PuteraKu

PuteraKu

Jumaat, 24 September 2010

Si Manja

Salam....

Manja betul Fateh sejak kebelakangan ini. Terlalu manja. Nak hantar ke rumah Mak Nab pon macam nak berpisah lama. Tapi memang lama pon. Lebih 8 jam sehari bertarung di jalan raya dan terperap di UPM memerah otak mencari idea untuk menyiapkan proposal master.

Rutin harian yang sememangnya menyesakkan kepala. Tapi kerana sayang jugalah maka ummi terpaksa juga tinggalkan yad dan fateh dalam jagaan Mak Nab. Bukan ummi tak kesian bila Fateh meraung-raung nak ikut ummi, tapi tuntutan kehidupan ini memaksa sayang. Kelak nanti bila engkau dewasa, pasti engkau faham maksud ummi. Kadang kala ummi lelah juga dengan tuntutan ini namun umi akur, kita hanyalah manusia yang diberikan masa oleh Allah hidup di dunia ini dan untuk memenuhi tanggungjawab dan masa yang diberikan, maka inilah amanah yang perlu dipikul.

Jangan nangis ye sayang. Umi sayang yad dan fateh. Yad nyawa ummi, fateh buah hati ummi. Kedua-duanya sama penting. Kedua-duanya juga ummi sayang. Kedua-duanya juga amanah ummi dari Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan