PuteraKu

PuteraKu

Khamis, 13 Januari 2011

Sabar...sabarlah dengan memohon drNya.

Salam

Masa mencatat catatan ini, jam dah menunjukkan ke angka 6.05 ptg.
Abi lom sampai lagi. Hujan baru berhenti kat sini (UPM), tapi tadi abi call, dia kata kat KL masih hujan lebat.

Kesian abi. Dah la pi kerja naik motor je. Hehe..umi pon naik motor juga. Tumpang pak supir. Itu pasal la selalu lambat. Tunggu supirnya ambil. Itulah mehnah dan tribulasi yang kami tempuh. Kereta ada, tapi duduk kat rumah je. Hujung minggu atau bila perlu, baru pakai kereta.

Nak jimat....

Tapi ummi rasa bersyukur. W/pon kami nak dikatakan mewah sangat tuh tak adalah. Miskin sangat pon tak adalah. Hidup sekadarnya. Alhamdulillah...

Kiranya kalau nak dibandingkan kehidupan kami dengan kawan2 yg satu sekolah atau satu universiti dulu, maybe kehidupan mereka lebih baik dan mewah (acehhhh merendah diri...). Tapi ini betul.

Kadang-kadang rasa jeles...jeles dengan kehidupan dunia mereka yang serba serbinya nampak memenuhi segala keperluan kehidupan di zaman moden. Itulah bisikkan syaitan.

Cuma bila lama-lama tengok keadaan kehidupan dunia ini, baru umi rasakan bahawa ketentuan Allah itu sememangnya ADIL. Umi tak rasa pon apa yang Allah berikan pada umi ketika ini sebagai satu ketidakAdilan. Umi happy dengan hidup ummi.

Kadang-kadang Allah bg ujian kesenangan, Alhamdulillah, syukur nikmat.
Kadang-kadang diujiNya dengan kepayahan ekonomi, Alhamdulillah, syukur juga sebab Allah berikan peringatanNya dan menjadikan kami lebih kental dan tak mudah melatah.
Lebih berhati-hati supaya tidak hanyut dengan kesenangan dunia.

1)Ada manusia yang diberikan kesenangan, semakin tawaduk...-m'gambil apa yg diperlukan shj w/pon mampu untuk bermewah dan memperbanyakkan sedekah.

2)Ada manusia yang diuji dengan kesusahan, semakin tawaduk...-tidak mengeluh, hidup dengan apa yang ada dan berusaha di dunia untuk Akhiratnya.

3)Ada pula manusia yang diuji dengan kesenangan, tapi terus hanyut- lupa bersedekah, tidak simpati dengan nasib orang miskin, menindas orang miskin, tidak bayar zakat yg wajib ke atas seorang muslim(tp cukai bayar :P), menggunakan kuasanya dan kesenangannya untuk kepentingan diri sendiri dan buat maksiat.

4)Ada pula manusia yang diuji dengan kesusahan, tapi jd orang yang rugi - sebab makin jauh dgn Allah. Dh tahu miskin, x mahu berusaha, menindas orang lain, buat jahat kat orang lain, buat fitnah, jd pengampu U***.

Kalau direnung2 kategori di atas, agak2 kita golongan yang mana satu? Golongan 1 dan 2 atau golongan 3 dan 4?

Hmmm..tanya kat diri masing-masing la ye.

Zaman Sekarang

Realiti yg ada dihadapan kita telah jelas menunjukkan siapa yang benar2 mengikut Rasul dan para sahabat yang berjuang menegakkan Islam, siapa yang suka jadi batu api, siapa yang mengikut membuta tuli menjadi orang BODOH dan kuda tunggangan serta orang-orang yang ZALIM.

Sekiranya tak nampak lagi, maka memang la orang itu BUTA HATI dan teruskanlah memohon padaNYA untuk ditunjukkan jalan yang LURUS.

Bagi yg berjuang dijalanNya, janganlah berputus asa hanya kerana caci maki dan fitnah orang2 MUNAFIK yg tak guna tuh. Kalau dikalangan sahabat Rasullullah sendiri pon ada yang Baginda dah lebelkan sebagai orang munafik, ini lagikan zaman fitnah. Maka x heran....

Sila baca catatan dibawah....

Al-Hakim merekodkan pesanan Rasulullah, katanya, “Wahai Abu Dzar, bagaimana jika tuan hidup di tengah-tengah keburukan dan kejeleka...n.” Beliau pun menjalin jari-jemari tangannya. Abu Dzar bertanya, “Apakah yang tuan mahu saya lakukan, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Bersabarlah, bersabarlah. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak-akhlak mereka dan membantahlah terhadap amalan-amalan mereka.”

Dalam rekod Ahmad, Khalid bin Urfathah bercerita bagaimana Rasulullah memberitahunya mengenai cara-cara untuk menangani fitnah di akhir zaman. Rasulullah berkata, “Wahai Khalid. Sepeninggalanku nanti akan terjadi berbagai peristiwa, fitnah, perpecahan dan perselisihan. Apabila hal itu terjadi dan sekiranya tuan sanggup menjadi hamba Allah yang terbunuh dan bukan yang membunuh, maka lakukanlah.”

Akhir kata...Sabar...sabarlah dengan memohon drNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan