Salam..
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Jika inilah yang diperlukan untuk menakluk sebuah negara, maka saya merasakan bahawa PAS belum selayaknya menerajui kepimpinan Malaysia. Jika pimpinan PAS yang ada pada hari ini tidak di rescreening semula saya amat bimbang, andainya kepimpinan M'sia jatuh ketangan PR atau PAS maka akan jd lebih kucar kacirlah M'sia. Biarlah kami pejuang2 PAS ini menjadi golongan yang sedikit, tetapi ia lebih berkualiti berbanding jumlah yang ramai, namun akhirnya akan memakan diri. Jumlah tentera yang sanggup berkorban bukanlah isu, namun kualiti tentera itulah yang seharusnya ditekankan terutamanya kualiti pimpinan. Kerana jika baik pimpinannya, maka baiklah tenteranya. Jika tentera itu tidak baik, masih lg ada sikap double standard, pentingkan diri sendiri, maka, pemimpin faham-faham sahajalah apakah mereka itu baik atau tidak?
Jika ada yang mengatakan bahawa saya seorang yang kecewa dengan PAS, jawapannya TIDAK sama sekali. Saya tidak pernah kecewa. Kerana adanya saya disini walauppon sekadar menyokong dan pernah sekali dulu menjadi pimpinan kampus dan walaupon suami saya masih bekerja bersama-sama PAS, segala2nya itu saya buat kerana saya memilih ISLAM. Kerana Allah dan RasulNya. Demi Allah, jika tidak keranaNya, pasti saya tidak akan tetap dan terus berada di sini.
Bagaimana PAS mampu menerajui kepimpinan sebuah negara jika amanah yang Allah berikan untuk memimpin dua buah institusi sendiri pon sudah kucar kacir. Semakin kemenangan itu lebih memihak kepada PAS/PR semakin pemimpin2 atasan asyik dengan gelaran dan pangkat yang diberikan hingga lupa ada rakyat dan pekerja yang bermati-matian bekerja untuk mereka terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan. Layakkah mereka ini hendak menerajui kepimpinan? Sejak dari dulu lg telinga ini kebas mendengar perkataan Wala' dan Thiqah sehingga pimpinan kampus terdahulu mengatakan saya ini degil. Ya, saya mengaku diri ini degil, namun saya berpegang pada satu prinsip bahawa degil saya bukan untuk menjadi budak suruhan yang membabi buta. Menurut tanpa menilai kebaikkannya untuk Islam.
Jika kepimpinan di kampus seperti syok sendiri, maka bolehlah saya katakan kepimpinan dua institusi PAS yang ada ini seperti melepaskan batuk ditangga. Pekerja yang berhempas pulas melaksanakan amanah, pemimpin pula yang duduk senang lenang di atas. Bila sudah tidak diperlukan lg, pekerja di anggap sebagai sampah yang tidak berguna. Pemimpin duduk dikerusi empuk, bergaji besar, orang bawahan 20 tahun bekerja itulah gaji mereka masih lagi ditahap yang boleh diklasifikasikan sebagai pendapatan miskin bandar. Tapi demi Allah dan RasulNya pekerja yang berhempas pulas siang dan malam ini masih tetap setia bersama kepimpinan kerana yakin untuk terus bersama-sama dengan perjuangan Islam.
Jadi, jika beginilah sikap kepimpinan PAS, apa bezanya mereka dengan kepimpinan UMNO?
Jika sudah namanya MANUSIA, selagi tidak meletakkan ISLAM dihadapan, selagi itulah mereka ini sama sahaja cuma yang berbeza aku PAS engaku UMNO. Atau mungkin UMNO lebih baik. Berusaha untuk dunia mereka bersungguh-sungguh hingga tidak mengira HALAL dan HARAM semuanya dibedal berbanding PAS yang hangat2 tahi ayam. Dua institusi yang di amanahkan Allah pon tidak mampu dijaga.
Selepas ini tidak perlulah ada suara2 sumbang di Parlimen dari pimpinan pembangkang terutamanya PAS memperjuangkan nasib rakyat jika nasib pekerja mereka sendiri terabai. Mereka ini juga manusia yang punya keperluan dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia. Adakah permintaan itu berat bagi pimpinan untuk melaksanakannya?
Pejuang bawahan ini tidak diminta untuk di angkat setinggi langit, tidak diminta juga dihadiahi dengan wang berjuta ringgit seperti UMNO dan bukan juga untuk diminta pujian, tapi HARGAILAH kami. Ketahuilah isi hati kami. Kami mohon jadilah PEMIMPIN yang baik. Biarlah gaji yang diberi kecil, tak mengapa asalkan KEADILAN itu ada. Kami mahu PEMIMPIN yang sanggup bersusah dengan kami yang sememangnya SUSAH dan TIADA APA. Kami kecewa jika PEMIMPIN hanya duduk dikerusi empuk, berat melangkah untuk turun bertanyakan khabar kami ini. Kami benci bila melihat sikap BOSSY dikalangan pemimpin PAS.
Adakah itu semua akan mampu menjadi realiti? Mampukah H****** dan S***** diterajui dengan kepimpinan yang lebih baik dari sekarang? Mudah2an jika catatan ini dibaca oleh salah seorang pimpinan, maka inilah luahan hati dari seorang yang hampir dengan dua institusi ini. Wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan