Salam
Hehe...tengah mencari-cari idea nk mulakan assignment. Tapi mood masih lg ditahap yang tidak memberangsangkan. Sebabnya mencari maklumat tak berjumpa. dok belek2 website, terus masuk facebook. Last2 topik yang tersangkut bab madu. Bukan madu lebah.Madu kawen lebih dari satu. Dh jadi trend umat sekarang terutamanya perempuan memang alergic bebenor dengan bab madu ni. Kalu bley, dengar pon tak hingin. Tapi aku tak ler pulak rasa macam tuh. Kalu kat rumah tu, suami selalu dok citer pasal perempuan lain dan slalu jugak cakap nk menambah cawangan. Aku tak lah anggap ianya sebagai satu ugutan atau rasa terancam sebab berkahwen lebih dari 1 tu kan dibolehkan dalam Islam.
Mula2 dulu suami aku pelik jugak kenapa aku ni x cemburu pon bila dia bercerita tentang perempuan lain. Cerita tentang ex2 awek dia pon aku buat muka selamba. Ntahlah stakat nih aku mmg tak ada rasa ape2. Kalu suami aku cakap dia nk kawen sbb aku nih x lawa berbanding perempuan yang dia kenal tu, mungkin betol kot. Aku mmg pon comot. Aku x kesah selagi nafkah dan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam, dia ikut. Dia lelaki n berpoligami itu adalah haknya. Ramai kengkawan yg tanya, aku nih dah giler ker atau dh tak sayangkan suami aku lagi ker? Sayang? hmmmm....sayang.
Kalu tak sayang, takder la anak sampai 2. Cinta? cinta la, kalau tak, membujang la aku sampai tua.
Bg aku poligami itu adalah syariat Allah. Dh termaktub dalam Al-Quran dan ianya adalah HAK seorg suami selagi mana dia menunaikan tgjwbnya dan mempunyai kemampuan untuk berkahwen lg. Aku kawen dulu pon sbb nk tunaikan tgjwb aku sebagai seorang manusia. Nk sempurnakan keimanan ni. Nk lahirkan pejuang2 Allah di penghujuang akhir zaman. Jadi cinta aku pada suami aku kerana Allah. Selagi Allah benarkan, selagi itu aku akan patuh tak kiralah betapa hancur pon perasaan aku nih. Ikut rasa binasa. Takut binasa kerana ikutkan hati, maka baik aku ikut apa yang Allah dh tetapkan. Mungkin bagi kita, ianya rasa sakit bila lihat org yang disayangi bersama orang lain, tapi aku lebih rela sakit dr berdosa menidakkan HAK ALLAH.
Lgpon pada pandangan aku, poligami dapat menyelesaikan banyak isu-isu sosial yang melanda sekarang nih. Toksah la pentingkan diri sangat sebab kalu mati pon kita soranng2 bukan boleh berdua pon. sayang macam mana sekalipon kita kat suami,kita mati, dia tetap kawen lain. Bagi aku, dari kawen lain lepas aku mati dan aku x dapat apa, baik dia kawen masa aku hidup ni, sekurang2nya kalu aku jd orang yang banyak bersabar, maka aku akan dapat PAYONG EMAS.
Aku ni banyak buat dosa. Panas kt dunia pon aku x tertahan, ni kan pula panas di padang MASYAR. Sekurang2nya dapatlah aku berteduh dibawah payong itu. Entahlah. tunggu n lihat sahaja ujian Allah seterusnya. Nk ckp lebih2 pon tak berani takut makan diri sendiri. Tp stakat ni InsyaAllah berhubung dengan Poligami nih aku amatlah berlapang hati. Aku kena jd independent untuk anak2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan