PuteraKu

PuteraKu

Isnin, 31 Januari 2011

Harga Sebuah Syurga

Salam.

Di sini ummi ingin berkongsi tentang sebuah buku yang umi rskan isi kandungannya boleh kita sama-sama jadikan pedoman. Kiranya mcm requirement nak masuk universiti juga la.

Kalau universiti atau nak beli rumah ada requirement2/syarat2 yg ditetapkan apatah lagi nak masuk syurga. Janganlah kita ingat senang2 kita nak masuk syurga.

Tengok aja perjuangan Rasullullah. Rasullullah dh terjamin kedudukannya disisi Allah namun baginda tetap bersusah payah berjuang untuk menyebarkan Islam. Kalau Rasullullah mahu, boleh shj baginda menerima tawaran pemimpin2 Quraisy menjd pemerintah Mekah. Tapi kenapa Rasullullah TOLAK? Ha..kalau ada yg belajar ttg sirah mesti tahu apa syarat yang ditetapkan oleh pemimpin2 Quraisy tersebut.

Terima tawaran dengan syarat JANGAN SEBARKAN ISLAM...


Maka adakah kita rs hanya dengan menginginkan keamanan, solat, puasa dan hanya jaga diri sendiri n keluarga kita cukup syarat untuk masuk syurga yang kita idam2kan?

Mahar yang diperlukan untuk nikmat syurga bukan semurah itu....

Tajuk buku: Harga Sebuah Syurga....-



EDI MULYONO M.AG.
GLOBAL AKSARA COMMUNICATION SDN BHD
2010, 978-967-5385-16-2
0.25 kg, 184 Pages

Sinopsis:

Keikhlasan umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang hitam...

Setiap orang ingin memiliki syurga. namun berapakah agaknya harga sebuah syurga? cukupkah jika kita membayarnya dengan nilai sehelai kain palikat? Atau cukupkah sekadar menunaikan haji sebagai penebus dosa?

Pernahkah anda mengira, berapakah jumlah sedekah anda setiap hari? Adakah dengan wang 50sen atau RM2 yang anda masukkan ke dalam kotak wakaf di masjid pada setiap kali anda solat Jumaat setiap minggu selama 15 atau 60 tahun sudah memadai bagi anda untuk membayar harga syurga? Jika begitu ini bermakna syurga yang anda harapkan itu lebih murah dari rumah atau kereta mewah yang mungkin anda miliki.

Wajarkah anda merendahkan harga syurga Allah? Kita tahu dan yakin bahwa sedekah dengan keikhlasan akan membawa kita ke syurga seperti mana yang dijanjikan oleh allah SWT. Namun apakah rupa sebenar keikhlasan itu? Perlukah ikhlas itu diukur terlebih dahulu sebelum sedekah dihulur?

sebelum anda menjawab setiap persoalan anda seperti di atas, bacalah buku yang penuh dengan realiti ini. Ianya mengupas erti keikhlasan dan bakal memberitahu anda harga sebenar sebuah syurga yang anda impikan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan