Salam...
Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w….bersabda: ‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’
Mungkin ada sahabat2 ummi yang kurang bersetuju dgn pdgn ummi atau suka mengambil sikap jalan tengah atau takut untuk memberikan pandangan terutamanya yang bekerja dengan pihak kerajaan (Gov Servant).Mahu jaga periuk nasi. Ada juga saudara mara atau adik beradik n ipar duai yg marah2 dalam FB memberikan komen2 dlm pdgn ummi yg bertentangan dgn pihak UMNO BN. Di antaranya:-
1.Klu parti lain yg pegang,x de bangunan,x de jmbatan,sume urusn wat kat pondok bratap nipah,.Cian nye
2.Klu UMNO wat bangunan d persoal kn?Klu PAS r PAKATN RAKYAT wat bangunan mcm mane plak?Ape akn d kire akhirat nant?Mcm tu ke?
3.Ngata pndai,ko aje la jd pm,jd menteri n sgala yg brkaitan,.Klu ko jd pm,lom tentu msia aman,silp2 huru hara d wat nye..
Itulah antara komen-komen yang nampaknya keanak2kan dan tidak berfikir dan menyelidik dahulu fakta yang ingin disampaikan. Ummi tak salahkan beliau kerana ummi amat maklum dgn budak2 zaman sekarang yang kurang mahu membaca suratkhabar/suratkhabar dalam internet, mencari sumber-sumber lain dan berfikir sejenak tentang kebenaran tersebut.
Anak2 muda hari ini yang mereka tahu tentang gossip artis, AJL, lumba haram, fesyen-fesyen terkini dll yang kebanyakkannya perkara2 yang memesongkan dan kurang penting utk menyediakan diri menjadi orang2 yang berilmu. Dan itulah sebenarnya golongan2 yg banyak menyokong UMNO.
Inilah contoh2 pelapis dalam UMNO. Mahu ke masjid menimba ILMU akhirat amat jauh sekali sehingga mana yang HAK dan yang BATIL sudah tidak kenal. Orang-orang beginilah yang amat2 diperlukan UMNO untuk terus menyokong mereka kerana golongan ini BUTA ILMU. Mls nak membaca, mls nak mengambil tahu, mls hendak menyelidiki kebenaran. Terima bulat2 apa yang diperkatan oleh pemimpin2 UMNO yg korrup.
Jika dilihat komen2 tersebut, tidakkah ia hanya melambangkan keBODOHan mereka shj? Sudah la tidak berILMU, degil n tunjuk pandai malah jika dibalas dengan fakta2 konkrit pon mereka tdk akan berganjak drpd pdgn bodoh tersebut kerana mereka memang tidak tahu.
Maka apa yang ummi ingin nasihatkan, teruslah mencari ILMU. Hidup di dunia ini tidak cukup hanya berbekalkan dgn SPM. SPM itu tidak sampai pun 2% drpd keseluruhan ilmu2 yg ada.
Satu perkara yang ummi tidak akan pertikaikan usaha2 UMNO iaitu membuka jalan kepada rakyat BERPENDIDIKAN. Terima kasih UMNO BN. Kerana usaha anda telah menjadikan saya seorang yang tidak hanya menurut, tetapi berfikir.
Ada juga golongan yang sudah berilmu tetapi tidak mahu gamalkan ilmu mereka. W/pon mereka tahu UMNO BN mengamalkan pemerintahan RASUAH, sistem ekonomi KAPIRTALIS, menindas rakyat, tetapi terus mendapat sokongan mereka kerana, mereka ini golongan2 yang kenyang dengan makan bangga, nak menjaga periuk nasi (berkepentingan),suka berada dlm zon selesa dan tidak JUJUR pada ilmu yang ada.
Ilmu mengajar kita:
1)Berkata benar w/pon ia perit.
2)Berkata berdasarkan fakta dan berfikir bukan bertindak melulu
3) Menentang kezaliman dan bukan menyokong kezaliman
Carilah buku apa pon dan tanyalah mana2 ahli ilmu, adakah RASUAH itu baik? KETIDAKADILAN itu baik? MENIPU itu baik? MENGAUT KEUNTUNGAN dan MENINDAS ORANG LAIN itu baik? ROGOL itu baik? dll (byk lg penyelewengan yang berlaku)
W/pon cikgu kat sekolah atau pensyarah kat U mengatakan segala2 di atas adalah berdosa, perlu dihukum dan JANGAN MENYOKONG orang-orang yang buat salah, tapi ada juga golongan2 terPELAJAR yang meletakkan ILMU mereka kt kepala LUTUT, bukan kat KEPALA yang berakal masih lagi menyokong dan mengalu2kan perbuatan tersebut.
inilah BAHANA apabila ILMU yang ada mungkin tidak diberkati ALLAH atau berfikir dan berperasaan tanpa melihat kembali diri kita yang namanya MANUSIA hanyalah MAKHLUK ALLAH yang lemah. Akibatnya yang HAK itu terus menerus tertindas tanpa pembelaan.
Maka fikirkanlah hamba2 Allah yang telah diberikan amanah dan merasakan dirinya kekurangan ILMU. Teruskanlah MENIMBA ILMU. ILMU itu penyuluh kehidupan manusia yang berada di dalam kegelapan.
Bagi yang hanya bercakap tanpa fakta dan ILMU yang kukuh, janganlah berkata akan sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti. Kerana LIDAH, badan BINASA ~ Jgn takut hukuman dunia, tapi takutlah dgn hukuman ALLAH.
Di ambil dr blog: http://suraualfurqan.blogspot.com/2010_05_01_archive.html
1. Ilmu itu penting sekali. Tanpa ilmu tertolaklah amalan. Kerana Allah tidak akan menerima amalan sijahil biar ia membukit sekalipun. Maka beramallah dengan ilmu.
2. Para ulama berkata: “ilmu mesti berdiri di hadapan amalan dan perbuatan seseorang.” Bukannya amalan di hadapan ilmu. Sekali lagi, letakan ilmu itu di hadapan amalan. Barulah syiatan tidak dapat merosakan. Bila ilmu di hadapan amalan, maka syaitan akan ketakutan.
3. Ilmu itu Nur (cahaya) yang menjadi penunjuk dan pembimbing segala amalan. Ibarat tanpa lampu suluh bergerak di malam yang gelap gelita tanpa sebutir pun bintang di langit, maka seseorang itu berkemungkinan sahaja berhadapan dengan beberapa risiko yang merbahaya. Mungkin akan terjatuh ke dalam lopak yang cetek atau lubang yang dalam. Boleh jadi terpijak duri, paku atau kaca. Mungkin akan disengat atau dipatuk bintang berbisa atau boleh jadi kepala akan terhantuk dengan sesuatu yang menyakitkan. Andai tiada lampu menara di pantai boleh jadi nahkoda dan anak kapal sekeliannya akan sesat hanyut di tengah lautan luas. Pendekata, pelbagai bahaya andai meredah kegelapan malam tanpa lampu suluh.
4. Demikian halnya dengan kehidupan. Hidup yang tidak bersuluhkan ilmu akan menjerumuskan seseorang ke dalam bahaya dan kerosakan yang tidak sedikit. Saidina Umar pernah mengungkapkan “..betapa seseorang yang berbuat sesuatu tanpa ilmu maka akan berlaku nanti natijah kerosakannya lebih banyak dari hasil kemanfaatnya.” Lirik nasyid berbunyi: "Tanpa agama manusia binasa. tanpa ilmu manusia manusia buta.' kata-kata yang tepat sekali.
5. Tersebut di dalam hadis dari Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “Ilmu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut.” (Riwayat Ibn Abdil Barr daripada Mu’az bin Jabal).
6. Jesteru, dekatkanlah diri kita dengan sumber-sumber ilmu, dengan majlis-majlis ilmu. Meriahkanlah majlis ilmu tak kira di mana sahaja. Hidupkan suasana ilmu hatta di rumah dan di pejabat kita. Dampingkanlah diri dengan para alim ulamak bukannya bersahabat dengan orang-orang tamak, atau dengan orang yang berfikiran semak ataupun membuang masa duduk berjam-jam di kedai mamak. Kalau tak ada apa-apa yang penting eloklah ambil masa membantu kerja sekolah anak-anak.
Catatan ini bukan shj untuk yang membaca tetapi lebih kepada PENULISnya supaya dia tidak berputus asa mendidik dirinya dan orang-orang yang dicintainya menjadi hambaNYA yang berilmu dan berAMAL.
Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan