PuteraKu

PuteraKu

Ahad, 31 Oktober 2010

Minggu yang penuh dugaan

salam

last week merupakan minggu yang penuh dengan cabaran
emosi yang bercampur baur
kesal, marah, sedih, bengang dan rindu

Kesal sebab tak dapat nak siapkan semua assignment sebelom due date
Marah sebab ada ahli kumpulan yang pentingkan diri sendiri
Sedih sebab ziyad dan fateh demam tak dapat nak berikan sepenuh tumpuan kepada mereka berdua; dan
Rindu nak berguling dan berguaru senda dengan yad, fateh dan abi.

Aku amat marah dengan 'A'
sebab last minute dia ckp kat aku
"Kak. tak bely nak siap la. Saya buat take home test saya dulu. Bibiliografi tuh, cukup kot yang part saya. Tak sempat nak edit."

Aku begang....
Bengang sangt sebabnya aku dh bagi since pukul 3 ptg
Pukul 5 lebih baru datang n cakap tak dapat siap

Tahu tak
Sebab nak edit shj aku tido pukul 4.30 pg
Pukul 6.30 dh kena bangun semula
Hampir 60% konsep paper tuh aku yg buat
semua dh siap
Abstrak,
Isu kandungan,
Kesimpulan,
Tinggal bibiliografi je yang perlu di edit.

last2 dia ckp tak sempat nak edit
hantar apa yang ada
bekak jiwa aku dibuatnya
rasa nak mengangis pon ada
dh la take home test aku pun 2 soalan lg lom siap
gara2 nk siapkan konsep paper
nk buat betol2 sbb presentation macam hampeh

oleh kerana bengang dan marah yang amat sgt
maka aku katakan pada diri aku
lepas nih aku tak akan satu group lg dengan dia
biarlah buat sorang2
stakat nk brain storming tu, bley buat ngan org lain

n pagi tadi aku pi check ngan pensyarah
dia dh htr softcopy CD
tp sungguh sedih bila dia hanya letak NAMA DIA sorang........
kalu ikut aku, baik kt atas CD copy atau kt hardcopy, aku x mahu letak nama dia
bengang...sangat2
Sedangkan aku berhempas pulas
Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Nasib baik aku ada copy sendiri punya
So, aku minta tukar dengan alasan, groupmate saya hantar yang belom edit sepenuhnya.

Tuhan...sabarkan aku dengan ujianMu ini...

Rabu, 20 Oktober 2010

Muhammad Rasulku...Penghuluku

Sedihnya.........
Speechless...Rasullullah rindu kat umatnya
Umat yang tak pernah dia jumpa
Kita pon tak pernah jumpa Rasullullah
Tapi Rasullullah tetap ingat kat umatnya.
Kita? Engkau bagaimana? Aku pula bagaimana?

Tak terasakah kita
Zaman semakin berada dipenghujungnya
Dunia semakin tenat
Dunia semakin tua
Dunia semakin hancur

Tapi kita...tetap sibukkan dunia
Pentingkan kehidupan dunia
Tidak takut buat maksiat
Suka buat maksiat
Lupa pada tanggungjawab dan amanah Tuhan
Sedangkan kita tahu...
Dunia ini sementara
Akhirat kekal abadi

Setiap hari...
Setiap saat...
Ada sahaja yang MATI
Kita juga akan MATI
Tapi walaupon kita tahu
Kita tetap sayangkan dunia
Tetap cintakan dunia

Kita tahu panasnya Akhirat nanti melebihi suhu di dunia
Matahari hanya sejengkal dikepala
Tapi kita tetap ego
Tetap pentingkan diri sendiri
Tetap tidak endahkan peringatan yang Rasullullah sampaikan
Tetap lupa dan alpa
Tetap buat bodo...je

Kadang2 terlintas kt minda ni
Macam mana aku agaknya kat sana nanti
Boleh ker aku lalu titian sirat
Macam mana rasa sakitnya MATI
Macam mana amal aku
Macam mana timbangan neraca amalku
Layakkah aku nk masuk syurga

Sebab tuh aku nk soh suami aku kawen lg
Sebab aku tak mahu rasa kepanasan kt akhirat nanti
Kat dunia pon aku tak tahan
Takper la tahankan sikit hati ni untuk rs cemburu
Sabar sedikit dengan ujian
Sebab itu aja yang mampu aku buat selain beramal
Jaga solat
Jaga aurat
Jaga maruah suami
Jaga adab

Sebab syarat ke syurga bukan mudah....

Selasa, 19 Oktober 2010

Blog Walking...

Salam...

Just get back from Dr Maarof lecture on Research Method.
Makan sudah, minum pon sudah,Alhamdulillah, mood pon ok untuk teruskan penulisan
bagi concept paper Food Security.
Cuaca yg baik seiring dengan mood yang baik
ditambah lg dengan idea yang meluap-luap untuk diterjemahkan.
Cuma satu benda yang tak settle lagi iaitu solat Zohor.

Huhu....kena cepat sebab takut jugak kalu sesaat lg
tetiba je malaikat maut datang, dh x sempat.
Mati sia-sia je nanti.

Singgah menjengah FB tadi.
Roll hingga ke bawah, tgk ada catatan dr papa Alanna
hmmm..sungguh sakit menanggung rindu pada orang yang telah tiada amat perit
mama Alanna, papa Alanna n nadime adalah orang-orang yang amat kuat
kata2 ini walau semanis mana dan sesungguh mana pon x akan mampu berikan
ketenangan pada hati yang dilanda kesedihan

teringat terjemahan ayat2 Al-Quran yang ummi ternampak
kat papan kenyataan di surau Veterina semalam
ayat Al-Quran adalah penyembuh hati yang paling mujarab

puitis mana pon sebuah lagu
hebat mana pon sebuah syair rindu
lembut mana pun bait-bait ayat yang dituturkan
tidak akan mampu menandingi Ayat Al-Quran

Hati jadi gelisah sebab ketenangan itu tidak ada
Jadi resah kerana banyak lg maksiat Hati yang bersarang dijiwa
Rasa sakit sebab tak berikan ubat Al-Quran yang sepatutnya

Carilah keseluruh genap pelusuk dunia untuk ubat hati yg sedih
Pergilah kepada doktor-doktor pakar hati yang hebat sekalipon
Ubat HATI yang gelisah, resah, sakit dan sedih hanya 1 iaitu: AL-QURAN
Kalu Hati ini tidak rasa getar bila mendengar ayat Al-Quran...
Itu tandanya Hati kita telah MATI
Hati kita sudah kosong

Maka dengan mudah Syaitan akan mula masukkan jarum2 hasutannya
Jika jarum itu sudah masuk
Bila HATI gelisah,
Bila HATI resah,
Bila HATI amarah,
Bila HATI putus asa,
Bila HATI kekosongan,
HATI ini tidak akan kembali pada TUHANNYA..
Mencari selain dari TUHAN untuk dirujuk..

Sedangkan yang mencipta HATI itu Allah..
Maka pulangkan soal HATI, masalah HATI kepada Pencipta
DIA adalah doktor segala doktor
Pengubat kepada segala kesakitan
Dia juga tak pernah hampakan hambaNya
Tiada bayaran, cuma perlukan kesabaran
YAKINLAH...Allah itu bukan zalim dalam ketentuanNya
DIA bukan menghukum kita
DIA cuma mahu kita semakin dekat denganNya
Meminta bantuanNya
Kerana dia MAHA PEMBERI
Kerna semua yang ada di dunia ini MilikNya.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA
Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak
Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik
Untukmu.Oleh itu,Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH



"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Aksi Adik Fateh



Fouvarite gambar
Lebih comel n cute
Manjaa....



Kat hotel di Port Dickson
Fateh yang baru bangun tidoooo



Catek tak.....trademark Eric Leong.
Fateh yg botak

Abang Ziyad


InsyaAllah bakal menjejaki Umi dan Abi
Jadilah anak yang soleh


Ziyad anak yang comel
Buah hati umi dan abi
Abang kepada AlFateh..



Umi, abi dan adik sayaaaaaaang Yad...

Isnin, 18 Oktober 2010

Dodoian Anak Sebelum Tido

Lagu2 kegemaran Yad dan Fateh selain zikir sebelom masuk tido.

Tanya Sama Pokok...

Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang,

Tanya sama angin,
Apa sebab hujan,
Nanti jawab angin,
Tanyalah awan,

Nanti awan kata,
Aku kandung air,
Sampai tempat sejuk,
Aku pon cair,

Tengok dalam air,
Nampak bayang-bayang,
Campak satu batu,
Bayang pon hilang,

Satu...Satu

Satu...satu...Yad sayang Allah
Dua..dua..sayang Rasullullah
Tiga..tiga..sayang umi abi
1 2 3 Sayang semuanya

Labah-labah


Seekor labah-labah panjat diperigi
Bila hujan turun labah cepat lari
Terbit matahari air tiada lagi
Labah boleh panjat sekali lagi

Bangau...Oh Bangau

Bangau oh bangau kenapa engaku kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak timbul-timbul...2x

Ikan oh ikan kenapa engkau tak timbul
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat...2x

Rumput oh rumput kenapa engkau panjang
Macam mana aku x panjang
Kerbau tak makan aku 2x

Kerbau oh kerbau kenapa engkau x makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit 2x

Perut oh perut kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x

Nasi oh nasi kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah 2x

Kayu oh kayu kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x

Hujan oh hujan kenapa timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku 2x

Katak oh katak kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nk makan aku 2x

Ular oh ular kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
MEMANG DH MAKANAN AKU 2x

Presentation yg hampeh

Hari nih presentation amatlah hampeh.
Yg present hmpeh tu AKU la.
Self confident amat2 LOW.
Cakap pon tergagap-gagap.
Tgk slide.
Masuk ni kali yg ke-2.
X mcm bdk MASTER langsung.
Betoi jgk kata cik ana, MASTER..JI Hehe..
Huhhuhu.

Ahad, 17 Oktober 2010

Solat terakhirku....

Lepas solat td aku terfikir...

Andai ini solat terakhirku,
Andai ini doa terakhirku,
Andai ini taubat terakhirku,
Syukur lah sebab aku sempat tunaikan amanah ini...
Syukur sebab tidak lah aku mati dalam keadaan yg amat menyesal...
Dan semoga Allah terima solatku yang terakhir kali.
Dan semoga Solatku yang terakhir ini dapat melepaskanku dari azab api neraka.

Tiba-tiba perasaan hiba datang memukul palu hati ini,
Rasa bersalah sebab selalu mulut ni dok nasihat otang lain,
Tapi amal sendiri lompang sana sini,
Pagi td aku lewat lg,
Sedangkan dah berkali-kali Allah ketuk pintu,
Panggil aku menghadapNya, meminta apa yg aku mahu.
Terutamanya TAUBAT la..
:((((((((((((:(((((((
Ya Allah, ampunkan aku.
Tolong Ampunkan aku.

Aku bimbang, kerana lalainyaku,
Kerana banyaknya dosaku padaMu
Membuatkan aku terpisah diakhirat nanti dengan orang2 yang aku sayangi
Aku takut, jiwaku tak kuat nk berhadapan dengan ujianMu
Hanya kerana lompangnya solatku
Ampunkan aku...Ya Allah.

Jahat betol aku ni...

Masa semakin suntuk

Masa makin suntuk tapi masih nak main-main lagi
Masih belek2 FB lagi, blog walking, singgah jap ke blog kegemaran
......blog Alanna.

Mummy belom edit catatan baru
Masih lg catatan minggu lepas
Tapi bila tgk gambar Alanna, rasa yang menyeksakan tetiba datang
Hati jd sakit tak tahu apa sebabnya
Bila mummy letak sekali slide gambar2 Alanna, ditambah lagi dengan lagu dendangan Siti
Makin sakit hati ni dibuatnya
Beginikah sakitnya menanggung perasaan rindu?
Rindu nk menatap wajahnya
Rindu nk melihat senyumnya
Rindu nk melihat keletahnya

Kalau beginilah rasa sakitnya
Fahamlah ummi sakit yang terpaksa ditanggung oleh mummy
Nk menangis,bimbang airmata ini akan mengalir tak henti
Mummy cuba jd tabah, tapi sakit nk tanggung...
Ingat lg entry mummy yang dulu2
Kalu Alanna dh tak ada,
Nk cari kat mana?
Carilah kat mana pon,
Pergilah hingga ke hujung dunia,
Alanna memang dah tak ada.

Kalau ummi, mampukah nk hadapi ujian ini?
Huhu...jangan tanya macam tuh.
Tolong, jangan. Sebab ummi dh ada jawapan.
Ummi tak mampu nak hadapinya.
Umi takut jd gila.
Umi takut nanti umi salahkan Tuhan.
Yang itu umi tak mahu.
Umi takut umi x mampu nk teruskan hidup.


Tapi yang hidup pasti mati.
Ya Allah, tentukan bagiku pengakhiran yang baik,
Jdkan aku hambaMu yang tabah dalam menghadapi ujianMu,
Hidup dan mati itu milikMu, ketentuanMu,
Jika sudah sampai suratanMu,
Maka kuatkan aku untuk melaluiNya
Berikanlah kesudahan yang terbaik disisiMu ke atas
orang2 yang aku cintai........Amin..

Alfatihah untuk Bidadari Kecil Alanna...........................

Rabu, 13 Oktober 2010

They learn....

Salam....

Anak-anak terutamanya budak2 kecil yang berumur antara 2-6 tahun memang cepat belajar.
Ada sahaja perkara baru yang mereka belajar dan setiap hari ada sahaja perkataan pelik yang akan dituturkan mereka. Mana la depa ni belajar? TV adalah medium yang paling mudah dan berkesan sebagai ejen atau guru mereka.

Ziyad

Isnin lepas abi bawa Ziyad pergi Usrah Pemuda. Dah dia nak ikut sangat ayahnya, siap berdiri depan pintu get ready dengan selipar kecilnya. Mula2 tu abi ingat nk naik motor je, tapi ditakdirkan Allah, hmmm tayar motor pancit la pulak.
Gembira sungguh Ziyad bila dia lihat abinya naik semula ke atas ambil kunci kereta. Abi membebel2.'Ni mesti umi yang tak bagi abi pi, sebab tu tayar motor pancit'.

Umi sengih.Marah jugak dituduh macam tuh. 'Saper kata tak bagi? umi kata nk pi bawak la yad tuh skali. latih dia jadi pejuang Islam. Duduk dalam usrah. Kalau muslimat boleh dengar usrah sambil pegang anak, suami x kan bawak badan je kot? Lgpon yad kan dh besar? bukan perlu diberikan susu atau dia baru merangkak.' Diam sekejap abi.Last2 barulah dengar suaranya kedengaran panggil yad ikut dia. Tapi ziyad mmg dh siap sedia. ke mana abinya pergi, pasti dibontotinya.

Maka pergilah mereka berdua. Yang tak tahannya, bila balik satu benda baru lg yang ziyad belajar. Belajar perkataan B****. Sebenarnya x baru mana pon. pernah jugak dia keluarkan perkataan tersebut tapi tidak jelas dan tidaklah kerap. Kali ni, kerap pulak dia keluarkan perkataan tersebut.

Sedang asyik abi dan yad tengok TV lepas pulang dari usrah, tetiba yad cakap B****. Abi marah. Umi pelik, dari mana dia belajar sebab memang kami sekarang dah berhati-hati dengan perkataan-perkataan yang begitu. Cerita abi, mungkin yad terdengar masa usrah td. Sewaktu ustaz ceritakan kisah nabi Sulaiman. Ceritanya begini;

Sedang nabi Sulaiman berkumpul dengan beberapa haiwan tiba-tiba terdengar suara sang keldai ketawa sorang-sorang. Lalu nabi Sulaiman pon tanya pada sang zirafah tentang perihal si keldai yang pelik ketawa seorang diri. Si Zirafah pon menceritakan kisah pertemuan beberapa binatang malam semalam yang berkumpul mendengar cerita lawak. Mereka semua ketawa melainkan si keldai ni. Rupa2nya si keldai ni baru faham cerita itu lawak dan baru ketawa hari ini, kata si zirafah kepada nabi Sulaiman.

Maka untuk ustaz tu ambil pengajaran dengan mengeluarkan perkataan lembab dan B**** macam si keldai. tapi sepanjang2 cerita tu, yad hanya dengar satu perkataan iaitu B**** yang diulang-ulang. Bila umi dengar cerita tuh, umi x marah pada yad sebab dia budak kecik dan memang pon itu kemampuan dia. So moralnya, sebagai orang dewasa kita kenalah biasakan perkataan yang baik atau berlawanan contohnya BODOH lwnnya PANDAI.

Mmg la usrah tuh untuk orang dewasa, tapi kita kena la tengok juga sebab budak tu pon mad'u. Umi x marah jugak pada ustaz tuh sebab mungkin dia x biasa. Cuma umi guna kaedah yang tterbalik, umi cakap kat yad, bukan B**** tapi PANDAI nyerrrrrrr...

Isnin, 11 Oktober 2010

Pejuangku...

Senarai nama anak2 dan bakal anak2ku...

Putera:
1)Thariq Ziyad
2)Muhammad Alfateh
3)Salahuddin AlAyubi
4)Umar
5)Uthman

Puteri:
1)Fatimah AzZahrah
2)Khaulah Azwar
3)Siti Khadijah
4)Zainab

10.10.2010 - Alhamdulillah dan Innalillah.....


Salam....

10 Oktober 2010 menyaksikan kisah suka dan duka perjalanan manusia di muka bumi Allah. Berbagai rasa bercampur baur. Tarikh ini telah mencatatkan pelbagai peristiwa yang terkesan di jiwa. Kisah sebuah kejayaan selepas kepayahan, kisah kedukaan kerna kehilangan dan kisah kebahagian pasangan mempelai. Walau apa pon kisahnya, walau apa pon tragedinya yang pasti kita ini manusia yang berjalan di atas garisan takdir dan ketentuanNya. Yang penting di setiap saat suka dan duka itu, adakah ia semakin mendekatkan diri kita denganNya atau semakin jauh meninggalkanNya.

Alhamdulillah...
Detik 10 Oktober 2010 itu mencatatkan kenangan indah dalam kamus hidupku. Terlalu bermakna kerana akhirnya penat lelah org2 yang tersayang berbalas dengan segulung ijazah. Ya Allah, semoga seiring dengan ilmu dan penghargaan ini, maka menjadikan diriku lebih bertakwa.Amanah yang akan kupikul kini akan bertambah kerana pemikiran orang yang berilmu tidak akan sama dengan orang yang tidak berilmu. Org yang berilmu itu tidak akan sekali2 menidakkan ILMU ALLAH kerana apa yg ada di dalam AlQuran dan Hadith itu adalah ibu segala ILMU (root of knowledge). Jika org yang berilmu itu tidak tunduk pada ILMU Allah, maka mereka itu manusia yang tidak jujur dengan Ilmunya. Mereka yang mengamalkan Ilmu songsang dan tidak sepatutnya menjadi rujukkan.

Alhamdulillah kerna berkat kesabaran orang2 yang kucintai selama ini, maka aku telah berjaya. Perjalanan menuju kejayaan ini amat kurasakan kepayahannya. Terlalu terasa. Dua orang putraku telah kulahirkan semasa dalam proses mendaki puncak kejayaan ini. Thariq Ziyad dan Muhammad AlFateh. Benar2 aku merasakan bahawa diri ini teruji. Jika aku melihat kembali detik2 ujian itu, pasti rasanya airmata ini berguguran. Sewaktu Ziyad dilahirkan ke dunia ini, aku baru berada di semester ke-2. Allah uji dengan kesakitan dan kepayahan kewangan. Ziyad dimasukkan ke NICU selepas dilahirkan abi pula berhadapan dengan masalah pekerjaan. Kebetulan sewaktu aku melahirkan ziyad, aku baru habis final exam untuk sem 2. Apabila ziyad terpaksa ditahan wad selama hampir 2 minggu,maka aku terpaksa bermastautin di NICU Serdang selama tempoh tersebut. Hati ini walaupon terasa pilu dengan ujian ini, namun aku hanya mampu berserah. Melihat Ziyad waktu itu, hati ibu mana yang tidak merintih. Di mana silap aku hingga anak yg kulahirkan sakit begini. Namun, hati ini hanya mampu berdoa yang terbaik buat anak ini. Jika inilah ujian yang telah ditentukan oleh Allah buatku, maka aku mohon pada Allah agar tabahkan hatiku dan hati suamiku untuk melalui...
Berikan ketentuan yang terbaik buat kami.

Bila suami datang menjengok kami, aku meluahkan perasaanku.'Bi...kenapa Allah uji kita begini?'Ziyad sakit, abi pula berhadapan dengan masalah pekerjaan.' Suamiku marah bila aku berkata2 begitu.'Jangan cakap macam tuh.' 'Tak baik.' Sangka baik pada Allah.' 'Ada orang lain yang Allah uji dengan lagi hebat'.'Mungkin sebab kita ni jahat dan selalu leka n alpa, sebab tuh Allah uji begini' 'Sabarlah mungkin ada hikmahnya.' Aku diam memikirkan kata2 suamiku. Ada benarnya. Mungkin selama ini aku sering berlaku zalim pada diri sendiri. Sering lupa dan leka pada suruhanNya.Setiap anak itu rezeki. Allah nk berikan hadiah buat kami. Sebab itu Dia berikan ujianNya dulu nk melihat kami berjaya atau tidak melaluinya.

Alhamudlillah, ujian itu telah berjaya dilalui. Namun kredit yang diberikan samada berjaya atau tidak pada pandanganNya, hanya Dia yang tahu. Tapi jika ingin diukur didunia ini, kenalah lihat samada ujian ini lebih mendekatkan diri kita kepadaNya atau semakin jauh dariNya.Setelah lahirnya Ziyad, lahir pula Muhammad Alfateh. Pada tarikh 10.10.2009. Kelahiran ini menambahkan lagi rezeki buat keluarga kami. Lagi melimpah ruah. Dia lahir sewaktu aku hendak membentangkan proposal projek ilmiah tahun akhir. Penyelamat buat aku yang belom bersedia dengan proposal tersebut. Semenjak bergelar ibu, aku banyak belajar untuk menjadi seorang yang lebih matang. Kejadian yang berlaku dikiri kananku dan yang menimpa orang-orang yang kukenali menjadikan diriku semakin menyerahkan perjalanan hidup ini kepada ketentuanNya. Kita manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah adalah penentu segalaNya. Berdoa agar diberikan dengan kesudahan yang baik. Jika mati kemalangan sekalipon, aku mohon agar aku sempat memohon keampunan dariNya. Sempat bertaubat dan yang penting sempat menyebut kalimah Laillahaillallah....

Innalillah

Pada 10.10.2010 juga mencatatkan kisah duka buat 15 ahli keluarga mangsa kemalangan Bas Express Delima di Simpang Ampat, Melaka. Sesungguhnya Ajal itu pasti akan tiba. cuma kita tidak tahu bila dan di mana. Segala yg berlaku itu hanyalah sebab musabab yang mengiringi sebuah kejadian. Takziah kepada ahli keluarga mangsa. Kerna itu apabila seorang mukmin berhadapan dengan musibah hendaklah disebutnya Innalillah kerana Kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Namun manusia itu selalu lupa malah sering mengutamakan kehidupan di dunia berbanding dengan kehidupan yang Abadi. Kita memberikan 100% komitmen dalam memastikan kehidupan dunia itu menjadi sempurna sedangkan hidup di dunia adalah sementara. Kita sering takut dengan kematian sedangan ia adalah pasti dan abadi malah sering lupa untuk persiapan di sana. Semoga aku dan keluargaku sempat bertaubat dan berakhir dengan kesudahan yang baik. Ya Allah, berikan kami kesudahan yang baik. Ampunkanlah aku yang berdosa ini. Yang penting, iktibar dari kejadian yang menimpa membuatkan diri kita selalu beringat supaya tidak berpaut pada sebuat Kehidupan yang Rapuh dan bersiap sedia menghadapi kematian walau dimana pon kita berada.

Khamis, 7 Oktober 2010

Mungkin PAS Belum Selayaknya Memerintah

Salam..

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Jika inilah yang diperlukan untuk menakluk sebuah negara, maka saya merasakan bahawa PAS belum selayaknya menerajui kepimpinan Malaysia. Jika pimpinan PAS yang ada pada hari ini tidak di rescreening semula saya amat bimbang, andainya kepimpinan M'sia jatuh ketangan PR atau PAS maka akan jd lebih kucar kacirlah M'sia. Biarlah kami pejuang2 PAS ini menjadi golongan yang sedikit, tetapi ia lebih berkualiti berbanding jumlah yang ramai, namun akhirnya akan memakan diri. Jumlah tentera yang sanggup berkorban bukanlah isu, namun kualiti tentera itulah yang seharusnya ditekankan terutamanya kualiti pimpinan. Kerana jika baik pimpinannya, maka baiklah tenteranya. Jika tentera itu tidak baik, masih lg ada sikap double standard, pentingkan diri sendiri, maka, pemimpin faham-faham sahajalah apakah mereka itu baik atau tidak?

Jika ada yang mengatakan bahawa saya seorang yang kecewa dengan PAS, jawapannya TIDAK sama sekali. Saya tidak pernah kecewa. Kerana adanya saya disini walauppon sekadar menyokong dan pernah sekali dulu menjadi pimpinan kampus dan walaupon suami saya masih bekerja bersama-sama PAS, segala2nya itu saya buat kerana saya memilih ISLAM. Kerana Allah dan RasulNya. Demi Allah, jika tidak keranaNya, pasti saya tidak akan tetap dan terus berada di sini.

Bagaimana PAS mampu menerajui kepimpinan sebuah negara jika amanah yang Allah berikan untuk memimpin dua buah institusi sendiri pon sudah kucar kacir. Semakin kemenangan itu lebih memihak kepada PAS/PR semakin pemimpin2 atasan asyik dengan gelaran dan pangkat yang diberikan hingga lupa ada rakyat dan pekerja yang bermati-matian bekerja untuk mereka terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan. Layakkah mereka ini hendak menerajui kepimpinan? Sejak dari dulu lg telinga ini kebas mendengar perkataan Wala' dan Thiqah sehingga pimpinan kampus terdahulu mengatakan saya ini degil. Ya, saya mengaku diri ini degil, namun saya berpegang pada satu prinsip bahawa degil saya bukan untuk menjadi budak suruhan yang membabi buta. Menurut tanpa menilai kebaikkannya untuk Islam.

Jika kepimpinan di kampus seperti syok sendiri, maka bolehlah saya katakan kepimpinan dua institusi PAS yang ada ini seperti melepaskan batuk ditangga. Pekerja yang berhempas pulas melaksanakan amanah, pemimpin pula yang duduk senang lenang di atas. Bila sudah tidak diperlukan lg, pekerja di anggap sebagai sampah yang tidak berguna. Pemimpin duduk dikerusi empuk, bergaji besar, orang bawahan 20 tahun bekerja itulah gaji mereka masih lagi ditahap yang boleh diklasifikasikan sebagai pendapatan miskin bandar. Tapi demi Allah dan RasulNya pekerja yang berhempas pulas siang dan malam ini masih tetap setia bersama kepimpinan kerana yakin untuk terus bersama-sama dengan perjuangan Islam.

Jadi, jika beginilah sikap kepimpinan PAS, apa bezanya mereka dengan kepimpinan UMNO?
Jika sudah namanya MANUSIA, selagi tidak meletakkan ISLAM dihadapan, selagi itulah mereka ini sama sahaja cuma yang berbeza aku PAS engaku UMNO. Atau mungkin UMNO lebih baik. Berusaha untuk dunia mereka bersungguh-sungguh hingga tidak mengira HALAL dan HARAM semuanya dibedal berbanding PAS yang hangat2 tahi ayam. Dua institusi yang di amanahkan Allah pon tidak mampu dijaga.

Selepas ini tidak perlulah ada suara2 sumbang di Parlimen dari pimpinan pembangkang terutamanya PAS memperjuangkan nasib rakyat jika nasib pekerja mereka sendiri terabai. Mereka ini juga manusia yang punya keperluan dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia. Adakah permintaan itu berat bagi pimpinan untuk melaksanakannya?
Pejuang bawahan ini tidak diminta untuk di angkat setinggi langit, tidak diminta juga dihadiahi dengan wang berjuta ringgit seperti UMNO dan bukan juga untuk diminta pujian, tapi HARGAILAH kami. Ketahuilah isi hati kami. Kami mohon jadilah PEMIMPIN yang baik. Biarlah gaji yang diberi kecil, tak mengapa asalkan KEADILAN itu ada. Kami mahu PEMIMPIN yang sanggup bersusah dengan kami yang sememangnya SUSAH dan TIADA APA. Kami kecewa jika PEMIMPIN hanya duduk dikerusi empuk, berat melangkah untuk turun bertanyakan khabar kami ini. Kami benci bila melihat sikap BOSSY dikalangan pemimpin PAS.

Adakah itu semua akan mampu menjadi realiti? Mampukah H****** dan S***** diterajui dengan kepimpinan yang lebih baik dari sekarang? Mudah2an jika catatan ini dibaca oleh salah seorang pimpinan, maka inilah luahan hati dari seorang yang hampir dengan dua institusi ini. Wallahu'alam...

Rabu, 6 Oktober 2010

Maher Zain-InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x2
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x2
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x2
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one whose showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
Salam...

Umi tak tahu nk bg apa untuk tajuk kali ni. Selepas membaca kisah terkini Ian melalui blog mamanya, rasa meluap-luap untuk menulis.

Bukan nk komen catatan terbaru Jiey, tp sekadar meluah pandangan.
Ia, mmg betol, ujian hidup kita tidak sama. Ada yg diuji dengan kesakitan, ada yg diuji dengan kematian, ada juga yang diuji dengan kesenangan dan ada juga insan yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan.

Walau apa pon nama ujian itu, ujian tetap ujian dan ujian itu datang dr Allah.
Ujian yang menguji keimanan kita. Anak adalah ujian, harta kekayaan itu ujian, masalah rumah tangga juga ujian. Bak kata orang hidup ini adalah ujian yang akan menentukan di mana kita kelak di Akhirat. Hiduplah kita di dunia ini untuk perjalanan Akhirat. Tapi manusia selalu lupa. Manusia selalu anggap yang dunia adalah segalanya.

Ujian ini juga ada rasa sakit dan ada kalanya rasanya selesa. Biasanya ujian kesenangan dengan senang ht dan redha kita terima sehingga kadang-kala lupa diri untuk bersyukur dan melihat penderitaan orang lain. Dan biasanya manusia akan tewas dengan perasaan apabila diuji dengan penderitaan, perpisahan, kehilangan dan kemusnahan. Berkali-kali kita akan katakan kenapa aku yang diuji. Mengapa aku Tuhan?. Maka dalam sedar atau tidak, walaupon kita mengatakan bahawa kita redha dengan ujian tersebut, namun sebenarnya kita telah gagal. Gagal kerana keluhan kita pada manusia di atas ujian itu. Mengapa kita tidak meminta pada Allah dan redha dengan ketentuanNya.

Kita anggap kematian itu perpisahan yang abadi, namun kita silap. Jika hr ini org yang kita sayangi pergi, entah esok atau lusa, kita pula yg dijemputNya. Kita ingin bersama dengan org yang kita sayangi di akhirat kelak, namun sudahkah kita bersedia dengan amalan kita?

hmmmm...senangnya umi berkata2. Iya, kata2 senang dituturkan namun apabila diuji belom tentu mampu menerima ketentuan itu. umi juga manusia. punya anak dan suami. punya keluarga yang dicintai. punya ht dan perasaan yang bila2 masa shj akan terluka.
janji Allah itu pasti maka kematian itu pasti akan tiba. tidak tahu siapa dia antara keluarga umi yg akan menempuh dahulu. semenjak kematian nenek dan mak long 4 tahun lepas, umi belom diuji lg dengan rasa kehilangan itu. dn kalau boleh pon umi x mahu menempuh ujian yang Ayu atau Jiey lalui kerana umi tak dapat gambarkan akan kuatkah umi untuk melaluinya. Tp yg pasti umi hanya mampu berdoa agar menjadi sekuat wanita bernama Siti Khadijah Ismail yg juga melalui saat-saat perit kehilangan anakandanya yang tercinta selang setahun selepas ayahandanya.

Mungkin Ayu atau Jiey perlu belajar kesabaran ustazah ini melalui ujian tersebut. Ia, dia usatzah, pasti imannya lebih kuat dari kita ini. Tapi ingatlah, dia juga seoarang wanita, anak kepada seorang bapa yang telah pergi dan ibu kepada seorang bayi yang sedang menanti di pintu syurga. Dia kuat kerana dia benar yakin akan janjiNya. Dia wanita yang umi amat kenal dengan sikap teguhnya dia beragama. Dia yang meletakkan janji Allah dan rasulNya di hadapan melebihi segalanya. Dia yang tetap terus berjuang untuk AkhiratNya, bukan untuk dunia semata....

http://dijahis.blogspot.com