Kawan-kawan @ Para pembaca....
Mari kita sama2 ingat dan ikut wasiat Rasullullah ni ye...
KENAPA?
Tak sedarkah kita, apa yg Rasullullah tlh sampaikan, akibat drpd perbuatan kita sendiri (manusia) tlh JELAS terjadi. Mana satu ayat2 drpd wasiat tersebut yg kita cuba tipu pada diri kita sendiri?
KENAPA UMMI BERSUNGGUH-SUNGGUH?
Jika sebentar lagi Allah memanggil ummi, maka akan tinggallah waris2 ummi (anak2 yg ummi sayang) meneruskan perjalanan hidup dimuka bumiNya...
Sungguh, jika Allah benarkan, ingin sekali ummi bawa mereka bersama2 walau ke mana pon ummi pergi. Sama seperti di waktu ketika anak-anak ini berada di dalam kandungan ummi...Tapi tidak adil jika ummi mendoakan walau dalam keadaan ummi mati pon ummi mahu membawa mereka sekali. Sedangkan Allah lebih tahu...dan ummi hanya mampu berdoa supaya w/pon ummi tidak berada bersama mereka, Allah sentiasa hampir dengan mereka.
Ummi berdoa, supaya Allah tetap bersama kedua-dua putra ummi ini...
Supaya Allah sentiasa terangi jalan2 yg mereka lalui dengan cahaya hidayahNya
Seandainya mereka sesat Allah akan sentiasa menarik kembali mereka pada jalan yang lurus...
Dan supaya Allah tidak akan pernah putus memberikan kasih sayangNya kepada kedua putera ummi walaupun berkali-kali mereka lupa kerana itulah sifat manusia...
Berjalan...jatuh...bangun kembali...sehingga kami semua ditemukan kembali...:D
Dan antum (masyarakat sekeliling) tetap punya t/jwb dalam mendidik mereka (anak2 ummi dan generasi akan datang ~ umat Akhir Zaman seperti kita juga)
Adilkah kita sebagai ibubapa, hanya kerana mahu melindungi mereka (anak-anak ini) maka kita kurung mereka dengan tujuan mereka sentiasa selamat di dunia dan akhirat..
Memang itu niat murni setiap ibu bapa...tetapi mereka akan lemah dengan cubaan dan godaan-godaan dunia...
KEJADIAN AKHIR ZAMAN
Tidak nampakkah kita, sedaya mana pon kita cuba untuk melindungi anak-anak ini, tanpa penerapan pegangan akidah yang kukuh dan nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak ini, mereka akhirnya akan jatuh juga ke dalam godaan syaitan (nauzubillah)
Semalam...
Lama ummi berbual-bual dengan seorang jiran. Dia bercerita tentang anak saudaranya yang sudah melahirkan seorang bayi diluar pernikahan...
Tidak sedihkah kamu mendengarnya? Ummi menepuk-nepuk dada kerana terlalu sesak...
Sedih dan sakit hati sehingga terbawa-bawa dalam tidur..
Sehingga ummi berkata pada abi,:'Abi,...ummi takut punya anak perempuan. Dapatkah dia kuat untuk mempertahankan akidahnya, menjauhi perbuatan mungkar itu nanti? Sedangkan kiri dan kanan kita terlalu banyak dugaan yang mana kita sendiri pon belum mampu menepisnya.'
Ummi sendiri tidak kuat. Ummi sendiri punya iman yang terlalu lemah. Bagaimana ummi mahu mendidik anak ini supaya kuat mempertahankan nilai-nilai Islam jika ibunya sendiri lemah?
PEGANG BETUL-BETUL ISLAM DAN SENTIASA MOHON AMPUN DARI-NYA..
Kawan-kawan, adik-adik, anak-anak dan para pembaca...
Mari kita sentiasa ingat mengingati walaupun di antara kita bukan bergelar ustazah atau ustaz..
Jika kita kurang ilmu, mari kita sama-sama tuntut dan cari kerana itulah bekalan yang sepatutnya disediakan...
Harta dunia...pangkat dan darjat tidak dapat membantu kita diakhirat kelak...
Malah kita akan di soal dan dipertanggungjawabkan di atas setiap kekayaan yang kita ada, adakah kita berlaku adil dengan manusia lain dan menjalankan suruhanNya atau tidak.
Bacalah khutbah terakhir Rasullullah ini dan FAHAMI betul-betul...
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata Rasullullah ini kerana apa yang baginda pesan sudah nampak dihadapan mata kita semua...
Semoga Allah sentiasa menyinari jalan kita dengan cahaya hidayahNya..
Note: Kali pertama ummi mendengar khutbah terakhir ini, melalui siri ceramah dalam radio Singapura ketika ummi berada ditingkatan 3.
Masuk universiti, ummi beli kaset dan dengar berulang-ulang kali. Hati manusia jika terlalu lama dibiarkan drpd dihidangkan dengan nasihat dan peringatan2 dr ayat2 Allah
dan hadith2 Rasullullah atau senang kata lama tak pi majlis ilmu, maka hatinya akan MATI dan JD KERINGGGG....
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan