetapi lebih daripada itu. Sebagai role model dan sahabat yang paling hampir untuk anak-anak meletakkan kepercayaan mereka.

Apabila disebut tentang role model dan sahabat, tentunya ia mengaitkan tentang pembinaan kepercayaan dan hubungan yang kukuh. Jika hubungan itu renggang, maka mana kan bisa kepercayaan itu dapat dibina.

Sebab itu, kita sering lihat anak-anak lebih selesa menceritakan masalah mereka kepada rakan sebaya atau orang lain berbanding ibu bapa mereka. Oleh kerana bimbang itu yang akan berlaku kepada Ziyad dan Fatih, maka ummi sentiasa mencari peluang untuk membina hubungan akrab dengan mereka.

Dalam 7 hari seminggu, umi cuma ada peluang bersama Ziyad dan Fatih untuk 2 hari secara fully iaitu dari pagi sampai ke malam. 5 hari yang lainnya itu, sudah terlalu sibuk menguruskan itu dan ini hinggakan kadang kala tidak sempat untuk bermesra dengan anak-anak kecil ini.
Kadang-kadang umi rasa kasihan, namun apa kan daya, bekerja bagi seorang suri rumah seperti umi sudah menjadi tuntutan kehidupan. Mahu atau tidak, suka atau tidak, terpaksa juga kaki ini melangkah ke upm. Sebab itu, masa yang terluang 2 hari, umi gunakan semaksima yang mungkin untuk membina hubungan ini. Membina kepercayaan anak-anak ini supaya mereka boleh sandarkan kasih sayang dan harapan mereka.

Sebab itu juga umi selalu berpesan kepada abi, seandainya kita sudah berjanji dengan mereka untuk ke mana2 atau membelikan sesuatu, cubalah sedaya upaya untuk mengotakannya. Jangan sesekali dihampakan harapan mereka.

Sambil itu, umi kenalkan mereka kepada pencipta manusia iaitu Allah.
'Ziyad tahu tak siapa yang buat awan?' Sambil tangan umi menunjukkan ke atas langit.
'Siapa...?' Tanya Ziyad sambil memandang awan yang berkepul dan bergulung di dada langit yang membiru.
'Allah...macam tu juga dengan pokok, burung-burung, kucing, umi, abi, yad dan adik. Semua Allah yang buat dan ciptakan. Rumah, kereta, motor dan segala isi dunia nih Allah yang ciptakan.' Kata umi pada yad bersungguh-sungguh supaya keyakinan kepada Allah itu dibina terlebih dahulu.

'Sebab tu, kalu yad nak apa-apa, kena minta kat Allah, yad nak apa? Tanya umi.
'Hmmm...yad..yad...nak pegi Giant, nak beli kasut Ben10. Boleh mi? Wajah polos itu bertanya.
'Oh...kalu macam tuh, yad kena solat, minta ngan Allah dulu, kalau Allah izinkan, maka Allah akan berikan keizinan itu melalui umi.'Umi jawab memberikan sedikit harapan.
Seusai azan Maghrib dilaungkan, ziyad ikut abinya ke surau. Umi awal-awal lagi pesan kat yad,
'Nanti masa solat, ingat doa kat Allah supaya abi bawa yad ke Giant dan dapat belikan ziyad kasut Ben10'. Pesan ummi.
Dan malam itu, selepas Maghrib, kami ke Giant dan tertunailah permintaan Ziyad.
'Haa..dah dapat kasut ni kena ucap apa kat Allah?' tanya umi pada yad.
'Alhamdulillah...' Jawab yad n ummi serentak.
'Lagi...'tanya umi lagi.
'Terima kasih umi, terima kasih abi.' Sambil yad mencium umi dan abi.

InsyaAllah...dengan izinMu Tuhanku...janji yang aku pernah lafazakan dilubuk hatiku yang paling dalam, akan cuba kutunaikan.
Dua amanah kecil yang paling berharga ini, akan aku didik sedaya mungkin supaya menjadi pejuangMu, ulama'Mu. InsyaAllah...