PuteraKu

PuteraKu

Isnin, 31 Januari 2011

Harga Sebuah Syurga

Salam.

Di sini ummi ingin berkongsi tentang sebuah buku yang umi rskan isi kandungannya boleh kita sama-sama jadikan pedoman. Kiranya mcm requirement nak masuk universiti juga la.

Kalau universiti atau nak beli rumah ada requirement2/syarat2 yg ditetapkan apatah lagi nak masuk syurga. Janganlah kita ingat senang2 kita nak masuk syurga.

Tengok aja perjuangan Rasullullah. Rasullullah dh terjamin kedudukannya disisi Allah namun baginda tetap bersusah payah berjuang untuk menyebarkan Islam. Kalau Rasullullah mahu, boleh shj baginda menerima tawaran pemimpin2 Quraisy menjd pemerintah Mekah. Tapi kenapa Rasullullah TOLAK? Ha..kalau ada yg belajar ttg sirah mesti tahu apa syarat yang ditetapkan oleh pemimpin2 Quraisy tersebut.

Terima tawaran dengan syarat JANGAN SEBARKAN ISLAM...


Maka adakah kita rs hanya dengan menginginkan keamanan, solat, puasa dan hanya jaga diri sendiri n keluarga kita cukup syarat untuk masuk syurga yang kita idam2kan?

Mahar yang diperlukan untuk nikmat syurga bukan semurah itu....

Tajuk buku: Harga Sebuah Syurga....-



EDI MULYONO M.AG.
GLOBAL AKSARA COMMUNICATION SDN BHD
2010, 978-967-5385-16-2
0.25 kg, 184 Pages

Sinopsis:

Keikhlasan umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang hitam...

Setiap orang ingin memiliki syurga. namun berapakah agaknya harga sebuah syurga? cukupkah jika kita membayarnya dengan nilai sehelai kain palikat? Atau cukupkah sekadar menunaikan haji sebagai penebus dosa?

Pernahkah anda mengira, berapakah jumlah sedekah anda setiap hari? Adakah dengan wang 50sen atau RM2 yang anda masukkan ke dalam kotak wakaf di masjid pada setiap kali anda solat Jumaat setiap minggu selama 15 atau 60 tahun sudah memadai bagi anda untuk membayar harga syurga? Jika begitu ini bermakna syurga yang anda harapkan itu lebih murah dari rumah atau kereta mewah yang mungkin anda miliki.

Wajarkah anda merendahkan harga syurga Allah? Kita tahu dan yakin bahwa sedekah dengan keikhlasan akan membawa kita ke syurga seperti mana yang dijanjikan oleh allah SWT. Namun apakah rupa sebenar keikhlasan itu? Perlukah ikhlas itu diukur terlebih dahulu sebelum sedekah dihulur?

sebelum anda menjawab setiap persoalan anda seperti di atas, bacalah buku yang penuh dengan realiti ini. Ianya mengupas erti keikhlasan dan bakal memberitahu anda harga sebenar sebuah syurga yang anda impikan!

Tuhanku...

Tuhanku...
Peganglah aku kuat-kuat,
Tolong jangan lepaskan aku walau apa pun terjadi,

Tuhanku....
Aku manusia dan hambaMu yang selalu lupa,
Aku selalu silap dalam membuat keputusan,
Aku selalu mungkir akan janjiku padaMu
Aku manusia yang hina

Tuhanku...
Biarpun aku sedar akan diriku ini,
Sudilah kiranya Engkau maafkan aku,
Ampunkan aku,

Tuhanku...
Biar jauh aku cuba lari dariMu,
Tolong aku ingatkan diriku akan kebesaranMu,
Tolong aku untuk kembali kepada fitrah kejadianku,

Tolonglah Ya Allah
Ampunkan aku dan Maafkan aku...
Kerana Engkaulah Tuhan dan Tuanku
Aku bergantung padaMu...

Amin...

Jumaat, 28 Januari 2011

JOM INGAT-MENGINGATI SESAMA KITA

Kawan-kawan @ Para pembaca....

Mari kita sama2 ingat dan ikut wasiat Rasullullah ni ye...

KENAPA?

Tak sedarkah kita, apa yg Rasullullah tlh sampaikan, akibat drpd perbuatan kita sendiri (manusia) tlh JELAS terjadi. Mana satu ayat2 drpd wasiat tersebut yg kita cuba tipu pada diri kita sendiri?

KENAPA UMMI BERSUNGGUH-SUNGGUH?

Jika sebentar lagi Allah memanggil ummi, maka akan tinggallah waris2 ummi (anak2 yg ummi sayang) meneruskan perjalanan hidup dimuka bumiNya...

Sungguh, jika Allah benarkan, ingin sekali ummi bawa mereka bersama2 walau ke mana pon ummi pergi. Sama seperti di waktu ketika anak-anak ini berada di dalam kandungan ummi...Tapi tidak adil jika ummi mendoakan walau dalam keadaan ummi mati pon ummi mahu membawa mereka sekali. Sedangkan Allah lebih tahu...dan ummi hanya mampu berdoa supaya w/pon ummi tidak berada bersama mereka, Allah sentiasa hampir dengan mereka.

Ummi berdoa, supaya Allah tetap bersama kedua-dua putra ummi ini...
Supaya Allah sentiasa terangi jalan2 yg mereka lalui dengan cahaya hidayahNya
Seandainya mereka sesat Allah akan sentiasa menarik kembali mereka pada jalan yang lurus...
Dan supaya Allah tidak akan pernah putus memberikan kasih sayangNya kepada kedua putera ummi walaupun berkali-kali mereka lupa kerana itulah sifat manusia...

Berjalan...jatuh...bangun kembali...sehingga kami semua ditemukan kembali...:D

Dan antum (masyarakat sekeliling) tetap punya t/jwb dalam mendidik mereka (anak2 ummi dan generasi akan datang ~ umat Akhir Zaman seperti kita juga)
Adilkah kita sebagai ibubapa, hanya kerana mahu melindungi mereka (anak-anak ini) maka kita kurung mereka dengan tujuan mereka sentiasa selamat di dunia dan akhirat..

Memang itu niat murni setiap ibu bapa...tetapi mereka akan lemah dengan cubaan dan godaan-godaan dunia...

KEJADIAN AKHIR ZAMAN

Tidak nampakkah kita, sedaya mana pon kita cuba untuk melindungi anak-anak ini, tanpa penerapan pegangan akidah yang kukuh dan nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak ini, mereka akhirnya akan jatuh juga ke dalam godaan syaitan (nauzubillah)

Semalam...

Lama ummi berbual-bual dengan seorang jiran. Dia bercerita tentang anak saudaranya yang sudah melahirkan seorang bayi diluar pernikahan...

Tidak sedihkah kamu mendengarnya? Ummi menepuk-nepuk dada kerana terlalu sesak...
Sedih dan sakit hati sehingga terbawa-bawa dalam tidur..
Sehingga ummi berkata pada abi,:'Abi,...ummi takut punya anak perempuan. Dapatkah dia kuat untuk mempertahankan akidahnya, menjauhi perbuatan mungkar itu nanti? Sedangkan kiri dan kanan kita terlalu banyak dugaan yang mana kita sendiri pon belum mampu menepisnya.'

Ummi sendiri tidak kuat. Ummi sendiri punya iman yang terlalu lemah. Bagaimana ummi mahu mendidik anak ini supaya kuat mempertahankan nilai-nilai Islam jika ibunya sendiri lemah?

PEGANG BETUL-BETUL ISLAM DAN SENTIASA MOHON AMPUN DARI-NYA..

Kawan-kawan, adik-adik, anak-anak dan para pembaca...

Mari kita sentiasa ingat mengingati walaupun di antara kita bukan bergelar ustazah atau ustaz..

Jika kita kurang ilmu, mari kita sama-sama tuntut dan cari kerana itulah bekalan yang sepatutnya disediakan...

Harta dunia...pangkat dan darjat tidak dapat membantu kita diakhirat kelak...
Malah kita akan di soal dan dipertanggungjawabkan di atas setiap kekayaan yang kita ada, adakah kita berlaku adil dengan manusia lain dan menjalankan suruhanNya atau tidak.

Bacalah khutbah terakhir Rasullullah ini dan FAHAMI betul-betul...
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata Rasullullah ini kerana apa yang baginda pesan sudah nampak dihadapan mata kita semua...

Semoga Allah sentiasa menyinari jalan kita dengan cahaya hidayahNya..

Note: Kali pertama ummi mendengar khutbah terakhir ini, melalui siri ceramah dalam radio Singapura ketika ummi berada ditingkatan 3.

Masuk universiti, ummi beli kaset dan dengar berulang-ulang kali. Hati manusia jika terlalu lama dibiarkan drpd dihidangkan dengan nasihat dan peringatan2 dr ayat2 Allah
dan hadith2 Rasullullah atau senang kata lama tak pi majlis ilmu, maka hatinya akan MATI dan JD KERINGGGG....

Wallahua'lam

Khamis, 27 Januari 2011

HARI JUMAAT YANG DIMULIAKAN

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia,
Dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.~Inilah kita sahabat2 semua…umat Akhir Zaman.

Wahai manusia,
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia
Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia,
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia,
Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu Wahai Manusia,Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan wasiat RasulMu ini kepada warisku terutamanya anak2ku, saudara seibu dan sebapaku, muslimin n muslimat dan sekelian hambaMU.


Jika ditakdirkan sebentar lagi aku menghadapNya, maka ini jugalah pesananku untuk waris2ku. Aku tidak punya harta utk diberikan, aku lebih bimbang jika waris-warisku tenggelam dalam kesenangan n keseronokkan dunia hingga melupai Tuhan mereka....

Wallahua'lam

KAJI SEMULA PERJANJIAN DENGAN IPP

Webpage:FOMCA
Written by Administrator
Friday, 28 January 2011 02:43

SAYA merujuk kepada rencana yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 24 Januari 2011, bertajuk Bila isu IPP hendak diselesaikan?

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bersetuju dengan pandangan penulis bahawa kerajaan perlu mengkaji semula perjanjian dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Kerajaan sewajarnya meneliti semula perjanjian konsesi IPP kerana ia bersifat 'berat sebelah'. Akibat daripada perjanjian berat sebelah ini, akhirnya pengguna yang perlu menanggung bebannya.
Dalam keadaan harga gas, diesel dan arang batu yang tidak stabil di peringkat antarabangsa, ini menyebabkan kos penjana tenaga kian meningkat. Namun begitu berdasarkan perjanjian konsesi tersebut, sebarang peningkatan harga ini akan ditanggung oleh pengguna melalui formula pass-through.

Kerajaan juga sedang dalam pertimbangan untuk menyemak semula tarif elektrik kepada pengguna domestik dan industri memandangkan peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Walau bagaimanapun jika dilihat daripada peningkatan kos tersebut, sebahagian besar daripada kos itu adalah kos pembelian tenaga elektrik IPP.

Pada tahun 2008, TNB membayar lebih RM9 bilion kepada IPP, yang bersamaan dengan 45 peratus keseluruhan kos operasi TNB.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kenyataannya kepada Dewan Rakyat, menyatakan bahawa pada tahun 2009, IPP menjana sebanyak 67 peratus daripada keperluan elektrik, manakala TNB pula menjana sebanyak 33 peratus.

Beliau juga mengakui bahawa jumlah rizab tenaga adalah berlebihan iaitu sebanyak 53.2 peratus berbanding dengan tahap piawaian antarabangsa sebanyak 25 peratus.

Ini bermakna TNB telah membayar 53.2 peratus jumlah tenaga elektrik yang hanya untuk disimpan bagi menghadapi sebarang gangguan penjanaan elektrik.

Dalam masa yang sama, Petronas pula memberikan subsidi gas kepada IPP dan TNB untuk menjana tenaga elektrik.

Subsidi ini dalam bentuk pengurangan harga gas berbanding dengan harga gas semasa. Petronas dikatakan telah memberikan subsidi gas sebanyak RM19 bilion pada tahun 2010 kepada IPP dan TNB.

Jika dilihat daripada senario ini menunjukkan negara sebenarnya tidak memerlukan IPP untuk menjana elektrik dan menjualnya kepada TNB.

Ini berdasarkan jumlah perbelanjaan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh kerajaan, sama ada kos pembelian tenaga elektrik oleh TNB atau subsidi gas Petronas kepada IPP.

Sepatutnya kos pembelian tenaga itu digunakan oleh TNB membina stesen penjana elektrik yang baru bagi menampung keperluan elektrik negara.

Begitu juga subsidi Petronas yang diberikan kepada TNB bagi membantu TNB mengurangkan kos penjanaan elektrik. Pada masa yang sama TNB harus terus menerokai sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk menjana sumber tenaga elektrik.

Sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TNB mempunyai tanggungjawab sosial bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat bekalan elektrik.

Namun keadaan ini tidak berlaku kepada IPP yang hanya mementingkan keuntungan syarikat dan pemegang saham mereka sahaja. Malah beberapa syarikat IPP ini telah dijadikan syarikat persendirian untuk memastikan mereka tidak perlu mendedahkan laporan penyata kewangan tahunan mereka kepada Bursa Malaysia.

Kerajaan perlu melihat semula cadangan untuk mengenakan cukai untung berlebihan sebagaimana yang dibangkitkan sedikit masa dahulu agar kadar keuntungan berlebihan IPP ini dapat dinikmati oleh rakyat dalam bentuk pembangunan prasarana bekalan elektrik.

MARIMUTHU NADASON
Presiden FOMCA

Khamis, 13 Januari 2011

TANPA ILMU MANUSIA BUTA

Salam...

Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w….bersabda: ‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’

Mungkin ada sahabat2 ummi yang kurang bersetuju dgn pdgn ummi atau suka mengambil sikap jalan tengah atau takut untuk memberikan pandangan terutamanya yang bekerja dengan pihak kerajaan (Gov Servant).Mahu jaga periuk nasi. Ada juga saudara mara atau adik beradik n ipar duai yg marah2 dalam FB memberikan komen2 dlm pdgn ummi yg bertentangan dgn pihak UMNO BN. Di antaranya:-

1.Klu parti lain yg pegang,x de bangunan,x de jmbatan,sume urusn wat kat pondok bratap nipah,.Cian nye

2.Klu UMNO wat bangunan d persoal kn?Klu PAS r PAKATN RAKYAT wat bangunan mcm mane plak?Ape akn d kire akhirat nant?Mcm tu ke?

3.Ngata pndai,ko aje la jd pm,jd menteri n sgala yg brkaitan,.Klu ko jd pm,lom tentu msia aman,silp2 huru hara d wat nye..

Itulah antara komen-komen yang nampaknya keanak2kan dan tidak berfikir dan menyelidik dahulu fakta yang ingin disampaikan. Ummi tak salahkan beliau kerana ummi amat maklum dgn budak2 zaman sekarang yang kurang mahu membaca suratkhabar/suratkhabar dalam internet, mencari sumber-sumber lain dan berfikir sejenak tentang kebenaran tersebut.

Anak2 muda hari ini yang mereka tahu tentang gossip artis, AJL, lumba haram, fesyen-fesyen terkini dll yang kebanyakkannya perkara2 yang memesongkan dan kurang penting utk menyediakan diri menjadi orang2 yang berilmu. Dan itulah sebenarnya golongan2 yg banyak menyokong UMNO.

Inilah contoh2 pelapis dalam UMNO. Mahu ke masjid menimba ILMU akhirat amat jauh sekali sehingga mana yang HAK dan yang BATIL sudah tidak kenal. Orang-orang beginilah yang amat2 diperlukan UMNO untuk terus menyokong mereka kerana golongan ini BUTA ILMU. Mls nak membaca, mls nak mengambil tahu, mls hendak menyelidiki kebenaran. Terima bulat2 apa yang diperkatan oleh pemimpin2 UMNO yg korrup.

Jika dilihat komen2 tersebut, tidakkah ia hanya melambangkan keBODOHan mereka shj? Sudah la tidak berILMU, degil n tunjuk pandai malah jika dibalas dengan fakta2 konkrit pon mereka tdk akan berganjak drpd pdgn bodoh tersebut kerana mereka memang tidak tahu.

Maka apa yang ummi ingin nasihatkan, teruslah mencari ILMU. Hidup di dunia ini tidak cukup hanya berbekalkan dgn SPM. SPM itu tidak sampai pun 2% drpd keseluruhan ilmu2 yg ada.

Satu perkara yang ummi tidak akan pertikaikan usaha2 UMNO iaitu membuka jalan kepada rakyat BERPENDIDIKAN. Terima kasih UMNO BN. Kerana usaha anda telah menjadikan saya seorang yang tidak hanya menurut, tetapi berfikir.

Ada juga golongan yang sudah berilmu tetapi tidak mahu gamalkan ilmu mereka. W/pon mereka tahu UMNO BN mengamalkan pemerintahan RASUAH, sistem ekonomi KAPIRTALIS, menindas rakyat, tetapi terus mendapat sokongan mereka kerana, mereka ini golongan2 yang kenyang dengan makan bangga, nak menjaga periuk nasi (berkepentingan),suka berada dlm zon selesa dan tidak JUJUR pada ilmu yang ada.

Ilmu mengajar kita:
1)Berkata benar w/pon ia perit.
2)Berkata berdasarkan fakta dan berfikir bukan bertindak melulu
3) Menentang kezaliman dan bukan menyokong kezaliman

Carilah buku apa pon dan tanyalah mana2 ahli ilmu, adakah RASUAH itu baik? KETIDAKADILAN itu baik? MENIPU itu baik? MENGAUT KEUNTUNGAN dan MENINDAS ORANG LAIN itu baik? ROGOL itu baik? dll (byk lg penyelewengan yang berlaku)

W/pon cikgu kat sekolah atau pensyarah kat U mengatakan segala2 di atas adalah berdosa, perlu dihukum dan JANGAN MENYOKONG orang-orang yang buat salah, tapi ada juga golongan2 terPELAJAR yang meletakkan ILMU mereka kt kepala LUTUT, bukan kat KEPALA yang berakal masih lagi menyokong dan mengalu2kan perbuatan tersebut.

inilah BAHANA apabila ILMU yang ada mungkin tidak diberkati ALLAH atau berfikir dan berperasaan tanpa melihat kembali diri kita yang namanya MANUSIA hanyalah MAKHLUK ALLAH yang lemah. Akibatnya yang HAK itu terus menerus tertindas tanpa pembelaan.

Maka fikirkanlah hamba2 Allah yang telah diberikan amanah dan merasakan dirinya kekurangan ILMU. Teruskanlah MENIMBA ILMU. ILMU itu penyuluh kehidupan manusia yang berada di dalam kegelapan.

Bagi yang hanya bercakap tanpa fakta dan ILMU yang kukuh, janganlah berkata akan sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti. Kerana LIDAH, badan BINASA ~ Jgn takut hukuman dunia, tapi takutlah dgn hukuman ALLAH.

Di ambil dr blog: http://suraualfurqan.blogspot.com/2010_05_01_archive.html

1. Ilmu itu penting sekali. Tanpa ilmu tertolaklah amalan. Kerana Allah tidak akan menerima amalan sijahil biar ia membukit sekalipun. Maka beramallah dengan ilmu.

2. Para ulama berkata: “ilmu mesti berdiri di hadapan amalan dan perbuatan seseorang.” Bukannya amalan di hadapan ilmu. Sekali lagi, letakan ilmu itu di hadapan amalan. Barulah syiatan tidak dapat merosakan. Bila ilmu di hadapan amalan, maka syaitan akan ketakutan.

3. Ilmu itu Nur (cahaya) yang menjadi penunjuk dan pembimbing segala amalan. Ibarat tanpa lampu suluh bergerak di malam yang gelap gelita tanpa sebutir pun bintang di langit, maka seseorang itu berkemungkinan sahaja berhadapan dengan beberapa risiko yang merbahaya. Mungkin akan terjatuh ke dalam lopak yang cetek atau lubang yang dalam. Boleh jadi terpijak duri, paku atau kaca. Mungkin akan disengat atau dipatuk bintang berbisa atau boleh jadi kepala akan terhantuk dengan sesuatu yang menyakitkan. Andai tiada lampu menara di pantai boleh jadi nahkoda dan anak kapal sekeliannya akan sesat hanyut di tengah lautan luas. Pendekata, pelbagai bahaya andai meredah kegelapan malam tanpa lampu suluh.

4. Demikian halnya dengan kehidupan. Hidup yang tidak bersuluhkan ilmu akan menjerumuskan seseorang ke dalam bahaya dan kerosakan yang tidak sedikit. Saidina Umar pernah mengungkapkan “..betapa seseorang yang berbuat sesuatu tanpa ilmu maka akan berlaku nanti natijah kerosakannya lebih banyak dari hasil kemanfaatnya.” Lirik nasyid berbunyi: "Tanpa agama manusia binasa. tanpa ilmu manusia manusia buta.' kata-kata yang tepat sekali.

5. Tersebut di dalam hadis dari Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “Ilmu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut.” (Riwayat Ibn Abdil Barr daripada Mu’az bin Jabal).

6. Jesteru, dekatkanlah diri kita dengan sumber-sumber ilmu, dengan majlis-majlis ilmu. Meriahkanlah majlis ilmu tak kira di mana sahaja. Hidupkan suasana ilmu hatta di rumah dan di pejabat kita. Dampingkanlah diri dengan para alim ulamak bukannya bersahabat dengan orang-orang tamak, atau dengan orang yang berfikiran semak ataupun membuang masa duduk berjam-jam di kedai mamak. Kalau tak ada apa-apa yang penting eloklah ambil masa membantu kerja sekolah anak-anak.

Catatan ini bukan shj untuk yang membaca tetapi lebih kepada PENULISnya supaya dia tidak berputus asa mendidik dirinya dan orang-orang yang dicintainya menjadi hambaNYA yang berilmu dan berAMAL.

Wallahu'alam

Tanda-tanda Dunia Di penghujung Nyawa

Di ambil dr blog: http://suraualfurqan.blogspot.com/2010_05_01_archive.html

Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w….bersabda: ‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ‘

- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.

‘Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim

~ dah nampak dah skrg…

3) Bermaharajalela alat muzik.

‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…

4) Menghias masjid & membanggakannya. ‘Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. ‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada….

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. ‘Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara tanda² telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…

10) Bulan sabit kelihatan besar. ‘Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. ‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie……

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. ‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. ‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²’- Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!

Sabar...sabarlah dengan memohon drNya.

Salam

Masa mencatat catatan ini, jam dah menunjukkan ke angka 6.05 ptg.
Abi lom sampai lagi. Hujan baru berhenti kat sini (UPM), tapi tadi abi call, dia kata kat KL masih hujan lebat.

Kesian abi. Dah la pi kerja naik motor je. Hehe..umi pon naik motor juga. Tumpang pak supir. Itu pasal la selalu lambat. Tunggu supirnya ambil. Itulah mehnah dan tribulasi yang kami tempuh. Kereta ada, tapi duduk kat rumah je. Hujung minggu atau bila perlu, baru pakai kereta.

Nak jimat....

Tapi ummi rasa bersyukur. W/pon kami nak dikatakan mewah sangat tuh tak adalah. Miskin sangat pon tak adalah. Hidup sekadarnya. Alhamdulillah...

Kiranya kalau nak dibandingkan kehidupan kami dengan kawan2 yg satu sekolah atau satu universiti dulu, maybe kehidupan mereka lebih baik dan mewah (acehhhh merendah diri...). Tapi ini betul.

Kadang-kadang rasa jeles...jeles dengan kehidupan dunia mereka yang serba serbinya nampak memenuhi segala keperluan kehidupan di zaman moden. Itulah bisikkan syaitan.

Cuma bila lama-lama tengok keadaan kehidupan dunia ini, baru umi rasakan bahawa ketentuan Allah itu sememangnya ADIL. Umi tak rasa pon apa yang Allah berikan pada umi ketika ini sebagai satu ketidakAdilan. Umi happy dengan hidup ummi.

Kadang-kadang Allah bg ujian kesenangan, Alhamdulillah, syukur nikmat.
Kadang-kadang diujiNya dengan kepayahan ekonomi, Alhamdulillah, syukur juga sebab Allah berikan peringatanNya dan menjadikan kami lebih kental dan tak mudah melatah.
Lebih berhati-hati supaya tidak hanyut dengan kesenangan dunia.

1)Ada manusia yang diberikan kesenangan, semakin tawaduk...-m'gambil apa yg diperlukan shj w/pon mampu untuk bermewah dan memperbanyakkan sedekah.

2)Ada manusia yang diuji dengan kesusahan, semakin tawaduk...-tidak mengeluh, hidup dengan apa yang ada dan berusaha di dunia untuk Akhiratnya.

3)Ada pula manusia yang diuji dengan kesenangan, tapi terus hanyut- lupa bersedekah, tidak simpati dengan nasib orang miskin, menindas orang miskin, tidak bayar zakat yg wajib ke atas seorang muslim(tp cukai bayar :P), menggunakan kuasanya dan kesenangannya untuk kepentingan diri sendiri dan buat maksiat.

4)Ada pula manusia yang diuji dengan kesusahan, tapi jd orang yang rugi - sebab makin jauh dgn Allah. Dh tahu miskin, x mahu berusaha, menindas orang lain, buat jahat kat orang lain, buat fitnah, jd pengampu U***.

Kalau direnung2 kategori di atas, agak2 kita golongan yang mana satu? Golongan 1 dan 2 atau golongan 3 dan 4?

Hmmm..tanya kat diri masing-masing la ye.

Zaman Sekarang

Realiti yg ada dihadapan kita telah jelas menunjukkan siapa yang benar2 mengikut Rasul dan para sahabat yang berjuang menegakkan Islam, siapa yang suka jadi batu api, siapa yang mengikut membuta tuli menjadi orang BODOH dan kuda tunggangan serta orang-orang yang ZALIM.

Sekiranya tak nampak lagi, maka memang la orang itu BUTA HATI dan teruskanlah memohon padaNYA untuk ditunjukkan jalan yang LURUS.

Bagi yg berjuang dijalanNya, janganlah berputus asa hanya kerana caci maki dan fitnah orang2 MUNAFIK yg tak guna tuh. Kalau dikalangan sahabat Rasullullah sendiri pon ada yang Baginda dah lebelkan sebagai orang munafik, ini lagikan zaman fitnah. Maka x heran....

Sila baca catatan dibawah....

Al-Hakim merekodkan pesanan Rasulullah, katanya, “Wahai Abu Dzar, bagaimana jika tuan hidup di tengah-tengah keburukan dan kejeleka...n.” Beliau pun menjalin jari-jemari tangannya. Abu Dzar bertanya, “Apakah yang tuan mahu saya lakukan, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Bersabarlah, bersabarlah. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak-akhlak mereka dan membantahlah terhadap amalan-amalan mereka.”

Dalam rekod Ahmad, Khalid bin Urfathah bercerita bagaimana Rasulullah memberitahunya mengenai cara-cara untuk menangani fitnah di akhir zaman. Rasulullah berkata, “Wahai Khalid. Sepeninggalanku nanti akan terjadi berbagai peristiwa, fitnah, perpecahan dan perselisihan. Apabila hal itu terjadi dan sekiranya tuan sanggup menjadi hamba Allah yang terbunuh dan bukan yang membunuh, maka lakukanlah.”

Akhir kata...Sabar...sabarlah dengan memohon drNya.

Khamis, 6 Januari 2011

Buku Yg Dicari Tak Dapat, Saman Polis Pula Dapat

Salam

Segala-galanya berkaitan dengan tajuk di atas. :(

Tension betol semalam. Geram bercampur begang dan marah. Tapi nak buat macam mana, terpaksa juga bayar. Kalau tak bulan 2 nanti nak renew road tax dan insurans pasti akan tetap kena juga.

Dah la semalam mencari-cari buku Statistik tak ada. Sebijik pon tak ada. Kat ruangan buku tu terpampang Section Statistic and ....(lupa plak). Tapi sebijik buku statistic pon tak jumpa. Yang ada semua buku tentang managment.

Aiyooo...apa sudah jadi? Kenapa ini section buku sudah penuh dengan buku-buku managment. Mana buku-buku statistik?

Pening kepala. Padahal sebelum ke Alamanda tuh dah check dalam website MPH dan menunjukkan status buku itu ada. Cuma...mybe salah ummi juga kerana tidak call dulu untuk mendapatkan kepastian.

My free advise: MPH kena la update atau make sure apa yg ada kat store sentiasa tailly dgn yg dlm website. Letak la location/cawangan mana buku itu berada, jd x ada la pulang dgn kehampaan. Ini tidak, letak dlm website status: Available, tp bila pi store, sebijik pon x ada. Bukan buku yg dicari sahaja x ada, buku2 yg punya title lbh kurang sama pon tak ada. Sedeyyyyy...

Dan moral ke-2: Kalau nak pi kedai buku, ummi rs tak boleh nak bawak anak yang berumur bawah 2 tahun. Memang tak boleh duduk diam. Aduhhh ziyad, veryy..verryyy naughty. Semua buku yg ada gambar upin&ipin, Ben10 atau SpongeBob pasti akan diambilnya. semuaaa... :{

Last2 buku yang diingini tak dapat dicari tapi buku lain pula yang dibeli. Tapi ok lah beli juga buku UZAR. duit very2 limited. Since kena guna vaoucher tuh sampai habis, maka beli jugalah buku UZAR.

Psst...Maaf UZAR, bukan ana rs menyesal beli buku ustaz tuh...
Tapi paham2 la, sumber kewangan yg ana ada very2 limited. Duit yg ada cukup2 untuk beli buku yang amat2 diperlukan untuk bidang pengajian. Memang hajat dihati nak beli buku Ustaz, tapi belom ada budget.

Buku yang nak dibeli ni pon bukan bawah puluh2...
Banyak yg berharga ratusan jugak la...Yg paling murah RM50.++
Sebab itu requirement lecturer yg mengajar

InsyaAllah mungkin ada hikmahnya beli buku UZAR tu sekarang...:P

Moral ke-3: Bila bini dh ingatkan atau remind pada si hubby, tolong la ambik advice tersebut. Ingat bini nih suka sangat ker membebel. Kan dah kena SAMAN. Terbang RM70 semata2 nak bayar SAMAN tuh.

'Bi, ok ker parking keta kat sini? Bukan ker ramai yang dah kena saman dulu?' ummi ni bertanya sebab bimbang.Dah banyak kali orang yang parking kat tepi Ala...manda kena saman.

'Alah..ok nih. Lgpon kejap je kan? Malam nih, polis tak ada. Lagipon parking kat garisan putih nih. Tak kena saman punya.' Dengan penuh CONFIDENT abi menjawab.

Tup..tup..sampai kat kereta, 'CILAKO...punya POLIS berRAJA diMalaysia. Kenapa kena saman plak nih? Kan dh parking kat garisan putih nih' Begang abi.

Umi pon mula membebel. Lepas tuh masing2 nak menyalahkan satu sama lain. Abi salahkan umi, umi salahkan abi. Kesudahannya....BAYAR tetap BAYAR...:(

Ziyad yg tadinya mengamok nak buku2 n permainannya, terus terdiam tengok umi dan abi bertengkar dalam kereta. Senyap menikus....Sampai rumah. Veryyy...veryyy..BAD EXAMPLE. :(

Tu la moralnya...sekian.

Walluhua'lam

Selasa, 4 Januari 2011

Meconium Aspiration Syndrome.

Salam...

Sebenarnya dah terlalu lama dipendamkan hasrat hati nak google dan mencari penyakit yang pernah dihidapi Ziyad semasa di awal kelahirannya.Tapi asyik lupa dan tak berkesempatan.

Dr pernah beritahu dulu masa kat wad NICU. Tapi sebab ummi masa tuh memang terasa bagaikan di awang-awangan sehingga apa yang diberitahu Dr, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bila tengok rekod-rekod kesihatannya yang dulu, ada ditulis tapi kurang faham, almaklumlah 'tulisan Doktor'.

Haha..maaf la ye cik, puan atau tuan Dr. Saya memang tak faham tulisan tangan anda. Sungguh. Malah hampir semua tulisan boleh dikategorikan sebagai tulisan faham sendiri atau hanya untuk difahami oleh mereka yang bergelar ahli perubatan. Tulisan ummi sebijik2. Mungkin ummi yang kena belajar macam mana nak baca tulisan sambung2 nih. Abi yang tulisan hampir sama dengan tulisan Dr tu pun, bila ditunjukkan tulisan tersebut boleh tanya pada ummi

'tulisan apa nih? tak faham'.

Dia pula bertanya pada kita. Anyway, minta maaf lah kt kawan2 FB yg mana ummi ada tulis tentang dinogsis sakit Ziyad sebelum ini ada kaitannya dgn 'brain damage'(nauzubillah, minta jauuuuh). Tak ada kaitan sebenarnya. Ummi yang teringat2 sekitar perbualan antara ummi dan seorang lagi ibu semasa di Hospital Serdang semasa rawatan susulan Ziyad tahun lepas.

Kebetulan anak akak ini juga mengalami situasi yang sama dengan anak ummi semasa kelahirannya (tertelan air ketuban dan hampir lemas). Tetapi mungkin dinogsis sakitnya lebih rumit sehingga menyebabkan dia mengalami delay dalam perkembangannya sebagai kanak-kanak normal. Tapi ziyad tidak pula begitu. Jd ummi simpulkan apa yang dialaminya sama dengan Ziyad sedangkan tidak sama sekali.

Buat yang bertanya, apakah sakit Ziyad sebenarnya, ini adalah jawapannya.

Meconium Aspiration Syndrome.

Meconium ialah najis bayi yang pertama selepas atau semasa proses kelahiran. Dan bayi sulung wanita itu meninggal sebab dia tertelan najisnya sendiri selepas dilahirkan (due to fetal distress), dan kemudian najis tersebut masuk ke paru-paru.

Di dalam rahim juga, kita terapung dalam najis kita sendiri. Bendalir amnion – atau air ketuban tu datang daripada kencing kita sebenarnya. Air kencing yang penting untuk pembentukan organ-organ seperti paru-paru, ginjal, usus, saluran makanan (esophagus) dan lain-lain.

Air kencing yang melindungi (sebagai 'absorbant'), yang membolehkan kita bergerak di dalam ruang yang sempit itu, dan yang membantu proses tumbesaran kita semasa dalam rahim bonda!

Kita juga sebenarnya menelan air kencing kita sewaktu di dalam kandungan ibu. Selepas kita telan, kita kencing semula dan telan semula. Itu normal bagi fetus yang sedang membesar di dalam rahim. Kalau kita tidak mampu untuk telan kencing itu, polyhydramnios akan berlaku.

Mungkin saja kita tidak mampu hidup hari ini kerana esophageal atresia, atau duodenal atresia sebagai punca ketidakmampuan menelan kencing itu.

Kalau kita tidak mampu kencing juga - Oligohydramnios – perihal tidak cukup bendalir amnion akan berlaku, yang boleh membawa kepada pelbagai anomalies (kecacatan-kecacatan anggota).

Dalam ertikata sebenar penyakit ini adalah:-

Meconium aspiration syndrome (MAS, alternatively "Neonatal aspiration of meconium") is a medical condition affecting newborn infants. It occurs when meconium is present in their lungs during or before delivery. Meconium is the first stool of an infant, composed of materials ingested during the time the infant spends in the uterus.

Meconium is normally stored in the infant's intestines until after birth, but sometimes (often in response to fetal distress) it is expelled into the amniotic fluid prior to birth, or during labor. If the baby then inhales the contaminated fluid, respiratory problems may occur.

The most obvious sign that meconium has been passed during or before labor is the greenish or yellowish appearance of the amniotic fluid. The infant's skin, umbilical cord, or nailbeds may be stained green if the meconium was passed a considerable amount of time before birth. These symptoms alone do not necessarily indicate that the baby has inhaled in the fluid by gasping in utero or after birth. After birth, rapid or labored breathing, cyanosis, slow heartbeat, a barrel-shaped chest or low Apgar score are all signs of the syndrome. Inhalation can be confirmed by one or more tests such as using a stethoscope to listen for abnormal lung sounds (diffuse crackles and rhonchi), performing blood gas tests to confirm a severe loss of lung function, and using chest X-rays to look for patchy or streaked areas on the lungs. Infants who have inhaled meconium may develop respiratory distress syndrome often requiring ventilatory support. Complications of MAS include pneumothorax and persistent pulmonary hypertension of the newborn.

Causes
Fetal distress during labor causes intestinal contractions, as well relaxation of the anal sphincter, which allows meconium to pass into the amniotic fluid and contaminate the amniotic fluid. Meconium passage into the amniotic fluid occurs in about 5-20 percent of all births and more common in overdue births. Of the cases where meconium is found in the amniotic fluid, meconium aspiration syndrome develops less than 5 percent of the time.[1] Amniotic fluid is normally clear, but becomes greenish if it is tinted with meconium.
[edit] Pathophysiology and Mechanism

The pathophysiology of MAS is due to a combination of primary surfactant deficiency and surfactant inactivation as a result of plasma proteins leaking into the airways from areas of epithelial disruption and injury.[2]

The leading three causes of MAS are

1. Due to physiologic maturational event,[3]
2. A response to acute hypoxic events,[3] and
3. A response to chronic intrauterine hypoxia.[3]

If an infant inhales this mixture before, during, or after birth, it may be sucked deep into the lungs. Three main problems occur if this happens:

* the material may block the airways
* efficiency of gas exchange in the lungs is lowered
* the meconium-tainted fluid is irritating, inflaming airways (pneumonitis) and possibly leading to chemical pneumonia.

These can lead to possibly fatal or long term health problems for the infant.[3]
[edit]

In a study conducted between 1995 and 2002, MAS occurred in 1061 of 2,490,862 live births, reflecting an incidence of 0.43 of 1000. MAS occurs at higher rates in pregnancies beyond 40 weeks with 34% of cases born after 40 weeks.[13]

P/s: Ziyad lahir 2 minggu awal dari expected date.

Wallahu'alam...

Isnin, 3 Januari 2011

Hari ini

Salam

Hari ini Selasa bersamaan dengan 4 Januari 2011.

Huhu...dah masuk tahun 2011 yang dinanti-nantikan. Gerak kerja untuk penulisan artikel journal yang tertangguh sejak seminggu lalu sepatutnya sudah bermula hari ini. Tapi oleh kerana perbincangan mengenai tajuk dan beberapa data anlisis baru diadakan pagi tadi, maka plan perlu dianjakkan.

'Tak apa...slow-slow. Lagi pun kita nak kejar Journal Pengguna yang akan dipublishkan pada Jun depan. Lama lagi due date tuh.' Dr Husniyah memang biasanya tidak akan menggesa pelajarnya. Tu yang seronok dapat supervisor macam tuh.

Semacam kami sudah punya chemistry. Dia paham situasi dan keadaan ummi yang sudah berkeluarga dan punya anak-anak kecil yang perlu diuruskan. Jadi tak perlulah nak terangkan kalau terpaksa ambil cuti emergancy dan sebagainya. Cakap kemudian pun dia akan faham.

Memang best. Tapi perlu ada limit (untuk ingatan diri sendiri). Dan yang penting, jangan sampai pijak kepala sudah. Dia tetap seorang supervisor dan pensyarah yang perlu dihormati.

Perbincangan selama hampir 1 jam 30 minit itu memang benar-benar berbaloi. Segala yang diawang-awangan akhirnya terjawab.

Duduk atas kerusi dan mula berfikir-fikir mana satu kerja yang nak dimulakan dahulu. Kerja memang banyak. Banyak sangat. Since dah buat sedikit catatan dalam blog nih, boleh lah disenaraikan segala kerja-kerja yang perlu dilangsaikan untuk hari ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, bulan-bulan berikutnya dan sehingga penutup tirai 2011.

Semester 2

1)Artikel Journal - Journal Pengguna (KPDNKK)
2)Artikel Journal - Journal Pengguna (MACFEE)
3)Yuran Pengajian - Due 27 Febuari 2011
4)Amali Pengurusan Persaraan dan Estate
5)Pilot test
6)Daftar mana-mana kursus SPSS dan bengkel penulisan artikel anjuran UPM
7)MyBrain 15 MyMaster.
8)Data collection.

Semster 3
1)Artikel Journal - Journal Pengguna (KPDNKK)

Itu sahaja kot perancangan untuk separuh tahun ini bagi semester 2. Nanti ada perancangan lain, buat yang lain pula. Yang penting settlekan perkara-perkara di semester 2 dahulu. Chia yoooo...

Belajar Menullis

Salam...

Ummi rasa ummi perlu masuk bengkel menulis. Rasanya penulisan ummi masih belum kemas dan menampakkan level kematangan.

InsyaAllah akan dipertimbangkan dan mula mencari kursus yang bersesuaian.

Sepertimana matlamat yang ummi gariskan sendiri '....menulis bukan kerana nama. menulis kerana jalan da'wahnya...'