PuteraKu

PuteraKu

Selasa, 21 September 2010

Terima kasih mama Alanna............

Salam...

Hari ni, seperti biasa umi pasti akan bertandang menjenguk catatan terbaru di blog Alanna.Sorry, sebab kesibukkan. After kelas Economic Consumption, Prof Laily umi kemas meja sikit, beri ruang pada laptop kesayangan ni nk ambil tempatnya seperti biasa. Sambil2 cari info tentang assignment untuk next week presentation, hati umi ni dh meruntun untuk mereahatkan mata melihat catatan mummy Alanna yang pasti menyentuh perasaan ummi. Sambil mata memandang, jari jemari ni dok scroll ke bawah. Oppsss...mcm surat umi buat mummy Alanna yang umi postkan tempohari la. hmmmm iyelah tu. Dan disetiap perenggan surat pastinya ada ulasan dari mummy.

Sorry mummy if my writting hurt u so much. umi x berniat nk stopkan semangat mummy untuk terus bertinta tentang Bidadari Alanna.Mummy teruskanlah menulis seandainya ianya menjadi terapi dalam mengubat rindu mummy buat Alanna.

Betol cakap mummy, bukan umi yang kehilangan Alanna, tapi mummy, dady dan nadmie. Bukan umi juga yang merasa peritnya rasa rindu itu.
Tapi yang umi tahu, kehilangan Alanna telah memberikan seribu pengertian buat ummi.
2 hari lepas, umi ulang baca lagi part pemergian Alanna. Saat2 si kecil ini bertarung dengan sakaratul maut. Umi x henti2 menangis. Kenapa mummy?
Umi menangis bukan hanya sebab umi terlalu kasihan dan kasih kan Alanna.
Bukan sahaja umi bersedih dengan kehilangan yang mummy sekeluarga lalui, tapi yang lebih penting dari itu adalah penngertian mengenai MATI.

Mummy...jika anak sekecil itu yang tak punya dosa pon bertarung dengan saat sakarat dari Allah, bagaimana nanti kita yang telah menempuh hidup ini berpuluh tahun dan bergelumang dengan dosa dan noda. Umi diam sejenak. Umi fikir2 dan ingat2 balik dosa2 umi dulu. Banyak betol sampai tak cukup jari nk kira. Umi tanya abi, 'bi...macam mana perasaannya bila nk menempuh sakarat dr Allah?' Adakah perasaan tuh sama macam waktu kita nk ambik exam? Berdebar2...tak keruan. Atau perasaan tuh sama mcm umi nk lahirkan yad dan fateh. seram sejuk, takut dan bimbang.....

Umi sendiri x tahu nk gambarkan perasaan umi ketika ini. Yg umi harap n berdoa, agar umi, yad, fateh, abi dan orng2 mukmin berakhir dengan kesudahan yang baik. Sempat bertaubat dan membuat persediaan ke alam barzakh.

Mummy Alanna....maafkan umi ye andainya kata2 umi menyinggung perasaan mummy.
Kita mmg x pernah bertemu tapi umi yakin dan pasti mummy adalah insan2 istimewa yang Allah pilih untuk menerima ujianNya.
Betul cakap mummy, kalu umi berada di tempat mummy belom tentu ummi dapat mengharunginya.
Teruskanlah menulis andai ianya mampu menjadi terapi terbaik buat mummy.
Tp....dalam kita mencari, ada ubat yang paling mujarab buat hati ini iaitu Kalamullah.

“Ketahuilah, bahawa berkemenangan itu beserta dengan kesabaran, pelepasan itu beserta kesulitan dan di samping kesusahan itu ada kesenangan”.

1 ulasan:

  1. salam..ummi...

    Setelah melihat kematian Alanna... baru mummy sedar yang satu hari nanti mummy juga akan mati... melihat kematian anak sendiri adalah sesuatu yang menginsafkan.

    Kematian Alanna yang indah..yang tenang..yang mudah.. membuatkan mummy juga tidak sabar untuk pergi.. mengikut Alanna... meninggalkan dunia yang palsu ini..

    tetapi apabila mengenangkan mummy yang tidak semulia Alanna..mengenangkan dosa2... terus mummy mengucap panjang... terus rasa takut kerana membayangkan sakaratul maut yang tidak terhingga sakitnya...

    semoga masih ade kesempatan untuk sujud dan memohon ampun dariNya..

    BalasPadam