Salam
Segala-galanya berkaitan dengan tajuk di atas. :(
Tension betol semalam. Geram bercampur begang dan marah. Tapi nak buat macam mana, terpaksa juga bayar. Kalau tak bulan 2 nanti nak renew road tax dan insurans pasti akan tetap kena juga.
Dah la semalam mencari-cari buku Statistik tak ada. Sebijik pon tak ada. Kat ruangan buku tu terpampang Section Statistic and ....(lupa plak). Tapi sebijik buku statistic pon tak jumpa. Yang ada semua buku tentang managment.
Aiyooo...apa sudah jadi? Kenapa ini section buku sudah penuh dengan buku-buku managment. Mana buku-buku statistik?
Pening kepala. Padahal sebelum ke Alamanda tuh dah check dalam website MPH dan menunjukkan status buku itu ada. Cuma...mybe salah ummi juga kerana tidak call dulu untuk mendapatkan kepastian.
My free advise: MPH kena la update atau make sure apa yg ada kat store sentiasa tailly dgn yg dlm website. Letak la location/cawangan mana buku itu berada, jd x ada la pulang dgn kehampaan. Ini tidak, letak dlm website status: Available, tp bila pi store, sebijik pon x ada. Bukan buku yg dicari sahaja x ada, buku2 yg punya title lbh kurang sama pon tak ada. Sedeyyyyy...
Dan moral ke-2: Kalau nak pi kedai buku, ummi rs tak boleh nak bawak anak yang berumur bawah 2 tahun. Memang tak boleh duduk diam. Aduhhh ziyad, veryy..verryyy naughty. Semua buku yg ada gambar upin&ipin, Ben10 atau SpongeBob pasti akan diambilnya. semuaaa... :{
Last2 buku yang diingini tak dapat dicari tapi buku lain pula yang dibeli. Tapi ok lah beli juga buku UZAR. duit very2 limited. Since kena guna vaoucher tuh sampai habis, maka beli jugalah buku UZAR.
Psst...Maaf UZAR, bukan ana rs menyesal beli buku ustaz tuh...
Tapi paham2 la, sumber kewangan yg ana ada very2 limited. Duit yg ada cukup2 untuk beli buku yang amat2 diperlukan untuk bidang pengajian. Memang hajat dihati nak beli buku Ustaz, tapi belom ada budget.
Buku yang nak dibeli ni pon bukan bawah puluh2...
Banyak yg berharga ratusan jugak la...Yg paling murah RM50.++
Sebab itu requirement lecturer yg mengajar
InsyaAllah mungkin ada hikmahnya beli buku UZAR tu sekarang...:P
Moral ke-3: Bila bini dh ingatkan atau remind pada si hubby, tolong la ambik advice tersebut. Ingat bini nih suka sangat ker membebel. Kan dah kena SAMAN. Terbang RM70 semata2 nak bayar SAMAN tuh.
'Bi, ok ker parking keta kat sini? Bukan ker ramai yang dah kena saman dulu?' ummi ni bertanya sebab bimbang.Dah banyak kali orang yang parking kat tepi Ala...manda kena saman.
'Alah..ok nih. Lgpon kejap je kan? Malam nih, polis tak ada. Lagipon parking kat garisan putih nih. Tak kena saman punya.' Dengan penuh CONFIDENT abi menjawab.
Tup..tup..sampai kat kereta, 'CILAKO...punya POLIS berRAJA diMalaysia. Kenapa kena saman plak nih? Kan dh parking kat garisan putih nih' Begang abi.
Umi pon mula membebel. Lepas tuh masing2 nak menyalahkan satu sama lain. Abi salahkan umi, umi salahkan abi. Kesudahannya....BAYAR tetap BAYAR...:(
Ziyad yg tadinya mengamok nak buku2 n permainannya, terus terdiam tengok umi dan abi bertengkar dalam kereta. Senyap menikus....Sampai rumah. Veryyy...veryyy..BAD EXAMPLE. :(
Tu la moralnya...sekian.
Walluhua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan