PuteraKu

PuteraKu

Rabu, 6 Oktober 2010

Salam...

Umi tak tahu nk bg apa untuk tajuk kali ni. Selepas membaca kisah terkini Ian melalui blog mamanya, rasa meluap-luap untuk menulis.

Bukan nk komen catatan terbaru Jiey, tp sekadar meluah pandangan.
Ia, mmg betol, ujian hidup kita tidak sama. Ada yg diuji dengan kesakitan, ada yg diuji dengan kematian, ada juga yang diuji dengan kesenangan dan ada juga insan yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan.

Walau apa pon nama ujian itu, ujian tetap ujian dan ujian itu datang dr Allah.
Ujian yang menguji keimanan kita. Anak adalah ujian, harta kekayaan itu ujian, masalah rumah tangga juga ujian. Bak kata orang hidup ini adalah ujian yang akan menentukan di mana kita kelak di Akhirat. Hiduplah kita di dunia ini untuk perjalanan Akhirat. Tapi manusia selalu lupa. Manusia selalu anggap yang dunia adalah segalanya.

Ujian ini juga ada rasa sakit dan ada kalanya rasanya selesa. Biasanya ujian kesenangan dengan senang ht dan redha kita terima sehingga kadang-kala lupa diri untuk bersyukur dan melihat penderitaan orang lain. Dan biasanya manusia akan tewas dengan perasaan apabila diuji dengan penderitaan, perpisahan, kehilangan dan kemusnahan. Berkali-kali kita akan katakan kenapa aku yang diuji. Mengapa aku Tuhan?. Maka dalam sedar atau tidak, walaupon kita mengatakan bahawa kita redha dengan ujian tersebut, namun sebenarnya kita telah gagal. Gagal kerana keluhan kita pada manusia di atas ujian itu. Mengapa kita tidak meminta pada Allah dan redha dengan ketentuanNya.

Kita anggap kematian itu perpisahan yang abadi, namun kita silap. Jika hr ini org yang kita sayangi pergi, entah esok atau lusa, kita pula yg dijemputNya. Kita ingin bersama dengan org yang kita sayangi di akhirat kelak, namun sudahkah kita bersedia dengan amalan kita?

hmmmm...senangnya umi berkata2. Iya, kata2 senang dituturkan namun apabila diuji belom tentu mampu menerima ketentuan itu. umi juga manusia. punya anak dan suami. punya keluarga yang dicintai. punya ht dan perasaan yang bila2 masa shj akan terluka.
janji Allah itu pasti maka kematian itu pasti akan tiba. tidak tahu siapa dia antara keluarga umi yg akan menempuh dahulu. semenjak kematian nenek dan mak long 4 tahun lepas, umi belom diuji lg dengan rasa kehilangan itu. dn kalau boleh pon umi x mahu menempuh ujian yang Ayu atau Jiey lalui kerana umi tak dapat gambarkan akan kuatkah umi untuk melaluinya. Tp yg pasti umi hanya mampu berdoa agar menjadi sekuat wanita bernama Siti Khadijah Ismail yg juga melalui saat-saat perit kehilangan anakandanya yang tercinta selang setahun selepas ayahandanya.

Mungkin Ayu atau Jiey perlu belajar kesabaran ustazah ini melalui ujian tersebut. Ia, dia usatzah, pasti imannya lebih kuat dari kita ini. Tapi ingatlah, dia juga seoarang wanita, anak kepada seorang bapa yang telah pergi dan ibu kepada seorang bayi yang sedang menanti di pintu syurga. Dia kuat kerana dia benar yakin akan janjiNya. Dia wanita yang umi amat kenal dengan sikap teguhnya dia beragama. Dia yang meletakkan janji Allah dan rasulNya di hadapan melebihi segalanya. Dia yang tetap terus berjuang untuk AkhiratNya, bukan untuk dunia semata....

http://dijahis.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan