Salam.....
Pejam celik, pejam celik, dah nak sampai ke penghujung cuti Aidilfitri. Tapi ummi bukan cuti sangat pon. Raya pon biasa2 je. Balik raya niat nak gembirakan hati datuk dan nenek Yad dan Fateh serta berziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai yang dah lama tak jumpa.Kalu tak raya, belom tentu lagi nak jumpa.
Almaklumlah, duduk jauh sangat kat KL nk balik JB pon setahun sekali mengalahkan orang yang duduk Oslo sanggup balik beraya ke M'sia (hehe Amy Masita n Family).Balik ke KL pagi Isnin pukul 3 pagi. Dari Rengit ke KL makan masa 3 jam lebih gak. sampai pon dh subuh. Dalam perjalanan balik tu, lalu tepi kubur. Kebetulan bulan Syawal ni nampak cantik dan berseri-seri. Terang walaupon bulan sabit. Bintang bergemerlapan di dada langit yang hitam pekat. Kalau orang lain mesti takut dan seram macam yang diceritakan dalam cerita hantu MOMOK @ TV3 tuh... Tapi bila lalu kawasan perkuburan pagi tuh, umi tak rasa apa2 pon. Malah rasa syahdu. Dari jauh nampak putih sebab pantulan cahaya nesan dari cahaya bulan. Sunyi dan sepi. Terdetik dalam hati umi, kenapa kita takut nak lalu kawasan kubur?
Dulu masa kecik2 nak tengok pon tak sanggup. Lagi la di malam hari n awal pagi macam tuh. Takut tetiba je nampak lembaga putih. Hehe...tu la dah diperbodohkan. Nak takut apernyer, itukan rumah persinggahan kita juga sebelum dihisab. Bukan nk bangga atau cakap besar, tapi itulah kenyataannya. Orang yang hidup, takut sangat bercerita soal mati. Tengok kain kapan pon takut, apatah lagi bila tengok kawasan kubur. Sebab tuh ramai manusia sekarang yang dah tak takut nak buat dosa malah mendabik dada bila buat dosa.
Manusia berlumba-lumba mengejar dunia hingga ada yang tersungkur ke lembah maksiat. Manusia lupa, yang dikejar itu hanya sementara Akhiratlah tempat abadi. Hidup ini banyak mengajar ummi. Bila baca catatan mama Alanna, ummi rasa sedih.Sedih andainya mama Alanna tidak dapat menterjemahkan ujian ini sebagai satu signal buat mereka. Bagi umi, Alanna tidak pergi, tapi dia kembali dan menantikan keluarganya di alam yang kekal abadi. Tapi bila lihat wajah2 terbaru mama Alanna sekeluarga, Alhamdulillah, umi rasa mama Alanna seorang yang cekal dan dia berjaya lalui dugaan ini dengan tabah. Malah bila lihat perubahan pada diri mama Alanna di pagi Syawal yang lepas, ummi tahu, kehadiran Alanna memberikan pengertian yang lebih mendalam tentang erti kasih sayang buat mereka sekeluarga. Bukan mama Alanna sekelurga je tau. Umi, abi, Yad dan Fateh juga turut merasa lebih insaf dan lebih appriciate kasih sayang antara kami.
Sebelum ni, umi sendiri insan yang terlalu lemah, slalu je marah2 yad dan fateh bila mereka terlalu nakal dan lasak. tapi sekarang, umi lebih menghargai moment itu. umi rasa nak tergelak kalu dok gaduh ngan Yad n Fateh. gaduh2 manja. rasa macam tak puas nak peluk2 fateh dan yad sebab kita tak tahu, bila kita akan merasai saat2 bahagia seperti itu lagi. hidup ini terlalu rapuh hingga tidak mampu untuk dijadikan tempat berpaut. Oleh itu, umi berpaut hanya pada Allah dan selalu berdoa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Begitu juga ngan family Alanna.
Selagi ada hayat, umi akan usahakan yang terbaik untuk putera2 umi. Umi akan didik mereka untuk jadi pemimpin yang baik atau mungkin tentera yang baik atau jika tidak keduanya, sekurang2nya anak2 umi dapat menjadi hamba dan umat Rasullullah yang terbaik untuk agamaNya. Jika bukan pon dibarisan hadapan dalam perjuangan Islam, sekurang2nya anak-anak umi dapat menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan Islam.
Hidup ini hanya yang sementara. Yang kekal abadi hanyalah Dia. Kita, manusia hanya mampu merancang, namun Dia penentu segalanya. Dia lebih sayangkan hamba2Nya tetapi kita selalu lupa dan alpa. Kita manusia selalu lari jauh dari menghampiriNya sedangakan Dia tetap disinggahsanaNya menanti kehadiran hamba2Nya. Kita, manusia selalu mendabik dada dengan kemegahan dunia, selalu anggap kematian itu satu takdir yang dasyat sedangankan kemegahan dunia itu hanya akan melalaikan kita dan semakin jauhlah kita denganNya dan mati itu adalah kembalinya kita ke sisiNya...
Umi pon tak tahu...berapa lama lagi akan hidup diduniaNya. Berapa lama lagi pinjaman masa dan nafas yang akan diberikanNya. Umi cuma berharap, andai waktu itu adalah singkat untuk umi di dunia ini, umi mahu diberikan waktu untuk bertaubat. Umi mahu melangsaikan segala hutang piutang yang tertunggak termasuklah amanah mendidik Yad dan Fateh. Umi mahu hidup umi ini tidak sia-sia dan umi bersyukur kerana dalam perjalanan hidup ini, sudah beberapa kali umi cuba lari jauh dariNya, namun Dia tetap menarik kembali diri umi ke sisiNya. Bila rasa nk buat jahat, tinggal solat, buka aurat, setiap kali itu ada sahaja peristiwa yang menegahnya dan kembalilah umi meratap dalam sujud.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan