PuteraKu

PuteraKu

Ahad, 28 November 2010

Kenangan lama

Salam...

Dalam dada ini sarat dengan rs pilu dan sedih...
Walaupun arwah telah lama pergi..
Tapi dialah wanita yang amat aku cintai selepas ibuku..
Dia terlalu rapat denganku..
Banyak sungguh persamaan kami

Seingatku...
Kasut miliknya, jua adalah milikku
Kesukaan kami sama
Aku menumpang kasihnya
Dia tempat aku meluahkan rasa gusarku

Aku terlalu mencintainya
Hingga di saat-saat akhirnya
Aku mahu sentiasa berada disisinya

Masih segar lagi diingatan ini
Usikkannya
Gelak tawanya
Pelukkannya
Walau aku hanyalah seorang cucu disisinya..
Tapi aku tahu..dan dia pun tahu...
Aku amat menyayanginya

Sejak kecil aku di tatangnya
Bila aku sakit yang panjang
Dia berusaha mengubati
Masih segar diingatan
Atuk dan nenek...naik motor bawak aku berubat
Kerana sakit yang berpanjangan...
Sebab dah terlalu banyak berusaha perubatan moden
Atuk dan nenek minta abah dan emak tinggalkan aku di kampung

Sejak itu, aku tinggal bersama mereka
Ke sana ke mari mencari ubat
Aku tak pernah lupa dan tak akan boleh lupa
Kerana itu, kasih sayang mereka masih berbekas di jiwa

Masa atuk sakit tenat, aku berusia 12 tahun.
Oleh kerana UPSR dh habis
Abah minta aku jaga arwah atok kat Johor Specialist
Temankan atok berbual
Suapkan makan
Dan sebelom atok koma hingga di jemput pulang kepadaNya
Dia sempat berpesan "Belajar rajin-rajin. Jadi orang berguna". Sambil tangannya mengusap kepalaku.
Beberapa hari kemudian, atok koma dan akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Masa nenek sakit pula, aku berusia 21 tahun.
Baru lepas hbs diploma.
Masa tu memang tengah cari kerja.
Siang dan malam aku berada di hospital.
Aku tak kisah...
Walaupun abah marah-marah
Sebab aku selalu pulang lewat daripada hospital.
Aku tak kisah..
Sebab aku nk balas jasa arwah nenek
Kalau emak dan abah yang sakit pon
Aku tetap akan berusaha untuk jaga
Macam abah kena strok dulu (2006)
Waktu tu aku dah bertunang
Abah kena stroke
Aku bertungkus lumus, ambik cuti seminggu uruskan abah
Belikan kerusi roda
Hantar dan ambik mak di hospital
Aku tak kisah....

Siang dan malam aku jaga nenek
Sampaikan nurse dan doktor kenal aku
Nenek nak makan bubur, pukul 11 malam
Aku round pantai lido cari bubur...
Akhirnya dapat dan aku puas...
Puas sebab dapat berbakti pada orang yang aku sayang.

Bila dapat berita nenek meninggal
Hati aku rasa sakit
Tapi aku redha
Sebab sejak nenek sakit lagi
Satu doaku...

Ya Allah, jika hidup ini baik untuk nenekku...maka engkau berikanlah dia kesihatan
Jika kematian itu lebih baik untukknya, maka engkau permudahkanlah sakaratnya...

Kejam kan aku berdoa begitu..
Tapi itulah yang sepatutnya..
Dan aku amat bersyukur..
Walaupun aku tidak sempat bersamanya di saat2 dia menghembuskan nafasnya,
Akulah satu-satunya cucu yang bersama-sama memandikan jenazahnya
Akulah satu-satunya cucu yang membantu mengkafankan tubuhnya..
Kerana itulah ilmu yang di ajar
Maka tidak sia-sialah ilmu itu
Sebab ustaz selalu pesan

'Mayat juga ada rasa malu. Kerana itu perlu ada muhrimnya semasa memandikan dan mengkafankannya. Lebih elok jika yang memandikannya dan mengkafankannya adalah anak2 atau cucunya...'

Kini, hanya doa dan ingatan yang masih berbekas di minda dan jiwa.
Aku juga berharap, andai aku mati, anak2 ku sudi untuk mengkafankanku, memandikanku
Sepertimana aku pernah memandikan mereka ketika kecil
Memakaikan pakaian ditubuh mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan