Menulis bukan kerana nama... Menulis kerana jalan da'wahNya... Mata pena lebih tajam dari mata pedang
PuteraKu
Isnin, 11 Oktober 2010
10.10.2010 - Alhamdulillah dan Innalillah.....
Salam....
10 Oktober 2010 menyaksikan kisah suka dan duka perjalanan manusia di muka bumi Allah. Berbagai rasa bercampur baur. Tarikh ini telah mencatatkan pelbagai peristiwa yang terkesan di jiwa. Kisah sebuah kejayaan selepas kepayahan, kisah kedukaan kerna kehilangan dan kisah kebahagian pasangan mempelai. Walau apa pon kisahnya, walau apa pon tragedinya yang pasti kita ini manusia yang berjalan di atas garisan takdir dan ketentuanNya. Yang penting di setiap saat suka dan duka itu, adakah ia semakin mendekatkan diri kita denganNya atau semakin jauh meninggalkanNya.
Alhamdulillah...
Detik 10 Oktober 2010 itu mencatatkan kenangan indah dalam kamus hidupku. Terlalu bermakna kerana akhirnya penat lelah org2 yang tersayang berbalas dengan segulung ijazah. Ya Allah, semoga seiring dengan ilmu dan penghargaan ini, maka menjadikan diriku lebih bertakwa.Amanah yang akan kupikul kini akan bertambah kerana pemikiran orang yang berilmu tidak akan sama dengan orang yang tidak berilmu. Org yang berilmu itu tidak akan sekali2 menidakkan ILMU ALLAH kerana apa yg ada di dalam AlQuran dan Hadith itu adalah ibu segala ILMU (root of knowledge). Jika org yang berilmu itu tidak tunduk pada ILMU Allah, maka mereka itu manusia yang tidak jujur dengan Ilmunya. Mereka yang mengamalkan Ilmu songsang dan tidak sepatutnya menjadi rujukkan.
Alhamdulillah kerna berkat kesabaran orang2 yang kucintai selama ini, maka aku telah berjaya. Perjalanan menuju kejayaan ini amat kurasakan kepayahannya. Terlalu terasa. Dua orang putraku telah kulahirkan semasa dalam proses mendaki puncak kejayaan ini. Thariq Ziyad dan Muhammad AlFateh. Benar2 aku merasakan bahawa diri ini teruji. Jika aku melihat kembali detik2 ujian itu, pasti rasanya airmata ini berguguran. Sewaktu Ziyad dilahirkan ke dunia ini, aku baru berada di semester ke-2. Allah uji dengan kesakitan dan kepayahan kewangan. Ziyad dimasukkan ke NICU selepas dilahirkan abi pula berhadapan dengan masalah pekerjaan. Kebetulan sewaktu aku melahirkan ziyad, aku baru habis final exam untuk sem 2. Apabila ziyad terpaksa ditahan wad selama hampir 2 minggu,maka aku terpaksa bermastautin di NICU Serdang selama tempoh tersebut. Hati ini walaupon terasa pilu dengan ujian ini, namun aku hanya mampu berserah. Melihat Ziyad waktu itu, hati ibu mana yang tidak merintih. Di mana silap aku hingga anak yg kulahirkan sakit begini. Namun, hati ini hanya mampu berdoa yang terbaik buat anak ini. Jika inilah ujian yang telah ditentukan oleh Allah buatku, maka aku mohon pada Allah agar tabahkan hatiku dan hati suamiku untuk melalui...
Berikan ketentuan yang terbaik buat kami.
Bila suami datang menjengok kami, aku meluahkan perasaanku.'Bi...kenapa Allah uji kita begini?'Ziyad sakit, abi pula berhadapan dengan masalah pekerjaan.' Suamiku marah bila aku berkata2 begitu.'Jangan cakap macam tuh.' 'Tak baik.' Sangka baik pada Allah.' 'Ada orang lain yang Allah uji dengan lagi hebat'.'Mungkin sebab kita ni jahat dan selalu leka n alpa, sebab tuh Allah uji begini' 'Sabarlah mungkin ada hikmahnya.' Aku diam memikirkan kata2 suamiku. Ada benarnya. Mungkin selama ini aku sering berlaku zalim pada diri sendiri. Sering lupa dan leka pada suruhanNya.Setiap anak itu rezeki. Allah nk berikan hadiah buat kami. Sebab itu Dia berikan ujianNya dulu nk melihat kami berjaya atau tidak melaluinya.
Alhamudlillah, ujian itu telah berjaya dilalui. Namun kredit yang diberikan samada berjaya atau tidak pada pandanganNya, hanya Dia yang tahu. Tapi jika ingin diukur didunia ini, kenalah lihat samada ujian ini lebih mendekatkan diri kita kepadaNya atau semakin jauh dariNya.Setelah lahirnya Ziyad, lahir pula Muhammad Alfateh. Pada tarikh 10.10.2009. Kelahiran ini menambahkan lagi rezeki buat keluarga kami. Lagi melimpah ruah. Dia lahir sewaktu aku hendak membentangkan proposal projek ilmiah tahun akhir. Penyelamat buat aku yang belom bersedia dengan proposal tersebut. Semenjak bergelar ibu, aku banyak belajar untuk menjadi seorang yang lebih matang. Kejadian yang berlaku dikiri kananku dan yang menimpa orang-orang yang kukenali menjadikan diriku semakin menyerahkan perjalanan hidup ini kepada ketentuanNya. Kita manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah adalah penentu segalaNya. Berdoa agar diberikan dengan kesudahan yang baik. Jika mati kemalangan sekalipon, aku mohon agar aku sempat memohon keampunan dariNya. Sempat bertaubat dan yang penting sempat menyebut kalimah Laillahaillallah....
Innalillah
Pada 10.10.2010 juga mencatatkan kisah duka buat 15 ahli keluarga mangsa kemalangan Bas Express Delima di Simpang Ampat, Melaka. Sesungguhnya Ajal itu pasti akan tiba. cuma kita tidak tahu bila dan di mana. Segala yg berlaku itu hanyalah sebab musabab yang mengiringi sebuah kejadian. Takziah kepada ahli keluarga mangsa. Kerna itu apabila seorang mukmin berhadapan dengan musibah hendaklah disebutnya Innalillah kerana Kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Namun manusia itu selalu lupa malah sering mengutamakan kehidupan di dunia berbanding dengan kehidupan yang Abadi. Kita memberikan 100% komitmen dalam memastikan kehidupan dunia itu menjadi sempurna sedangkan hidup di dunia adalah sementara. Kita sering takut dengan kematian sedangan ia adalah pasti dan abadi malah sering lupa untuk persiapan di sana. Semoga aku dan keluargaku sempat bertaubat dan berakhir dengan kesudahan yang baik. Ya Allah, berikan kami kesudahan yang baik. Ampunkanlah aku yang berdosa ini. Yang penting, iktibar dari kejadian yang menimpa membuatkan diri kita selalu beringat supaya tidak berpaut pada sebuat Kehidupan yang Rapuh dan bersiap sedia menghadapi kematian walau dimana pon kita berada.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan