PuteraKu

PuteraKu

Rabu, 29 Disember 2010

Pengubat hati...

Sunnah dalam perjuangan, mesti akan ada ujian. Pi blog walking, masuk beberapa blog Pro BN. Haha..habis kena sembur org2 PR. Well, nobody perfect tp yg sakit hati tuh bila cacian n fitnah yg dilemparkan oleh pencacai-pencacai najis BN terhadap penyokong2 yg pi demo utk BANTAH kenaikan tariff air di Selangor. Ade ker depa ckp demo tuh pakai budget krjn negeri. Krjn negeri sponsor. Sponsor duit minyak, duit baju..wehhh cakap tuh bebaik sikit la. Yg berdemo tuh atas keinsafan dlm diri menentang keZaliman UMNO. Nak mengampu UMNO pon tgk2 la.Isu air bukan isu org2 politik je. Ini isu KEBAJIKAN n HAK RAKYAT. JGN harap la PR nk sponsor. Kalu PR memerintah suatu hari nanti n ABAIKAN HAK RAKYAT, kami juga akan buat perkara yg sama.

Hmmm...tapi nk ckp kt org2 mcm puak2 UMNO tuh, aku rs buang air liur je la. Namanya je org Melayu, blog pon guna Bahasa Inggeris. Lps tuh dok perjuang Melayu. Bhs sendiri pon depa campak ke longkang. Tak sedar diri..

Anyway post ni bukan lah bertujuan nk bela PR sangat, tp memang aku dh menyampah dengan puak2 UMNO. Cuma org2 yg masih menyokong tuh BUTA HATI n BUTA MATA. pi dok sokong pon sebab ada kepentingan memasing.

Bg org UMNO, x kesah la, RASUAH pon RASUAH la, asalkan MASYUKKKKK...HALAL n HARAM pon dh x kenal. Org MISKIN lgkan la lagi nk diKENAL. Yg depa tahu, Projek...projek...Juta..juta..jutaria.Pembangunan...Ekonomi..disko..pub...tol n sebagainya. Tak kira la menindas org lain ker, zalim terhadap org lain ker...asalkan segala2nya DUIT. Betol tak orang2 UMNO? Jgn tipu la, aku ni dibesarkan di negeri UMNO jgk (JOHOR). Cuma Allah telah membuka hati aku ni, buka mata aku ni supaya x tertipu.

Cuma aku ni, sblom menyuap rezeki kt mulut, aku bertanya, ni rezeki yg Halal di sisiNya atau Haram disisNya? Teringat aku ttg kisah Rasullullah bilamana PEMERINTAH Quraisy menawarkan baginda kedudukan (pangkat) dan Harta dgn syarat baginda hentikan penyebaran Islam. Tp Rasulullah tak mahu. Mcm tuh jgk dgn keadaan sekarang. Apa korang (UMNO) ingat aku HERAN sangat dgn plan pembangunan korang ker?

Kalu ada puak2 UMNO kata, 'Eleh, ko tu mkn gj dgn kerajaan. Saper bg ko duit gj (makan). Lps tuh, dapat lg biasiswa itu dan ini, pakai jalan pon UMNO yg buat.'

Ni jwpn aku ' Segala rezeki ini adalah dr Allah. Ko(PEMERINTAH UMNO) buat jalan, buat bangunan,ko hidup tu (bernafas) pon atas keIzinan Allah. Jadi aku bersyukur kepada Allah. Bukan Manusia. Ko dpt jawatan, dpt jd pemerintah M'sia pon atas keizinanNya. Tegakkan Islam, tidak menindas rakyat, berikan pekerjaan kepada Rakyat, jaga M'sia daripada musuh itu semua tanggungjawab ko (PEMERINTAH UMNO) kepada kami dan AMANAH dari ALLAH.Kalau ko (UMNO) dh tak sanggup nk pikul, malah abaikan tggjwb bela rakyat, asyik nk makan gj buta, makan RASUAH, kumpul HARTA utk DIRI SENDIRI, maka SILALAH TURUN. Ramai lagi org yang LEBIH BAIK boleh pegang tanggungjawab tuh.'

Mls aku nk membebel, kalu baca hadith ni pon dh x rasa apa, tak tahu la aku. Mybe hati ko tuh dh keras mcm batu...

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Saya diperlihatkan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk surga dan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk neraka. Adapun tiga golongan pertama... yang masuk surga adalah orang yang mati syahid, budak yang dimiliki tuannya akan tetapi ia melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya dan memberikan nasihat kepada tuannya, dan orang yang menjauhkan dirinya dari hal-hal yang haram dan meminta-minta orang lain, padahal ia mempunyai tanggungan keluarga. Sedangkan tiga golongan pertama yang masuk neraka adalah pemimpin yang sewenang-wenang dan orang mempunyai harta banyak, akan tetapi ia tidak memberikannya kepada orang lain yang berhak menerimanya dan orang fakir yang sombong. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Ath-Thayalisy, dan Al-Hakim)See More



Dan kepada orang2 yang menentang keZaliman UMNO Laknatullah, yakinlah anda adalah hamba2Nya yang terpilih berada dalam barisan para pejuangNya (hamba2Nya yg RINDUKAN TERTEGAKNYA SYARIAT ISLAM).InsyaAllah

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

4 jari kaki = 4 gol M'sia

Salam

Huhu....kesian anak umi Muhammad Al-Fateh
Drpd 5 jari kaki yang sempurna 4 daripadanya melecur terkena iron panas
Nasib baik sekejap je menangis
Tapi bila masuk jumpa Dr, mak aiii...mcm tgk hantu mak limah
Terpaksa dicuci tempat yang melecur tuh n sapu cream (sejuk sikit kan fateh)

Tu lah, tuku takal daun pintu, budak baik memang begitu.
Tapi salah umi jugak sebab selalunya umi pasti akan simpan iron tuh
Lepas gosok baju
Tapi pagi td sebab dah kelam kelibut, nak simpan pon tak sempat
Dengan abang yad yang mengamuk sebab umi tak layan kemahuan dia
(mcm mana nak layan, abg yad asyik nak melekat bawah ketiak je. dia soh umi baring semula sebelah dia. dh la terlewat hari ni)

4 jari kaki yang melecur tu umpama 4 gol yang dijaringkan semalam
Baru umi sedar..mcm ada persamaan plak..ngeh3x.
Iron tuh bleh jatuh betul2 atas empat jari kaki yang comel dan gebu tuh
Selepas wayarnya ditarik oleh tuan muda Fateh sendiri
Dah berapa kali umi marah dan membebel, jangan disentuh pon iron tuh
Abang yad pon x berani sentuh
Tapi Fateh...memang budak baik
Anak yang soleh betol.

And thanks to God
Dr kata benjolan pada tulang rawan telinga adik Fateh tu bukan ketumbuhan yang merbahaya (mcm kanser)
Selamat...n Alhamdulillah praise to Allah.
Kalu tak nangis umi.
Mana taknya, dari dulu memang dah perasan.
Tapi since benda tu kecik aja n mmg ingat ia x akan membesar
So ignore je, buat tak tahu
Tapi dari hari ke sehari dan bulan ke bulan
Masuk setahun 2 bulan sekarang
Benjolan itu ikut membesar di atas telinga adik yang kecil tuh..

For sure lah umi n abi bimbang
Naseb baik tak serius
Tapi bad news, bila Dr kata kalau dalam tempoh 6 bulan akan datang
Benjolan tu semakin membesar, mybe terpaksa dilakukan prosedur pembedahan
Untuk buang benjolan tersebut
Haha...duit lg la nampaknya
Hmmm...insyaAllah umi akan usahakan sesuatu buat Fateh.

Bertemu Rasullullah...

Jika aku diizinkan Allah bertemu dgn Rasullullah...
Jika aku diizinkan untuk berbual-bual dgnnya..
Maka satu perkara yang akan aku tanya merangkumi permintaan n harapan

Ya Rasulku, boleh bawa aku, anak-anak dan suamiku bersamamu...




Selasa, 28 Disember 2010

Penciptaku

Kanku lepaskan dunia ini hanya untukMu...
Biarlah cemuhan itu datang silih berganti kerna mencintai diriMu
Apalagi yang mampu ku harapkan melainkan kasihMu
Hidup matiku untukMu

Sewaktu manusia itu mendambakan dunia
Aku mencari cintaMu disetiap penjuru hidupku
Sewaktu mereka berbicara tentang dunia
Aku tanpa rs segan silu mengingatkan diriku n diri mereka tentangMu
Sewaktu aku dicemuh kerana tidak bersama mereka
Aku yakin, engakau pasti akan sentiasa bersamaku

Sewaktu mereka menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan rasa gembira
Aku bermenung seketika, adakah aku layak untuk mencintaiMu
Tidak aku rasa sesal akan duniaku bila mengingatiMu
Telah aku lepaskan duniaku demi memperjuangkan jalanMu
Biarlah mereka itu tidak tahu
Apa yang penting bagiku, Engkau tahu...

Nazrey Johani-Wahai kekasih yg dirindui

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti disana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Dihati kami kaulah segalanya

*
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira
Diakhirat kita dah bersua..

Khamis, 23 Disember 2010

Boleh umi teruskan?

Salam...

Coretan kali ini segalanya berkenaan dengan masalah rumah tangga dan sambung belajar
Bagi seorang wanita, ibu dan isteri, inilah cabaran dan liku2 yang harus di tempuh

Aku memulakan degree ku sewaktu aku telah bergelar seorang isteri
Sebagai mahar yang kuminta sendiri dari suamiku sejak kami berkenalan
'Saya mahu sambung belajar dan saya harap awak benarkan'itu syaratku semasa kami baru memasuki usia sebulan perkenalan.
Berjumpa pun sebulan sekali, ditemukan pon atas usaha seorang sahabat.
Aku tak pernah mengenali suamiku sebelum itu.
Bercakap hanya dicorong telefon.
Enam bulan pertama kami berkenalan
Enam bulan kedua kami bertunang
Dan genap setahun, tempoh tersebut kami lalui, ikatan perkahwinan termetrai

Aku tak minta apa pun darinya
Kecuali satu perkara bahawa aku ingin mengapai cita2ku
Mahu sambung belajar
Mahu berbakti di bidang pendidikan
Dia setuju...
Dan sewaktu aku diterima masuk ke UPM pertengahan 2007
Dengan rela hati dia melepaskan aku pergi
Mujurlah rumah sewa kami dekat dengan UPM
Maka sememangnya telah ditentukanNya
Segalanya berjalan lancar sehinggalah penghujung 2007
Suamiku dibuang kerja
Dengan keadaan usia kandunganku baru mencecah 4 bulan
Kami mengalami masalah kewangan yang agak teruk

Mujur pinjaman pelajaran ada
Hampir 3 bulan tanpa kerja
Itulah yang menyara kami berdua n anak di dalam kandungan
Bukan sedikit air mata yang tumpah
Aku hampir2 putus asa dan mahu berhenti sekerat jalan
Setiap semester, soalan yang sama akan aku tanya pada suamiku

'Masih sanggupkah abi berusaha menanggung umi belajar?'
'Jangan berhenti, teruskan...'Jawab suamiku
'Jika abi tak benarkan umi sambung belajar, sejak umi nyatakan hasrat tersebut, abi dah tak benarkan' suamiku cuba meyakinkan aku.
Dan akhirnya, segulung ijazah telah kugenggam pada 10 oktober lepas
Setalah hampir 3 tahun berhempas pulas
Kejayaan ku jugak membanggakan sebab pointer bley tahan..

Habis degree, terussssss sambung master.
Dan kali ini suamiku yang beria-ia minta aku apply
'Teruskan, abi tetap sokong umi. Jika abi tak berjaya keperingkat itu (master/PhD), abi akan tolak umi dulu kehadapan.' terus dan terus suamiku memberikan dorongan.

Aku amat terharu.
Kini telah masuk semester kedua masterku
Bila aku merasa down, tidak punya semangat untuk belajar,
Suamilah yang akan mendorong ku agar bersemangat kembali.
Ada juga suamiku menyatakan hasratnya agar aku dapat sambung PhD pula selepas ini.
Sebenarnya aku sudah tidak larat
Rasanya cukulah setakat master ini dahulu
Tapi kadang-kadang semangat ini meluap-luap
Ahhh..master pon belom hasbis lagi

Namun bila aku dihambatkan dengan kisah n pengalaman beberapa orang teman tentang kegagalan rumah tangga mereka semasa menyambung pengajian ini, aku jadi takut.
Aku tidak mahu menggadaikan rumah tanggaku untuk gelaran Dr yang belum tentu mendapat pengiktirafanNya kelak
Apa guna gelaran setinggi langit jika suami tidak redha, Allah pon tidak redha?
Aku bimbang.
Kerana itu setiap kali semester baru bermula, akan aku tanya lagi pada suamiku,
'bagaimana? mahu umi teruskan???'

Wallahu'alam

Rabu, 22 Disember 2010

Berjalanlah tanpa henti...

Perjalanan hidup ini ada suka dan dukanya
Silih berganti umpama putaran roda
Kerana itu orang tua2 selalu berpesan
'Jika berada di atas, jangan sesekali lupa yg berada dibawah'
Itulah perumpamaan hidup ini

Dunia ini sekadar tempat persinggahan
Tetapi bagi ummi, dunia ini adalah laluan perjalanan
Sebab di sini manusia harus tetap berjalan
Dan adakalanya perlu berlari
Hanya kadang kala kita akan berhenti untuk melepaskan lelah

Bercerita tentang kehidupan sememangnya tidak akan pernah habis
Ada sahaja yang akan menjadi tukang karutnya
Ada sahaja peristiwa-peristiwa yang tidak kita jangka menjengah hidup ini
Ujian-ujian yg diberikanNya juga datang silih berganti

Ada ujian duka
Ada ujian gembira
Ada ujian kesakitan
Ada ujian kesihatan
Ada ujian kemewahan
Ada ujian kemiskinan

Yang tetap berpegang kepada petunjukNya
Yang yakin dengan janjiNya
Yang berusaha untuk Akhiratnya
Akan tetap terussssssss berjalan walau apa pun ujianNya
Dengan rasa takwa
Dengan penuh kesabaran
Dengan bekalan keimanan yang tetap konsisten

Walaupun kadang kala rasa muak
Walaupun kadang kala rasa menyampah
Dengan sikap manusia disekeliling
Tetapi itulah kenyataannya
Manusia tanpa iman
Manusia tanpa pegangan agama
Tidak akan pernah diam untuk menyusahkan orang lain

Suatu malam abi bertanya pada ummi
'Mi, tak menyesal ker kawen dengan abi yang serba kekurangan ni'
'Kenapa tanya macam tuh' tanya ummi kembali
'Tak delah, saje jer' jawab abi

Jawapan umi begini,

'jika dunia ini adalah tempat yang kekal dan tiada akhirat, maka memang umi menyesal pilih abi. Tapi sebab Akhirat itu yang ummi kejar, maka ummi tak kesah pon harta dan pangkat abi.'
'Kita usahakan apa yang ada ditangan. Tak perlu berangan2 nk jadi kaya. bersyukurlah dengan apa yang ada.Impian memang pernah datang dan tersemat dihati. Manusia mana yang tidak mahu hidup senang, apa yg dihajati semuanya dapat. Tetapi ummi dah di ajar dengan kesusahan sejak kecil. Ummi telah diajar agar berpijak pada rumput dan bukan cuba untuk menggapai awan.Hidup ini pon tak akan kekal selamanya.'

Semakin jauh kita mengejar dunia, semakin jauh pula dunia meninggalkan kita.
Tetapi tidak pula Akhirat. Semakin jauh kita lari dari hakikat kematian, semakin dekat pula ia datang mengingatkan kita....Wallahu'alam.

Selasa, 21 Disember 2010

Rindu Lagi

Aku rindu lagi
Rindu untuk melihat Islam itu tertegak dibuminya yg semakin nazak

Apakah kamu tidak rasa...
Bahawa dunia sudah semakin dipenghujungnya
Bahawa dunia semakin kacau
Bahawa pemimpin yg kita ada kini tidak ADIL
Tidak menegakkan HAK-Nya
Semakin jauh dan terus hanyut dengan keinginan dunia

Apakah kamu tidak rasa
Bahawa keamanan dan keadilan yg kita laungkan sudah lenyap
Bahawa apa yang ditulis di dalam Al-Quran ttg akhir zaman semakin nyata...
Bahawa kezaliman terus dan terus bermaharajalela...

Apakah kamu tidak merasai..apa yang aku rasa

Dadaku rasa sempit dan bagaikan hendak pecah menahan rasa sedih dan hampa
Sehingga kadang-kala aku rasa putus asa
Biarlah...biarlah apa pun mahu jadi pada dunia
Aku sudah tidak mampu menjalankan amanahNya
Aku sudah tidak mampu mengkotakan janjiku padaNya

Tapi apa yang lebih aku tidak mampu adalah....
Untuk berpaling padaNya
Untuk hanya berdiam tanpa mengatakan TIDAK pada kezaliman
Untuk hanya melihat tanpa melakukan apa2 untuk agamaNya
Untuk terus mungkir pada janjiku padaNya

Aku merenung wajah anak2 ku
Aku melihat wajah polos mereka
Apa yang mereka tahu?
Mereka tidak tahu apa itu Zalim
Mereka tidak tahu apa itu Derita
Mereka tidak tahu apa itu Kekejaman

Aku cuma mampu berdoa...
Terus berdoa...
Biarlah amanah2 kecilku itu kubawa bersama di saat aku ditakdirkan bertemu dgnNya
Aku tidak mampu membiarkan amanah2 ini diurus oleh manusia lain
Aku tidak mahu mereka berada didunia yang semakin hancur
Biarlah ada suara yang mengatakan aku kejam
Aku tidak punya hati dan perasaan
Tapi yg aku tahu...dunia ini semakin tidak selamat

Dunia ini sudah semakin tua dan uzur
Dunia ini hanya menanti saatnya
Dunia ini pasti akan lenyap
Dunia ini hanyalah fana
Dunia ini akan pergi selamanya bersama isi yang ada...

Rabu, 15 Disember 2010

UNIVERSITI KITA KETANDUSAN IDEA

Oleh: Prof A. MURAD MERICAN (UTP)

PENGUMUMAN THE World University Ranking 2010-2011 dengan data yang dibekalkan oleh Thomson Reuters baru-baru menunjukkan kedudukan universiti-universiti tempatan tidak memberangsangkan. Sepuluh universiti terbaik di dunia sekali lagi didominasi oleh Amerika Syarikat dan Britain.Tamadun Eropah, khususnya suku Anglo-Saxon mendahului kecemerlangan universiti dengan Harvard University di tempat yang teratas, diikuti California Institute of Technology di tempat kedua, Massachussetts Institute of Technology (3), Stanford University (4), Princeton University (5), University of Cambridge dan University of Oxford (masing-masing 6) University of California, Berkeley (8), Imperial College, London (9) dan Yale University (10). Tidak ada universiti Malaysia berjaya menduduki tempat 200 pertama.Korpus ilmu yang yang tersimpan dan dijana oleh pusat metropolitan Barat tiada tandingannya. Apakah kita masih berhasrat bersaing dalam penarafan Universiti Times Higher Education (THE) ini? Ada kalangan mengatakan bahawa kaedah yang digunakan itu tidak mengambil kira keadaan negara dan misi universiti di dunia bukan Barat. Ada juga pemimpin universiti tempatan menyatakan mereka akan memperbaiki proses dan perjalanan universiti. Siapa tidak bangga melihat universitinya menduduki tempat teratas? Dan kenapa sedih jika itu tidak berlaku? Di sini, saya ingin menimbulkan sebahagian yang wujud di kalangan universiti-universiti global tersebut, dan apa yang menjadikan mereka 'global.' Salah satunya ialah institusi-institusi pengajian tinggi seperti Harvard University, Yale University, University of Oxford, University of Cambridge dan Massachussetts Institute of Technology telah mengekalkan dan memperkasakan kecemerlangan bidang-bidang sains sosial, dan ilmu kemanusiaan, termasuk falsafah.
Sedangkan universiti-universiti di Malaysia mengenepikan dan mengabaikan pengajian tersebut. Malah di antara kira-kira 60 buah universiti di Malaysia, kurang dari lima mempunyai Jabatan/Bahagian Sejarah; dan tiada ada Jabatan Falsafah. Jika begitu keadaannya, bagaimana dapat kita mengajar pelajar kita berfikir dan bersoal; bagaimana dapat ahli akademik kita melahirkan keaslian pemikiran dan idea?Universiti-universiti di Malaysia ketandusan idea dan saluran penebaran idea tersebut, walaupun ada yang mempunyai penerbitan universiti masing-masing. Kita ambil satu contoh iaitu penerbitan ilmu oleh Massachusettes Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat. MIT mempunyai School of Humanities, Arts and Social Sciences dengan mengendalikan 22 disiplin, projek, dan bidang pengajian penyelidikan. Antara bidang-bidang yang ditawarkan ialah Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Penulisan dan Kajian Humanistik, Media Perbandingan dan Pengajian Antarabangsa. MIT mempunyai penerbitannya sendiri yang diasaskan pada 1926 apabila ia memulakan penerbitan siri syarahan dari seorang pemenang Hadiah Nobel. Bahagian penerbitan jurnal akademik ditambah pada 1968. Setakat ini, ia telah menerbitkan lebih 10,000 tajuk buku, dengan lebih 200 tajuk buku dan 40 tajuk jurnal setiap tahun. Walaupun jumlah tersebut nampaknya tidak menakjubkan, nilai korpus ilmu yang diterbitkan itu telah mempengaruhi pemikiran tamadun moden. Lihat saja katalog MIT Press serta kritikan dan ulasan buku-buku tersebut di seluruh dunia. MIT Press khususnya menerbitkan buku dalam bidang-bidang Seni dan Senibina, Sains Kognitif, Ekonomi, Media Baru dan Sains, Teknologi dan Masyarakat. Tajuk-tajuk jurnal yang diterbitkannya berbunyi seperti Asian Economic Papers, Daedalus, Innovations, Journal of Cold War Studies, Journal of Interdisciplinary History, Leonardo, Leonardo Music Journal, Linguistic Inquiry, dan Perspectives on Science. Walaupun 10 universiti terunggul itu mempunyai sejarah dan asal-usul yang berbeza, namun tunjang mereka ialah penerbitan dan kegunaan ilmu, pemikiran dan kemahiran bagi penerokaan alam-alam yang wujud, menangani dan menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan dan peningkatan taraf hidup. Saya bukan mengandaikan bahawa kita tidak mempunyai falsafah sedemikian, tetapi kesedaran, iltizam dan keupayaan kita menyedari falsafah sedemikian tidak terlihat dalam wacana-wacana yang sepatutnya terbit dari universiti-universiti tempatan.
Saya khuatir, sindrom pemikiran tertawan telah menguasai masyarakat universiti kita. Pemikiran tertawan berlawanan dengan kreativiti, inovasi dan menungan. Ia disifatkan sebagai satu cara berfikir yang imitatif dan tidak kritikal.Sebenarnya, pemikiran tertawan mengandaikan bahawa senarai universiti yang terbaik di dunia mencerminkan pengukuran dan kebenaran apa yang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi. Jawapannya sekali gus 'ya' dan 'tidak.'Bukan mudah mendapat akses kepada pengendalian sesebuah universiti itu. Sudah tentu kita telah mencerap seni bina dan persekitaran fizikal institusi pengajian tinggi di Barat. Mereka dari kalangan pemimpin universiti, profesor dan pembuat dasar juga telah melawat lalu berinteraksi dengan pemimpin 10 universiti terunggul itu. Ramai juga yang belajar di sana. Apa yang kita telah ketahui dan apa yang tidak kita ketahui? Mungkin kita hanya mengukur kualiti seseorang ahli akademik itu berdasarkan kuantiti penyelidikan dan penerbitan, serta jumlah paten. Universiti kini menggunakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dalam mengukur kemajuannya menjurus kepada hasrat disenaraikan pada kedudukan yang paling tinggi, 10 atau 100 pertama. KPI adalah satu pendekatan pengukuran penerbitan intelektual yang mengekang dan membantutkan perkembangan bidang-bidang Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan itu sendiri. Ia membunuh pemikiran dan kreativiti.Sarjana dan budiman di universiti dihimpit oleh universiti yang berfungsi sebagai kilang, dengan persekitaran dan iklim di kampus tidak ubah seperti persekitaran di kilang. Universiti bukan kilang dan ahli akademik bukan operator kilang yang terpaksa memenuhi sasaran setiap hari.
Ahli akademik tidak bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ahli akademik bekerja 24 jam sehari. Penyelidikan dan penulisan tidak bermula atau berakhir pada sesuatu waktu yang ditetapkan. Imajinasi sosiologis dan kreativiti merentasi jam waktu. Nilai-nilai dan amalan kini tidak memupuk hasrat menjadikan universiti-universiti kita terunggul di dunia. Istilah 'prestasi' tidak wujud dalam persekitaran universiti. Profesion akademik tidak memerlukan konsep 'prestasi.' Nilai kesarjanaan diukur dengan nombor dan kuantiti. Apakah keupayaan dan hikmah dalam menilai kesarjanaan itu telah luntur di kalangan profesor dan ahli akademik universiti tempatan sehinggakan boleh diibaratkan bahawa telah tidak ada lagi jauhari yang mengenal manikam? Apakah kesarjanaan telah terhakis dari sistem universiti kita? Saya perhatikan dalam keghairahan kita menerbit jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data Thomson Reuters (dulunya ISI) dan Scopus, kita mengabaikan keaslian ilmu itu sendiri dan media penerbitan ilmu. Jika seseorang pensyarah atau sekumpulan akademik ingin memulakan sebuah jurnal dan mengharapkan artikel yang misalnya mencetus idea-idea dan wacana alternatif, hasrat itu tidak mungkin kesampaian. Persoalan yang akan ditimbulkan ialah apakah guna menyokong dan menerbit artikel ke jurnal tersebut kerana ia tidak disenaraikan dalam pangkalan-pangkalan data yang diterima. Sikap para pensyarah kini ialah menerbitkan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data bagi memenuhi KPI bertujuan kenaikan gaji dan pangkat. Keikhlasan dicemari oleh sasaran yang ditetapkan. Apakah akan terjadi kepada pertumbuhan kesarjanaan di Malaysia jika iltizam dan keikhlasan menerbitkan ilmu itu tidak diiktiraf? Dan tumpuan kepada jurnal-jurnal tersebut telah membentuk para pensyarah sebagai pekerja yang tidak berfikir dan tidak berupaya berfikir merentasi wacana. Tidak ada istilah mengasaskan idea besar dan pemikiran agung. Keaslian ilmu dibantut. Tanpa berfikiran kritis, kita tidak dapat mencetuskan pemikiran dan idea asli. Ramai di antara pensyarah universiti hanya menggunakan teori, konsep dan andaian yang ada seolah-olah ia seperti dogma seolah ia bebas dari konteks sejarah, tamadun, budaya dan politik. Keadaan ini merentasi semua bidang pengajian daripada Sains, Teknologi dan Kejuruteraan sehinggalah kepada Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan. Apakah ini boleh disebut sebagai kelompongan pemikiran? Kita tidak juga berusaha membincang dan mengkritik idea-idea asal dan gagasan-gagasan besar. Jika kita masih berhasrat menjadi universiti global, kita perlu belajar satu lagi dari 10 universiti yang tersenarai itu. Semua universiti tersebut mempunyai Jabatan Falsafah yang mantap. Itulah pemikiran yang melonjak tamadun Barat ke tahap yang ada sekarang ini.

Selasa, 14 Disember 2010

Rindu lggg...

Salam..

Windu sama itu dua olang budak botak...ziyad n fateh

I miss u both soooooo much
Tak puas nk guling2 atas tilam ngan yad n fateh..

Peristiwa Akhir Zaman

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali ". Hadis Riwayat Al-Baihaqi.


Manakala di dalam sebuah hadis lain pula yang diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:


"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."


Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"


Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."


Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?"


Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."


Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"


Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Al-Nawwas bin Sam’an, katanya:“Rasulullah saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ‘...Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ... sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.


“Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.


“Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur.


“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.


“Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga; dan sebagainya).


“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!”


Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”


Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa.”


Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk sehari?”


Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”


Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.


Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka daripada bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: “Bahawa Dajal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga”.


Nabi bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya: “Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.


“Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”


“Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang.


“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.


“Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.


“Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah."

Isnin, 6 Disember 2010

Minyak Naik Gula Naik.. gaji tak naik2

Pihak kerajaan Malaysia sekali lagi membuat penstrukturan subsidi bagi menampung perbelanjaan negara yang dilihat banyak membazir dan menyerahkan kos pembaziran tersebut kepada rakyat melalui pensturkturan subsidi empat barangan kawalan iaitu RON95, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula. Malaysiakini melaporkan bahawa melalui penstrukturan tersebut pihak kerajaan berkata, ia dapat menguruskan kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan mengurangkan perbelanjaan negara. Sebelum ini Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Ismail Sabri dalam Bernama yang bertarikh 3 November menyatakan bahawa tidak akan ada kenaikan ke atas RON95 sehingga penghujung tahun ini dilihat sebagai satu kenyataan yang menipu rakyat. Kini, genap sebulan, pihak kerajaan sekali lagi menaikkan harga barangan komoditi utama ini melalui penstrukturan kali kedua subsidi dan jika ketika harga RON97 mengalami peningkatan harga, perubahan harga minyak mentah dunia dijadikan alasan, kali ini alasannya adalah untuk mengukuhkan kedudukan fisikal negara melalui pengurangan perbelanjaan. Kenyataan ini memperlihatkan bahawa pihak kerajaan tidak serius membantu rakyat yang semakin dihimpit dengan kesempitan hidup. Subsidi yang diberikan untuk rakyat dilihat sebagai satu pembaziran yang membebankan kerajaan. Dalam keadaan di mana tiada perubahan pendapatan, bagaimana rakyat mampu menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Kenaikkan dua kali dalam setahun ini bukanlah satu petanda baik bagi ekonomi negara yang sedang menuju dalam proses pemulihan. Pihak kerajaan memberikan pelbagai alasan demi melindungi tindakan mereka yang dilihat banyak membuat pembaziran yang dinamakan ke atas projek-projek pembangunan. Malah pihak kerajaan juga masih memandang enteng dengan tahap pemikiran rakyat dengan memberikan alasan harga minyak di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah berbanding dengan negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Perbandingan harga bagi barangan subsidi ini dengan negara-negara tersebut bukanlah alasan yang bijak malahan dilihat sebagai alasan yang bodoh kerana umum telah mengetahui bahawa Malaysia merupakan di antara negara yang mempunyai minyak sendiri dan menjadi pengeluar bagi barangan komoditi ini. Jika alasan ini mahu dilihat lebih komkrit dan relevan, pihak kerajaan seharusnya membuat perbandingan dengan negara Brunei yang merupakan di antara pengeluar minyak di Asia Tenggara selain daripada jiran yang paling dekat dengan Malaysia. Bukan itu sahaja, perbandingan tersebut seharusnya dilihat juga ke atas pendapatan per kapita rakyat Brunei dengan pendapatan per kapita rakyat Malaysia. Secara umumnya pendapatan per kapita di Malaysia masih lagi tidak mampu untuk menandingi kedudukan Brunei dan Singapura dalam ranking pendapatan per kapita mereka. Kenaikkan harga barangan bukan membantu perkembangan ekonomi di Malaysia tetapi di bimbangi akan menyebabkan jurang yang lebih besar dan tekanan ke atas penduduk bandar dan rakyat umumnya. Pertubuhan bukan kerajaan seperti FOMCA memberikan reaksi dan petunjuk bahawa peningkatan ke atas harga barangan subsidi ini akibat daripada penyelarasan boleh menyebabkan tekanan hidup di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah. Malaysiakini melaporkan bahawa Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat dan pihak kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan. Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah. “Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan,” katanya. Secara keseluruhannya pelbagai pihak menghentam tindakan kerajaan yang tidak memperdulikan rakyat miskin dan berpendapatan rendah di negara ini.

KERAJAAN BANYAK MEMBAZIR


Di manakah rasionalisasi subsidi ini sekiranya pihak kerajaan masih lagi bersikap membazir dan tidak mengawal perbelanjaan? Slogan kerajaan untuk mendahulukan rakyat juga dilihat tidak tepat kerana banyak keputusan-keputusan yang dibuat dilihat berat sebelah dan hanya mementingkan kroni mereka. Perancangan pembinaan projek Menara Warisan Merdeka yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 5 billion dilihat sebagai satu projek mega yang membazirkan duit rakyat. Kerajaan juga tidak teragak-agak membelanjakan jutaan ringgit bagi menubuhkan badan pemikir kerajaan iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, yang telah dilaporkan menelan perbelanjaan RM66 juta sebelum ia beroperasi dengan sebahagian besar wang itu dibelanjakan untuk bayaran kepada perunding asing. Menurut pendedahan Malaysiakini perbelanjaan tahun lalu sebelum PEMANDU beroperasi adalah kenbanyakannya untuk membiayai “perunding luar”, termasuk firma perunding Amerika McKinsey and Co, yang mengaut RM36 juta dan kos operasi PEMANDU bagi tahun-tahun yang akan datang akan menelan perbelanjaan sehingga jutaan ringgit. Kos-kos tersebut belum lagi termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain yang melibatkan projek PERMATA yang diterajui oleh isteri kesayangan Najib, Rosmah Mansor.

PENDAPATAN PER KAPITA RAKYAT TIDAK MENINGKAT

Apakah dengan pengurangan subsidi ini mampu membantu memacu ekonomi Malaysia ke arah keadaan yang lebih stabil sedangkan dalam masa yang sama pendapatan per kapita rakyat tidak meningkat sepertimana yang sepatutnya berlaku seiring dengan peningkatan perbelanjaan. Pengurangan subsidi ke atas barangan komoditi utama iaitu minyak, diesel, gas LPG dan gula meningkatkan lagi kos hidup rakyat Malaysia. Umum sedia mengetahui kepentingan barangan ini dalam kehidupan masyarakat Malaysia terutama sekali minyak. Hampir 90 peratus pengguna merupakan pengguna RON95 dan peningkatan ke atas harga RON95 memberikan kesan ke atas perbelanjaan isi rumah. Pengurangan subsidi ini mungkin berjaya meningkatkan pendapatan negara tetapi membunuh rakyat miskin dan berpendapatan rendah. Kenaikkan harga RON95, diesel dan gas LPG akan menyebabkan kenaikkan berangkai harga barangan di pasaran yang akhirnya kos tersebut akan di salurkan kepada pengguna. Kita harus sedar bahawa kenaikkan harga barangan yang diperkatan sekarang adalah kenaikan harga bagi barangan asas rakyat Malaysia. Rakyat masih lagi tidak mempunyai barangan alternatif bagi mengantikan barangan tersebut dan suka atau tidak, kenaikkan harga barangan asas ini akan memberikan kesan kepada sosio ekonomi penduduk. Di manakah janji kerajaan untuk mendahulukan rakyat, sekiranya keputusan penstrukturan ini hanya memberikan keutamaan kepada pengusaha-pengusaha besar yang mempunyai kepentingan kepada kerajaan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai pengguna kita juga harus ingat, penggunaan yang tidak dikawal hanya akan merugikan diri sendiri dan anak bangsa. Tiada apa yang akan kekal di dunia ini, waima segala benda termasuklah hasil minyak. Kita mungkin akan berhadapan dengan kehabisan sumber asli ini suatu hari nanti dan sebagai pengguna kita haruslah menggunakan segala kurniaan Allah dengan secara berhemah dan tidak membazir. Penggunaan yang berlebihan juga akan memudaratkan kesihatan seperti gula. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk menindas orang lain terutamanya golongan yang susah. Di manakah janji pihak kerajaan untuk mendahulukan rakyat dalam setiap agihan ekonomi sekiranya rakyat pula yang terpaksa menanggung bebannya.

Ahad, 5 Disember 2010

Kenaikan 4-dalam-1: NGO, Orang Ramai Kesal

Disember 4, 2010
oleh Pro Mahasiswa

Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.
“Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.
“Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.

Cuepacs: Golongan rendah terjejas
Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.
Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.
Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.
“Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan,” katanya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.
Rakyat marhaen menderita
Harakahdaily melaporkan Salahuddin sebagai berkata RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.
Kata Salahuddin (kanan), kenaikan itu sangat mengecewakan.
“Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain,” katanya.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus pula berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.
Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai ‘gila’, beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.
“BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat,” katanya.
Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat
Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) juga kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.
Menurut, presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.
“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?
“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.
Menurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.
Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.
“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.
Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.
Alasan bodoh
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan akhbar berkata kenaikan petrol sudah pastinya menjejaskan kehidupan rakyat.
“Apabila gula dinaikkan, petrol dinaikkan, maka apakah tidak ada sebab bagi peniaga menaikkan harga barang perniagaan mereka. Hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel, dan hampir semua makanan perlukan gula. Apakah ada alasan bodoh pemimpin negara yang bercakap kerana mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka kerajaan perlu menaikkan harga gula.
“Mungkin juga ada kenyataan pemimpin negara yang mahukan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Adakah pemimpin mahukan rakyat berbasikal ke tempat kerja, atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kos mereka, sedangkan mereka selesa menaiki kenderaan rasmi kerajaan ke mana-mana.,” kata naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Menurut beliau lagi, jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak.
“Mengapa kerajaan tidak membandingkan Malaysia dengan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Iran, Venezuela, Qatar dan lain-lain? Perlukah Malaysia mengikut harga pasaran minyak antarabangsa?” soalnya.
Mohamad Suhaimi (kanan) berkata seolah-olah menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan barang keperluan adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah telah diambil kerajaan bagi membela rakyat.
“Sedangkan untuk menguntungkan pihak tertentu, kerajaan sanggup dan mampu berbelanja lebih. Menara Wawasan dibina dengan nilai RM 5 bilion, entah belum tentu menguntungkan rakyat jelata. Lebih baik perbelanjaan itu ditampung kepada subsidi minyak. Sebegitu juga dengan projek-projek mega, gergasi dan mewah, itu perlu dikurangkan dahulu buat menampung keperluan rakyat,” katanya.
“Memang betul rakyat tidak terbeban dengan kenaikan ini, kerana rakyat sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki menampung kehidupan.”
Malaysiakini

Sabtu, 4 Disember 2010

Melayu Hanya Hamba...

diambil daripada:http://www.ibnuhasyim.com/

Dr Mohd Zuhdi Marzuk

Dis 4, 10: Kehambaan Melayu dan ketuanan Allah

SEHARI dua ini sibuk dibicarakan perihal Ketuanan Melayu ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah tentang hasrat PKR menghapuskan ketuanan tersebut. Isu ini sangat berkait rapat dengan permasalahan perkauman yang masih belum selesai bahkan menjadi nadi bagi parti politik perkauman seperti Umno.

Prinsip ajaran Islam begitu jelas, bahawa seluruh manusia ini adalah hamba Allah yang diberi amanah untuk memikul tugas Khalifah di atas muka bumi. Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini.

Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad SAW dengan gelaran hambaNya. Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan.

Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s, malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut.

Berebut-rebut menjadi hamba

Sebaliknya Dia memanggil golongan yang dimurkainya dengan gelaran. Dengan sebab itu, seharusnya kita berebut-rebut menjadi hamba kepada Allah. Namun demikian manusia sangat gemar meninggi-niggikan kedudukan mereka menjadi tuan kepada yang lain. Semasa zaman feudal sama ada di Eropah dan sebahagian dunia yang lain, kuasa mutlak terletak kepada seseorang individu, manakala jiwa memperhambakan diri seharusnya ada pada setiap rakyat.

Lalu tercetusnya Revolusi Perancis yang membebaskan jiwa manusia di Eropah dari kehambaan, yang melihat semua manusia adalah mempunyai hak dan suara yang sama. Malangnya manusia yang telah bebas dari jiwa kehambaan ini kemudiannya memperhambakan manusia di bahagian dunia yang lain atas nama 'tanggungjawab manusia berkulit putih'. Kemudian mereka memperhambakan manusia bukan berkulit putih. Berikutan itu, manusia bukan berkulit putih berjuang pula untuk menuntut hak dan suara mereka sebagai seorang menusia.

Antara kejayaan golongan ini yang terakhir, ialah di Afrika Selatan dengan menghapuskan Dasar Apartheid. Dalam dasar ini mereka yang bukan berkulit putih dianggap lebih rendah dan mendapat layanan kelas kedua dalam negara. Dasar ini telah berjaya dihapuskan pada tahun 1994 melalui perjuangan yang begitu lama diketuai oleh Nelson Mandela. Semua pihak mengutuk dasar Apartheid ini termasuklah mereka yang bergantung kepada politik rasisme seperti Umno, seolah-olah mereka tidak menyedari mereka memperlakukan perkara yang hampir sama semasa di tampuk kuasa.

Setelah masyarakat global menyedari sepatutnya tiada segolongan kecil manusia yang menjadi tuan lalu memperhambakan segolongan besar manusia yang lain, tiba-tiba masyarakat manusia yang sedar ini pula bertindak mencabuli hak-hak makhluk Allah yang lain. Masyarakat manusia telah menjadikan haiwan sebagai bahan-bahan mentah atas nama kemajuan sektor penternakan. Haiwan-haiwan yang diternak ini dinafikan hak mereka untuk bervariasi (kepelbagaian) melalui teknik-teknik reproduksi moden yang melahirkan haiwan yang mempunyai hanya ciri-ciri yang dikehendaki.

Animal Right

Haiwan-haiwan ini juga dinafikan daripada tabiat semulajadi mereka seperti bersosial dan mendiami habitat yang sesuai. Hak dan suara haiwan-haiwan ini kemudiannya diperjuangkan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan kumpulan mereka dengan Animal Right. Kemudian datang pula sekumpulan manusia yang menyatakan bahawa perjuangan kumpulan Animal Right ini sempit kerana hanya memperjuangkan hak dan suara komponen-komponen alam yang hidup (living being), sedangkan melupai hak dan suara komponen-komponen alam yang tidak hidup.

Mereka ini berinspirasikan Aldo Leopold yang telah menulis pandangannya dalam "The Land Ethics". Menurut Leopold, semasa zaman Greek silam, Oddeyseus menganggap hamba itu bukan manusia sebaliknya harta, sedangkan hari ini masyarakat manusia telah memberi hak manusia kepada sesiapa yang berbiologikan manusia. Lalu Leopold menyatakan, kita seharusnya memanjang perkara yang sama kepada seluruh komponen alam yang hidup atau bukan hidup, yang sebelum ini manusia menganggapnya juga sebagai harta.

Demikianlah manusia, dengan naluri kemanusiaannya menuntut hak dan suara masing-masing. Bagi menusia yang sempit kemanusiaannya dan tinggi kepentingan dirinya, menuntut hak dan suara itu bagi sekumpulan yang sempit seperti pejuang Ketuanan Melayu. Bagi menusia yang luas kemanusiaanya dan tinggi toleransinya, menuntut hak dan suara untuk sekumpulan yang lebih besar malah merangkumi hak dan suara bagi komponen bukan manusia seperti pejuang Animal Right dan Deep Ecology.

Bagi manusia yang sederhana kemanusiaannya dan di peringkat pertengahan kepentingan diri dan toleransinya, menuntut hak itu bagi sekumpulan yang sederhana seperti pejuang hak asasi manusia. Masing-masing mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan masing-masing. Golongan feudal mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan feudalisme mereka. Golongan kulit putih mentakrifkan hak dan suara itu mengikut rasisme mereka.

Golongan pejuang hak asasi manusia mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan humanisme mereka. Golongan Individualisme mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan Libertarianisme mereka. Golongan Animal Right dan Deep Ecology mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan environmentalism mereka.

Kita semuannya hamba

Mereka semua lupa bahawa Tuhan bukan mereka yang menciptakan alam semesta ini. Mereka tidak berhak menentukan hak siapa yang mesti lebih dan hak siapa yang mesti kurang, atau suara siapa yang didahulukan dan suara siapa yang dikemudiankan. Bukankah yang berhak menentukan hak siapa yang lebih dan suara siapa yang didahulukan adalah Tuhan yang Maha Adil. Tuhan yang Maha Adil itulah menentukan siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak, atau siapa yang didahulukan suaranya dan siapa yang dikemudiankan suaranya.

Tuhan yang Maha Adil itu bebas dari pergantungan kepada makhluknya, justeru ketentuannya adalah semata-mata atas sifatNya yang Maha Adil. Allah yang Maha Adil itulah Tuan seluruh makhluk, manakala kita ini semuanya adalah hamba. Bagi mengetahui siapakah yang berhak dan suara siapakan yang didahulukan, maka Tuhan yang Maha Adil itu menurunkan wahyuNya dan mengutuskan pesuruhNya.

Melalui wahyu dan pesuruhNya itu kita mengetahui adakalanya pemimpin lebih berhak, adakalanya rakyat lebih berhak, adakalanya satu kaum lebih berhak, adakalanya manusia lebih berhak, adakalanya haiwan lebih berhak dan adakalanya komponen alam yang tidak hidup lebih berhak. Melalui wahyu dan pesuruhNya juga kita mengetahui adakalanya suara pemerintah didahulukan, adakala suara rakyat didahulukan, adakalanya suara sesuatu kaum didahulukan, adakalanya suara manusia didahulukan, adakalanya suara haiwan didahulukan dan adakalanya suara komponen alam yang tidak hidup didahulukan.

Semua perkara tentang yang berhak dan tidak berhak, atau yang mempunyai suara dan tidak mempunyai suara ini termaktub secara terang dan panjang dalam ajaran Islam. Pada pandangan saya inilah konsep sebenar Ketuanan Islam iaitu ketuanan Allah secara mutlak ke atas hamba-hambaNya. (diangkat dari Malaysiakini.com)

Peguam Umno Yang Tak Khatam Perlembagaan

Tulisan ini di ambil daripada seorang penulis bebas - MSO
http://msomelayu.blogspot.com/

SEMASA penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru-baru ini saya tersapa Mustapa Mohamed dan bercakap beberapa patah dengannya. Kebetulan pada masa itu peguam Umno, Mohd Hafarizam Harun lewat berhampiran kami bercakap. Mustapa begitu terpandang Hafarizam - dengan gaya tersendirinya (gopoh takut) menyapa Hafarizam dengan penuh hormat. Mustapa memang sangat menghormati orang yang ada kuasa dan kedudukan.

"Ini peguam negara?" kata Mustapa memperkenalkan Harfarizam kepada saya sambil menempuk-nepuk bahu Hafarizam. Saya sudah kenal peguam muda ini sewaktu dia mengurus dan menyelesaikan kes petisyen dibuat oleh bekas calon BN yang kalah di Kulim Bandar Baru, Abdul Aziz Sheikh Kadir.

Kes itu diselesaikan diluar mahkamah dengan Aziz menarik balik petisyen dan ahli Parlimen Kulim Bandar - Baru kekal sebagai wakilnya. Adalah terma-terma tertentu menyebabkan petisyen itu ditarik balik dan mengekalkan ahli Parlimen berkenaan di Parlimen.

Saya tidak mengambil berat atas apa yang Mustapa katakan itu. Bagi saya sesiapa pun sama saja, apa lagi saya tidak ada apa-apa kepentingan dan keperluan untuk menghormati peguam Umno itu berlebih-lebih. Saya tidak perlu sampai menunduk dan bersujud sahwi kepadanya atau sesiapa sesama manusia. Cuma saya mengatakan, "sekejap tengok sini saya nak ambil gambar," dan saya memetik punat kamera, sreehhhh shup.

Mustapa sebagai orang Umno No 1 Kelantan seronok dapat bergambar dengan Hafarizam.
Baginya samalah dapat bergambar dengan Abdul Ghani Petail. Saya percaya kalau umur Umno panjang peguam muda yang katanya sudah bertaraf jutawan ini (kerana mengendalikan kes-kes Umno ini) akan jadi peguam negara. Beliau juga katanya anak didik dan rapat dengan Ketua Hakim Negara hari ini.

Sebenarnya kerja dilakukan Hafarizam samalah dengan kawan saya lakukan. Kendalikan kes mahkamah berhubung petisyen pilihan raya di seluruh negara. Tetapi kerana kawan saya mengambil kes di pihak pembangkang, (Pas) maka tidaklah ia mepunyai wang yang banyak. Ada kalanya kerja atau perkhidmatannya tidak dibayar langsung ataupun hanya diberi sebungkus tapai saja.

Apabila membaca kenyataan dan pandangan Hafarizam berhubung isu ketuanan Melayu yang meletus ekoran ucapan dasar Dr Wan Azizah Ismail dalam kongres PKR tempoh hari, saya tidak nampak peguam ini berkelayakan untuk jadi peguam negara. Saya tidak arif mengenai undang-undang seperti beliau.

Tetapi apabila beliau mengatakan kenyataan itu sebagai mencabar hak keistimewaan Melayu dan raja-raja sehingga perlu ditahan di bawah ISA, menyebabkan saya konfius sejauh mana kealiman peguam muda ini terhadap perlembagaan dan undang-undang. Saya rasa peguam ini belum cukup matang dan tidak khatam membaca perlembagaan negara.

Saya dan mereka tidak bersentimen dengan Umno tidak nampak kenyataan Azizah itu menyentuh soal hak keisitimewaan orang Melayu apa lagi hendak membuang hak keistimewaan Melayu termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu. Kenyataan atau ucapan Azizah itu sudah diputar belitkan dan diberikan nafas baru dan pentafsiran yang silap. Saya tidak fikir kalau orang tidak faham teks ucapan itu kerana tingginya bahasa dipakai Azizah. Kerana itu ia sengaja diputar belitkan.

Apakah ucapan Azizah hari itu, saya petik dan turunkan ucapan di bawah tajuk kecil "Bangsa Bermaruah" dari point 27 hingga 32:

Saudara saudari sidang kongres;

Saya, sebagai orang Melayu yang beragama Islam, berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai tuan. Kitab al Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi tuan dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain. Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikan kepada insan lain).

Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu.

28. Sebenarnya dalam tradisi orang Melayu mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain. Mari kita merenung sejenak beberapa ungkapann pantun klasik di bawah;

Tenang tenang air laut
Sampan kolek mudir ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasanya nak junjung.

Kapal belajar dari Arakan,
Ambil gaji jadi jemdui,
Mati ikan kerana umpan,
Mati saya kerana budi.

Pisang emas di bawa belayar,
Masa sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

29. Justeru itu konsep ketuanan Melayu wajib dibakulsampahkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah. Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain.

30. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan.

Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, daif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi hanya dibayar RM 9.50 untuk kerja mereka selama sehari. Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu.

31. Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan. Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini.

Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli ini dalam kerangka keupayaan kita.

32. Semua ini membuktikan bahawa para pemimpin UMNO buan berjuang untuk membela orang Melayu. Parti ini hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu . Umno adalah "parti tauke" dan jauh sekali untuk berwajah sebagai "parti rakyat". Maka itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat.

Cuba perhati dan hayati betuk-betul teks ucapan Azizah itu. Apakah di situ bermaksud ia ingin menghakiskan hak keistimewaan orang Melayu atau menyentuh langsung perlembagaan negara?

Di dalam perlembagaan Melayu tidak ada perkataan ketuanan Melayu. Malahan konsep ketuanan Melayu yang diperagakan Umno itu tidak ada. Ini disahkan sendiri oleh ahli sejarah Prof Dr Emeritus Khoo Kay Kim dan juga pakar-pakar perlembagaan yang tidak berkepentingan serta peguam yang berdiri atas necara keadilan.

Bukan saja Kay Kim , sesiapa yang tahu membaca perlembagaan negara juga tidak akan menemui perkataan ketuanan Melayu itu. Adalah satu kesilapan dan khilaf besar kalau Hafarizam dan sesiapa cuba hendak merangkulkan ketuanan Melayu itu sebagai hak keistimewaan Melayu seperti mana termaktub dalam Perkara 152 dan 153 dalam perlembagaan negara. Tindakan cuba mentafsirkan ketuanan Melayu merangkumi Perkara itu adalah tidak tepat dan dibuat oleh mereka yang cuba mengeksploit perkara itu dengan tujuan tertentu dan satu pemfitnahan kubra.

Saya setuju kalau sesiapa saja, tidak kira Umno, Pas dan PKR yang ingin menghakiskan hak keitimewaan orang Melayu mereka perlu ditentang. Usahkan Azizah, kalau Najib Razak sendiri perlu ditentang. Sebab itulah bila Umno menajakan projek untuk meminda perlembagaan bagi menghakiskan imuniti Raja-raja dulu kita tentang habis-habisan. Tetapi soal ini di sini apakah kenyataan Azizah itu membawa hakikat demikian?

Saya berharap peguam itu mentafsir semula pemahamannya mengenai slogan ketuanan Melayu dan tidak mudah mengaitkan kenyataan Azizah itu sebagai hendak membakulsampah Perkara 152 dan 153 atau Raja-raja Melayu. Tiada kenyataan baik rasmi atau tidak mengenai hal itu. Di dalam teks ucapan beliau tempoh hari pun tidak ada menyebut perkara itu baik secara nyata atau tersirat.

Jadi apa yang berlaku Hafarizam atau Umno memperkatakan apa yang tidak dikatakan Azizah dan PKR. Ertinya ketuanan Melayu itu hanya slogan dari luar perlembagaan dan ciptaan Umno semata-mata. Ertinya mereka memperjuangkan perkara yang tidak wujud dan menjadi intipati perlembagaan yang perlu kita hormat dan pertahankan.

Ketuanan Melayu adalah slogan yang sama dengan hantu yang menakutkan Hafarizam dan Umno. Mereka sebenarnya sangat lemah bila takut kepada apa yang tidak wujud. Percayalah dalam dunia serba celik dan terbuka ini orang bukan mudah untuk dimomokkan dengan bayangan atau pun ilusi. Orang hari ini melihat kepada realiti.

Ayuh janganlah membuat khianat sesama sendiri. Kalau hendak jatuhkan Azizah atau kucar kacirkan PKR gunalah jalan lain yang halal atau lebih profesional. Jangan menjatuhkan keburukan dengan keburukan yang dihalalkan. Berdepanlah dengan mereka dalam medan demokrasi terbuka. Di situ nanti kebenaran akan menjelma dan diketahui siapa yang benar dan siapa yang haprak dan hapak!

Ingatlah firman ini; Di dalam hati mereka terdapat penyakit, lalau ditambah Allah penyakit dan mereka menerima azab yang pedih kerana sebelum ini selalu mereka berbohong. - Al Baqarah 10. [wm.kl.6:30 pm 04/12/10]

Selasa, 30 November 2010

Glad to hear his voice...

Salam...

Hari ni rs kesemakkan dalam diri
Ntah apa yang tak kena
Semua tak betoi

Ha..ha..jangan2 nk dtg bulan :P
Iyelah tu kot...
Dh awal bulan
1 December hrni..

So, hr ni call pengasuh Yad n Fateh
Bkn nk ckp ngan bbysitter depa pon
Nk berbual ngan Yad

Wahhh...seronoknya dgr suara anak2 kesayangan
Lg la bila Ziyad dh bley di ajak berbual
Sungguh matured anak bujang sulongku ini
Usia br 2 tahun 5 bulan
Tapi setiap apa yang kita tanya dia dh bley jawab dgn ayat penuh
Mcm berbual ngan member plak

Ummi:'Assalammualaikum..., Yad tengah buat apa tuh?'
Yad:'Waaakuuumsalam....Yad tengah duduk.'
Ummi:'Adik fateh, tengah buat apa?'
Yad:'Tengah duduk'
Ummi:'Ummi sayang yad ngan adik fateh. Jaga adik yeaa..'
Yad:'Ok...'
Ummi:'Assalammualaikum'
Yad:'Waaakuuumsalam....'

Haha..cepatnyer masa berlalu...
Anakku dh membesar rupanya
Patutla selalu tanya
'Mi...Yad nak cekolah'

Nanti ye anak umi sayang.
Umur cukup 4 tahun, kita pi sekolah.

Wallahu'alam...

RON 97 UP AGAIN...

Resouce from: 1M Malaysians Reject 100 - Storey Mega Tower.

RON97 Price per litre
Sept 2009 - RM 2.00
July 2010 - RM 2.10
Nov 2010 - RM 2.15
Dec 2010 - RM 2.30...
...How much will you pay on 1 Jan 2011?

Have your cake while you can still afford one ....

Para pengguna a.k.a Rakyat Malaysia, apakah anda mahu berdiam diri???
Let's do our part. Reject BN on the next election.(Politikus picisan ;P)

P/s: Org akan ckp, RON95 kan ada. So, bley check ulasan saya pada Selasa, 2010 November 02, RON 97 NAIK.

Isnin, 29 November 2010

Tempat tumpangan dh nk di bawa...

Salam

Huhu...mybe td (ms solat zohor) adalah solat yg terakhir ummi kat Fakulti Vet.
Lepas nih dh tak ada sebab dh berpindah ke tempat baru
Tempatnya jauh yg amat
Berdekatan dgn Hospital Serdang

Naper tak solat kt Fakulti sendiri?
Inilah persoalannya kan?
Bilik solat tak semua orang boleh masuk
Hanya untuk Staff shj...

Yg sedihnya, hrtuh ummi tumpang solat Asar
Sebab hujan terlalu lebat dan tak ada payong
Maka tumpang solat Asar di fakulti sendiri
Jam ms tu tunjukkan ke pukul 6 ptg
Tunggu hujan punya pasal
Nk solat kt Vet jugak sebab kat situ student n staff bley campur (w/pon kecik)
Last2 terpaksa juga solat kt Fakulti sendiri
Tapi amat malang, ummi terkunci dari dalam.

Haru...haru...
Nasib baik orang yang pegang kunci master tuh lom balik
Terpaksa la menjerit minta tolong dibukakan pintu
Dan semalam, sorang lg kena kunci

Kat fakulti ni bukan tak ada surau pon
Tapi semuanya bertanda 'Surau untuk Staff shj. Pelajar dilarang solat di sini'
Rsnya umi dh sentuh dalam entry yg lepas
Huhu..nsib badan....................

Wallahu'alam

Pengasuh oh pengasuh

Salam...

Hari ini ummi nak bercerita tentang pengasuh
Td masa masuk FB, member ada share video tentang pengasuh yg kejam
Pengasuh tuh mandikan budak kecik yg dalam lingkungan setahun lebih
Air di simbah ke muka budak tuh
Terkapai2 kejap budak tuh dibuatnya
Bukan sekali, tapi berkali-kali
Entah apa yang digeramkannya

Sebagai orang yang punya anak kecil
Ummi rs seram jugak kalau-kalau tanpa pengetahuan kita
Pengasuh yang kita percayai buat anak2 kita macam tuh
Nauzubillah, minta di jauhkan

Sebab tuh, emak ummi selalu pesan
Sebab mak juga pengasuh
Pesannya:

1. Byrn kpd pengasuh, jgn lewat2kan. Kalau ada rezeki lebih, bg lebih sbb jg budak bukan senang.
2. Treat anak2 dia mcm anak2 kita.
3. Jgn keluar pg balik mlm. Sebab dia pon manusia. Penat n nak rehat.
4. Hari minggu, jgn kita bebankan dia jg anak2 kita sebab dia pon nkkan ruang privasi bersama keluarga.
5. Last sekali, kalau pengasuh tu org yg baik. Treat her well sebab dia penganti kita sewaktu kita tiada bersama2 anak2 kita.


Bukan mudah nak mempercayai orang
Dan kalau dah percaya susah nak lepaskan
Kena ada la give n take tuh
Majoriti wanita hari ini bekerja
Jadi salah satu tugas yang amat penting telah kita transfer pada orang lain

Perangai budak tak sama
Ragamnya lain
Jadi bersyukurlah jika ada yg sanggup jg anak2 kita
Kita sendiri tahu macam mana perangai anak2 kita kan?
Budak kecik, mmg nakal
Ummi sendiri akui

Jadi kalau bbysitter beritahu yang hari ini dia rotan anak2 ummi
Sebab kesalahannya begini dan begitu
Maka ummi tak marah
Tak sekelumit pon rasa nak membela anak sendiri
sebab umi tahu, anak2 umi mmg nakal

Anak lelaki la katakan..
Nakalnya..huhu..Tuhan je yang tahu
Lasaknya mcm emak dan bapaknya dulu ms kecik2
Sedangkan kalau kat rumah pon Yad selalu jugak umi cubit atau rotan di kaki (yg x menyakitkan) gertak je lebih bg takut...
Tapi setakat nih, anak2 umi kalau dgn emaknya (panggilan utk bbysitter)
Memang pijak semut pon tak mati
Very obdient...

Dengar cakap
Suruh tido..dia tido
Suruh makan..dia makan
Tapi kalau dengan umi dan abinya...
Mak aiii..naiklah belangnya
Kat rumah tuh jgn ckp la
Semua tonggang terbalik
Siang, tak pernahnya nak tido
Asyik nak bermain...

Ada juga ibu2 yang bertanya kat ummi
(ibu2 yang baru dapat anak)
Mana yang ok, hantar nursery atau rumah pengasuh
Ummi punya jwpn senangnya begini
Kalau hantar pada pengasuh
Kita selidik dulu familynya macam mana
Kalau boleh biarlah org itu jiran kita
Sebab kita kenal dengan dia
Macam mana dia jaga anak2 dia
Macam tuh juga akan dijaganya anak2 kita
Lagipon, pengasuh yang sudah punya anak ni
Dia tidak akan amik ramai budak
Paling maksima pon lima orang (ikut pengalaman)

Yang penting kena ada give n take tuh
Sebabnya kdg2 umi tgk ada mak bapak yang buat suka hati je
Dapat bbysitter yg ok, tak hargai langsung
Keluar pg, balik petang hampir malam
Sabtu n Ahad pon nak dihantarnya juga
Pandai2 la...
Jgn la sampai macam tuh
Dh tuh byrn pulak tak setimpal
Sehari tak datang, potong gj
Bayar pulak tak ikut ms
Kadang2 sampai 2 bulan tak byr
Ingat2 sikit la
Org tuh cebuk berak anak kita tau...

Kalau ummi, stakat nih belom pernah lagi potong bayaran kalau bbysitter amik cuti
Alhamdulillah dapat kerja yg flexible
Sebabnya utk 2 org anak tuh, bbysitter tak tetatpkan berapa byrnnya
Oleh krn umi tgh belajar sambil bekerja
Umi minta jasa baik dia byrn utk 2 org = RM 370
Bukan senang nak dapat kat mana2
Hantar pukul 9 pg - 7.00 mlm (lebih kurang la)
Sebab sampai rumah area tuh
Tak pernah sampai rumah rehat dulu
Itu x akan ada dlm kamus hidup
Penat mcm mana pon, anak2 akan di ambil sekali
Kalau pi pasar mlm, wajib kena belikan buah tangan
Sarapan n ngoyel2 anak, mesti akan disediakan sekali n biasanya lebih sebab blh share dgn budak2 lain yang sekali dgn bbysitter tuh
Sabtu n Ahad selalunya tak akan di hantar
Kecuali jika ada emergancy (tp stakat nih baru sekali dua sebab kelas Sabtu/Ahad)
Itu pon kami akan cuba elakkan drpd berlaku (samada salah seorg mengalah)
Since suami bbysitter umi tuh bawak lori, mk susah ada kt rumah
Dan kalau nak kena membayar bil atau apa2 urusan, suami akan tolong byrkan atau belikan...
Bab gj, stakat nih lom lg potong kalau setakat tak hantar atau bbysitter amik cuti kurang 5 hari dlm sebulan.
Ms raya je hrtuh oleh kerana cuti 2 minggu, so potong RM20.00
Atau umi cuti sebulan penuh, mmg la tak hantar n tak perlu byr

Dia mcm kita juga
Mengharap pada gj yang ciput tu utk kelangsungan hidup
Kalau kita rs geram kt majikan kita, kena potong gj
Mcm tuh jugak ngan bbysitter kita
Maka pandai2 la kita letakkan akal kt kepala
Fikir n fahami mslh org lain w/pon dm ms yg sama kita juga susah
Kalau kita tak cukup, kita berterus terang kat dia
Cakap bebaik
Ajar anak kita hormat n sayangi dia

Option nursery plak
W/pon umi x ada pengalaman hantar anak ke tempat mcm tuh
Tapi ummi pernah bekerja sekejap kat Taska
Setakat nih, umi tak berani lg nk hantar anak2 yg berusia bwh 3 tahun ke taska
Sebabnya, kt taska, yg jaga anak2 kita tuh kebanyakkannya
Budak2 muda yg belom berkahwin
Dan kdg2 ada juga budak2 Indon yg bekerja kt situ
Org yg belom kawen ni, tahu ker nk jg budak?
Peringkat kesabarannya juga tak sama dengan org yang dh kawen dan ada anak
Kalau tak percaya kita tgk diri kita sendiri sudah la
Ms kita bujang dengan ms kita dh ada anak ni
Sama ker?
Masa bujang: dgr anak org menangis, 'Weiii..memekak betol la budak nih'
Boleh ker mereka bersabar dgn kerenah anak2 yang masih kecil nih
Mana nk terberak n terkencing. Nk jg bukan sorang, tp lebih 10 orang.
Nak mandikan lg...
Kalau bab mandi, depa tuh, takkan mandikan sorang2.
Ramai2 mandi, simbah semua...
Ini realiti sebab umi sendiri tengok apa yang mereka buat
Sooo..pandai2 la kita pikir n nilaikan..

Jd parents ni jgn la pentingkan diri sendiri
Kesian kt anak2 kita
Jika dulu, mak bapak kita sendiri yang membela kita
Susah ker..senang ker...
Pi noreh pon bley dukung sekali kt belakang nih
Jd, sebagai org yg berilmu
Fikir2kan juga dgn mata hati

Wallahu'alam........

Ahad, 28 November 2010

Kenangan lama

Salam...

Dalam dada ini sarat dengan rs pilu dan sedih...
Walaupun arwah telah lama pergi..
Tapi dialah wanita yang amat aku cintai selepas ibuku..
Dia terlalu rapat denganku..
Banyak sungguh persamaan kami

Seingatku...
Kasut miliknya, jua adalah milikku
Kesukaan kami sama
Aku menumpang kasihnya
Dia tempat aku meluahkan rasa gusarku

Aku terlalu mencintainya
Hingga di saat-saat akhirnya
Aku mahu sentiasa berada disisinya

Masih segar lagi diingatan ini
Usikkannya
Gelak tawanya
Pelukkannya
Walau aku hanyalah seorang cucu disisinya..
Tapi aku tahu..dan dia pun tahu...
Aku amat menyayanginya

Sejak kecil aku di tatangnya
Bila aku sakit yang panjang
Dia berusaha mengubati
Masih segar diingatan
Atuk dan nenek...naik motor bawak aku berubat
Kerana sakit yang berpanjangan...
Sebab dah terlalu banyak berusaha perubatan moden
Atuk dan nenek minta abah dan emak tinggalkan aku di kampung

Sejak itu, aku tinggal bersama mereka
Ke sana ke mari mencari ubat
Aku tak pernah lupa dan tak akan boleh lupa
Kerana itu, kasih sayang mereka masih berbekas di jiwa

Masa atuk sakit tenat, aku berusia 12 tahun.
Oleh kerana UPSR dh habis
Abah minta aku jaga arwah atok kat Johor Specialist
Temankan atok berbual
Suapkan makan
Dan sebelom atok koma hingga di jemput pulang kepadaNya
Dia sempat berpesan "Belajar rajin-rajin. Jadi orang berguna". Sambil tangannya mengusap kepalaku.
Beberapa hari kemudian, atok koma dan akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Masa nenek sakit pula, aku berusia 21 tahun.
Baru lepas hbs diploma.
Masa tu memang tengah cari kerja.
Siang dan malam aku berada di hospital.
Aku tak kisah...
Walaupun abah marah-marah
Sebab aku selalu pulang lewat daripada hospital.
Aku tak kisah..
Sebab aku nk balas jasa arwah nenek
Kalau emak dan abah yang sakit pon
Aku tetap akan berusaha untuk jaga
Macam abah kena strok dulu (2006)
Waktu tu aku dah bertunang
Abah kena stroke
Aku bertungkus lumus, ambik cuti seminggu uruskan abah
Belikan kerusi roda
Hantar dan ambik mak di hospital
Aku tak kisah....

Siang dan malam aku jaga nenek
Sampaikan nurse dan doktor kenal aku
Nenek nak makan bubur, pukul 11 malam
Aku round pantai lido cari bubur...
Akhirnya dapat dan aku puas...
Puas sebab dapat berbakti pada orang yang aku sayang.

Bila dapat berita nenek meninggal
Hati aku rasa sakit
Tapi aku redha
Sebab sejak nenek sakit lagi
Satu doaku...

Ya Allah, jika hidup ini baik untuk nenekku...maka engkau berikanlah dia kesihatan
Jika kematian itu lebih baik untukknya, maka engkau permudahkanlah sakaratnya...

Kejam kan aku berdoa begitu..
Tapi itulah yang sepatutnya..
Dan aku amat bersyukur..
Walaupun aku tidak sempat bersamanya di saat2 dia menghembuskan nafasnya,
Akulah satu-satunya cucu yang bersama-sama memandikan jenazahnya
Akulah satu-satunya cucu yang membantu mengkafankan tubuhnya..
Kerana itulah ilmu yang di ajar
Maka tidak sia-sialah ilmu itu
Sebab ustaz selalu pesan

'Mayat juga ada rasa malu. Kerana itu perlu ada muhrimnya semasa memandikan dan mengkafankannya. Lebih elok jika yang memandikannya dan mengkafankannya adalah anak2 atau cucunya...'

Kini, hanya doa dan ingatan yang masih berbekas di minda dan jiwa.
Aku juga berharap, andai aku mati, anak2 ku sudi untuk mengkafankanku, memandikanku
Sepertimana aku pernah memandikan mereka ketika kecil
Memakaikan pakaian ditubuh mereka

Sabtu, 27 November 2010

Hasrat Hati.......

Salam...

Hasrat di hati ingin nak mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan.
Yg aku kenal diriku ini, aku penulis yang keras
Menulis apa yang kurasakan betul
Menulis tentang sesuatu fakta

Hasrat hati
Aku nak menulis tentang kehidupan
Tentang sebuah perjalan hidup
Yang ada kalanya penuh dengan warna warni
Namun, kadang kala, pasti ada jua badai yg melanda

Since abi sekarang sudah mula berpindah ke department baru
Unit Buku. Dan semalam kami berbual panjang
Sebelom mata ini mula melabuhkan tirai

Begitulah kebiasaanya
Sebelom tido, ada shj yg ingin dibualkan
Ada sahaja yang ingin dibincangkan
Dan semalam abi utarakan satu offer

'Mi, tak mahu mula berjinak2 dengan bidang penulisan?'
Umi diam, lama jugak. Mencongak2 sebentar.
Hasrat hati memang itulah yang diimpi2kan
Ruang sudah ada
Peluang sudah terbuka
Tapi diri mula bertanya
NAK MENULIS TENTANG APA?

hmm...umi sesuai tulis cerita apa bi?
Isu pengguna?
Rsnya belom lg kot.
Pengalaman terlalu cetek
Untuk artikel majalah atau suratkhabar boleh la
Penulis picisan seperti umi ni, ada ke nak terima

Terlalu banyak benda umi kena belajar
Nak susun kata2 pon tonggang terbalik
Menulis ikut rasa boleh la
Tapi umi tak mahu
Umi mahu pegang pada prinsip ilmu
Ilmu dan da'wah

Mcm Habiburrahman...
Walau kisah cinta....matlamatnya da'wah.

Umi mula berkira-kira
Memang ada yang umi nak tulis
Hasrat ini dh lama terpendam
Tapi kisahnya kisah duka
Kisah ini kisah perjalanan seorang bidadari
Kisah pengorbanan dan kasih sayang sang ibu, ayah dan abangnya
Kisah sebuah perjuangan hidup

Tapi...umi tak berani nak tulis
Kena dapatkan persetujuan tuannya
Kalau tulis pon setelah siap naskahnya...
Umi kena berikan pada tuannya untuk dinilai dahulu
Dan nama pada tulisan itu, kreditnya
Diberikan pada tuannya..

Hmmm...entahlah
Kesibukan dengan tesis yang masih dalam proses
Dengan anak-anak
Faktor untuk umi berfikir kali kedua
Hmmm...nantilah....

Khamis, 25 November 2010

Idea..oh..idea..

Salam...

Dah nak masuk Disember beberapa hari lagi...
Sungguh, umi belom bersedia apa-apa untuk master tesis
Dok sibuk buat artikel, kejarkan payment...
Dok menyibuk analisis data orang lain, tapi dapat upahnya.

Nak meneruskan kehidupan, mk terpaksalah mencari upah di sana sini
Analisis data orang, buat artikel orang lain,
Ambik upah jual baju...(tp x jalan sgt pon)

Biasanya, lecturer rajin bagi job2 part time ni..
Ah tak kisah la, asalkan halal
Setahun setengah lagi, insyaAllah kalau di izinkanNya
Dan kalau perangai berubah menjadi rajin
Maka akan habislah masterji ni (ngeh3x)

Hasrat n cita2 nk jd lecturer
Tapi pemalas nak membaca
Mcam mana?
Idea plak...huhu...kalau tak rajin membaca, mcm mana idea nak menjengah?
ok la, dari dok buang masa ni, umi nk pi makan n solat dulu...

Bye2..wish me luck n please pray for my victory...:P

Warna-warna kehidupan

Salam....

Ok, rasanya dh agak puas hati dengan tema pemilihan l/belakang blog ni.
Rs redup je...
Tak terlalul menyakitkan mata melihat

Till then...wait for my new update...

Wassalam..

Rabu, 24 November 2010


Tertarik dengan kata-kata ini


"Other people may be there to help us, teach us, guide us along our path, but the lesson to be learned is always ours.”
.
“It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.”
.
“If you wait to do everything until you're sure it's right, you'll probably never do much of anything.”
.
“Only a life lived for others is a life worth while"


Kata2 ini dicilok dari blog Puan 'Asyikin....

Rabu, 10 November 2010

Sebagai renungan

Buat renungan untuk diri ku...

Persoalan yang mungkin selalu berputar di minda kita ....dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA :

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Ahad, 7 November 2010

Rabun Warna

Salam........

Huhu...tak tahu nak hias macam mana untuk bg cantek blog nih
Warna campur2 yg penting HIJAU tu mesti ada
Hehe...
Umi minat warna2 yg kelam
Bila nak jadikan blog nih ceria, warna pon campur2 je
So, kalau sesapa yang nk komen dipersilakan
Nampaknya kena masuk bengkel warna la lepas nihhh

Khamis, 4 November 2010

Hatiku di pagut resah.

Rasulullah bersabda: “Aku berwasiat kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah, taat dan patuh, sekalipun yang memerintah kalian adalah seorang budak (Habsyi). Dan sesungguhnya barang siapa (nanti) dari kalian masih hidup, nescaya dia akan melihat banyak PERSELISIHAN. Maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa-ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dia dengan gigi geraham [ kerana khuatir hilang dan terlepas]. Hindarilah PERKARA2 YG DIADA2KAN krn ia adalah sesat.” [Hadith riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan lainnya.]

Semalam, umi tanya abi
'Bi, abi rasa,betul ker jalan yang kita pilih ni?'
Betul ker kita berpegang pada Islam yang sebenar. Umi takut,
takut dalam keadaan dunia yang penuh fitnah dan perpecahan umat ini,
kita salah pilih.' Takut nanti akidah yang ada ini akan membawa kita ke
lembah kehinaan dan terjerumus ke neraka jahanam.'

Umi tanya lg:
'Bi, mcm mana kita nak semak jalan yang kita lalui ni betol atau tidak?'
Agama yang kita pilih ni betol atau tidak?
Jalan perjuangan yang kita ikut ni betol atau tidak?
Macam mana???
Kita tengah bimbing mad'u (anak2 kita)
Kalau boleh, umi mahu mereka menjadi lebih baik dari umi.
Dari segi akidahnya, kekuatan beramalnya,
Menjadi mata2 rantai perjuangan Islam ini,
Umi tak mahu mereka kejarkan dunia ini
Umi tak mahu mereka rasa kecewa dengan dunia ini
Umi mahu mereka terus berjuang demi Allah dan rasulNya
Umi mahu mereka berada dalam golongan yang sedikit
Golongan yang tidak gentar tegakkan Islam yang benar

Umi masih bimbang dan risau
Umi masih tertanya2
Tetapi semakin umi mencari kebenarannya
Semakin umi yakin
Dan umi akan terus mencari
Supaya di saat syaitan mula datang membisikkan keraguan
Umi kuat menyatakan 'Aku yakin dengan jalan yang kupilih'

'....Maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa-ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dia dengan gigi geraham [ kerana khuatir hilang dan terlepas].....'[Hadith riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan lainnya.]

'Ya, Allah, selamatkanlah aku, suamiku, anak2ku, keluargaku, orang2 yang ku kasihi dan umat Islam sekaliannya daripada memilih pegangan yang salah. Ikatlah kami kuat2, pada jalan yang Engkau telah tunjukkan pada umatMu yang terdahulu iaitu jalan yang dilalui oleh para RasulMu dan orang2 yang mengikut RasulMu.' Amin...

Wallahua'lam

Rabu, 3 November 2010

Disiplin Ilmu...

Salam...

Hari ini umi nak berkongsi sedikit ilmu yang umi ada untuk tatapan sesiapa shj yng menyinggah ke blog ini.
Sebabnya dh memang pon tujuan blog ini diwujudkan untuk berkongsi pandangn dan ilmu serta menyampaikan apa yang umi belajar w/pon sedikit.
Org putih kata 'Sharing is caring'

Sejak 2 menjak ni umi tgk masyarakat Islam amat suka gunakan rujukan Hadith
Umi phm dengan adanya teknologi sekarang, semuanya berada dihujung jari ni.
Klik je nk himpunan hadith 40 semua keluar
Tanpa usul periksa tentang kesahihan hadith tu, siapa sanadnya, siapa perawinya
Terus je kita share dalam rangkaian network kita (FB, Twitter dll)

Hooo..bahaya tu.
Tak bley mcm tuh, kawan.
Nanti jd fitnah dalam Islam plak.
Kena check...sebab itu merupakan DISIPLIN ILMU.
Niat dh baik. Nk menyampaikan yang baik.
Tapi, jangan kerana niat yang baik itu akan menjadi dosa
Sebabnya menyampaikan sesuatu yang SALAH.
Nanti kalau jd pegangan org lain, akan dptlah kita sahamnya.

Bukan setakat ilmu Hadith je.
Kalau ikutkan ilmu sains, sumber2 ni kena rujuk dan dikenalpasti siapa yang tulis.
Nanti jadi isu PLAGARISME
Mgkn ada yang tak pernah dengar lagi
Dalam kajian ilmu SAINS SOSIAL
Dalam research methodology n design
Perkara ini adalah amat penting
Bukan suka suki nak letak figure atau istilah atau apa2 statement dalam journal atau
Hasil tulisan kita sebab semua tuh mestilah berdasarkan sumber yang sahih.

Kalau tidak jelas sumber tersebut
Maka itu dianggap FITNAH atau rumors
Kat sini bukanlah umi nk tunjuk pandai atau berlagak pandai
Umi sendiri dalam proses memahami dengan lebih lanjut
Malah sedang mencuba untuk mendisiplinkan diri agar menyatakan hujah bersandarkan fakta.
Itulah bezanya orang yang berpegang dengan ilmu dan orang yang tidak berpegang dengan ilmu.

Umi tahu dan amat respect dengan kawan2 yg ada kat luar sana
Mereka lebih hebat dari umi
Dan di sini, umi cuma mengambil kesempatan untuk berkongsi sesuatu
Samada anda menerima atau menolak atau tidak bersetuju dengan pandangan ini,
Maka tiada paksaan.
Cuma umi ingin mengingatkan diri umi terutamanya
Berada di zaman yang penuh FITNAH ini amat sukar untuk menilai ketulusan HATI seseoarng manusia.

Bimbang juga umi, bila kdg kala dalam ingin menyampaikan di FB maka akan ada sahabat2 yang menyalah tanggap apa yang ingin disampaikan
Fb, Twitter, Media arus perdana mahupun apa jua yang tergolong dalam MEDIA
hanyalah satu alat dalam menyampaikan sesuatu tidak kira yang baik atau tidak
Ia semua terpulang kepada kita
Tidak semestinya kita nk menyampaikan da'wah itu hanya melalui ceramah atau kuliah agama
Yang penting, bagi kita yang bukannya orang yang ARIFF di dalam bab2 agama ini
Dalam menyampaikan mesej da'wah itu
Perlulah berpegang pada DISIPLIN ILMU ini
Jika tidak, dibimbangi kita akan terjerumus ke lembah FITNAH
Dan yang lebih mengharukan lagi
Menyebabkan orang lain berpegang kepada apa yang kita sampaikan sehingga boleh menyebabkan ROSAKNYA AKIDAH.

Wallahu'alam

Selasa, 2 November 2010

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.

Salam........

Sedangkan lidah lg tergigit
Inikan pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Teringat bait-bait lagu P.Ramlee nih
Tentang alam berumah tangga
Maka tipu jika ada pasangan yang kata, kami tak pernah bergaduh
Alam rumahtangga ibarat bahtera yang belayar di lautan
Mana mungkin lautan itu sentiasa tenang
Pasti sekali sekala akan ada gelombang yang datang
Tak kira berapa hebat pon si nakhoda
Melayarkan sebuah bantera, perlukan sokongan dari semua anak kapal

Memang betol, nakhoda itu penting
Tapi yang pentingnya adalah sefahaman
Kerjasama antara anak2 kapal
Begitu juga dengan kehidupan manusia
Bukan setakat suami isteri sahaja
Dalam komuniti dan masyarakat juga perlukan kerjasama
Sebab lumrah hidup manusia, mana mungkin hidup seorang diri
Selagi kita bernafas, kita perlukan orang lain juga dalam kehidupan
Mengapa?
Kerana kita ini tidaklah sempurna
Tidak semua perkara kita boleh lakukan
Tidak semua perkara kita tahu uruskan
Masing2 punya kelebihan masing2.

Perkahwinan itu perjalanan untuk menuju kesempurnaan
Melengkapkan sebahagian daripada iman
Kerana pasangan kita itu umpama cermin
Saling tegur menegur
Saling bantu membantu
Kerana itu kita kahwin
Untuk mengisi kekosongan hati ini
Untuk mencantumkan kembali sebahagian tulang rusuk yang dipinjamkan

Maka tak perlulah kita rs jauh bilamana pasangan kita menegur kesilapan kita
Bila abi kata 'cara umi ckp n jalan seperti orang yang angkuh'
Hehe...umi x terasa pon dgn kata2 abi
Umi sedar n akuinya
Dan umi mmg sdg dn akan sentiasa belajar untuk m'jd orang yang selalu merendah diri
Umi masih dalam proses belajar.
Huhu..lantas umi jawab dalam hati, mgkn umi kena belajar cr berjalan yang sesuai kot
Tapi...inilah umi
Kenalilah diri ini
Kerana nanti baru kamu tahu betapa banyaknya lompang2 umi
Umi tidak sempurna
Umi manusia yg banyak melakukan silap
Maafkan umi abi...
Jika kata2 atau sikap umi selalu mengecilkan hati abi
Tegurlah umi, jika itu jalan bagi umi untuk mendapatkan syurga...

RON 97 NAIK

Salam....

Huhu...baru dapat berita ttg kenaikan harga minyak RON 97.
Ada org cakap, alah yang naik RON 97, RON 95 kan ada.
Tu memang betul tapi aku bertanya, di mana hak sebagai pengguna tu?
Realitinya:
Bila harga minyak naik, tak kira la RON 95 ker, RON 97 ker harga barang pasti akan naik
Kalau tak percaya moh ler kita tengok perbezaan harga barangan kat pasaran dalam beberapa hari lagi.
Banyak yang naik mesti harga barangan yang penting bagi pengguna.

Ok lah, kata la ada orang cakap, RON 97 tuh org kaya je pakai
Orang miskin pakai RON 95, tapi peniaga ni pandai
Tak caya tengoklah beberapa hari lagi akan keluar dalam akhbar tentang
kekurangan bekalan minyak RON 95 kat pasaran kerana ia mendorong peralihan permintaan
ke atas barangan. Maksudnya, pengguna yang kaya mempunyai kebarangkalian untuk
menukar penggunaan kepada RON 95.
Jd ada alasan lagi untuk pihak kerajaan Laknatullah ni NAIKKAN HARGA PETROL.

Spekulasi
Ni semua gara-gara nak cover balik mana2 peruntukan yang tak ada dalam budget mereka tempohari.
PRK kt galas, PRK kat Sabah, semua dapat projek mee segera
Mana krjn dapat duit sedangkan masa bentang budget baru2 nih
Alasan yang diberi bila kakitangan awam minta BONUS, depa kata
'KITA PERLULAH BERJIMAT CERMAT'.

Cehhh kalu untuk kepentingan lain bley plak.
Naik tak naik harga barang bukan soal
'TAK PER, AKU TAK TERASA PON. YANG NAIK RON97, AKU GUNA RON95'
Tapi ni soal persekitaran ekonomi yang mempunyai perkaitan dengan soal kemanusian
Ketidakadilan dalam agihan ekonomi, kemiskinan dan penindasan.
Apa2 jua keputusan yang krjn buat, secara langsung atau tidak ia akan ada kaitan dengan ekonomi isirumah.

Kalau kita kata tidak apa, sebab aku tak kena.
Periuk nasi aku terjaga.
Maka apa perlunya kita hidup bermasyarakat dan mempunyai institusi yang mengamalkan demokrasi.
Baik kita hidup sorang diri.

Kita bukan sahaja ahli masyarakat tapi yang lebih penting kita adalah KHALIFAH ALLAH.
Islam x mengasingkan hal dunia dengan hal akhirat
Islam x ajar tentang jaga periuk nasi sendiri
yang Islam ajar adalah menegakkan yang HAK
Islam ajar supaya kita ambil tahu ttg nasib jiran kita, nasib orang yang ada disekeliling kita (tp tak lah sampai busybody plak)

Isu kenaikkan harga barangan atau PETROL ni bukan isu politik shj
Tapi ianya isu ekonomi yang mempunyai perkaitan dengan masyarakat global.
Saya hanya menyatakan melalui ilmu yang saya pelajari
Dan yang paling penting, ILMU itu mengajar saya supaya menegakkan yang HAK.

Isnin, 1 November 2010

Surau oh surau

Salam

Take 5 jap sebelom tunggu turn solat.
Surau jauh, kat bilik x ada orang sebab depa pi lunch.
Tinggal umi dan Farhan berdua.
Rehat kat bilik.
So, bila masuk je Zohor, Farhan akan pi solat dulu.
Dalam pukul 2 ummi plak akan menyusul.
Umi solat kt fakulti Veterina
Farhan solat kt surau fakulti
Kenapa jauh sangat ek umi pi solat?
Huhu...bukan apa, malas nak naik tangga tinggi2.
Lagipon kat FEM bilik solat ngan tandas jauh.
Kalau ada depan mata, pon ianya berkunci.
Tanda VIP (lecturer la..)

Mmg pelik cikit fakulti kami ni
Semua Fakulti ada cafeteria
Semua fakulti ada bilik @ surau untuk student
Tapi kat fakulti kami ni, terpaksalah menumpang
Apa sebabnya, kena tanya ngan pihak fakulti/jabatan la.
Kalu ms degree dulu, biasanya umi menumpang solat kat fakulti sains
Suraunya agak besar sikit
Baring2 n lepak jap sementara tunggu kelas
Lgpon masa tuh tengah sarat mengandung Yad dan Fateh
Mmg letih.

Surau yang ada kat fakulti ni surau untuk kakitangan saja
Student tak dibenarkan masuk
Sebab tuh sunyi sepi
Surau tu macam simbol je
Staff tak ramai gak yang masuk
Kadang2 rs geram jugak
Sebab banyak staff atau lecturer yang dh solat kat bilik atau ofis masing2.
Surau yang ada tak digunakan
Student nak guna TAK BAGI!

Sebab apa?
Mereka kata student TIDO dalam surau
Student lepak2 dan BERBUAL2 dalam surau
Student STUDY dalam surau
Nanti surau KOTOR dan BISING
Tengok student yang kepenatan kejar kuliah melelpakan mata sebentar, rs sakit hati
Menyemak je...

Huh..!
salah ker tido kat surau
melepak kt surau
mengulangkaji pelajaran kat surau
mengisi ms di surau dengan membaca Al-Quran
makan n berbual2 kosong tuh dh tentulah tak setuju

Macam mana generasi sekarang nk dibentuk
Kalau tempat2 baik tu ada LARANGAN untuk pergi
Yg kata OK, Jemput Datang, Selamat Datang,
DISKO, PUB, PUSAT2 HIBURAN, TAMAN2 TEMA.
Generasi muda sejak dari mereka baby lg dh DILARANG

KANAK2 BERUSIA BAWAH 2 TAHUN TAK DIBENARKAN MASUK KE MASJID

INI SURAU UNTUK STAFF SAHAJA. STUDENT DILARANG MASUK.

Maka ramailah student2, anak2 muda yang tak solat
Alasan, surau tak disediakan
Semua untuk Staff
Mana sempat nk balik kolej n sembahyang
Nak makan lg, nk minum lg, nak balik kolej
Kalau kolej sebelah dewan kuliah tak apa
Nih terpaksa tunggu bas lg

Jadi jangan salahkan generasi muda jika mereka jadi LIAR
Sebab nak buat perkara baik selalu je dihalang
Nak duduk masjid dihalang
Nak lepak kat surau dilarang

Tapi kalu hiburan nih OK
Alah budak2 muda
Masa2 mcm nih la nak berseronok
Biarlah mereka tengok wayang
Biarlah mereka pergi konsert
Biarlah mereka pergi dating

Kisah yang menimpa diriku bilamana
Aku di marahi kerana tertido disurau Fakulti Alam Sekitar
Ms tuh aku tengah sarat sangat mengandungkan Fateh
Dh 7 bulan lebih
Jd sementara menunggu suami menjemput, aku solat Asar dulu di Fakuti Alam Sekitar
Lepas solat, terlelap
Tak sampai 10 minit tetiba datang sorang akak ni
Staff la agaknya dengan nada marah2 dia cakap tanpa usul periksa:

'Dah solat ke belum nih.Mana boleh tido kat surau. Nak tido balik la Kolej.Tahu tak surau ni tempat solat je. Dah bangun...'

Tp aku dgn selamba buat muka tak tahu je. Dh siap bebel2 tuh dia pon belah.
Kalau aku nih tak ada rasa hormat, dh lama aku sound direct kt dia.

'Alooo, puan, dalil mana, surah mana yang kata kita tak boleh tido dalam surau atau masjid nih? Pernah tahu istilah qiam di dalam masjid?' (hehe..ntah betol ker, lupa la).

Zaman rasullullah dulu, masjid tuh tak pernah sunyi. Rasullullah pon bawak cucu2 baginda dalam masjid. Zaman dulu mana ada pampers nih, so apa mslhnya skang nk bawak budak2 ke masjid.

Ni lah didikan British. Kalau KUIL atau Gereja, semua boleh masuk. Tak kira kaum atau agama. Tapi org Melayu, bila org Cina@India nk masuk masjid tak boleh.

Akhir zaman. Masjid hanyalah SIMBOL tapi tak diimarahkan..Sedih


Hmmm tepuk data tanya iman masing2