Salam
Hari ini Selasa bersamaan dengan 4 Januari 2011.
Huhu...dah masuk tahun 2011 yang dinanti-nantikan. Gerak kerja untuk penulisan artikel journal yang tertangguh sejak seminggu lalu sepatutnya sudah bermula hari ini. Tapi oleh kerana perbincangan mengenai tajuk dan beberapa data anlisis baru diadakan pagi tadi, maka plan perlu dianjakkan.
'Tak apa...slow-slow. Lagi pun kita nak kejar Journal Pengguna yang akan dipublishkan pada Jun depan. Lama lagi due date tuh.' Dr Husniyah memang biasanya tidak akan menggesa pelajarnya. Tu yang seronok dapat supervisor macam tuh.
Semacam kami sudah punya chemistry. Dia paham situasi dan keadaan ummi yang sudah berkeluarga dan punya anak-anak kecil yang perlu diuruskan. Jadi tak perlulah nak terangkan kalau terpaksa ambil cuti emergancy dan sebagainya. Cakap kemudian pun dia akan faham.
Memang best. Tapi perlu ada limit (untuk ingatan diri sendiri). Dan yang penting, jangan sampai pijak kepala sudah. Dia tetap seorang supervisor dan pensyarah yang perlu dihormati.
Perbincangan selama hampir 1 jam 30 minit itu memang benar-benar berbaloi. Segala yang diawang-awangan akhirnya terjawab.
Duduk atas kerusi dan mula berfikir-fikir mana satu kerja yang nak dimulakan dahulu. Kerja memang banyak. Banyak sangat. Since dah buat sedikit catatan dalam blog nih, boleh lah disenaraikan segala kerja-kerja yang perlu dilangsaikan untuk hari ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, bulan-bulan berikutnya dan sehingga penutup tirai 2011.
Semester 2
1)Artikel Journal - Journal Pengguna (KPDNKK)
2)Artikel Journal - Journal Pengguna (MACFEE)
3)Yuran Pengajian - Due 27 Febuari 2011
4)Amali Pengurusan Persaraan dan Estate
5)Pilot test
6)Daftar mana-mana kursus SPSS dan bengkel penulisan artikel anjuran UPM
7)MyBrain 15 MyMaster.
8)Data collection.
Semster 3
1)Artikel Journal - Journal Pengguna (KPDNKK)
Itu sahaja kot perancangan untuk separuh tahun ini bagi semester 2. Nanti ada perancangan lain, buat yang lain pula. Yang penting settlekan perkara-perkara di semester 2 dahulu. Chia yoooo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan