Salam....
Anak-anak terutamanya budak2 kecil yang berumur antara 2-6 tahun memang cepat belajar.
Ada sahaja perkara baru yang mereka belajar dan setiap hari ada sahaja perkataan pelik yang akan dituturkan mereka. Mana la depa ni belajar? TV adalah medium yang paling mudah dan berkesan sebagai ejen atau guru mereka.
Ziyad
Isnin lepas abi bawa Ziyad pergi Usrah Pemuda. Dah dia nak ikut sangat ayahnya, siap berdiri depan pintu get ready dengan selipar kecilnya. Mula2 tu abi ingat nk naik motor je, tapi ditakdirkan Allah, hmmm tayar motor pancit la pulak.
Gembira sungguh Ziyad bila dia lihat abinya naik semula ke atas ambil kunci kereta. Abi membebel2.'Ni mesti umi yang tak bagi abi pi, sebab tu tayar motor pancit'.
Umi sengih.Marah jugak dituduh macam tuh. 'Saper kata tak bagi? umi kata nk pi bawak la yad tuh skali. latih dia jadi pejuang Islam. Duduk dalam usrah. Kalau muslimat boleh dengar usrah sambil pegang anak, suami x kan bawak badan je kot? Lgpon yad kan dh besar? bukan perlu diberikan susu atau dia baru merangkak.' Diam sekejap abi.Last2 barulah dengar suaranya kedengaran panggil yad ikut dia. Tapi ziyad mmg dh siap sedia. ke mana abinya pergi, pasti dibontotinya.
Maka pergilah mereka berdua. Yang tak tahannya, bila balik satu benda baru lg yang ziyad belajar. Belajar perkataan B****. Sebenarnya x baru mana pon. pernah jugak dia keluarkan perkataan tersebut tapi tidak jelas dan tidaklah kerap. Kali ni, kerap pulak dia keluarkan perkataan tersebut.
Sedang asyik abi dan yad tengok TV lepas pulang dari usrah, tetiba yad cakap B****. Abi marah. Umi pelik, dari mana dia belajar sebab memang kami sekarang dah berhati-hati dengan perkataan-perkataan yang begitu. Cerita abi, mungkin yad terdengar masa usrah td. Sewaktu ustaz ceritakan kisah nabi Sulaiman. Ceritanya begini;
Sedang nabi Sulaiman berkumpul dengan beberapa haiwan tiba-tiba terdengar suara sang keldai ketawa sorang-sorang. Lalu nabi Sulaiman pon tanya pada sang zirafah tentang perihal si keldai yang pelik ketawa seorang diri. Si Zirafah pon menceritakan kisah pertemuan beberapa binatang malam semalam yang berkumpul mendengar cerita lawak. Mereka semua ketawa melainkan si keldai ni. Rupa2nya si keldai ni baru faham cerita itu lawak dan baru ketawa hari ini, kata si zirafah kepada nabi Sulaiman.
Maka untuk ustaz tu ambil pengajaran dengan mengeluarkan perkataan lembab dan B**** macam si keldai. tapi sepanjang2 cerita tu, yad hanya dengar satu perkataan iaitu B**** yang diulang-ulang. Bila umi dengar cerita tuh, umi x marah pada yad sebab dia budak kecik dan memang pon itu kemampuan dia. So moralnya, sebagai orang dewasa kita kenalah biasakan perkataan yang baik atau berlawanan contohnya BODOH lwnnya PANDAI.
Mmg la usrah tuh untuk orang dewasa, tapi kita kena la tengok juga sebab budak tu pon mad'u. Umi x marah jugak pada ustaz tuh sebab mungkin dia x biasa. Cuma umi guna kaedah yang tterbalik, umi cakap kat yad, bukan B**** tapi PANDAI nyerrrrrrr...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan