Salam...
Penat sungguh pegi beraya. Best memang best sbb dpt jenjalan. Alhamdulillah, Allah beri kemudahan pada kenderaan umi yang walaupon dh buruk tapi masih lg sihat dapat memberikan khidmatnya membawa kami sekeluarga berjalan2. Hujung minggu yang lepas dapat la lepak2 kat rumah pok su kejap kt Puncak Alam. Jauhhhhhhhhhhhh....macam nak pi Kuala Selangor. Tapi seronok la sebab bukan slalu dpt jalan jauh. Tgk pemandangan yang Allah cipta. Indah2 belaka.
Yad dan Fateh pon seronok. Seronok lg sebab dapat banyak duit raya. Alhamdulillah, dapat juga menziarah sahabat2 lama dr UTMKL kat rumah Sal. Kira2 ala2 reunion jgk la.
memasing anak dah besor2 dan mula nk menambah ke no 2 dan seterusnya. Produktif gitu.
Selesai ke rumah Sal, bertandang pula ke rumah angah. Adikku yang ke-2. Alhamdulillah mak buyung sihat. Sementara nk menunggu adikku yang ke-3 sampai,
hujan lebat, selebat2 alam. Segar sikit udara yang agak panas sejak kebelakangan ni.
Hmmmm....sbnrnya tujuan ummi tulis tajuk wanita yang mengandung ni sbb cerita yang nk
umi sampaikan sememangnya berkenaan dengan kita sebagai wanita yang pernah, akan dan sedang mengalami proses mengandung atau melahirkan anak.
Bila nk bersalin ni, umpamanya kita nk menuju ke medan peperangan. Tak tentu lg balik dengan selamat, atau kita akan syahid dalam pertarungan. Tapi umi agak terkilan dgn ibu2 yang dh tahu nyawanya dihujung tanduk tapi masih lagi x nak solat n tutup aurat. Umi sedih bila salah seorg adik umi yang sedang preagnant pon buat2 tak tahu je lps azan berkumandang. iyelah, mungkin nk solat lewat cikit kot, tp jam dh menunjukkan pada pukul 5 lebih sedangankan perjalanan yang nk ditempuh akan ambil masa lebih sejam. Pasti tak akan sempat mengejar Asar yang akan pergi. Masa terus berlalu. Baik si isteri mahupun suami x ada tanda2 nk bangun n tunaikan solat Asar. Dh ditegur n dipelawa pon nampaknya punggung tuh masih berat nk tinggalkan tempat duduk. Rasa sedih.
Umi sedih...hmmm......buat adik2 dan para pembaca budiman terutamanya bakal bapa atau para ibu, kita renung2kan. kita nk mendidik generasi akan datang. kita selalu mengeluh, anak2 sekarang tak dengar cakap atau generasi sekarang dh teruk. tapi renungkanlah, teruknya mereka, buruknya mereka kerana kita tak bersiap sedia menyediakan diri sendiri menjadi pendidik dan contoh yang terbaik kepada generasi dan anak2 kita. kita sendiri lupa nk berubah n jadi baik. kita sendiri tidak mahu kembali kepada fitrah sebagai seorang manusia. kita sendiri x mahu berdoa kepada Allah minta diberikan anak2 yang baik. kita terlalu alpa. bila ujian datang, barulah kita nk bersujud menangis dan bertanya pada Allah, kenapa ujian ini diberikan kepadaku sedangkan masa Allah bagi kita peluang, kita lalai.
sepatutnya bila ujian datang, kita berdoa, Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang tabah menghadapi ujianMu ini. Tentukanlah yang terbaik buatku sesungguhnya hidup dan matiku, adalah ditanganMu. Kita sayang mcm mana pon anak2 dan org2 yang kita cintai, tapi kita tak punya kuasa untuk tentukan hidup n mati mereka. Kita sendiri berjalan di atas takdirNya. Sebab tu umi setiap kali solat n nk kuar rumah, nk bagi anak2 pada babysitter dia, umi berdoa dan bertawakkal pada Allah.
Umi doa agar jd orang yang kuat dengan takdirnya walau apa pon yang berlaku kerana hidup ini terlalu rapuh untuk berpaut..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan