Salam...
Just get back from Dr Maarof lecture on Research Method.
Makan sudah, minum pon sudah,Alhamdulillah, mood pon ok untuk teruskan penulisan
bagi concept paper Food Security.
Cuaca yg baik seiring dengan mood yang baik
ditambah lg dengan idea yang meluap-luap untuk diterjemahkan.
Cuma satu benda yang tak settle lagi iaitu solat Zohor.
Huhu....kena cepat sebab takut jugak kalu sesaat lg
tetiba je malaikat maut datang, dh x sempat.
Mati sia-sia je nanti.
Singgah menjengah FB tadi.
Roll hingga ke bawah, tgk ada catatan dr papa Alanna
hmmm..sungguh sakit menanggung rindu pada orang yang telah tiada amat perit
mama Alanna, papa Alanna n nadime adalah orang-orang yang amat kuat
kata2 ini walau semanis mana dan sesungguh mana pon x akan mampu berikan
ketenangan pada hati yang dilanda kesedihan
teringat terjemahan ayat2 Al-Quran yang ummi ternampak
kat papan kenyataan di surau Veterina semalam
ayat Al-Quran adalah penyembuh hati yang paling mujarab
puitis mana pon sebuah lagu
hebat mana pon sebuah syair rindu
lembut mana pun bait-bait ayat yang dituturkan
tidak akan mampu menandingi Ayat Al-Quran
Hati jadi gelisah sebab ketenangan itu tidak ada
Jadi resah kerana banyak lg maksiat Hati yang bersarang dijiwa
Rasa sakit sebab tak berikan ubat Al-Quran yang sepatutnya
Carilah keseluruh genap pelusuk dunia untuk ubat hati yg sedih
Pergilah kepada doktor-doktor pakar hati yang hebat sekalipon
Ubat HATI yang gelisah, resah, sakit dan sedih hanya 1 iaitu: AL-QURAN
Kalu Hati ini tidak rasa getar bila mendengar ayat Al-Quran...
Itu tandanya Hati kita telah MATI
Hati kita sudah kosong
Maka dengan mudah Syaitan akan mula masukkan jarum2 hasutannya
Jika jarum itu sudah masuk
Bila HATI gelisah,
Bila HATI resah,
Bila HATI amarah,
Bila HATI putus asa,
Bila HATI kekosongan,
HATI ini tidak akan kembali pada TUHANNYA..
Mencari selain dari TUHAN untuk dirujuk..
Sedangkan yang mencipta HATI itu Allah..
Maka pulangkan soal HATI, masalah HATI kepada Pencipta
DIA adalah doktor segala doktor
Pengubat kepada segala kesakitan
Dia juga tak pernah hampakan hambaNya
Tiada bayaran, cuma perlukan kesabaran
YAKINLAH...Allah itu bukan zalim dalam ketentuanNya
DIA bukan menghukum kita
DIA cuma mahu kita semakin dekat denganNya
Meminta bantuanNya
Kerana dia MAHA PEMBERI
Kerna semua yang ada di dunia ini MilikNya.
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA
Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak
Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik
Untukmu.Oleh itu,Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan